Demi mengelak daripada perlu bersusah payah mengangkat air, lima sekawan yang terdiri daripada Bai, Nabil, Seth, Roh dan Lennon memilih untuk mandi dekat tangki air di belakang bengkel Kemahiran Hidup. Tanpa disangka. mereka didatangi oleh Saubo, sang jelmaan 'Kurt Cobain' yang pelik namun cukup ramah. Ibarat jin dalam lampu ajaib yang boleh mengabulkan apa-apa permintaan, Saubo menjual sepotong bohong kepada mereka. Maka termaktublah sebuah perjanjian. Setiap yang mereka impikan satu per satu menjadi kenyataan.
"Roh... Roh sudah mati, Bai!"
10 tahun berlalu, salah seorang daripada mereka mati dalam keadaan yang cukup misteri. Anehnya. setiap potong bohong sudah dipajak dan setiap syarat sudah dipenuhi, tapi kenapa tiba-tiba nyawa mereka dalam taruhan? Adakah Saubo sengaja mencipta muslihat baru, atau adakah lima sekawan itu sudah terlepas sesuatu yang penting?
Best gila!!! Manalah author dapat idea bercabang-cabang macam ni? Each character ada complex background story yg tak common. And this book made me laugh hard too!
Novel2 dengan penceritaan persahabatan memang one of my favs, permulaan yang agak slow tapi lama-lama buat aku rasa macam nak makin tahu apa yang akan jadi next-nextnyaaa. Memang tergelak part Pak Durasik curi seluar Sangsalibut sebab bapak random siut 😭😭😭. Ending dia memang tipikal tapi aku harap sangat Bai tu selamat & happy ending tapi arghhhhh 😔😔😔 Storyline memang macam roller-coasters (best), watak Saubo tu memang menjadi, sangat annoying yaa, aku baca pun rasa nak marah2. Good job author
Tu pendapat saya lepas baca buku Bohong ni. Kalau korang pernah tengok filem Ready or Not, kisah family yg meletup lepas dorang tak berjaya bunuh menantu dorang dalam permainan Hide & Seek, macam tu la kisah Bohong.
Kisah tentang 5 sahabat yang membuat perjanjian membeli "sepotong bohong" dengan Syaitan yg bernama Saubo (Saudagar Bohong). Lepas Roh langgar perjanjian jual beli - minta untuk hidup selamanya, satu- satu bala jadi dekat Bai & 3 rakan yang lain. Setiap satu akan terima balasan yang berlainan. Bagi saya unik cara kematian masing2.
Plot yang dihidangkan tidak bosan. Permulaan cerita mungkin sedikit perlahan kerana penulis nak jelaskan apa je pembohongan yang dorang minta dekat Saubo setiap 5 tahun. Ya, sebab dorang ni bawah umur, Saubo tawarkan satu pakej "Pelan Bohong Berkelompok". Rasa macam comel & kreatif betul setan ni. Ada je akal nk menyesatkan manusia. Hahaha. Pelan ni membolehkan umur 5 sahabat ni ditambah, jadi jumlah tu lebih dr 16 tahun. Yg istimewanya, dorang boleh request satu permintaan "bohong" setiap 5 tahun. Dah macam mengundi 🤣🤣🤣
Walaupun pengakhirannya boleh dijangka, yelah cerita hantu kot, mana boleh semorang terlepas ye dak? Tapi ada satu plot twist yg penulis hidangkan berkaitan dengan Bai. Ko rasa macam pergh, sampai camtu sekali ekkk?
Dan dalam cerita ni, saya dapat belajar sedikit sebanyak perihal masyarakat Sabah. Rasanya ni buku pertama yg saya baca dari penulis Sabah. 🤔
Bg saya, tak rugi membaca sampai habis naskhah Nizam Shadan ni. Saya betul2 enjoy the read! Saya tunggu buah tangan seterusnya 😎
This entire review has been hidden because of spoilers.
tak sangka aku boleh suka sangat sangat dengan cerita ni. sepanjang bacaan penulis buat aku macam naik roller coaster demi nak tahu apa yg bakal terjadi pada Bai dan 3 orang lagi BFF nya. Kisah bermula dengan kematian Roh dan satu persatu kejadian menimpa mereka berlima dikupas penulis. Awal cerita agak slow namun selepas beberapa bab, alur cerita makin thrill dan menarik.. Semua kejadian berkait dan plot twist dia langsung tak aku duga. Ada adegan-adegan gore, sedikit loya dan tak kurang juga scene scene lucu yg tak dipaksa membuat kan aku ketawa sewaktu membacanya...
Saubo.. nama macam comel, tapi..... Syaitan tetap lah Syaitan....
Bagi aku untuk mereka yg suka kan kisah misteri, ada elemen thriller sedikit dan persahabatan mungkin buku ini WAJIB korang baca dan hadam.
Last sekali, tahniah penulis untuk karya ini. For sure aku akan ulang baca BOHONG pada masa akan datang.
Bertemakan semangat setiakawan dan reunion apabila salah seorang dari kawan mereka mati. Flashback yang disajikan cuba merungkai kembali apa yang berlaku.
Konsep cerita ini memperkenalkan Saubo solah-olah jin yang mampu menunaikan semua hajat yang diminta. Tapi bersyarat.
Perjalanan mereka untuk menyelamatkan kawan mereka memang menarik dan seronok dibaca. Ceritanya mudah difaham dan terus ke situasi membuatkan rasa nak habiskan buku ni dengan cepat.
Ada plot twist di hujung cerita dan rasa sedih pula dengan plot twist tersebut.
This story combines gripping adventure and spine-chilling horror. The vivid storytelling and thrilling pace immerse readers in a relentless journey, making it a must-read for adrenaline seekers and horror fans.
sebelum beli buku ni guna baucar madani,aq expect ni novel genre comedy! tapi kenapa plot cerita ni gore,seram,jijik??!!😭 aq tertipu dengan sinopsis tapi novel ni memang best! nipis dan best! tq bah penulis atas novelnya. kamurang memang terbaik
best2. jalan cerita unik. gaya penulisan sedap baca. cara plot tersusun pun nais, cite ni takde nombor bab,but instead dia di susun dengan kronologi masa. 5/5