Tengku Harraz Iskandar - Kisah silam yang dialaminya buatkan dia fobia dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dunianya hanya kerja dan Si Comel Amanda sahaja. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak kecil itu.
"Mommy, can you hug me, peyishh." -Tengku Raisya Amanda
"I'm not your mommy, sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okey?" - Nurina Amani
Nurina Amani - Kisah di alam kanak-kanaknya cukup perit. Lukanya sangat parah. Kerana itu, dia melayan semua anak kecil dengan penuh kasih sayang untuk menutup luka sendiri.
"Tolong jadi mommy pada anak aku. Berapa kau nak, aku sanggup bayar." - Tengku Harraz Iskandar.
"Saya rasa Tengku ni dah gila." - Nurina Amani.
"Look, Cik Nurina. This marriage tak akan melibatkan hati. Aku bayar kau untuk jadi mommy Amanda saja." - Tengku Harraz Iskandar.
Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mereka disatukan tanpa lafaz cinta.
Tapi, mampukah hubungan yang dibina itu dipertahankan tatkala ada yang ingin meruntuhkan?
"Tengku nak saya tolong apa?" - Nurina Amani.
"Can you please lend me your shoulder?" - Tengku Harraz Iskandar.
Mampukah hubungan yang dibina tanpa cinta dan kasih sayang itu bertahan apabila dilanda badai dan dugaan?
Ada masa F tersengih² malu Ada masa F nangis teresak² Ada masa F geram, awatlah tak dengar penjelasan dari Tengku Ada masa F marah dengan sikap ego Tengku
Scene Nurina kena tinggalkan oleh parents tu sedihnya. Teringat F tentang kisah benar, parents bergaduh sampai anak² kena tolak sana sini parents taknak jaga. Sampai hati
Nurina dibesarkan oleh ibu angkatnya. Walaupun dia diberi kasih sayang sepenuhnya tapi Nurina tetap ingat kisah silamnya.
Perkenalan Nurina dengan Tengku disebabkan oleh Amanda. Amanda yang tiba² panggil Nurani "mommy" bila jumpa kali pertama.
Keakraban Nurina dan Amanda buat Tengku offer Nurina jadi mommy segera pada Amanda.
Nurina taknak. Tapi bila sesuatu terjadi pada life Nurina, Amanda demam dan merayu² jangan tinggalkan dia, Nurina setuju.
Nanti korang bacalah bila diaorang dah jadi husband and wife. Cute and sweet².
Overall, cerita ini best Konfliks pun tak semak sangat kepala just ego je.
Ps : ada ke cerita Tengku Syafa dan Dr Syed Irsyad
Kenapa la masa baca buku ni rasa sedih sangat2. Sampai hidung ku tersumbat tak boleh bernafas.
Awal-awal tu saya sedih betul bila seorang anak kecil dibuang ibu bapa. Masing-masing pentingkan diri. Lepas tu pulak masa Amanda tiba-tiba panggil mommy pada Amani. Lepas tu pulak Puan Arfah meninggal. Semua orang tinggalkan Amani. Sedih giler. 😣😣😥😥
Tapi masa konflik Tengku Harraz dengan Amani ni, aishhh geram pulak rasa. Dugaan datang bertimpa-timpa. Saya tak sedih masa Tengku Harraz kemalangan. Amani pulak yang banyak menangis. Dah elok Amani nak pergi tinggalkan keluarga Tengku, dah ready to let go, masa tu la Tengku Harraz nk confess the love pada Amani. Letih la macam ni Tengku. 🤨 Awal-awal cakap kan senang.
Overall saya suka je kisah ni walaupun cliche. Kali ni keluarga Tengku Harraz baik belaka. Tambah pulak kecomelan si Amanda.
Bagi aku, penulisan author agak senang faham. Tak bersimpang siur. Tak belit2 bahasa.
Nurina Amani ni bagi aku agak mencabar kesabaran jugak sebab lembik sangat. Haha. Tapiii Tengku Harraz lagilah mencabar kesabaran aku sebab dia punya keras kepala tu, fuh.. 😮💨
Jalan cerita klise. Fobia pasal cinta. Disatukan untuk seketul budak kecik yang manja. Penyondol. Jatuh hati. Ego. But sweet ending.
Comeyy jee cerita nie.. of coz ade slh phm antara Tengku dan Amani.. ye laa.. from stranger trus terikat jdi suami isteri.. masing² tk kenal hati budi..
Niat cuma nk mntk tlg Amani jdi Mommy pd Raisya tu.. dlm pada tu ter jatuh cinta tp ego Tengku nie..
