Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bagaimana Buku Mengubah Hidup Saya

Rate this book
Buku ini menghimpunkan 12 orang bibliofil dengan 12 adunan cerita dan pengalaman yang menggugah akal dan kalbu dalam mengakrabi buku.

Paperback

First published November 1, 2024

1 person is currently reading
20 people want to read

About the author

Hanz Jamaludin

4 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (45%)
4 stars
18 (45%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
December 4, 2024
*Ajwad Shafie*
Persamaan penulis dengan saya adalah buku yang menjadi kegemaran kami sepanjang hayat; Dale Carneige & James Clear. Mengapa? Boleh baca esei beliau untuk tahu poin penting.

“Teruskan bersahabat baik dengan buku. Buku yang baik mampu mengubah hidup menjadi lebih baik.”

*Emmy Hermina*
Drpd esei Puan Emmy pula, ia tentang melepaskan kerana mencintai bukan bererti memiliki kerana semua itu adalah milik Allah.

Buku tersebut adalah Jalan Seribu Liku oleh Maskiah Masrom. Nak tahu apa yang mengubah hidup & perslektif penulis dalam kehidupan, boleh baca ulasannya!

*Furqan Abid*
“Bacalah apa yang anda mahu baca. Pada akhirnya, kita adalah apa yang kita baca.”

Saya sependapat dengn saudara Furqan; faktor usia mempengaruhi hala tuju genre bahan bacaan dan ragam pemikiran seseorang. Tidak dinafikan, saya sedang laluinya sekarang. Esei beliau akan jelaskan mengapa.

*Asha Rashid*
Membaca kisah @KakchikAshaKC membuatkan saya teringat zaman kecil. Kami tidak mewah tapi buku untuk dibaca itu ada.

Saya juga tidak minat subjek mengira, berbanding membaca. Berilah sebukit buku, saya mampu habiskan berbanding mengira. Tapi, kalau kira duit kami ahli pakar.

*Hadi Muss*
Saya setuju dengan esei beliau; fasa 20-an kebanyakannya hidup tanpa dorongan & perspektif: saya akui telah lalui detik-detik leka dan acuh tak acuh.

Fasa usia 30-40 inilah banyak mengubah diri kita. Ada beberapa buku yang dicadangkan buat pembaca untuk mendewasa sebagaimana buku itu mengubah hidup penulis.

*Hanz Jam*
“Hidup ni terlalu singkat untuk rigid” Benar kata-kata penulis.Tidak terikat dengan genre pilihan sahaja kerana setiap buku ada inputnya.

Buku saranan penulis buat seseorang yang putus harapan, “Reason to Stay Alive” sangat bermanfaat. Saya kagum dengan semangat penulis untuk bangkit & berjuang demi hidup

*Iman Danial Hakim*
“Baca non-fic utk tujuan memahami & fic pula untuk menikmati.” Persamaan saya dengan penulis; membaca untuk kejar goals di GR.Tapi, tu dulu! Kini, makin dewasa,kita tak perlu terikat dengan FOMO.

Buku yang mengubah hidup penulis untuk keseimbangan hidup-kerjaya adalah Kenapa Kerja Tak Habis-Habis.

*Jessica Tay*
“Jika membaca itu bosan,kamu belum bertemu dengan buku yg tepat.” Oh yes! Thats true. Saya saksi melihat diri sendiri & anak yang bosan dengn buku & kini jadi ulat buku.

Dah lama sy follow penulis di bookstagram sejak 2019. Kini, saya dah tahu why she was obsessed with book. Very inspired🫶🏻

*Safa Safwan*
Mengenali sosok ini melalui grup membaca Reading Muslimah. Tidak perlu sy ulaskan lebih panjang lagi kerana beliau seorang pembaca tegar dan gemar berkongsi bahan bacaan bukan fiksyen islamik.

