MENGISAHKAN kehilangan orang yang semakin lama semakin merisaukan di daerah Raub, Pahang di sekitar tahun 1980an. Bermula dengan kehilangan gelandangan dan pengemis di bandar dan pekan di daerah itu, kemudian berjangkit dengan kehilangan orang awam. Pihak polis di daerah itu juga bagaikan tiada jawapan dan buntu dalam mencari jalan menyelesaian kejadian kehilangan tersebut.
Nun jauh di tengah-tengah hutan Raub, ada beberapa susuk makhluk yang amat dahagakan darah dan daging manusia. Mereka tinggal jauh di tengah rimba, terpencil dari pandangan manusia luar. Barang sesiapa yang tersalah pilih jalan, pasti akan menemui satu kejahatan yang amat nyata!
Apakah kaitan makhluk berhati binatang itu dengan kehilangan warga di daerah Raub, Pahang? Atau semua yang terjadi itu adalah angkara manusia sendiri? Manusia berhati iblis.
“Saya tak mahu anak saya terus melihat makhluk-makhluk halus dan terus diganggu igauan ngeri. Kesian kat dia yang masih tak kenal apa-apa lagi.” ~ Bapa Fadil.
"Aku takkan biarkan manusia iblis seperti kamu ini membunuh orang yang tak berdosa dengan sesuka hati! ~ Fadil
Adakah ini pembunuhan beramai-ramai atau pembunuhan bersiri? Pembunuhan yang amat menggerunkan. Ini bukan buku seram tapi ngeri.
Ramai orang yang hilang sebab ikut jalan lama, tanpa jejak malah seperti didiamkan oleh pihak berkuasa kerana tiada tindakan. Fadil yang mempunyai deria 6, menawarkan diri membantu pakciknya menjejak sepupunya dan mangsa-mangsa lain.
Ada kumpulan yang sanggup menculik budak untuk dibunuh dan organnya dijual di pasaran gelap. Lepas tu, darah mangsa akan dilumurkan di seluruh tubuh demi mahu menjadi kebal. Gila ...
Tugas pembaca? Seperti menjadi saksi pembunuhan kejam oleh puak gila agama. Disinilah saya perasan perbezaan agama sesat / haq. Agama yang sesat ini berpaksikan nafsu demi meraih kesenangan dalam waktu yang singkat. Agama penting diri sendiri dan nafsu. Lain dengan agama yang haq, memberi kebaikan pada penganut manakala fokusnya hanya pada Allah.
Hebat cara tuan Saidee tulis dengan detail bagaimana kematian yang ngeri dilakukan / dirasakan. Sangat dahsyat dan tidak berperikemanusiaan. Penulis memang berjaya hidupkan elemen 'iblis' cumanya dari personal opinion, buku ini sangat slow bagi saya.
Bentuk penulisan pula jenis self-explanatory, which is fine by me. Yang membuat saya rate 3 star hanyalah pacing. Kalau suka buku tentang cult, cann@bilsm, dan ngeri, boleh baca buku ini. Cuma ada trigger warning ‼️
Tapi apa yang bagusnya penulisan beliau, walaupun slow tetap nak flip page sampai habis haha. Cuma rating tu makin menurun gitu sebab suspen dah kurang. Tu aje tapi cannot put down. Jijik tau baca scene manusia perangai kalah iblis ni. Ending dia gempak, epic. Puas hati (yg buat pembaca rasa 'padan muka kau' haha)
Fadil berkunjung ke rumah bapa saudaranya untuk membantu menyiasat kes kehilangan sepupunya. Dan ternyata di Raub telah banyak kes kehilangan secara misteri telah berlaku.
Ada beberapa perkara yang tidak konsisten dan bercanggah antara satu sama lain. Baik dari segi cerita mahupun dari segi perwatakan watak-watak dalam naskah ini. Sampai SH terpaksa belek kembali muka surat yang dah dibaca untuk mengesahkan apa yang ditulis. Rupanya memang ada sedikit percanggahan di sana sini.