Suka nnt Raisya cuba satu kan Maksu die dgn random guy tu.. hehe.. mcm mane die pilih sape yg jdi mommy die.. mcm tu jugk die pilih sape yg akn jdi paksu die
Dari zaman wattpad lagi dah sukakan watak si Harraz duda yang acah dingin tp dlm hati ada taman dan Nurina mommy express yg baik hati.
Kisah lampau yg membawa kepada mereka berdua untuk berhati2 dalam soal hati dan perkawinan. tp bila dah sekali jatuh cinta membawa kepada bahagia yg selama ini dijuangkan.
nak tahu lebih, mohon baca sebb tak akan menyesal. Rekomen 100% utk baca.. nak bg spoiler tp baik baca..
srs wee buku ni best gilaa 🤌🏻 i tak pernah baca buku yang macam ni tapi bila baca, sooo sweettt 🤣🤣💕💕 amanda comel, amani comel, mamat the rock pun comel. patah katil i sebab blushing HAHA YTJT
memang wajib pun baca. best sangat. lepasni kita baca yang lain pulaakk hihi. 🌷🤍
Sorry penulis,terpaksa bagi 2 bintang.Lepas baca Indah Cintaku,rasa nak cuba baca karya penulis yang lain pula.Tapi ampunnn...Ternyata Hanya Dia ni tak kena dengan selera saya huhu. Penat la aku dengan Harraz ni.Ego tinggi melangit. Pastu jalan cerita pun sangat2 la cliche hmm.
pertama sekali, saya suka sangat trope buku ni: strangers to lovers, single father trope, bercinta selepas kahwin— ini memang antara trope yang saya suka baca.
plot dia pun menarik dan tak terasa terlalu cliché sebab orang yang memilih jodoh untuk si duda, Tengku Harraz sebenarnya ialah anaknya sendiri, Tengku Amanda. semuanya bermula apabila Nurina Amani secara tak sengaja jadi babysitter Amanda sewaktu Amani datang majlis Tengku Safiyya, dan Amanda memilih Amani sebagai “ibunya”. long story short, sebagai seorang ayah yang sangat menyayangi dan memanjakan anaknya, Harraz akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Amani demi kebahagiaan Amanda walaupun hatinya telah lama tertutup selepas Julia meninggalkan dia dan Amanda.
antara perkara yang saya suka dalam novel ini ialah gaya penulisan penulis yang sangat mudah dibaca. jalan ceritanya disusun dengan kemas dan senang untuk diikuti. dari segi pacing, pada awalnya cerita bergerak dengan baik. cuma bila semakin menghampiri bahagian hujung, ada sedikit rasa draggy.
pada awalnya saya sangka konflik hanya akan melibatkan orang ketiga iaitu Mia Izara, tetapi tiba-tiba muncul pula seorang lagi watak—bekas isteri Harraz, Julia Raihana. bila dua watak ini muncul, saya terus rasa konflik perkahwinan Harraz dan Amani berpotensi jadi sangat dramatik dan intense.
bahagian Mia yang menjadi obses dan sanggup melakukan jenayah demi merebut Harraz daripada Amani memang berjaya menarik perhatian saya. wataknya mempunyai potensi besar untuk menjadi antagonis yang kuat. namun saya rasa watak ini boleh dikembangkan dengan lebih mendalam lagi. apabila dua antagonis diperkenalkan sekali gus, fokus cerita sedikit terbahagi dan akhirnya kedua-dua watak itu tidak terasa berkembang sepenuhnya.
kemunculan Julia Raihana pula pada awalnya benar-benar membuat saya tertanya-tanya bagaimana perkahwinan Harraz dan Amani akan diuji apabila bekas isteri tiba-tiba kembali. tetapi selepas itu, peranan Julia terasa agak singkat dan tidak begitu memberi kesan besar kepada konflik utama. secara peribadi, saya rasa cerita mungkin lebih kuat jika fokus diberikan kepada satu antagonis sahaja.
watak Harraz pula membuatkan saya ada sedikit love–hate relationship dengannya. dia bukanlah watak lelaki yang sepenuhnya “green flag”. salah satu perkara yang agak menguji kesabaran ialah cara komunikasinya dengan Amani. banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan berbincang secara terbuka, tetapi ego dan sikapnya yang terlalu menyimpan perkara sendiri menyebabkan banyak salah faham berlaku. walaupun begitu, menjelang penghujung cerita kita mula nampak sedikit perkembangan pada wataknya.
satu lagi perkara yang saya kurang gemar ialah apabila banyak konflik melibatkan campur tangan pihak ketiga. saya faham ada situasi di mana Harraz merahsiakan sesuatu demi melindungi Amani, tetapi pada masa yang sama perkara inilah yang menyebabkan mereka kurang berkomunikasi sebagai suami isteri. kadang-kadang saya hanya berharap mereka duduk berbincang kerana ini perkahwinan mereka, bukan orang lain.
