Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ops Cari Menantu Ibu

Rate this book
“Ibu bagi kamu tempoh 30 hari! Dalam masa 30 hari kamu kena bawak siapa siapa jumpa ibu. Kalau tak, kamu gagal. Kamu kena berkahwin dengan orang yang ibu pilihkan untuk kamu.”

Duta, adalah seorang lelaki yang mudah jatuh cinta. Tetapi peristiwa ditinggalkan kekasih lama, mengajarnya untuk berhati hati apabila berhadapan dengan perempuan.

Tetapi pertembungan dengan Ivy mengubah segalanya. Kehadiran wanita bernama Ivy itu, membuka lembar baru dalam hidup Duta.

Dia benar benar mahu menjadikan Ivy miliknya. Tetapi bukan senang bagi Duta untuk berbuat demikian. Pelbagai halangan terpaksa dilalui.

Manakala Makcik Jasmin, ibu Duta menginginkan menantu, cucu cucu yang boleh menambah seri hidupnya, tempat dia mencurah kasih sayang. Tetapi Duta tidak menunjukkan tanda tanda ingin mendirikan rumah tangga. Sudah puas dipujuk anak tunggalnya itu, ada saja alasan diberi.

Gelagat Duta membuatkan Makcik Jasmin begitu geram sehingga dia terpaksa membuat keputusan drastik. Dia memberikan tempoh 30 hari kepada anaknya untuk mencari seorang teman wanita merangkap bakal isteri. Jika gagal, Duta terpaksa mengahwini pilihannya.

Duta tahu dia terdesak. Dia mesti sedaya upaya untuk memiliki Ivy dengan kadar segera atau selama lamanya dia bakal hidup dengan seseorang wanita yang tidak dikenalinya sama sekali!

Berjayakah Duta untuk bersama Ivy?

788 pages, ebook

First published May 6, 2014

1 person is currently reading
7 people want to read

About the author

Hyde Laeff

1 book2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (11%)
4 stars
1 (11%)
3 stars
5 (55%)
2 stars
2 (22%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
794 reviews106 followers
May 24, 2014
3.5 bintang

I was approached by the writer to read and give a review of the book. Well...at first tu berbelah bagi juga, takut tak dapat menilai dengan jujur...hehe... But since the writer said that the book bergenre 'jiwang komedi', gerenti akan buat pembaca tersenyum, so I took the gamble. Btw, very good marketing strategy. Sekarang kan dah ramai pembaca akan checking the rating and reviews through GR untuk dapat backgroud pasal sesuatu buku, especially books from a new writer.

The first few chapters, I was like...hmmm...memang jelas dan nyata this story was written by an amateur. Supposedly from a man's point of view, tapi nampak macam perempuan yang tulis. And the detailed descriptions tu pada mulanya buat saya rasa agak 'over'.

Surprisingly, makin lama baca, saya makin suka dengan gaya penulisan tersebut. Dan lama-kelamaan x nampak langsung ciri-ciri 'perempuan' seperti di awalnya. Memang terasa seperti mendekati seorang lelaki, dari segi perbuatan dan juga sudut pandangnya. And I was like addicted to the story, bila berhenti kejap, perasaan nak sambung baca dan terus baca tu sentiasa ada.

Duta yang baru ditinggalkan kekasihnya Yani (kira-kira 6 bulan lepas) masih lagi teringat-ingat kisah manisnya dengan Yani. Hatinya masih belum dapat mencari pengganti Yani. Pertemuan pertamanya dengan Ivy berakhir dengan tragedi. Duta yang sedang berjalan balik ke pejabat selepas lunch bersama Kak Zu dan Lan, tiba-tiba terhidu satu bau perfume yang sangat menggoda. Dan dia pasti bau tersebut datang dari gadis berbaju kurung yang sedang cuba memintasnya dari sisi kanan. Kerana terlalu asyik melihat ke kanan, tiba-tiba...BANG!! Dilanggarnya tiang besi kat depan tu. Tapi sebab accident tu, dapat la dia tahu nama gadis tersebut Ivy melalui access cardnya. Walaupun tak sempat berkenalan, tapi Duta dah pasang niat nak cari si Ivy ni. Tak disangka-sangka, mereka bertemu sekali lagi di kedai serbaneka 7-Eleven berhampiran pejabat Duta. Ivy dengan beraninya memulakan langkah untuk berkenalan. Duta yang terkejut dan agak gelabah pada masa tu memang sangat blur. Orang dah bagi phone no boleh jer dia tak tahu nak buat apa! Dek kerana pagi tadi terbangun lambat, tak sedar rupanya handphone tertinggal. Nasib baikla ada Siti budak cashier yang agak bijak tu. Hulur kertas kat Duta.

Malam tu, Duta dengan bangganya bercerita pada Jack, teman serumahnya tentang bagaimana dia telah berjaya mendapatkan no. phone Ivy. Tapi....tiba-tiba teringat. Kertas tu tadi letak dalam poket seluar baju melayu yang dia pakai semasa pergi kerja tadi. Dan baju tu juga telah dia selamat hantar ke kedai dobi tadi. Bergegas Duta ke kedai dobi Kak Ros. Tapi kerana pesanannya pada Kak Ros nak ambil cepat, baju-bajunya dengan segera telah dibasuh dan kertas tersebut telah hancur lunyai. Saya memang gelak sangat masa part ni. Memang boleh diagak bila dia sebut nak hantar baju untuk dobi, tapi cara penulis menerangkan situasi tu terasa seperti ternampak-nampak ekspresi Duta bila menyedari hal tersebut. Rasa macam real jer berlaku kat depan mata.

Semasa Duta balik kampung, ibunya bertanya lagi hal kahwin padanya. Memandangkan Duta ni anak tunggal, maka tanggungjawab tu memang atas bahu dia je la. Walaupun sebelum ni dah bermacam alasan yang diberi, kali ni ibunya dah tak nak dengar semua tu. Dia siap bagi tempoh 30 supaya Duta mengenalkan calonnya. Kalau tak, Duta terpaksa menerima calon yang dipilih oleh ibunya.

Duta seboleh-bolehnya nak bakal isterinya tu adalah orang yang dia kenali. Dan syarat 30 hari ibunya tu buat dia lagi desperate nak cari Ivy. Rupanya, jodoh Duta dan Ivy masih panjang. Mereka bertemu semula semasa meeting. Rupanya Ivy bekerja di syarikat yang akan bekerjasama dengan syarikat tempat Duta bekerja. Dan Ivy adalah wakil dari syarikat tersebut, bersama-sama dengan Yani, ex gf Duta.

Baru saja hubungan mereka nak berkembang, bermacam-macam halangan mendatang. Yani menagih kembali kasih Duta. Kehadiran Putri, yang bekerja sebagai juniornya. Putri ni anak kawan ibunya, dan mungkin juga calon yang ibunya maksudkan. Dan penerimaan ibunya yang agak dingin pada Ivy. Baru jer settle satu masalah, tiba-tiba mereka diberitahu terpaksa memutuskan hubungan kerana tidak direstui oleh ayah Ivy. Masa ni memang kesian kat mereka berdua. Hubungan tak direstui oleh kedua pihak, walaupun mereka saling menyayangi. Antara kasih kekasih dan keluarga. Dan mereka terpaksa merelakan perpisahan tersebut. Saya pun turut terkesan masa Duta nak delete nama My Sweet Ivy tu. Betapa beratnya hati nak tekan 'Yes' tu.

Gaya penulisan yang santai dan bersahaja. Nampak 'hidup' bila penulis just let the story move with its own flow, tidak trying too hard untuk menghidupkan situasi. Dan saya terkekeh-kekeh ketawa dengan lawak-lawak sengal yang dimasukkan. Lawak biasa jer kot, macam perbualan kita sehari-hari dan tak nampak dibuat-buat. Waatak-watak juga cuma ditumpukan pada mereka yang terlibat sahaja. Jadi tak ada la watak yang tiba-tiba 'enter-frame' yang mungkin akan meluatkan pembaca. Dan yang paling penting, kita boleh nampak hala tuju cerita ni, tak banyak subplot yang agak merapu. Kita boleh nampak kenapa plot-plot tersebut diwujudkan.