Latar masa dalam naskah ini adalah pada tahun 80an namun dialog dan cara watak-watak tidak menggambarkan latar masa tersebut. Hinggakan SH hampir terlupa semua kejadian adalah pada tahun 80an. SH rasa macam membaca kisah di zaman kini.
Untuk yang mudah geli dan tak tahan dengan babak-babak kanibalism, buku ini mengandungi unsur - unsur tersebut. Jadi boleh elak atau baca dengan hati-hati. Dan juga banyak aksi ganas berdarah di sana sini.
Namun apa yang SH suka buku ini masih ada pesanan moralnya. Walaupun zaman dah berlalu namun kumpulan manusia yang bertuhankan Iblis semata-mata untuk memenuhkan hasrat hati masih ramai. Sememangnya iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya tidak akan pernah berhenti menyesatkan anak cucu Adam hingga ke penghujung masa.
Prolog berjaya buatkan saya terus menyelak helaian m/s. Kita boleh cakap bahagian prolog berjaya tangkap perhatian pembaca. Walaupun ini bukan first time dengar pasal Baphomet. Saya boleh cakap ini antara cerita versi Baphomet yang boleh tahan. Baphomet : Ajaran Sesat berpisah tiada. Siapa sini yang memang tak boleh baca scene berdarah, kanibalism, potong memotong dll. Buku ini bukan untuk kalian. Ada TW ❗️❕ Tapi kalau nak baca juga. Kita salute.
Kehilangan demi kehilangan manusia di Raub, Pahang pada 1980. Menimbulkan banyak tanda tanya. Kemanakah mereka menghilang tanpa meninggalkan jejak? . Anak Mohar iaitu Jimi juga merupakan salah satu mangsa yang hilang. Jadi, Mohar meminta bantuan Fadil (anak saudara Mohar) untuk mencari sepupunya yang hilang. Dan Mohar juga hire 2 orang penyiasat persendirian untuk membantu mencari Jimi juga. Apa yang terjadi seterusnya?
Kita rasa karakter yang ada dalam Manusia Iblis ni realistik je. Macam contoh mudah. Kita ambil Sham let say. Kenapa dia ragu-ragu dengan Fadil masa mereka dalam hutan? . Sebab kita ni manusia normally akan susah nak percaya akan seseorang yang boleh nampak (hijab terbuka). Kononnya karut dan tahyul. Tambah pula baru sangat kenal. Takut kena kencing je lebih. Jadi perbuatan Sham yang macam main tarik tali tu valid. Sebab takut kena tipu hidup-hidup.
Sama juga macam Fadil. Macam mana dia nak buktikan dekat Sham yang dia sebenarnya tak auta? Susah kan. Jadi dia terima je kalau Sham berkelakuan macamtu. Fadil actually satu karakter yang tenang.
Storyline tersusun. Tak pening untuk faham plot cerita. Cuma some part kita rasa macam sedikit slow. Tapi suprisingly, kita masih tetap teruskan. ✋🏻 Ending nampak macam ada bayang sambungan. Kalian takkan pernah terfikir pun yang sebenarnya seseorang manusia yang jauh terpesong sanggup lakukan apa untuk mencapai impiannya.
Mual bila memikirkan scene berdarah dalam buku ni. Rasa macam kita pula mangsa dalam buku tu sebab kita rasa cemas 10 kali ganda haha. Rasa macam nak masuk dalam buku and tolong si mangsa tapi masalahnya kudrat kita zero. #ikareviewbuku
Kisah ini berkisar tentang kehilangan ramai orang di jalan lama menuju ke Pekan Raub.
Ceritanya sarat dengan unsur kanibal, ajaran sesat, manusia tamak kuasa dan ambil jalan mudah serta diselit pula isu kehancuran dalam institusi kekeluargaan.
Amaran: Buku ini berunsur gore — banyak adegan berdarah, ngeri, menakutkan dan penuh debaran. Bahagian manusia yang dilapah memang membuatkan aku seram sejuk, terutama bila sampai bab produk daripada manusia keji itu mula dijual di pasar. Bila difikir balik, memang geli! (Dan terima kasih juga untuk ‘tips’ membersihkan daging 😅).
