Jump to ratings and reviews
Rate this book

Vehaen #3

Vehaen III: Sahabat Terakhir

Rate this book
Yang seorang membuang memori, yang seorang mencari memori. Seorang ke utara dan seorang ke selatan.

Enam tahun lamanya Amrullah Khairi menghilangkan diri daripada hidup sahabatnya, Imran Fatih. ‘Dunianya’ suram dan kelam. Yang dia senangi cumalah rakan sepejabatnya yang sangat berprinsip – Farrah Amani. Namun si ceria itu, selalu membuat Amrullah rasa rendah diri (dan jengkel sekali gus).

Kau sebahagian dari masa silam dia yang hilang.

Pertemuannya dengan Imran akhirnya menutup jurang waktu. Namun Amrullah terasa jauh apabila melihat Imran menjadi seorang yang bahagia dan sukses. Imran menjadi presiden organisasi kemanusiaan Palestin yang aktif dan disenangi ramai.

Mereka kembali semula ke Vehaen University sempena program Ramadan with You Gaza 2024. Namun ada rintangan yang terbentang di depan mereka. Benarkan peluang kedua ini dapat menebus kesilapan Amrullah pada Imran, dan mengembalikan semula kemanisan dan kekuatan ukhuwah di antara mereka sekali lagi?

Aku nak sahabat aku ada dalam setiap fasa kehidupan aku... dan hantarkan aku ke liang lahad serta doakan aku selepas aku pergi. Aku akan buat hal yang sama untuk kau, Am. – Imran

***

AINULFARIHAH yang prolifik, menoktahi Vehaen III: Sahabat Terakhir dengan cantik sekali. Kesinambungan ceritanya tersusun, watak-wataknya dewasa, mood pembaca dijaganya dengan berhati-hati dalam trilogi ini. Sebuah kisah persahabatan yang indah. Syabas!
– Noor Suraya, Editor

462 pages, Paperback

First published November 1, 2024

5 people are currently reading
58 people want to read

About the author

Ainul Farihah

13 books180 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (80%)
4 stars
4 (12%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
January 19, 2025
UGLY CRYING! AFTER 11 YEARS OF WAITING, WE FINALLY GOT THE CLOSURE THAT WE NEEDED😭❤️‍🩹 VEHAEN HAS BEEN A PART OF MY CHILDHOOD AND FINISHING THIS FINAL INSTALMENT HAS HEALED A PART OF ME AND YET TAKEN A PIECE OF MY HEART AWAY❤️‍🩹 KNOWING THAT WE’VE FINALLY REACHED THE END BRINGS A BITTERWEET FEELING INSIDE ME😭 I’VE LEARNED SO MUCH FROM RIF’AT, AMRULLAH AND IMRAN. I TRULY FELT LIKE I WAS A PART OF THEM AND THEIR JOURNEY. REACHING THE END JUST MADE ME BAWL MY EYES OUT😭😭😭

THERE ARE MANY MORE WORDS I COULD SAY, BUT I SUCK AT EXPRESSING MYSELF. JUST KNOW THAT I FELT SO GRATEFUL AND SUPER HAPPY TO BE PART OF THIS JOURNEY. SO MUCH LOVE FOR VEHAEN!💗💗💗💗💗

P.S: AMRULLAH AND AMANI?!!! THEY ARE SOO FREAKISH ADORABLE👹
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
September 12, 2025
Vehaen 3: Sahabat Terakhir menjanjikan sebuah penutup yang sempurna kepada siri Vehaen. Saya telahpun menangis ketika membaca bacaan awal yang disediakan oleh Manes ketika promo berlangsung dahulu. Sekarang setelah membaca sehingga titik tamat, saya tidak dapat menahan sebak yang mencengkam dada.

Ukhuwah yang ditonjolkan melalui watak Imran dan Amrullah sungguh-sungguh berpijak pada bumi yang nyata. Terpisah selama beberapa tahun dengan sahabat karib, lalu bertemu semula, hal ini memerlukan masa untuk hati kembali bertaut erat seperti masa lalu. Apatah lagi ada masa silam yang pernah hilang dari hidup mereka. Selain itu, novel ini mengajar saya untuk tidak menghakimi manusia lain sewenang-wenangnya.