Buku yg mengubah hidup beliau adalah Seni Berfikir Yang Hilang. Mengapa ya? Sila baca 😄

*Jejaka buku*
Persamaan kami adalah penggemar siri One Piece. Rasa seronok baca nukilan beliau tentang One Piece. Bagi sesiapa yg tak berminat One Piece, bacalah esei ni. Mana tahu terbuka minda utk cuba baca lalu jatuh cinta. Sy masih menanti One Piece season 2 keluar di Netflix dgn sabar 😆

*Sajida*
In Your Hidden Tears adalah satu2nya buku yg mengubah hidup penulis. Saatnya berada di titik terendah dlm hidup & tiada siapa mahu diluahkan rasa hati yg terbungkam, buku ini dtg tepat pd waktunya untuk penuli. Apa kelebihan buku ini sehingga sukar dilupakan? Sila baca 😄

*Muziru Idham*
Esei yg terakhir ni seronok baca. Selepas baca esei ni,hati saya diasak dgn rasa ingin tahu lebih mendalam lagi tentang Hikayat Abdullah.

Tak semena-mena buku ni dlm wishlist sy. Knp eh?Cepat dptkan buku ni,penulis ada ulas ttg buku tersebut dan knp ia mengubah hidup beliau.
Profile Image for Hasliza Rajab.
174 reviews8 followers
December 11, 2024
Masa mula-mula tengok teaser buku ni, excitednyaaaaa...

"Buku-buku yang kita pertemukan dan bacaan itu mengajak saya kembali berinteraksi dengan diri sendiri; mencari sisi-sisi kelebihan dan kekurangan dalam diri untuk berterusan memberi erti".
- Safa Safwan

Benar. Kita membaca bukan untuk dihebohkan seluruh dunia bahawa kita rajin membaca. Membaca lebih kepada pencarian makna diri dan salah satu cara untuk 'melarikan diri' sebentar daripada kesibukan dan komitmen diri. Tiap diri kita masing-masing ada tujuan tersendiri kenapa kita membaca. Dan untuk menjadikan tujuan itu sesuatu yang boleh memberi impak kepada diri dan manfaat kepada awam, menjadi satu kemestian untuk kita memilih bahan bacaan yang baik dan berkualiti.

Dalam 12 orang penulis yang terdapat dalam buku ini, 2 orang daripadanya saya kenali secara maya setelah saya aktif dalam perkongsian resensi buku-buku yang dibaca, dan 2 orang daripadanya adalah teman sekuliah. What a small world!

Kesemua mereka berkongsikan buku-buku yang memberi impak dalam hidup mereka, pelbagai genre dan pengalaman yang berbeza.

"Setiap buku itu mempunyai nilai yang mampu membentuk peribadi kita tanpa kita sedari".
- Jejaka Buku

Sedikit coretan untuk dikongsi :

1. Pembacaan buku akan membawa kita ke satu dunia yang mendedahkan kita dengan pelbagai pengalaman hidup.
2. Pilihlah bahan bacaan yang baik supaya ianya kekal dan sebati dalam diri untuk membentuk peribadi.
3. Membaca bukanlah suatu kewajipan, namun ianya suatu seruan untuk kita sahut. Jika diteliti sejarah peradaban manusia, para ilmuwan sangat mengagungkan aktviti bacaan dan mampu menghasilkan penulisan yang sangat dikagumi dan menjadi sumber rujukan ramai.

"Selamat memaknai setiap buku yang anda baca".
- Sajida Zulkafli
Profile Image for monamreads.
25 reviews1 follower
December 16, 2024
Saya sangat suka baca buku tentang buku. Kadang-kadang kita tak banyak terdedah dengan buku-buku yang bagus dan melalui buku ini saya dapat tahu tentang buku-buku yang sangat menarik yang membuatkan saya ingin turut membaca buku yang dicadangkan.

Para penulis dengan teliti dan berhati-hati mencadangkan buku kegemaran masing-masing dan kisah-kisah di sebaliknya. Antara buku yang diceritakan dalam buku ini yang sangat menarik perhatian saya adalah seperti buku Jalan Seribu Liku, Mengapa Saya Masih Memetik Gitar dan Reflecting on the Names of Allah. Hal ini demikian kerana saya sangat menggemari genre-genre buku yg dinyatakan itu.

Secara keseluruhannya, saya sangat menikmati buku ini.

Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
January 2, 2025
Seronok membaca 11 kisah lain daripada penulis Antologi ini. Suka pendekatan berbeza yang Muziru ambil, dan buku yang Hadi cadangkan.
Profile Image for Erin95.
150 reviews5 followers
September 23, 2025
Suka saya memetik kata-kata dari saudari Safa Safwan dalam tulisannya.

"Saat dunia hari ini berantakan dengan pertelingkahan di ruangan maya dengan jari-jemari yang laju berkongsi hal-hal yang tiada sumber rujukan. Dengan segala mitos yang bertularan tanpa sempadan, maka buku-buku dari penulisan orang-orang dalam bidang dan disiplin ilmu perlu diketengahkan. Kita didik masyarakat untuk patah hujahkan dengan ilmu, bukannya pertelagahan."

Buku ini memuatkan 12 antologi (kumpulan karya, ie: cerpen) oleh 12 penulis terpilih yang berkongsikan bagaimana buku mengubah hidup mereka. Ada penulis yang dibentuk oleh buku-buku non-fiksyen dan ada juga penulis yang dibentuk melalui penulisan buku fiksyen. Aku suka sebab ada both, fiksyen & non-fiksyen. Yes, non-fiksyen bagus untuk tambahkan ilmu, tapi buku fiksyen juga tak kurang bagusnya dalam membentuk peribadi yang baik.

Ini antara intipati daripada buku ini yang aku rasa penting di-highlightkan:

1) Jika ingin mengubah hidup seorang anak, perkenalkanlah mereka dengan buku, nescaya anak tersebut kelak akan sentiasa terdorong untuk mengubah nasib orang sekeliling, masyarakat dan negaranya. - Kiridaren Jayakumar

2) Teruslah bersahabat baik dengan buku. Buku yang bagus mampu mengubah hidup anda menjadi lebih baik. - Ajwad Mohd Shafie

3) "Daripada buku ini, saya belajar untuk melepaskan dan tidak menggenggam terlalu kuat." - Emmy Hermina Natashia

4) "Khususnya yang bergelar ibu, bahawa kita membaca bukanlah semata-mata untuk diri sendiri sahaja sebenarnya. Anak² kita sangat memerlukan pembimbing yang baik yang dapat membantu mereka untuk mengemudi kehidupan. Pada zaman media sosial ini, pengaruh dari luar sangat luar biasa implikasinya. Pandulah mereka ke jalan yang memberi manfaat kepada agama dan negara. Bersama-sama kita mendidik generasi akan datang yang penuh adab, bersahsiah tinggi dan berilmu." - Asha Rashid

5) Menurut kajian: Perkembangan organ otak bermula dari bahagian belakang ke hadapan kepala.
Fungsi bahagian belakang: menyelaraskan pergerakan, keseimbangan dan memproses visual.
Fungsi bahagian hadapan: bertanggungjawab dalam proses pengaturan emosi dan fungsi kognitif tinggi seperti membuat keputusan, menyelesaikan masalah, pemikiran, pembelajaran & ingatan. - Hadi Muss: petikan buku The Defining Decade, Why Your Twenties Matter and How to Make Most of Them Now karya Meg Jay.

6) "Pain can be transformed into beauty."
"You've gone through a lot in life and this one, yes you can face the challenge again."
Petikan Buku: I Find You in the Darkness oleh Alfa Holden- Dikongsikan oleh Hanz Jamaludin

7) The world is not a wish-granting factory. - Jessica Tay

8) Membaca - tiada paksaan tapi ada seruan (Al-Quran, surah Al-Alaq) - Safa Safwan

9) Kita akan menjadi lebih tenang apabila kita tahu bahawa ada Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Bijaksana sedang menjaga dan mengatur perjalanan kehidupan kita dengan sebaiknya. - Sajida Zulkafli
Profile Image for Muhamad Fahmi.
126 reviews22 followers
January 3, 2026
Membaca genre buku tentang buku ni memang menaikkan semangat untuk membaca. Dan juga ubat untuk reading slump.