Walaupun ada babak yang kejam dan menyedihkan, aku tetap berjaya habiskan buku ini kerana jalan ceritanya fresh dan berbeza daripada naskhah seram lain.
Kesimpulan: Buku Manusia Iblis memberikan pengalaman bacaan yang ngeri tapi memuaskan.
Penuh kejutan, berani, dan menyentuh sisi gelap kemanusiaan — walau ada beberapa bahagian terasa meloyakan🥴🤢🤮, keseluruhannya tetap meninggalkan kesan mendalam.
Kisah yang berlatarbelakangkan tahun 80-an. Misteri kehilangan orang yang berlaku di Raub, Pahang. Namun ia umpama kes yang tiada jawapan penyelesaian.
Seramnya novel ini terletak pada babak-babak berdarah dan perincian unsur kanibalism. Ia pada aku memberi perasaan loya dan kurang selesa berbanding rasa seram akibat entiti misteri.
Penulis Saidee Nor Azam kembali menulis di Buku Prima selepas sekian lama, itu pun kerana dipujuk syarikat penerbitan.
Saya sudah membeli kesemua novel penulisan beliau di Buku Prima, hanya sebuah novel penulisannya di bawah terbitan syarikat lain iaitu karya berjudul ' Penunggu Villa Nabilla ' yang baru-baru ini dibeli.
Karya beliau kali ini tidak mengecewakan saya, sebaliknya amat menyukai novel ngeri dan kejam ini. Sebenarnya saya semenjak kanak-kanak sudah menyukai tema macam ini, cuma ketika itu susah mahu menemui novel bertemakan ngeri dan kejam.
Selepas saya memasuki persekolahan menengah, barulah hasrat tercapai dan Buku Prima antara yang menerbitkan karya bertemakan ngeri, kejam, seram dan misteri.
Kemudian lahirlah ramai penulis tidak kiralah perempuan ataupun lelaki yang menghasilkan karya bertemakan yang dicari-cari saya selama ini, termasuklah Saidee Nor Azam.
Buat sesiapa tidak mengetahui bahawa novel ini bukannya kisah seram, sebaliknya kisah penuh kengerian dan kekejaman. Sesiapa yang tidak menyukai babak manusia dilapah, dibunuh, dipotong, dipenggal dan sebagainya.
Ada perbezaan di antara seram dengan kejam, novel ini bukannya seram tetapi ngeri dan kejam. Jika seram kebiasaannya menumpukan kepada hantu dan misteri.
Maka janganlah membaca novel ini, sememangnya orang penakut tidak akan berani membacanya. Dikhuatiri kehilangan selera makan dan tidak tidur lena malam, Alhamdulillah saya tidak terganggu kerana sememangnya ianya karya yang disukai saya(Nasib baiklah saya jarang makan daging)
Dari awal membacanya, saya sudah mula mencurigai dan mengesyaki van buruk yang usang semasa pemandu motosikal bernama Kasim yang menjadi mangsa.
Ketika Fadil melalui kawasan itu, kemudian anggota polis di balai polis sangat mencurigakan semasa Fadil membuat laporan polis mengenai Kasim yang disyaki mangsa kemalangan.
Watak bapa saudaranya, Mohar mencurigakan semasa mereka ke pasar membeli daging malah peniaga menjual daging yang dikatakan rusa juga meragukan.
Ternyata benar selepas Fatimah, isteri Mohar mengikuti saranan Fadil semasa merendam daging rusa. Orang dikatakan watak Kiai Hitam juga menunjukkan ciri-ciri meragukan ketika mengunjungi rumah Mohar, gerak hati Fatimah sememangnya benar.
Tergamak seorang ayah demi mahukan kemewahan dan kekayaan, tergamak mengorbankan anak sulung sendiri Jimi dan kerana enggan anak bongsunya menjadi mangsa.