Pinna Palestin, sebuah NGO yang memperjuangkan Palestin digambarkan dengan baik gerak kerjanya. Pembaca dapat merasai semangat yang dibawa dalam novel ini. Isu berkaitan Palestin yang dimasukkan secara bersahaja dalam novel ini, membawa mesej yang kuat tentang banyak hal yang masih terjadi di Palestin, walaupun telah 10 tahun lebih setelah novel Vehaen 2: Rif'at yang memaparkan perjuangan Rif'at dalam meniti hari-hari terakhirnya di tanah tumpah darahnya sendiri, Palestin.

Mehnah dan tribulasi yang dipaparkan dalam ukhuwah mereka serta dalam organisasi Pinna Palestin membentuk sebuah konflik cerita yang menarik dan mendebarkan. Dari ujian persahabatan dan dendam yang merosakkan - ada banyak pengajaran yang boleh dikutip oleh pembaca. Banyak juga quotes yang indah dan baik yang boleh dijadikan sebagai refleksi dalam kehidupan seharian.

Saya paling suka 2 babak dalam novel ini. Pada halaman 330, ketika Jo berkonfrontasi dengan Fattah dan Huzairi dengan bersaksikan Imran dan Amrullah, sepertinya melihat cermin persahabatan Imran-Amrullah-Rif'at dalam Vehaen 1: Satu Cerita dahulu. Satu lagi, turun naik pergolakan emosi waktu Imran dan Amrullah bersemuka sebelum program Pinna Palestin tamat. Dua babak ini nyata memberi kesan pada emosi saya ketika membacanya. Tidaklah menangis pada babak ini, tapi ada kesannya.

Pastilah aku menangis paling banyak pada epilog mengenai Rif'at. 😭😭😭 Sebuah kematian yang menghidupkan.

Buat sahabat dan insan yang telah pergi, semoga kalian ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Innalillahi wainna ilaihiroji'un.
🤲🤲🤲
Profile Image for Ain Atila.
83 reviews2 followers
January 2, 2025
First read in 2024 ✅ Ah, it feels good to reminisce all the feels from reading Vehaen i, back in 2015. Although I have reread that book several times, it cannot top the excitedment when Vehaen iii: Sahabat Terakhir came as the last sequel. Indeed the very sahabat terakhir 🥹

Vehaen is always be my favourite book—I aspired to write my own manuscript; Bahtera Persahabatan (2015) after reading it. Though mine never got a chance to be published 🙁

Reading Vehaen iii also brought some sort of feelings. Some scenes seem too good to be true; some serve the beauty of brotherhood, DnT world & ideal addin (things that I’ve experienced before and I miss it!); some feel slightly cringe; some hit with the reality of life. And the ending made me teared up—never thought I miss Rif’at this much.

Thank you Ainulfarihah for this comeback—indeed a fresh start to read this in the new year.

Actual rating: 4.5/5 ⭐️

#FreePalestine 🇵🇸
Profile Image for Humaira' Hisham.
1 review
January 21, 2025
First 2025 read and honestly, *standing ovation*
Was in a reading slump the entirety of 2024 but I somehow managed to read this in a day! It's been a very long anticipated book of mine and reading it felt so nostalgic I was sobbing through and through. The closure after grieving over Rif'at and what became of Amrullah dan Imran all I ever wanted. Terima kasih tuhan beri hidayah kat kak Ainul untuk habiskan tulis vehaen, it was seriously everything for me hiks
Profile Image for AmiraAm.
6 reviews
January 8, 2025
What a good story. Ainulfarihah tak pernah mengecewakan. Penutup utk 3sahabat yg sangat2 menyentuh hati. Hampir setiap page menangis. Lagi-lagi bila dorang sentuh pasal Rif'at.

Best sgt. Recommended.
Profile Image for Az3an.
171 reviews4 followers
February 13, 2025
Kisah terakhir ni lebih sampai ke hati. Tak cringe dah.

Vehaen III deserved 5 stars!!
Profile Image for suhey.
17 reviews1 follower
March 24, 2025
the closure that i never thought i needed 😭 boleh relate banyak dengan si Amrullah Khairi ni pasal hilang diri dia sebab sumpah sama. sedih gilaaaa buku ni but happy gila juga!
Profile Image for Nad.
375 reviews
June 23, 2025
Akhirnya.
Tak dapat bayangkan siapa yang baca dua buku awal dan perlu tunggu almost a decade untuk tahu kesudahan lagi dua sahabat ni.
Profile Image for Shu Granger.
37 reviews4 followers
December 26, 2025
the best series i've ever read in my entire life. macam mana nak move on ni!!! (cryyy)
sayang Rif'at, Imran & Amrullah!! <3
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.