Jump to ratings and reviews
Rate this book

Siri Detektif Indigo #2

Ikan Fugu, Lukisan & Jimson

Rate this book
SIRI DETEKTIF INDIGO
--------------------------------
Dalam lingkungan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat.
Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.

Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi
bahkan menjelmakan adab dan akhlak, diterasi iman dan takwa.

Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson
membawa anda ke lokasi kes forensik di Sungai Congkak;
kes kecurian catan di dewan pameran Dubai;
dan kes penderaan warga emas hartawan.
-

267 pages, Paperback

First published January 1, 2007

4 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
67 (37%)
4 stars
67 (37%)
3 stars
39 (21%)
2 stars
5 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
January 4, 2019
Sekuel kepada Detektif Indigo. Sarat dengan nilai dan pelajaran berguna bagi pembaca. Mengajar tentang tawakal dan kerjasama.


Nama watak yang unik. Nama makanan dan item yang pelik pelik. Plot yang sukar dijangka. Walaupun ia faktor sampingan, memang unsur unsur ini yang kekal melatari karya penyiasatan remaja ini.

Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
August 22, 2019
Best best. Seronok pula baca senda gurau anak anak muda Indigo yang bijak namun lucu terutama Faroq Dan Maryam. Watak Chen Chung kurang menyerlah kali ini. Funny cerita penyiasatan remaja macam ni pun boleh jadi menarik dek olahan minda kreatif penulis
Profile Image for Hanz Jamaludin.
Author 4 books17 followers
July 19, 2024
"Ada bulu berbentuk macam segi tiga."
"Itu bulu janggut atau misai. Bulu ketiak berbentuk lonjong. Helai rambut selalunya berbentuk bulat dan bulu mata menjadi tirus dengan cepat selepas gugur." (halaman 168)
Detektif-misteri. Keunikan: Forensik (macam CSI) dengan kulinari, seni catan & botani.
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
January 23, 2017
karya ini sambungan daripada detektif indigo,mengisahkan dunia penyiasatan remaja yang mempunyai kelebihan istimewa dan membawa nilai nilai islamik,kekeluarga,persahabatan dan nasib penindasan terhadap orang tua.

sikap detektif indigo yang sangat profesional membawa satu mesej kepada aku untuk berfikir,adakah kita mampu untuk menjadi profesional seperti detektif indigo yang tidak bias serta beramanah lagi tidak menghukum sebelum mendapatkan bukti?

terima kasih,Faisal Tehrani untuk karya ini!
-AM-
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
December 24, 2008
Kisah penyiasatan memang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Waktu itu novel penyiasatan yang saya ikuti serta menjadi kegemaran saya adalah novel siri Hadi (Hardy Boys) dan Enid Blyton, 'The Famous Five' selain merupakan kipas (fan) komik Penyiasat Remaja, Hajime Kindaichi(telah tamat) dan Detektif Conan.

Dan kini Detektif Indigo pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2004 telah dijadikan novel bersiri. Siri novel penyiasatan islami telah lama saya nantikan. Oleh itu kelahiran Novel Siri Detektif Indigo amat menggembirakan saya. Siri pertamanya yang baru keluar iaitu 'Ikan fugu, lukisan & Jimson' telah habis ditekuni dalam 2 saat tanpa berlengah lagi (hiperbola melampau).

Saya meminati penulis Faisal Tehrani kerana dia tidak menulis kata-kata tetapi menulis idea. Bukan sekadar naratif dan prosa tetapi bermakna. Benarkan saya membawa satu fragmen novel tersebut. Dialog penyiasat remaja indigo, Maryam dan Basem yang begitu mengujakan saya.
Dia mengacum, "Mereka lupa, dalam Islam ada prinsip thawabit atau ketetapan. Tak semua perkara boleh dinilai sebagai mutaghayyirat atau prinsip berubah. Apa yang ada terang-terang dalam AlQuran, tak boleh pandai-pandai diubah. Tutup aurat, hukum hudud dan macam-macam lagi tak boleh digubal-gubal."

Basem bertambah geram. "Golongan militan dan ekstrem memang berbahaya untuk Islam, tapi golongan yang tak ada pegangan ini juga bahaya. Mereka ini golongan yang memudahkan apa sahaja, mengabaikan prinsip-prinsip yang ada dalam Islam. Semua diambil ringan, semua simple."
Novel penyiasatan yang sarat dengan pengisian bermanfaat. Kepada peminat cerita penyiasatan anda harus tidak ketinggalan memilikinya.

(www.makhluk-bernama-aku.blog.friendst...)
230 reviews4 followers
June 21, 2009
Kali ini, terdapat 3 misteri yang diperkenalkan sekaligus. Sayangnya, kuasa luar biasa yang dimiliki remaja-remaja indigo ini kurang digunakan untuk menyelesaikan misteri-misteri tersebut, satu kelemahan yang mungkin penulis perlu perbaiki untuk buku seterusnya. Misterinya juga terlalu mudah dan tidak begitu mendebarkan atau mempunyai elemen suspens yang tinggi. Tidak mudah untuk menulis cerita misteri.

Yang paling menarik adalah kesimpulannya...... kerana ia membuatku tidak sabar untuk buku seterusnya dalam siri ini!
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
November 23, 2007
Buku kedua dari siri Detektif Indigo ini isinya lebih ringan dan lebih santai dari yang pertama. Kes yang dibentangkan kali ini walaupun mencabar, tetapi macam lebih mudah diselesaikan berbanding kes dalam buku pertama.
Profile Image for Rokhyiah Rahman.
27 reviews6 followers
November 13, 2008
Mengujakan. Cuma, rasa tak puas hati dengan beberapa perkara kecil berkenaan ujian2 makmal yang dijalankan ke atas sampel. Sebab yang sama aku kadang2 menyampah dengan CSI.
Profile Image for Siti Salha.
78 reviews8 followers
March 14, 2011
Detektif Indigo lebih syok berbanding Siri Detektif Indigo yang ini. Apapun, ceritanya tetap tidak mengecewakan =)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.