Maka mahu menukarkan dengan anak saudaranya, Fadil sebab itulah kerap mengirim surat semata-mata demi mengumpan dan mengorbankan Fadil.
Watak anak beranak yang kanibal, kemaruk makan daging manusia sampaikan sanggup menjual di pasaran dan menipu orang ramai. Tidak mengejutkan jika masih ada manusia di luar sana yang makan manusia, mungkin tersembunyi dari khayalak ramai.
Apapun karya penulisan Saidee Nor Azam memang terbaik dan jalan ceritanya menarik, cuma kekurangan yang saya tidak menyukainya iaitu watak-watak yang merokok.
Seolah-olah penulis sendiri seorang perokok, saya sebenarnya membenci golongan perokok lagi-lagi jika penulis menulis babak merokok.
Seterusnya watak-watak kononnya berada di tahun 1980an namun perbualan di antara mereka, seperti di era kemodenan. Penulis terlepas pandang perkara utama dan paling penting, diharap lain kali jika mahu menghasilkan karya berlatarkan era 80an jangan mengulum kesilapan yang sama.
Tatkala membaca karya bertemakan kekejaman mengingatkan saya kepada cerpen penulisan yang tersiar di dalam majalah komik KREKO suatu masa dahulu, ianya cerpen pertama saya bertemakan ngeri dan kejam berjudul ' Sumpahan Mawar Merah Berwarna Darah ' dengan menggunakan nama pena ' Rose Mawar '.
This entire review has been hidden because of spoilers.
“Saya tak mahu anak saya terus melihat makhluk-makhluk halus”
MANUSIA IBLIS 👹 @saidee_azam
Sangatlah aneh bila mana tak ada seorang pun peminta sedekah atau gelandangan dekat sesuatu tempat. 🤔
Sejak tahun 1980an, ada banyak kes orang awam hilang di Raub, Pahang. Banyak laporan polis telah dibuat, tapi tak ada seorang pun yang ditemui sama ada sudah mati atau masih hidup. 😳
Orang kaya Mohar meminta bantuan Fadil yang hijabnya terbuka dan dua orang penyiasat persendirian untuk mencari anaknya yang turut hilang.
Fadil ketakutan, penyiasat persendirian pula seorang demi seorang hilang.
Novel ni tak jadi ‘tipikal’ cerita ajaran sesat dan TAK BOSAN sebab ada dimasukkan beberapa isu semasa yang EVERGREEN 🤌🏻 . Dari dulu sampai sekarang ada je isu penculikan atau orang hilang dan sumbang mahram. TAPI ada satu kes yang jarang kita dengar pada masa kini iaitu manusia pemakan daging manusia, ada dalam novel ni. Isu isu dia pula indirectly relate antara satu sama lain.
Kumpulan ajaran sesat ni tak menyembah manusia sebagai Tuhan, kepercayaan mereka pula diimport dari negara barat. NOT MADE IN 🇲🇾😂
Trigger warning, novel ni banyak scene GORE since ada manusia yang makan darah daging saudara sendiri. (bukan mengumpat)
PLOT TWIST DIA 🤯
Islamic value yang penulis sampaikan tak preachy, which is sangat nice! Sedikit tapi cukup. Watak-watak yang REAL, ada rasa takut dan risau. Pengakhiran watak-watak yang logik.