Mula-mula nak bagi lebih sikit bintang. Good storyline, good narrative. Walaupun gaya diorang tu agak 'loose', tapi saya masih boleh lagi relate. Ya la, cerita ni disampaikan secara 1st person POV Duta, seorang lelaki normal. Part-part flirty dan agak gatal tu kena terima la kan...hehe. Tapi, bila sampai kat klimaks cerita, saya dah confuse. Saya confuse dengan ibu Duta. Saya lagi confuse dengan majlis yang bukan majlis bertunang atau nikah, majlis suaikenal jer katanya, tapi dah agak grand dengan pakaian sedondon, betukar cincin dan ucapan bagai. Macam tak kena jer. Jadi sebab hal yang meng-confuse-kan ini, saya memang tak boleh nak bagi lebih.

All in all, a good try. Cuma editing tu kena kemaskan sikit terutamanya part dialog. Menimbulkan rasa pelik dan kurang selesa bila dialog daripada orang yang sama dibuat dalam 2 atau tiga ayat yang terpisah. Confuse juga sebab tak pasti siapa sebenarnya yang berkata-kata.

Recommended untuk sesiapa yang suka kisah santai dan humourous. Boleh buat hilang stress. :D

ooohhh...lupa. Happy Ending! Hehehe...

PS - Dear writer, thanks for giving me a chance to be one of the earlier reader for your book.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 26, 2014
I was actually approached to read and review this book. A first book by the author. I hesitated at first because I was worried that my word might dampen down the author’s spirit and I actually told the approacher [ade ke perkataan ni? :D] that but she said, it was okay. So, here goes…. Jeng jeng jeng…

Basically it’s a simple story and basically 1st few chapters really show that this is, in fact, a beginner’s book. The detailed elaboration was really quite hard to chew and it took me several attempts to continue on. However, as the story progress, I finally got into the feel of the story and I was able to basically tune off all the elaboration parts.

It is a story about a guy. Actually a guy and 3 girls. Sounds Intriguing?
It is a story that happens only in 30 days. Sounds logical?
It is a story of two good kids refusing to hurt the parents’ feelings. Sounds soothing?
It is a story of a guy and a girl who gave up their own happiness so that others can be happy. Sounds nice?

Overall… that’s it. That’s the story. No heavy conflict. No strong antagonist characters. Little poignant parts. Many humorous and simple dialogs but best of all, an unexpected twist in the end.

Duta – Hmmm.... how do I categorize him? A good son. A faithful boy friend. A good friend. A relentless pursuer. A cheeky and some sort of “too sociable” guy but definitely not a playboy. He might be a PENCINTA WANITA. He definitely loves women. That’s his strong quality but that quality also drags him down when he lost his love.

Yani – Girl No 1: Loves Duta but doesn’t appreciate him. Only looking for finer things in life and when realized what it was, tries to get it back.

Ivy – Girl No 2: Beautiful and Adorable. Tough but with sweet disposition. Generous with her love but I am a bit off with her due to her willingness to do things in the name of love.

Putri – Girl No 3: A girl that suits mother’s choice. Chubby but sweet. A good listener and always there to lend a helping hand.

So, who’s the lucky girl that end up as MENANTU IBU? Read and find out…. :)

All in all, It was an okay read for me. Some parts I read, some parts I skimmed. Grammatically, I have no problem. Just tiny mistakes here and there buttttt I honestly hope that the dialogues be edited. I don’t know, maybe because it was an e-book and the dialogues get haywire or what but I did have a hard time concentrating on certain parts during my reading. At times, I don’t know who is talking about what of when anything is going to happen, especially when there are many characters talking simultaneously. So hope can improve on that. Anyway, congratulations on your effort! A good beginning! Hope you’ll do better on your next book. Thanks for the opportunity given! GOOD LUCK!

