Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kekasih Sam Po Bo

Rate this book
Faisal Tehrani melalui Kekasih Sam Po Bo menggunakan latar sejarah kebudayaan Islam yang merentas sempadan geografi, iaitu kesan kunjungan laksamana Cheng Ho yang beragama Islam yang dikenali sebagai tiga permata kerana tiga pelayarannya yang meninggalkan impak besar terhadap sejarah maritim dan budaya. Cerpen ini bagaikan sebuah retrospektif baharu terhadap teori kedatangan Islam ke alam Melayu dari negeri China. Faisal membawa suatu pengalaman budaya besar (great tradition) di luar lingkungan alam Melayu pada abad ke-15, dengan menampilkan kualiti peradaban Dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo.

327 pages

First published January 1, 2007

8 people are currently reading
89 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books590 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
53 (27%)
4 stars
79 (41%)
3 stars
53 (27%)
2 stars
4 (2%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
February 9, 2020
Agak sukar untuk saya temui cerpen yang saya kurang gemar dalam Kekasih Sam Po Bo. Kebanyakan cerpen-cerpen yang terkandung dalam ini yang merangkumi pelbagai aspek seperti politik, kehidupan, teknologi, sejarah, agama sangat sangatlah saya kagum.

Nilai nilai yang dibawa di dalamnya merupakan perkara biasa yang dijumpai mana-mana tulisan tetapi cara pembawakan itu yang membezakan dengan naskah lain.

Bagi yang pernah baca tulisan FT pada naskah yang lain, semestinya pembaca akan perasan dalam buku ini juga terkandung cerpen yang dijadikan novel seperti Nama Beta Sultan Alauddin (yang lain tidak pasti sama ada dibukukan menjadi novel ataupun tidak). Bonda Tak Marah Lagi dan Kucing Gemuk di Masjid Biru juga mungkin akan mengingatkan kepada kucing Madura dalam Manikam Kalbu.

Antara lain saya suka dengan cerpen Sastera Perjalanan 1: Merpati Baqi' seolah-olah saya sendiri di bawa ke maqam Rasulullah s.a.w
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
November 12, 2010
Dia membuka telapak tangan dan meletakkan sebentuk cincin nilam. "Maafkan aku, tak banyak aku dapat berikan untuk kau bawa hatiku pulang ke negerimu."

Saya senyum pilu. Kami berdakapan. Oh erat dan hangat sekali persaudaraan ini, meski di sekeliling cuaca amat dingin sekali.

Kemudian Nafiz bersuara lagi. "Aku pernah terbaca hadis diriwayatkan oleh Abi Dawud yang berbunyi lebih kurang begini: " Andai seseorang dari kamu mencintai sahabatnya kerana Allah, maka hendaklah kamu memberitahunya."

Nafiz memandang saya sungguh-sungguh. " Demi Allah aku mencintaimu sahabatku."


Inilah petikan dari cerpen yang bertajuk 'Datang dari Sukma, Masuk meyelinap Sukma'. Cerpen yang paling berjaya menyentuh hati saya di dalam kumpulan cerpen ini. Selepas membaca cerpen ini saya lantas teringat sahabat baik saya yang sangat dekat dengan saya. Teringin saya memberitahu mereka saya mencintai mereka kerana Allah..
Profile Image for Mali.
210 reviews
June 24, 2018
Buku cerpen. Also kali pertama aku membaca tulisan Faisal Tehrani. Tak sangka yang tulisannya tersangatlah captivating. Dan tak sangka yang tulisannya juga ada unsur2 Islamic.

"Akan tetapi manusia sering bertemu syaitan dalam simpang-simpang hidupnya. Setiap belok derita dan setiap kerikil cabaran dalam kembara yang menduga akan ditunggui syaitan"

"Manusia adalah wakil Allah di dunia ini, bukan pencabar Allah."


Cerpen Favorite:

1. Cahaya Pada Jiwa
2. Imam Muhaimin
3. Kucing Gemuk di Masjid Biru
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
December 24, 2008
Cerpen Kekasih Sam Po Bo cerita tentang pelayar dan pemimpin armada hebat Laksamana Cheng Ho. Diseling kisah dengan keteguhan seorang wanita dan muslimah Melayu di era kegemilangan Kesultanan Melaka.

Penceritaan atau boleh aku katakan penaakulan sejarah yang membangunkan semangat dan menganjak paradigma. Sememangnya sejarah harus diceritakan dan direnungi bukan sahaja pada fakta tapi makna.