Apa yang kurang? Ending dia bagi hint BUKU KEDUA! Ishhhh 🤣
Assalammualaikum tuan.. Habis dah bc. Ok.. ni jujur dr sy.. Awal cerita sy baca santai. Blm ada emosi lg, tp mmg setiap jln mmg nk terus baca la, "apa nk jadi? akan trjadi?" Pertengahan bab, emosi sy dah kacau dah. Sakit hati, geram pun ada. Pertengahan jalan, yg ni lg sakit emosi sy, seolah sy mcm berada dlm cerita plk..😢 Dlm ht asyik terdetik mantera dia. Smpai time solat pun trbayang..Rasa teruk sgt sy rasa tuan. Trpksa stop baca sehari sbb nk kawal blk emosi & pemikiran sy dr bayangan mantera & rupa makhluk tu. Sy siap tya suami "abang tau #######?" Suami tya sy blik, dah knpa dgn nama iblis tu?..kbykkan luar negara bykla. Mknanya mmg wujud nama makhluk tu. ingt tuan cipta sendiri nama makhluk tu..😅 Hari seterusnya, sambung lg baca, still kacau perasaan & akal fikiran sy bila part murid bertemu guru mereka. Btul² lemah semangat sy ni, bagaikan sy pun mcm 'xsedar diri' dgn nama yg disebut pengikut iblis tu. Serius mmg tpksa hentikan pmbacaan 2 hr mcm tu. Sibukkan diri dgn kerja lain untuk sy buang bayangan mentera, nama iblis & rupa makhluk tu. Hari berikutnya, start blk baca, baru la rs tenang sikit..Teruskan pembacaan smpai nk msk part akhir. Haa sudah.. emosi sedih plk kesiankan anak beranak tu...🥲 Jujur ckap tuan, novel tuan kali ni mmg btl² kacau emosi sy.. Apapun ttap TERBAIK. semua bintang kat langit sy bagi untuk novel ni. Lengkap segala penerangan, ilmu pengetahuan, dan pengajaran. Selama hidup xpernah tahu nama² iblis ni. 😅 Inn shaa Allah ptg ni sy pergi Popular lg. Nnti sy cari Penunggu Villa Nabila pulak. 🙂
Kalau nak cari novel seram yang betul-betul buat kau rasa meremang bulu roma, inilah dia! Manusia Iblis ni memang lain macam — seram dia bukan setakat hantu lompat-lompat, tapi dia main dengan minda kita. Kisahnya bermula ‘simple’ — orang hilang dekat Raub, polis tak jumpa, tiba-tiba Fadil ni terpanggil nak siasat. Tapi makin dalam dia korek, makin banyak benda pelik muncul.
Yang bestnya, Saidee Nor Azam ni memang pandai main suasana. Baca waktu malam, confirm rasa ada benda tengok dari belakang! Hutan, suara-suara aneh, makhluk tak bernama — semua dia tulis hidup sangat. Paling saya suka, bab dia selit elemen agama — rasa bergetar sikit hati bila baca bab syirik, iblis, jin semua ni.
Ada part memang ‘disturbing’ — siap saya kena stop baca sekejap sebab otak ligat sangat membayangkan rupa makhluk tu 😂. Tapi tu lah, bagi saya itulah ‘power’ buku ni. Dia berjaya kacau fikiran.
Kalau korang peminat thriller mistik, memang rugi kalau tak baca. Ending pun puas hati — walaupun lepas tutup buku, rasa macam nak pasang lampu bilik tidur seminggu 🤣.
Buku kali ni agak berat isinya. Saidee menceritakan kisah tentang ajaran sesat dan sangat menarik. Walau agak panjang, tapi jalan cerita best dan saya rasa Fadil, Darius dan Sham akan kembali lagi di lain naskah.
Ada sedikit inconsistency dalam watak Fadil di awal2 cerita yang mungkin terlepas pandang tentang status dirinya. Ada satu ayat disebut dia berumahtangga (mungkin terlepas pandang)?. But overall very enjoyable.
Sy paling suka novel berunsurkan horror dan thriller.. Novel ni banyak mengajar kita untuk tidak terpesong dari agama masing² lebih² lagi yang menyembah iblis.. Banyak pengajaran boleh kita dapat..
Anyway i like this novel and 👍 kepada penulis novel.. Saya salah satu peminat penulis Saidee Nor Azam.. Tak sabar menunggu novel seterusnya..
Sangat mengujakan ceritanya. Tiada part bosan langsung. Tak sabar-sabar nak tahu lagi dan lagi. Seram, misteri dan mengerikan. Lengkap dengan pengajaran. Babak memburu dalam hutan tu terbayang satu episode criminal minds.
Macam ada bunga-bunga sambungan novel kedua ni. Tak sabar tunggu sambungan.