P/S: Mana Mr Ken pegi eh? Tara papa cuma saya manyak lindu dia. Suratan atau kebelutankah dia tiada di ending cerita? Hahahaha….
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 21, 2014
Perghhhh.... Seyesly saya terkesima the moment habis baca. Ohsem koyt.

Gaya bahasa, penyampaian mmg sangat2 menarik... Lain dari yang lain... Cara describekan sesuatu tue sangat detail dan nampak ekslusif. Rasa macam melihat ia didramakan depan mata dgn smoothly.

Part-part kelakar, part-part sengal memang sangat banyak dan yang paling penting, rasa HUMAN lepas baca. Makna kata, normally novel membuatkan org2 yg membaca nie terbang melangit tinggi.. Tp OCMI lain, nampak jujur. Nampak realiti. Dan seyesly i adore it.

Especially when tahu writer dia lelaki.. Gaya bahasa sah2 xde berbunga2 tp realistik. Ngeeee... I'm lovin it!

And Duta is really something... Gaya Duta membawa character dier dlm OCMI rasa macam dia nie guys next door. Dengan sengalnyer dia kat opis ngan lan dan kak zu ngan encik saat, dengan peramahnya dia ngan Yani, putri dan ivy, dengan cara interaksi dia ngan Jack, cara dia deal ngan pakcik suhaimi, uncle ken.. Pergh.. Kesimpulannyer 360 Duta tue mmg sangat perfect.bukan kata perfect tahap model encem2 semua tue.. Tapi tahap kite nampak tyme jalan2, people around us that too good to be true.. Hehehehe.. Okey Duta, u can include me as one of ur list of woman wanting you damn mucho.. Auwwwwww... Its hurt when u have to fulfilled ibu ayah punya pilihan.. Tp the moment duta tekan YES, hati yg baca yg rasa berkecai seribu... Oooooo, poor Duta... Tp penuhi impian mak ayah tue laie baek, laie diberkati so ohsem choice Duta! Well done! Pat on your shoulder.

Yani, yani yani..... Seyesly, bukan lelaki jer x suke kena bebel, pompuan yang baca nie pun pedih tinge mata hah... X tau kenapa nak kena curang pada orang yang sebaik Duta.. Pastu tergedik2 hah nak reamend balik relationship. Menyampah.. Suke suki awak jer kan.. Eh eh...

Putri... Anda hadir mmg blh wat jadi bahan sakat. Sib baek xde moment2 perasantan kan.. So i lioke u.. Ngeeee

Ivy plak ohsem.. Ganas tapi cute, hahahaha. Seyesly, everytyme dia ngan Duta hangging out together ir even smsing, it's too cute to ressist.. So tempted. Tyme dating kat park, order mcd, makan kat kafe sedap, tragedi nak ke kafe sedap, tiang besar sejengkal, surprise bday party and majlis suai kenal.. Byk lagi la moment2 nyer... Mmg sangat2 kelakar plus comel plus romantik plus realll... Hehehe... Saya suke awak okey. Sangat sangat...

Kesimpulannyer saya suke.

Thanks for giving me chances of reviewing such as good masterpiece.
Keep up the good work and good luck!
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
June 17, 2014
lambat kan habis?? hehe..sy e-novel memang payah sikit..walaupun boleh bwk masuk handphone..tp tahap kemalasan lebih tinggi nk baca..sbb tulisan lebih kecik.

Permulaan ceritanya bg saya agak lambat..asyik dok tertanya..bila nk jumpa heroin..(YAKIN masa tu yani bukan heroin)..bila dah sampai tgh..dok rasa mana satu heroin ni..Ivy ke Putri...tp dpt rasa Ivy..sebab perkenalan Duta dgn Ivy unik sikit. Duta ni memang dikelilingi oleh perempuan je rasanya..

Cerita ni agak kelakar bg saya...Dan sangat santai..bila dah nak last2 tu best pulak..saspen je..hahaha..

so Ivy memang ditakdirkan untuk Duta lah..x sangka Ivy ni org melayu ingat amoi..lepas tu diorg ni duk berjiran..tp sebenarnya still lg x puas part romantik2 antara Ivy dan Duta..hehe:)

Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
May 26, 2014
Best, lawak...sengal, Tahniah kepada penulis, walaupun masih baru dalam bidang ini, namun dapat menjadikan cerita cinta biasa-biasa ini menjadi sangat menarik.