watak Amani pula digambarkan sebagai seorang yang lembut dan sopan. cuma ada beberapa situasi yang membuatkan saya berharap dia sedikit lebih berani mempertahankan perkahwinannya. walaupun begitu, saya suka melihat usaha Amani untuk mendekati dan memenangi hati Harraz. ada beberapa babak yang terasa sedikit cringe, tetapi pada masa yang sama itulah yang membuatkan hubungan mereka terasa manis dan comel.
malah babak-babak manis antara Harraz dan Amani juga terasa cukup tanpa menjadi terlalu berlebihan. hubungan antara Amani dan Amanda juga sangat menyentuh hati. walaupun Amanda bukan anak kandung Amani, chemistry mereka terasa sangat natural dan hangat.
secara keseluruhan, i did enjoy reading this, cuma saya berharap penyampaian ceritanya dapat diperkemaskan sedikit lagi. however, kudos to the author for this work.
Sedih bila mengenangkan nasib Amani ditinggalkan tanpa perasaan simpati daripada ayah dan ibu kandung dia. Menagih kasih sayang ibu pada Puan Arfah tetapi hanya sementara sahaja.
Bila Amanda bertemu empat mata dengan Amani dan dia panggil "Mommy" kita pun rasa sedihnya. Nasib Amani dan Amanda sama cuma Amanda ada daddy yang memang sayang pada dia.
Harraz si Mamat The Rock, yang kunci pintu hatinyaaa rapat2 untuk seorang wanita tapi bila dengan Amani dia boleh mula untuk tersenyum dan ketawa. Nampaknyaa hati telah mengingkari janji tuannya 🙊
penulisan msroses ni sangat kemas dan mudah faham. idea cerita ni klise je tapi saya enjoy baca sebab tak cringe. watak tengku harraz ni definition of actions speak louder than words. sampai ke sudah la tak nampak sangat sejak bila dia suka nurina (cuma nasib baik bab last last tu nurina ada tanya harraz). tak nampak sangat development tapi yang pasti, dia green flag and that's what I like about him.
nurina pula, wanita yang kuat dan penyayang. nampak macam lemah lembut je tapi tahu dia boleh je pertahankan diri sendiri. her relationship with amanda is so cute.
and when I said it's cliche, it really is. it's giving 2018 vibe sebab ada kidnap, penyondol, kemunculan isteri lama. you name it. cumanya motif nak menyondol tak cukup kuat untuk saya. kat hujung agak pack juga la dengan konflik. oh, ada miscommunication juga sebab harraz ego sangat. geram baca.
tbh, chemistry nurina dan harraz kurang sikit dalam buku ni. i can see the moment but i can't feel the bibit bibit cinta tu.
Rasa macam dah pernah baca buku ni before ia jadi physical book. Tapi saya ingat2 lupa then continue beli buku ni hehe
Personally saya suka je buku ni sebab plot (agak) cliche predictable like dah boleh expect apa akan jadi next. Lebih kurang bacaan santai (?)
Cuma saya rasa Amanda tu macam spoil brat hahaha geram la ek dengan perangai budak tu. Tapi disebabkan dia la mommy and daddy dia bersatu pastu hujung2 tu dia jadi cupid pula untuk bonda su dia😆. Boleh kata penyeri.
Ada masa saya rasa sedih sebak. Awal2 dah cerita macam mana Nurina ni ditinggalkan oleh parentsnya. Pastu dia bangkit. Then bila dia tahu hal sebenar yang obviously cuma salah faham.
Sebak sikit ek. Benda boleh bincang tau. Si Tengku ni sayang tapi taknak cakap. Yang Nurina ni pun alahai. Papepun buku ni best!
MC takde chemistry. Jalan cerita pun cliche, macam sinetron pun ada gak 🥲 penulis boleh pergi jauh tapi tulah penulis kena create chemistry MC, baru boleh selami cerita ni. Tapi paling geram dgn Harraz sbb dia takde ke tiba tersuka dkt Amani tu? Takde character development dlm ni. Kalau ada pun hujung hujung tu pun saya mmg dah skip byk tapi still baca ending pun tak dapat chemistry MC tu
sedihnya kehidupan sebagai seorang Nurina. dahlah di buang ayah dan ibu kandung, pastu ibu angkat dia pula meninggal. nasib baik datang Amanda sebagai penyeri hidup dia. honestly kan, Amanda ni mcm matchmaker untuk ayah dia. maybe dia pandai menilai mana perempuan yg baik sebagai mommy dan isteri untuk daddy dia.