Seronok baca pandangan; pengalaman; pendapat pembaca buku tegar terhadap buku.
Profile Image for Reading Bee.
55 reviews1 follower
December 31, 2024
Bagaimana Buku Mengubah Hidup Saya: Antologi Esei 12 Bibliofil, merupakan sebuah koleksi tulisan peribadi daripada 12 pencandu buku, berkongsi tentang buku-buku yang mereka gemari—bukan sekadar sebagai pembaca tegar, tetapi juga sebagai aktivis buku. Sejak mengetahui tentang antologi ini dan melihat nama-nama penulis yang saya kenali dari media sosial (mereka tak kenal saya); termasuk beberapa rakan biblio dalam talian; saya sudah berhasrat untuk membaca dan memberikan sokongan kepada mereka.

Setiap esei dalam antologi ini menawarkan ilmu dan perspektif baru. Namun, ada beberapa yang benar-benar menyentuh hati saya, terasa dekat dan relevan dengan pengalaman hidup saya sendiri. Antaranya ialah tulisan Asha Rashid, atau lebih mesra dikenali sebagai Kakchik. Sebagai seorang ibu, saya benar-benar memahami pandangan Asha Kakchik — bahawa membaca bukan hanya untuk kepuasan diri, tetapi juga sebagai usaha mencari ilmu untuk mendidik anak-anak. Pengalaman kami sewaktu kecil hampir serupa; walaupun tidak hidup mewah dengan koleksi buku, beberapa buah buku yang dimiliki sudah cukup untuk menanam minat membaca dalam diri kami.

Tulisan Hanz Jamaludin pula relatable dengan saya. Beliau berkongsi tentang pergulatan hidup, serta pengalaman sebagai pembaca hibrid. Saya sendiri tiada genre khusus—saya membaca mengikut rasa hati, apa yang sedap atau nampak sedap. Walaupun saya penggemar fiksyen, tulisan Iman Danial Hakim tentang mengapa kita perlu membaca bukan fiksyen terasa seperti mencerminkan pandangan saya sendiri. Beliau menekankan bahawa membaca bukanlah sekadar untuk menghabiskan sebuah buku dengan cepat, tetapi untuk memahami dan merenung isinya. Iya, begitulah, walaupun lambat-lambat saya membaca, tetap diteruskan bacaan.

Esei oleh Emmy Hermina Nathasia pula membuatkan saya bergelut dengan memori yang samar-samar, seolah-olah mengalami dejavu. Saya tidak pasti sama ada saya pernah membaca Jalan Seribu Liku, namun plot yang dikongsikan terasa sangat familiar. Mungkin ini petanda saya perlu mencari dan membaca buku itu. Saya amat menghargai tema buku seperti ini, yang membincangkan kepelbagaian agama dan kaum — isu yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk disentuh.

Namun, tulisan Jessica Tay berjaya membuatkan saya menitiskan air mata. Kata-kata Jessica, “Jika tidak membaca…” dan bagaimana Guru Aini mempengaruhi hidupnya benar-benar menyentuh perasaan saya. Sementara itu, perkongsian A. Muziru Idham tentang Hikayat Abdullah dengan laras bahasa yang indah membangkitkan keinginan saya untuk membaca karya tersebut. Penulis turut memetik kata-kata Munshi Abdullah, “…jikalau hendak menjadi pandai dalam Bahasa Melayu ini, maka hendaklah kiranya tuan berjinak-jinakkan dengan segala hikayat-hikayat Bahasa Melayu...”

Esei-esei lain juga tidak kurang menjentik hati saya, bahawasanya terlalu cetek ilmu saya, dan terlalu banyak yang saya perlu belajar.