Tipikal novel cinta, mesti hero kaya, hensem..punya kereta besar...haha.
Tetapi, tidak novel ini.. heronya biasa-biasa saja, hanya memiliki kereta myvi..namun seorang yang disenangi orang-orang disekelilingnya...seorang anak, rakan, kekasih yang baik..Tidak mewah tetapi sempurna..Cuma, dua karakter yang tidak saya gemari... perokok tegar dan lepas laku..selamber saja peluk, cium anak dara orang..

Watak heroin pula, sangat manis dan berani berterus terang..sanggup mengorbankan cintanya demi sayangkan ibu bapanya.

Watak yang paling best...Mr Kent, ah long yang sengal dan sporting..haha

Duta, pernah bercinta tetapi ditinggalkan..sehingga dia sanggup berhutang dengan ah long demi kekasihnya Yani. Terserempak dengan Ivy membuatkan dia gila bayang dan berusaha mendapatkan gadis cina itu. Namun, ibunya menginginkan anak kawan baiknya, Putri sebagai menantu dan memberinya masa 30hari untuk memperkenalkan kekasihnya, jika tidak dia perlu akur dengan pilihan ibunya. Yani pula ingin kembali semula, menagih kasih..Cinta yang dipupuk dalam tempoh tiga minggu, terpaksa dikorban demi amanat arwah ayahnya.. Ivy terpaksa dilepaskan walaupun payah..dan jodohnya bukan Putri tetapi Markonah...hahaha..Siapa Markonah?

** Ini e-novel yang pertama saya baca, jujur saya lebih suka buku...dapat dibelek dan dihidu baunya bukunya. :)
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
August 7, 2016
salam.. (✿◠‿◠)

finally done...

1st tqsm sbb bg peluang read n review ur karya..
i dpt tau writer dia lelaki.. so omg hihi

kesimpulan (jujur)

1st 250 page for me seriusly xbley nk teruskan totally out to much detail dan rase xyah ada pn xpe. then i motivate balik sbb baca review quite high rating..

then bila masuk chap 18 ok dah nmpk jln cite dia n dah mula agak best jugak. rse baca geram gak gan watak Duta ni sengal gatal mulut manis blur pendek kata mmg writer ni berjaya la buat watak Duta..

still some part rse mcm lamenyer to much detail..

then msk part ivy n duta omg suka kut dgn dorg ni to cute to selamber.. kenal xlama xtau status n perihal masing2.. Ivy?? Islam ke??? Duta never ask n never knw!!!
hihi lps laku tu ehemm ignore je la hihi not to heavy.. both of them mmg ✌ anak yg baik salute dahulukan keluarga cth yg baik..

putri ank kenalan ibu dia yg hendak dijodohkan dgn Duta bekerja sekali dgn Duta.. mmg cntk baik matang
Duta & Putri = MAYBE after Duta putus dgn Ivy akibat tentangan family

Yani plak?? harus kick shj langau hihi..

part2 last makin teruja yg baca ni pn rse aduhai keciannyer Duta (╥﹏╥) rse nk (ง'̀-'́)ง si ivy tu.. tapi itu la ibu bapa harus didahulukan..
finally Duta terima juga pilhan ibu dia time ni mmg la rse siapa siapa siapa la bakal isteri Duta
Duta gemuruh dgn tertggu2 >_< .. hihi

tbe2... OMG wanita itu (⊙.⊙)
Still happy ending
sometime watak duta n ivy mmg baca bley tergelak n suspen
to writer much more to improve n chayok2

tq.. \ (•◡•) /


Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
June 9, 2014
Untuk penulis baru not bad novel ni suke ngan wtak duta ni cume klu di garap jln cerita dgn lebih baik mungkin akan lebih menarik...
ape pun utk penulis teruskan berkarya...
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.