Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Cinta Biasa

Rate this book
Dalam perpisahan, terbentuknya kekuatan menaungi keindahan cinta.

Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan.

Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berlalu, mahligai yang dibina musnah akibat dengki dan jahilnya manusia. Dikhianati oleh sahabat baik dan dibuang oleh lelaki yang cintai. Sakitnya luar biasa.

Namun siapa sangka, aturan Dia itu begitu indah hingga membawa kebangkitan Rose Aralyn ke laluan yang benar.

"Saya tak perlukan duit. Saya cuma perlukan ilmu dan usaha. Duit hanya buat orang tamak dan saya tak nak jadi orang yang tamak." – Rose Aralyn

Benarlah kata orang, kesabaran mampu mematangkan diri seseorang. Dua tahun menjadi pengajaran di dalam hidup sehinggalah…

“Melampau? Betul, saya memang dah melampau. Tapi saya nak betulkan semula apa yang silap dulu. To let you go is my biggest regret. Even if you insist to go, I should have stayed with you.” – Ammar Ukail

Satu pertemuan membawa jiwa Rose dan Ammar ke masa lalu. Tidak cukup dengan itu, datang seseorang yang pernah menghancurkan mereka kembali membuat onar.

“Tak payah acah-acah nak datang sini, jalang!” - Nureen Raudhah

Kendala membawa mereka patah dan kecewa kembali.

Akankah ada sirna menanti, jika penghujungnya terselit nyeri?

Mampukah jiwa bertahan di dalam dunia yang terlihat kejam ini?

“Im not sure I can be happy without you. Kalau kau nak pergi, silakan. Tapi jangan pernah minta aku untuk lupakan kau.”- Ammar Ukail

Kehendak kita adalah harapan yang biasa. Kehendak-Nya adalah kepastian yang luar biasa.

"Kerana perpisahan itu, mengajar siapa saya yang sebenarnya.”

Paperback

First published August 1, 2024

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

Jasmin Adira

2 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (40%)
4 stars
1 (20%)
3 stars
1 (20%)
2 stars
1 (20%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
March 2, 2025
Setianya Ammar pada Rose. Marriage diaorang hancur sebab mama Ammar dan kawan baik Rose, Raudhah.

Benci sungguh F pada watak Raudhah. Nama dah baik, datang dari keluarga baik² tapi sebenarnya dia ialah racun. Jahat sungguh perangai dia. Rose yang digelar anak luar nikah itu lebih baik dan suci.

Lepas bercerai, Ammar berkahwin dengan Zana pilihan mama Ammar. Marriage diaorang pun atas aturan so masing² tak love each other sebab Zana pun ada orang lain dan masih setia.

Ada anak pun sebab mama Ammar nak. Selepas Zana meninggal dunia akibat complication selepas bersalin, Ammar focus pada kerja dan jaga Izz.

Pertemuan semula lepas Izz dok called Rose as mama mama. Tersengih² dengan telatah Izz. Anmar nekad nak nikah dengan Rose semula.

Cerita dia fast-paced. F suka cuma F rasa ralat Rose tak dapat kenali lebih rapat dengan arwah ayahnya. Ayahnya Tan Sri ya. F pelik napa masa interview tak terus terang je. F rasa ralat jugak. Rose tahu pun selepas Tan Sri meninggalkan wasiat untuk Rose.

Satu lagi sikap Puan Maisarah... dok hina² Rose anak pelacur tapi diri sendiri pun curang dengan kerabat suami sendiri. Menyampah betul F. Samalah dengan Raudhah. Apa yang berlaku pada diaorang tu kesian pulak. Sama la dengan Rose.. dia mudah kesian sebab hati dia baik.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.