Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ketika Niskala Menjadi Cerita

Rate this book
Bermula daripada gumpalan idea (niskala) menjadi kata-kata yang disusun sesederhananya (cerita); sejumlah kecil cerpen dihimpunkan di dalam buku ini yang menyentuh pelbagai tema seperti kekeluargaan, persahabatan, kemasyarakatan dan sesekali kembali ke dasar diri untuk menjentik kesedaran tentang kehidupan yang sederhana ini.

Keseluruhan cerpen yang dimuatkan dalam buku ini bukanlah sebagai pembuktian apa-apa; sekadar menyelit dan berkongsi suara kecil yang saban waktu ingin meronta keluar.

110 pages, Paperback

First published November 19, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Zalila Isa

15 books54 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (50%)
4 stars
2 (25%)
3 stars
2 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 12 books57 followers
January 15, 2025
12 buah cerpen yang penuh dengan rencah kehidupan manusia; berkisar tentang kekeluargaan, pasangan, persahabatan, pengkhianatan, ketamakan, kehilangan, kasih sayang, pengorbanan dan pelbagai.

Membaca cerpen pertama tentang kehilangan pasangan cukup memukul emosi saya. Bukan mudah untuk kita melepaskan jika kehilangan satu-satunya pasangan baik dunia akhirat, ibarat dunia kita kelam dan tidak ada gunanya lagi hidup ini. Masih terbayang-bayang pasangan masih ada di sisi, sentiasa tersenyum menemani dan memujuk agar kita rela dan reda melepaskannya.

Diikuti pula kisah pengorbanan seorang ibu yang memikul segala kesusahan membesarkan anak-anak di pundaknya. Saksi seorang anak sulung tatkala ibu bersusah payah mencari nafkah untuk diberikan kepada si adik yang berada di asrama. Dikala si adik sudah berjaya, dia tidak tahu kerana tidak menyaksikan betapa si ibu bersusah payah mendapatkan wang untuk perbelanjaannya. Semakin tua, si ibu semakin nyanyuk dan sengaja si anak sulung menyerahkan si ibu untuk dijaga oleh si adik agar dia membuka mata dan kembali mengenangkan segala memori itu.

Ada pula kisah persahabatan dan sebuah renungan kehidupan manusia yang sentiasa berjalan di dalam koc. Di dalam koc wanita, manusia itu berasa selamat untuk seketika. Merenung hari-hari yang mereka lalui sebaik sahaja keluar dari koc. Ada yang akan kembali berjuang menempuh kehidupan melalui setiap airmuka yang terpampang di wajah mereka; penat, mendatar, dll. Di dalam koc ini jugalah seorang sahabat mencari jawapan tentang sahabatnya yakni seorang guru di sekolah di pedalaman Sarawak. Persoalan dan jawapan mengapa sahabatnya itu berubah hati tidak mahu menjadi pendidik sedangkan dulu dia bertekad mahu mendidik anak bangsa.

Banyak lagi cerpen-cerpen bagus yang memenangi anugerah dan mengapa layak mendapat anugerah tersebut setelah kalian baca isinya. Saya suka semuanya kerana ia berkaitan dan sangat dekat dengan kehidupan yang kita jalani sehari-hari.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book96 followers
December 22, 2024
Ada 12 buah cerpen yang pelbagai, yang dikumpulkan menjadi sebuah buku untuk bacaan santai.

Santai-santai pun, bab pertama sudah bergenang air mata.

Zalila Isa, penulis yang saya kenali memang 'orang buku'. Bijak memilih perkataan untuk digabungkan menjadi satu penceritaan yang lancar saja alirannya.

Setiap cerpen ada nilai tersendiri. Saya suka dengan cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat, ketimbang kisah dua jiwa uda dan dara. Bukan benci, cuma faktor usia barangkali sudah mula menolak kisah-kisah begitu.

Kisah Mak Ngah, Kopi Emak, Basikal, Koc, Intan di antara Kaca adalah antara pilihan saya. Bukan hanya sekadar cerita, tetapi menjentik hati dan akal untuk menaakul.

Tahniah, Zalila untuk buku ini.

Saya tunggu untuk satu buku penuh!

#sharulmembaca
#malaysiamembaca
Profile Image for Reading Bee.
64 reviews1 follower
September 2, 2025
Kumpulan Cerpen: Ketika Niskala Menjadi Cerita
Penulis: Zaila Isa
Muka surat: 102
Penerbit: Biblio Press (imprin Biblio Lit!)

Tertarik dengan hantaran EH Nathasia berkaitan membaca kumcer (kumpulan cerpen) dan fokus, aku teringat Sue Oshin ada memberi kumcer ini beberapa bulan lalu, jadi aku cuba membaca kumcer ini bersama dengan sebuah buku lain. Membaca kumcer membantu rasa ‘overwhelmed’ dengan bacaan lain dan menghalang dari terus menghentikan bacaan, dan kembali ke ‘reading slump’.

Terdapat 12 cerpen dengan tema pelbagai - kekeluargaan, persahabatan, trauma, pengkhianatan, kemasyarakatan. Setiap cerpen ada nilai dan pesan hidup. Antara cerpen yang aku suka ialah Mak Ngah, Daerah Sara, dan Basikal. Namun sebenarnya, setiap cerpen ditulis dengan baik, ada kiasan, dan perlambangan seperti Koc dan Pada Hari Buku Hilang dari Raknya (mengingatkan pada buku Fahrenheit 451).

Untuk yang mahu menambah jumpah bacaan, atau yang mengalami masalah fokus pada cerita dan buku yang tebal, boleh cuba baca kumcer juga.

Terima kasih Sue Oshin menghadiahi buku ini, dan juga EH Nathasia atas perkongsian.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews