Jump to ratings and reviews
Rate this book

1511H [KOMBAT]

Rate this book
1511H [KOMBAT]
Mendengung, menjunam, menyengat.
Lebah sempat menggodekkan ekor merenung sebelum terbang.
Tuan persiden rebah, kejang, terus koma.

Kombat 1511 H. Ini zaman depan, tahun 2087 Masihi
yang menuntut perang cara teknologi.

Bio-bots lipas dan belalang
melitup langit dalam awanan aneh
mengepak, menyerak gelombang.
Satelit kucar-kacir, komputer huru-hara, radar kacau-bilau.

Cyborg, cypher, sarcos, Ababil, Mikraj, hidrogen sianida,
mikrob pemakan logam, laser, segala macam lagi
yang dipacu teknologi, teknologi, teknologi.

Syarifah Nusaybah, dia hartawan global, strategis licik
yang jasadnya sentiasa diburu peluru,
yang tahu kejayaan harus dibina dengan teknologi,
bahkan sungguh-sungguh percaya kejayaan yang puncak
adalah dengan futuwwah.
Etika yang mencuci jiwa, memperteguh roh:
Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan.
Semata-mata...


________________________________
Novel ini telah memenangi tempat PERTAMA
Pertandingan Novel Remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2003
Pertama 1511H [KOMBAT] Faisal Tehrani
Kedua Mencari Locus Standi Nisah Haron
Ketiga Ombak Sfera Lotus Siti Jasmina Ibrahim

423 pages, Paperback

First published June 15, 2004

19 people are currently reading
388 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
368 (54%)
4 stars
183 (27%)
3 stars
97 (14%)
2 stars
17 (2%)
1 star
9 (1%)
Displaying 1 - 30 of 64 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
December 1, 2019
Harapan aku agak tinggi bila baca novel ni sebab baru sahaja baca mahakarya "1515" dan "Advencer Si Peniup Ney" yang pada aku memang sangat hebat dan menyeronokkan jalan ceritanya. Tetapi terus terang aku katakan 1511H ini agak membosankan. Dimana aku ambil masa 1 minggu lebih untuk habiskan. Sebab walaupun aku baca di siang hari, aku akan rasa mengantuk. Mungkin terlalu banyak jargon2 ketenteraan dan nama2 watak yang agak banyak disuapkan sampai agak keliru sikit jadinya. Tapi novel fiksyen sejarah berat memang macam ni, takkan nak pakai bahasa mudah, Faisal Tehrani pulak tu.

Adakah wujud unsur syiah dalam novel ni? Sebab bagi peminat novel2 melayu, bila dengar sahaja nama Faisal Tehrani pasti dan pasti akan dikaitkan dengan Syiah. Bagi aku novel 1511H memang tiada langsung propaganda syiah. Cuma yang menariknya ada disebutkan sejarah tentang Puak Qaramitah yang menceroboh Makkah dan mencuri batu Hajarul Aswad, aku pernah membaca artikel tentang tragedi ini dimana perompak hajarul aswad tersebut ialah puak syiah Qaramitah. Tetapi kenapa penulis buang perkataan syiah dan hanya menyebut Puak sesat Qaramitah sahaja pada mukasurat 188? Pada pendapat aku, oleh kerana Syiah Qaramitah ini adalah pecahan syiah Ismailliyyah dan ismailliyyah difatwakan sesat oleh Syiah Imamiyyah Iran. Ulama' Ismailliyyah silam juga mengatakan Qaramitah sesat, jadi sudah tentu Faisal Tehrani takkan mengakui yang Puak Qaramitah yang sangat kejam ini sebahagian dari Syiah.

Apa-apa pun novel ini memang boleh meniup api semangat pemuda2 islam masakini untuk bangkit mengurangkan penggunaan gajet di tangan demi menentang penjajahan fizikal dan mental barat.

Kejayaan Komander Muhammad Ameen menakluki Washington pula bukanlah suatu perkara yang mustahil dengan izin Allah. Asyik negara islam je kena buli kan?
Profile Image for Tuah Sujana.
10 reviews12 followers
April 15, 2011
Jika tiba-tiba Amerika Syarikat yang menyerang dua kota suci umat Islam tetapi tidak berjaya, kemudian serangan balas dilakukan oleh umat Islam dengan sasaran-sasaran untuk memusnahkan kaum kuffar, apa kesannya? Sebuah karya oksidentalisme yang memikat. Futuristik yang memenarakan paksi tauhid. Dan Islam serta ummahnya.
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 7, 2015
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Alangkah indahnya jika impian ini menjadi kenyataan.

Karya yang amat hebat. Terasa seperti menonton filem perang Hollywood. Versi 3D.

Kisah mengenai pemuda-pemuda Islam dari seluruh pelosok dunia. Bersatu atas nama Islam. Bersama-sama berusaha menentang musuh-musuh yang sangat bencikan Islam. Digerakkan oleh Hajah Syarifah Nusaybah, seorang hartawan global dan juga strategis yang sangat licik.

Airmata menitis semasa membaca perjuangan mereka mempertahankan Kota Suci Makkah dan Madinah. Yang ingin dihapuskan oleh pihak musuh. Seumpama serangan Abrahah dan tentera bergajahnya.

Lebih mengharukan apabila mereka mula mengambil langkah ke hadapan. Tidak hanya menunggu dan cuma mempertahankan apa yang ada. Menyerang Amerika. Menawan Washington atau lebih tepat lagi Rumah Putih. Pusat kekuasaan Barat. Mereka pejuang yang mempertahankan agama suci ini. Berjuang kerana agama, demi Allah. Bukan kerana keduniaan.

Berlatarkan tahun 1511 Hijrah bersamaan dengan tahun 2087 Masihi. Teknologi yang digunakan jauh ke hadapan. Cyborg, cypher, sarcos serta pelbagai lagi.

Pemuda-pemuda ini begitu kental jiwa mereka. Begitu kukuh pegangan mereka. Berlumba-lumba untuk ke hadapan. Syahid adalah impian mereka. Menuntut janji Allah buat kekasihNya.

Ya Allah. Terasa begitu kerdilnya diri ini. Mereka iri hati apabila ada sahabat yang terlebih dahulu syahid. Kita? Mungkin berlumba-lumba untuk menyelamatkan diri sendiri.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
September 22, 2013
Dari segi idea penceritaan & imaginasi...memang terbaik....genre si fiksyen...tapi maaf la, aku x berapa nak boleh hadam pula...entah kenapa?? Mood membaca begitu perlahan dari satu bab ke satu bab...cuma rasa teruja tatkala Emrullah hendak pancarkan gelombang di atas bangunan demi menyelamatkan rakan2nya...

Novel ini pada mulanya sudah ku baca hingga ke pertengahan...kemudian aku berhenti seketika...ulang semula baca buat kedua kali...gara2 mahu mengambil MOOD..tapi masih menjadi masalah padaku...aku dapat rasakan mungkin bahasa yang di guna pakai, sedikit sebanyak merencat pembacaan...ataupun gaya penceritaan beliau yang tidak menepati citarasa aku...mungkinkah nama watak2nya yang mengganggu aku juga...

Novel yang mengangkat Hero Melayu Muhammad Ameen sebagai salah seorang anggota tentera cyborg yang berjihad demi mempertahankan Kota Mekah & Madinah daripada serangan Yahudi/AS...Elemen Futuwwah banyak di terapkan dalam novel ini...terdapat juga sindiran2 kepada bangsa Melayu...malahan penulis melabelkan sesetangah watak sebagai Si Jahat & Si Beruk...

Maafkan ANA!!!
Profile Image for ilham.mukhtar.
87 reviews6 followers
April 2, 2011
Novel fiksyen Melayu pertama yang aku rasa hebat. Bukan sekadar jalan cerita yang lancar mengenepikan perasa-perasa keterlaluan, tapi juga landasan yang baik untuk mengenali unsur tasawwuf dan sufiyyah. Harus diingat terkandung juga interpretasi Faisal yang mungkin bertentangan dengan pandangan golongan moderate; "pemimpin yang lebih Amerika dari Amerika" - satu tempelak yang diulang-ulang sepanjang buku ini.
Aku mencari buku ini dengan niat, sekiranya ia mampu dihabiskan dalam dua hari, aku perlu baca novel lain Faisal. Ada cadangan?
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
September 21, 2020
Tamat bacaan kali kedua pada tahun 2020.

3 bintang untuk bacaan kali kedua.

Ternyata masih lagi sebuah karya yang menyengat, namun begitu, setelah ditimbang-timbang, seakan banyak pula kekurangan.

Ya, buku ini cuba mengangkat sebuah perjuangan Islam sebenar. Dalam hal ini, ia adalah buku yang baik. Membaca perihal Jeneral Muhammad Ameen, para komander seperti Zinnira, Habib, Emrullah dan lain-lain lagi, tak dilupakan Jeneral Hajah Nusaybah membuatkan hati jadi malu dengan kelemahan diri sendiri. Malu kerana diri ini tidak benar-benar mampu untuk keluar berjihad dan menegakkan jalan yang ALLAH redha.

Namun, dalam hal penulisan dan juga garapan ayat serta cerita, buku ini sebenarnya sedikit kaku. Saya sukar membayangkan apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh penulis.

Seolah-olah, perkataan yang banyak-banyak itu sekadar dimuntahkan oleh penulis dengan garapan yang kurang kemas. Ayat-ayatnya tidak begitu memberikan impak untuk menggambarkan suasana perang. Sama ada saya selaku pembaca tidak mampu berimaginasi, atau penulis sendiri gagal mengajak pembaca untuk membayangkan dunia ciptaannya dengan lebih teratur.

Selain itu, saya juga bersetuju untuk mengatakan 1511H Kombat ini baik, tetapi bukanlah yang terbaik daripada penulis. Sebagai seseorang yang sukakan Perempuan Nan Bercinta (ya maklum, kedua-dua genre buku ini tidak sama), saya merasakan ada lompong besar di dalam penulisan ini. Seolah-olah tergesa-gesa, dan saya cukup tidak sukakan dengan penulisan yang tergesa-gesa. Saya rela tenggelam dalam jutaan perkataan, asalkan buku itu membawa ramuan yang serba cukup untuk saya menikmati jalan ceritanya (kalau nak tahu, salah satu buku kegemaran saya adalah Harry Potter and The Goblet of Fire - cubalah tengok berapa tebal buku tersebut!).

Apapun, saya juga merasakan kematangan dapat mengubah pengalaman pembacaan buku ini. Kalau dahulu, saya benar-benar merasakan buku ini amat hebat. Tetapi kini, saya fikir ia adalah baik sahaja.

Mungkin juga, sasaran buku ini ditulis adalah untuk para remaja yang tahap kematangannya tak sama seperti saya.

Oh ya, saya akan mulai membaca 1515 nanti. Tetapi melalui selakan awal, saya rasa jauh berbeza benar 1515 dengan 1511H!

Reviu tahun 2012 seperti di bawah:

Sebuah karya yang mengangkat perjuangan sebenar Islam tetapi dari sudut pandang arus kemodenan. Agak-agaknya, ada tak sebuah pergerakan yang mampu menjadi seberani itu?
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
January 22, 2018
1511 [ KOMBAT ]. Faisal Tehrani. Utusan Publications. 2007.

1) Novel 1511 [KOMBAT] merupakan novel futuristik. Mengisahkan perjuangan tentera-tentera Islam yang terdiri daripada gabungan anak-anak muda di seluruh dunia.

2) Novel ini mengandungi 18 bab dan setebal 423 mukasurat termasuk lampiran.

3) Novel ini ditemui di atas rak Perpustakaan USIM.

4) Sejujurnya, perjalan dari satu bab ke bab yang lain agak panjang dan membuatkan aku teras bosan ketika membacanya. Ditambah pula dengan nama-nama watak yang susah nak lekat kat kepala aku. Aku lebih mengingati satu watak iaitu Muhammad Ameen. Beliau merupakan anak muda kelahiran Malaysia.

5) Di dalam novel ini, penulis membawa kita ke masa hadapan, tahun 1511 Hijrah bersamaan 2087 Masihi. Ketika itu peperangan menawan Amerika berlaku. Dengan kewujudan pelbagai teknologi peperangan yang dicipta sendiri oleh umat Islam.

6) Penulis memperkenalkan konsep futuwwah di dalam novel ini. Apa itu futuwwah ? Futuwwah dalam bahasa Inggeris disebut mystical youth atau spiritual chivalry, manakala dalam bahasa Parsi dikenali sebagai jawanmardi, secara mudahnya bermaksud etika atau juga kekesatriaan spiritual dengan ciri-ciri tertentu- ilmu futuwwah atau etika adalah sebahagian daripada cabang ilmu sufi. ( dipetik daripada lampiran novel ini ).

7) Di dalam novel ini, penulis datangkan istilah-istilah yang aku sendiri jarang jumpa. Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa aku lambat mengkhatamkan novel ini.

8) Walau bagaimanapun, cerita dia dalam novel ini tetap bermanfaat kerana penulis menggalakkan konsep penyatuan umat Islam.

9) Buat peminat cerita-cerita bergenre Islamik futuristik, korang boleh cuba baca novel. Aku yakin novel ini sesuai dengan korang.

10) Kau takkan pernah rugi bila kau membaca. Percayalah ! Selamat Membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#2018readingchallenge
[ DUA ]
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
August 4, 2019
Satu lagi buku FT yang tidak menggampakan dan berbaloi luangkan masa membaca. 1511H kombat ialah cerita perang tapi bukan perang era sejarah tau. Rasa saya pasti beberapa orang dari anda yang bila tengok kulit buku saja tanya baca sinopsis, terbayang bahawa ini kisah perang zaman kegemilangan Melaka dulu... ada betul? 1511H Kombat ialah kisah perang futuristic leading to the taking over of White House oleh anggota futuwwah berteknologi tinggi pimpinan Komander Muhammad Ameen. Saya fikir cerita sebegini amat baik diperbanyakkan lagi dan diperhebatkan lagi promosi supaya dibaca oleh lebih ramai remaja, Muslim khususnya. Baru-baru ini saya bertuah bertemu dan bincang sedikit dengan seorang Ustaz yang juga merupakan pengetua sebuah sekolah swasta di Glenmarie, sekolah pertama dengan silibus KBSR berasaskan STEM. Saya amat impressed melihat video dan gambar perkongsian Ustaz, berhubung aktiviti anak-anak kecil berumur 8-10tahun yang sudah pandai mencipta pelbagai mesin ringkas. Meremang bulu tengkuk memikirkan, tak lama lagi, Islam akan bangkit bersama muda mudi futuwwah yang cerah mata, cerah hati, tenang jiwa, semangat membara dan paling penting juga dibekalkan dengan kemahiran teknologi tinggi; menghapuskan tentera kafir. Sebelum ini saya baca scenes perang teknologi canggih adiwira Muslim Muslim yang teguh dengan taqwa dalam novel siri Hikayat Satria-satria Sejati Hilal Asyraf. Bayangan sebuah peperangan ultimate antara kejahatan denga
pahlawan terpilih terdiri dari pemuda pemudi Islam juga jelas dalam buku siri Kitab Lama-Dialah Bunga Berembun Bulan-Teori X - Cincin karya Sha Hanim. Pabila baca pula buku 1511H kombat, terus minda saya sambungkan dots... nampaknya seperti telah tertulis di mana-mana (siapa dapat jelaskan di mana?), bahawa nanti akan ada perang antara tentera dajjal dengan tentera mujahid.

Profile Image for Faizah Azaman.
4 reviews1 follower
August 23, 2010
Kisah yang melatari sirah penghubung tiga kota suci; Mekah, Madinah dan Quds. Tonggak utama, Muhammad al-Ameen yang telah padu dipandu futuwwah. Fata yang mewakili citra nusantara, diangkat menjadi tokoh utama yang punya segala khazanah duniawi dan ukhrawi. Bergabung membentuk kesatuan fikrah dan amal di bawah naungan wanita renta yang berjiwa agam; Syarifah Nusaibah. Kekuatan roh, kepatuhan, kebijakkan dan sofistikated adalah aura yang cuba digarap oleh FT
Profile Image for Mohd Ismail.
11 reviews19 followers
May 23, 2017
Momentum: 2/5.
Tingkat Bahasa: Sastera sederhana dan mudah faham. Sesuai untuk remaja.
Ulasan: Saya merasakan umur saya terlalu lewat untuk menghayati keseronokan buku ni. Jika umur saya antara 15 – 25thn waktu baca buku ni, pasti saya akan pukul canang suruh orang lain baca memandangkan pengujaan terhadap fiksyen islamik sangat menebal di peringat umur tersebut. Pada peringkat usia begini, saya merasakan buku ini terlalu keanak2an, tidak cukup lazat di minda walaupun olahan ayat penulis sangat hebat. Buku terasa terlalu tebal untuk dihabiskan namun digagahi kerana saya terlalu teruja memiliki buku ini pada permulaannya.
Ulang Baca: Tidak.
Difilemkan: Teknologi filem tempatan tidak cukup maju untuk buat filem ini hingga benar2 hidup. CGI yang tidak kemas pasti mematikan selera untuk meneruskan tontonan.
Disclaimer: Saya hanya membuat ulasan berdasarkan ilmu saya yang masih sempit dan terbatas. Lebih kepada pandangan peribadi dan bukan untuk umum. Background pendidikan bukan dalam bidang sastera, jadi sesuatu bacaan yang terlalu berat sasteranya sehingga terlalu payah untuk difahami akan saya nilai sekadarnya, tepat menurut hati dan akal saya. Setiap pandangan saya yang menampakkan sisi negatif atau kelemahan terhadap sesuatu tidak melambangkan lalu menjejaskan kredibiliti sebenar penulis ataupun yang berkaitan dengannya.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
October 30, 2016
The ugly truth about some of us. Habib berkata, "... Mereka memimpin Islam bukan Islam yang memimpin mereka.." (p. 77) dan "..di kalangan umat Islam sendiri, mereka lebih Amerika daripada Amerika." (p. 80). Teguran yang bagus daripada penulis. Terasa juga saya sebagai pembaca. Terasa sedih dengan diri sendiri pastinya.

Novel ini diterbitkan pada tahun 2004. Latar masa yang penulis pilih ialah pada tahun 2087 tentang umat Islam menentang Amerika dan Zionis. Bukan senang nak tulis buku tentang masa hadapan. Banyak kajian dan pembacaan tentang sejarah perlu dibaca untuk membina dunia tahun 2087. Sangat suka dan kagum dengan fakta yang dibentangkan oleh penulis. Penulis memang bijak menggunakan medium fiksyen untuk membincangkan hal-hal global.

Penulis menjawab soalan apa yang terjadi pada masa hadapan? Status Islam dimata dunia macam mana? Adakah umat Islam masih menjadi mangsa perang Amerika dan sekutu? Novel ini menterbalikkan dunia sekarang dimana umat Islam bangkit menguasai teknologi. Dibekalkan dengan semangat jihad, mereka menyerang Amerika setelah Amerika bertindak ganas membedil dan mengebom Madinah. Misi Muhammad Ameen ialah menukat the White House menjadi the White Mosque.
Profile Image for Basma Hashem.
48 reviews3 followers
February 21, 2015
tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 Kategori Novel Remaja

membaca fiksyen perang yang berlatarkan Islam menumbuhkan semangat besar untuk berkhidmat kepada agama. kerana berdasarkan kata-kata dan pesanan yang ditinggalkan Baginda Nabi SAW, kita perlu sedar muslim masa depan adalah ahli 'ghuraba' dengan itu muslim masa depan bertanggungjawab mempertahankan syiar dalam lingkungan yang lebih mendebarkan dan berdepan musuh yang punyai seluruh kekuatan yang terwujud didunia teknologi yang tidak terbayangkan.
kerana musuh islam masa depan akan melakukan kerosakan di Bumi Tuhan yang bersama kita diami dan kerana hidup mereka tidak bertuhan dan tidak mempunyai sikap Ihsan tinggi terhadap semua yang ada di mukabumi, maka muslim zaman depan perlu mengorak langkah, menyusun strategi mendidik, mengajar dan seboleh mampu menentang mereka dengan kekuatan kita.
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
September 28, 2014
saya membaca buku ini ketika baru mula mahu berjinak-jinak dengan novel tebal.
sangat teruja dengan buku ini sehingga saya membacanya tiga kali!
malah ketika pesta buku, saya membelinya walaupun sudah dibaca, kerana bagi saya karya ini adalah karya 'mesti ada'.

dan karya ini juga sebenarnya memberikan ilham sedikit sebanyak untuk cerpen saya, Si Kecil Imran.


kita sebagai umat Islam harus bangkit dari lena. bagaimana kalau perang berlaku secara global? muslim menentang kafir harbi? nah, novel ini membawa cerita itu secara baik sekali.
seusai membacanya masing-masing meingimpikan diri sehebat Muhammad Ameen, jejaka dari Kuala Lumpur.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
April 23, 2015
Sangat memberi kesan kepada imaginasi. Aku baca novel ni masa aku tengah final exam. Baru habis final ni ha.

Imaginasi berkenaan peperangan akan datang. Di mana peperangan bukan sekadar peperangan fizikal dan ideologi. Tetapi yang lebih bahaya peperangan biologi. Sangat bahaya. Satu dunia akan terkesan. Peperangan biologi yang membuatkan Komander Muhammad Ameen menang (menembak dari atas bumbung).

Ada lagi yang lain tu. Antaranga novel ini mengenengahkan sufisme kepada masyarakat tentera.

Banyak lagi la, baca je novel ni. :-)

Next Faisal Tehrani; Dektektif Indigo.
Profile Image for Zehan Ilyana.
82 reviews15 followers
July 31, 2012
sungguh aku sangat suka cerita ini.. ianya adalah sebuah buku futuristik yang bagi aku tak pernah terfikir oleh aku...
walaupun ianya hanyalah sebuah cerita, tapi aku bagaikan boleh rasa aku turut berada di dalamnya..bagaikan kisah realiti yang sedang terjadi..:)

sebuah buku yang patut dibaca dan dimiliki!
Profile Image for Fzh Hns.
45 reviews3 followers
September 7, 2016
Hampir 10 tahun yang lalu buku ini deibeli. Sebelum popularnya hilal ashyraf, fatimah syarha dan penulis-penulis lain yang menyegarkan genre islamik+jihad, Faisal Tehrani terlebih dahulu menghasilkan karya hebat ini. Jangan risau, tiada unsur syiah di sini. Isi kandungannya جهاد فِي سَبِيلِ اللَّهِ‎ semata-mata.


Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
November 23, 2007
Faisal Tehrani mempunyai imaginasi berlandaskan fakta yang amat mengagumkan. Dalam novel ini, walaupun ia fiksyen, isinya bukanlah sekadar dongengan yang fungsinya hanya melentokkan mata untuk tidur sahaja. Padat dan jitu dengan "bahan api" pembakar semangat.
Profile Image for YuSRuL.
18 reviews
October 9, 2013
Susah untuk dihadam dengan selera aku bila 60% isinya berkisar pertempuran sahaja.
Profile Image for Aiman Phoenix.
23 reviews5 followers
January 2, 2019
The last Malay fiction that I truly enjoy. Since then I read mostly non-fictions in order to realize the characters in the novel, the spartan Sufi warriors.
Profile Image for Syud A.
29 reviews
May 8, 2025
Novel futuristik berlatar belakang 1511H (2087). Novel ini lebih kepada propaganda meniupkan semangat umat Islam untuk mempertahankan Islam.

Keistimewaan karya ini terletak pada pendekatannya yang buat pertama kali menampilkan unsur ‘firasat tentang masa depan’ yang berakar daripada tradisi Islam, dan diolah dalam bentuk fiksyen naratif. Sebelum ini, konsep seperti ‘teori kenabian’ lebih lazim ditemui dalam karya-karya fiksyen berbahasa Inggeris seperti Dune (yang mempunyai pertalian paling dekat dengan sumber Islam) dan beberapa lagi. Pendekatan ini amat mengesankan kerana ia memperkenalkan satu dimensi baharu dalam genre novel tempatan, sekaligus memperkayakan landskap sastera semasa yang sering terikat dengan bentuk dan tema konvensional.

Antara perkara yang tidak digemari keinginan Tehrani untuk menghalalkan 'pengebom berani mati'. Aku faham mengenai konsep fisabilillah. Mungkin ini konsep yang mahu ditekankan oleh Tehrani, syahid fisabilillah. Selain itu, aku juga berasa agak jengkel apabila Tehrani menyindir barat dengan agama mereka kerana Firman Allah SWT:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Bermaksud: “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”

(Surah Al-An’am; 108)
Profile Image for Lia.
45 reviews
January 19, 2024
Right. First thing first, I suka idea, plot cerita, bahasa and all the ilmu dalam buku ni. Cerita dia banyak info pasal sejarah, geografi, agama yang buatkan I rasa woww there's lot thing yang I taktahu dan nak tahu.

Second, I'm aware that this is genre fiction so all the fantasy is acceptable (at least for me). Menarik.
But, I'm kinda confused through out the story cause there's a lott of things happen, bezanya kat tempat lain. Madinah, Washington, Makkah, Pasir etc so ma mind agak serabut apa yang terjadi kat satu-satu tempat.

Next, the pace was so fast like it was in the movie. I bayangkan if adaptasi movie, mesti best. Scene perang, komander-jeneral, bom dan lain-lain were superb.🤝I baca laju je, sedar-sedar ehh dah habis.

Dan, I think cerita ni tergantung. Is it? Sebab ibaratnya perjuangan fata atau pemuda ni tak akan habis sehinggalah Islam menang. It is open-ending, I'm good with it.

So yeahh, I suka this book. Its eye-opening. Tentang ilmu. Tentang pemuda. Tentang perjuangan. Tentang dunia akhir zaman yang akan berlakunya perang dan banyak lagi.

*I beli buku ni sebab cover dia lawa dan sinopsis dia caught my attention. End up, FT's book will become one of my auto-buy.

"Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah pemuda pada hari ini."

Looking forward Faisal Tehrani's others work. Kudos!
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
April 25, 2024
Karya ini seolah-olah memberi harapan yang suatu hari nanti perjuangan hebat seperti ini akan terjadi di mana umat Islam dapat menawan kuasa-kuasa besar dunia dan yang penting mempunyai kepakaran dan teknologi canggih yang tak terjangka dek musuh. Iman yang tinggi dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan para pejuang merupakan antara faktor penting dalam peperangan menentang kaum kuffar. Pelbagai bangsa bergabung di bawah satu payung yang sama iaitu Islam.

Komunikasi melalui fikiran seperti kuasa psikik tetapi menggunakan teknologi canggih like wow 🤯
Profile Image for Huda Harith.
48 reviews
December 20, 2022
Novel yang berat tentang peperangan. terlalu banyak hi-tech (or aku memang tak minat war tech), so banyak tak faham.

bab dari segi kefahaman ciri2 seorang komander tu, bukan senang untuk ada. novel ni untuk aku berat sebenarnya, futuwwah, fityan, sirah nabi, banyak dalam novel ni.

kena baca balik. mengambil masa yang lama untuk memahami sebenarnya. dari segi terms yang digunakan.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
January 5, 2023
Cerita yang menarik tentang penawanan Amerika. Selalunya baca cerita perang tentang pertahankan negara. Rasanya ini kali pertama baca cerita perang untuk tawan amerika. Cerita yang membuka mata dan hati. 4.5
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
May 12, 2025
3.5 ⭐

Kali pertama cuba mengenali cara penulisan FT, sayangnya aku cuma mampu baca sampai m/s 210 saja. Itu pun setelah puas berusaha untuk tidak DNF.

Bukan ceritanya tidak bagus, maaf, tapi mungkin tidak menepati selera aku.
13 reviews
June 19, 2020
Buku dibaca zaman persekolahan remaja.
Buku yang baik dan ringkas namun mampu menaikkan adrenalin pembaca dalam menyelurusi babak demi babak yang diceritakan.
230 reviews4 followers
April 19, 2008
Buku inilah yang mula mengembalikan minatku kepada buku-buku Melayu semula. Selama ini, buku-buku Melayu yang pernah aku baca lebih cenderung kepada kisah cinta, tidak mampu untuk mengasah minda atau menanamkan semangat perjuangan. Inilah antara kekuatan buku ini. Plot yang baik beserta penulisan yang meyakinkan menimbulkan saat-saat mendebarkan yang jarang dapat dirasakan (malah seingatku tidak pernah) apabila aku membaca buku Melayu. Satu lagi karya yang hebat oleh seorang penulis yang berkaliber.
Profile Image for ©athiraheliya.
84 reviews18 followers
September 13, 2012
Patut dijadikan KOMSAS buat sekolah menengah. Kenapa perlu percayakan bahawa Barat menguasai segalanya, mengetahui segalanya sedangkan mereka tak lebih dari menciplak ilmu dan pengetahuan orang lain dan seterusnya mengatakan itu adalah kajian mereka. Agama adalah tonggak kehidupan, tanpanya kita rapuh serta takut kepada musuh. Novel ini juga berjaya menunjukkan kita masyarakat Islam mampu kehadapan malah jauh lebih kuat jika kita tidak mengetepikan Islam dalam kehidupan.
Profile Image for Fathul Khair.
9 reviews86 followers
June 4, 2013
1511H [KOMBAT] - buah tangan Faisal Tehrani yang menjuarai HSKU 2003. Latar cerita yang sarat dengan suspen dan mampat dengan ilmu-ilmu bantu yang saya kira amat sesuai untuk dibaca oleh semula lapisan masyarakat. Mengulangi kejayaan mengungguli carta hadiah pertama HSKU 2002 menerusi 1515 juga mengangkat latar sejarah dan konsep jihad dalam kehidupan, 1511H [KOMBAT] ternyata mengajak pembaca lari daripada realiti hari ini.
Profile Image for Muhammad Adib.
3 reviews
August 2, 2016
Karya yang berat. Tidak mampu dihabiskan dalam masa yang singkat, kerana ia memerlukan pemikiran dan imaginasi yang tinggi. Namun, jika kita benar-benar menghayati setiap baris perkataan di dalam novel ini, kita pasti akan turut berasa berada di dalam situasi dalam novel ini.

Novel ini mampu membangkitkan semangat juang anak-anak muda Islam untuk bangkit, memajukan diri sendiri, dan berubah ke arah sesuatu yang lebih baik.
Displaying 1 - 30 of 64 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.