Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nia Aisha

Rate this book
Bukan tak percaya pada cinta pandangan pertama, tapi bolehkah dia merasai perasaan itu? Satu kemalangan kecil yang berlaku di antara Nia Aisha dengan Mikael Zafran telah membuatkan Nia angau terhadap lelaki itu.

“Tengok muka pun dah tahu. Jalan tak guna mata. Main langgar aje!” - Mikael
“Rasa macam jodoh turun dari langit pula. Mungkin awak adalah cinta pandang pertama saya.” - Nia

Tak sangka pertemuan mereka bukan setakat di situ saja. Kerjasama yang terjalin antara mereka telah membuka peluang untuk Nia terus mendekati Mikael. Di saat cinta mula bercambah di hati, cemburu mula menguasai diri. Sikap meluru Mikael membuatkan Nia mengalah untuk mendapatkan hati lelaki cinta pertamanya.

“Aku sepatutnya jauhkan diri dari kau. Aku jijik dengan kau, Nia!” - Mikael
“Sekarang saya dah faham. Saya perlu berhenti dari terus mengejar awak.” - Nia

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Saat kebenaran terbongkar, Mikael menyesal. Malangnya Nia sudah tawar hati untuk menerima Mikael.

“Saya nak awak batalkan perkahwinan awak tu dan kahwin dengan saya!” - Mikael
“Saya bukan jenis mudah nak sukakan orang balik.” - Nia

Dapatkah Mikael mendapatkan cinta Nia semula? Atau Nia sudah melepaskan cinta pertamanya begitu saja? Benarkah perpisahan itu ubat bagi setiap hati yang kecewa?

Paperback

First published June 1, 2022

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (33%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
1 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Booku Puspita.
43 reviews
December 24, 2025
Cerita ni bermula dengan kemalangan kecil yang buat Nia dengan Mikael kenal. First time jumpa je, Nia terus jatuh cinta. Terus angau. Tapi nak tackle Mikael ni bukan senang sebab dia jenis susah nak buka hati walaupun Nia lawa gila.

Awal cerita, Nia memang perigi cari timba. Pantang jumpa Mikael, mesti dia ngorat. Tapi bila bab kerja, Nia actually profesional. Kalau tak, memang menggedik je kerja. Yang part dia minta tukar bilik hotel dari tingkat 5 ke tingkat 3 semata-mata nak dekat dengan bilik Mikael tu🙄 Part paling kesian masa dia kena simbah acid. Nasib baik tak kena muka 🥺

Mikael pula jenis ego. Acah macam tak suka, padahal suka. Sebenarnya dia tak suka tapi entah kenapa bila nampak Nia rapat dengan lelaki lain, terus cemburu tak tentu pasal. Kalau dah suka, cakap je lah kan.

Plot cerita ni honestly agak cliche. Banyak benda kita boleh agak awal-awal. Kalau biasa tengok drama Melayu, memang rasa macam pernah tengok. Tapi its okay, kita suka cerita cliche ni. Ada jugak beberapa part yang skip masa, tiba-tiba je habis, sedangkan part tu boleh dipanjangkan sikit.

Tapi kita suka character development Nia lepas dia berhijrah. Mula-mula dia nak berubah sebab rasa tak layak dengan Mikael, tapi lepas ikut usrah dengan kakak ipar dia, perubahan tu jadi lebih ikhlas. Dia berubah untuk diri sendiri, bukan sebab lelaki.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.