Secara keseluruhannya, buku nipis ini menyimpan nilai yang besar. Ia bukan sahaja memperluas senarai buku yang ingin saya baca, tetapi juga sesuai untuk anak-anak dan generasi muda. Semoga buku ini dapat menyemai kecintaan terhadap membaca sejak usia dini. Tahniah saya ucapkan buat semua penulis, terima kasih juga kerana membuka sisi peribadi untuk dikongsi bersama pembaca. Terima kasih juga buat Sue Oshin kerana menghadiahi saya buku ini.
Profile Image for Widura.
20 reviews1 follower
January 21, 2025
Buku ini membawa saya untuk merenung kembali buku-buku yang pernah memberi impak dalam diri, sekali gus menyedarkan saya siapa diri saya yang sebenarnya. Sebagai contoh, saya tahu saya meminati sejarah, namun beberapa buku (novel terutamanya) membawa saya menelusuri sejarah ketamadunan manusia lebih dari sekadar membaca. Saya bukan saja semakin rajin mengunjungi muzium dan tapak arkeologi, malah mula mendekati program wacana yang berkaitan (sehingga mengundang kejutan sesetengah pihak kerana latar belakang akademik yang berbeza).

Dari membaca juga, saya perlu berdamai dengan diri saya yang berkemungkinan besar kurang cenderung kepada genre falsafah dan pemikiran. Tetapi ya, mungkin boleh diusahakan lagi hihi.

Bagaimana Buku Mengubah Hidup Saya menghimpun 12 esei bibliofil tempatan, yang kesemuanya tidak saya kenali. Mungkin kerana saya baru saja aktif di media sosial setahun kebelakangan ini, seusai segala urusan kritikal pengajian PhD. Boleh dikatakan lama juga saya ber-hibernasi dari media sosial.

Membaca buku ini umpama membaca semua buku yang diketengahkan dalam setiap esei, dari sudut pandangan para penulis. Boleh dikatakan, setiap penulis mempunyai kecenderungan yang berbeza lantaran cadangan buku yang berbeza. Namun terdapat 2 buah buku yang telah mengubah hidup 2 orang penulis yang berbeza, iaitu (i)How to Win Friends and Influence People oleh Dale Carnegie, (ii)Seni Berfikir Yang Hilang oleh Hasrizal Abdul Jamil. Sebahagian besar buku yang diketengahkan dalam esei juga adalah buku non-fiksyen. Atara karya fiksyen yang diangkat dalam esei termasuk Jalan Seribu Liku oleh Maskiah Masrom, karya-karya Faisal Tehrani, Guru Aini oleh Andrea Hirata, dan karya Agung Eiichiro Oda iaitu One Piece.

Secara keseluruhan, buku ini menarik dan mudah dibaca. Esei terbaik menurut pandangan saya adalah tulisan Hadi Muss yang penataan bahasanya indah namun segar.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
January 4, 2025
Sedari kecil, saya suka baca buku. Nerd ? Ulat buku ? Dulu-dulu saya tak berapa gemar gelaran tersebut sebab saya lebih suka nak jadi ‘gadis cool’ hahaha. Tetapi sekarang, tak apalah, saya bangga malah suka bila orang kaitkan saya dengan buku. Saya faham yang semua orang pun ada keinginan untuk majukan diri, itulah fitrah manusia yang Tuhan kurniakan buat kita semua. Tetapi, untuk ‘kita-kita’ , buku merupakan alat yang paling major dalam hidup kita.

Jadinya, dengan kehadiran buku ini, dapatlah saya dalami isi hati dan membaca pengalaman penulis-penulis hebat yang sudah lama bergiat aktif dan mempunyai pengaruh dalam dunia buku. Moga-moga saya pun boleh berkongsi seperti mereka satu hari nanti. Nampaknya, bertambah-tambah lagi list buku yang perlu dibaca bila mana penulis berkongsi banyak sangat buku yang telah merubah hidup mereka. Dan saya juga dah mula membaca komik One Piece. Ada 1000 lebih episod tapi saya baru sahaja di episod 12. Suami saya yang peminat tegar one piece pun tak berjaya hasut selama ni haha.

Terima kasih pada semua penulis dan juga penerbit yang bijak sekali berkongsikan pengalaman masing-masing yang indah dalam dunia buku. Mungkin tak semua orang faham minat dan obsesi kita pada buku. Tapi saya harap lebih ramai yang akan jatuh cinta dengan buku, kerana ianya terlalu indah dan ia juga merupakan tuntutan agama untuk menuntut ilmu dan membaca. Suka sangat buku ni, nipis tetapi sangat padat dengan perkongsian.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.