Dalam antologi ni dimuatkan 30 karya cerpen terbaik dari penulis. Ada juga cerpen yang pernah aku baca dari siri antologi tahunan hadiah sastera utusan, dewan siswa dan majalah lain. Tapi masih rasa segar bila berdepan semula dalam antologi ni.

Antara cerpen hebat dalam antologi ini, Kucing Gemuk di Masjid Biru, Sultan Aluddin Belajar Tasawuf, Narawastu Amman, Ratu Kosmetik, Cahaya Pada Jiwa dan semualah.

Yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek. Tiada yang tidak mengujakan bagi prosa-prosa rekreasi minda.

(www.makhluk-bernama-aku.blog.friendst...)
Author 1 book2 followers
February 25, 2024
Saya antara watak-watak yang mula mengenal Sasterawan Faisal Tehrani pada zaman liberalnya. Profesor (Fixi, 2018) adalah novel pertamanya yang saya baca sebelum menekuni esei Aku ____, Maka Aku ada, dan Bagaimana Anyss Naik ke Langit.

Saya bergerak dari yang baru ke klasik, kadang sekejap melompat-lompat menekuni yang baru sekali-dua. Ia kerja yang kalau engkau buat tanpa kajian dan teliti cerita tentang penulis, kau akan terkejut beruk. Saya pernah merasa. Macam ditolak jatuh dari bangunan perasaannya.

Kekasih Sam Po Bo menghimpun 30 cerpen-cerpen Faisal Tehrani. Terbit tahun 2007. Saya fikir, ia kisah-kisah tulisan Faisal Tehrani sewaktu beliau belum berpindah ke 'rumah' liberalnya. Ada diseru-seru nama Sister In Islam (SIS) di dalamnya. Menyatakan ia gerakan yang tidak baik. Cerpen 'Setelah Diciptakan Adam...' ada memuntahkan pandangan watak utama yang tidak suka dengan gerakan feminisme dan berpandangan ia lari jauh dengan Islam. Cerpen-cerpen lain ada menyatakan pandangan watak dalam cerita masing-masing yang kurang gemar dengan Yahudi. Misalnya, dapat dilihat dalam cerpen 'Opah'. Saya tak pasti pandangan Faisal Tehrani yang kini tentang orang Yahudi. Dalam novelnya 'Cinta Hari-Hari Rusuhan', ada menampilkan watak Yahudi yang baik, berniaga dengan membuka kafe. Namun, apa yang pasti, yang kita wajar menentang adalah ketidakadilan. Ketidakadilan tak wujud cuma dalam satu kumpulan tertentu (kalau tanya saya).

Tanpa bias, saya menilai kumpulan cerpen ini bagus amat. Ceritanya, gaya penceritaan dan gagasan yang di bawa (tidak kisah saya setuju ataupun tidak). Ia tampil realistik, tak dibuat-buat.

Menekuni Kekasih Sam Po Bo adalah suatu keterbalikkan kepada kerugian. Banyak yang saya pelajari—motif utama juga sebenarnya lebih kepada ingin mengaji bagaimana cerpen-cerpen bagus itu dibina. Akan ditekuni lagi karangan-karangan lain Faisal Tehrani. Moga Tuhan izinkan.
Profile Image for Puteri.
13 reviews2 followers
September 22, 2017
Selepas beberapa tahun, masih berjaya membuat saya melekat daripada helaian pertama hingga akhir
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,558 reviews41 followers
April 18, 2022
Beberapa cerita dalam buku ini yang saya suka baca lebih dari yang lain. Antaranya ialah cerita puteri gunung ledang ratu kosmetik. Lawak segar.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews370 followers
August 7, 2025
"Cinta hatinya jauh, pelayar hebat dan pemimpin armada laut. Dia cinta hati Aminah; sungguh besar, kerana menerusi wanita anggun kerajaan melayu kerajaan melayu melaka itu langsung yakin, datang percaya - keesaan Tunggal, dan bila percaya mesti beriman dan sanggup melakukan apa sahaja. Begitulah kasihnya tumpah buat Sam Po Bo, lelaki yang matanya kehijauan, dia sampai nanar menceritakan. Percintaan Agung seorang laksamana dengan muslimah ayu, sun gguh ini kisah cinta!"

Adalah sejenis kenikmatan maksima apabila membaca tulisan Faisal Tehrani. Kekasih Sam Po Bo menghimpunkan 30 cerpen terbaik karya beliau dengan pelbagai variasi tema. Himpunan cerpen ini adalah manifestasi perjalanan seni seorang penulis yang sharp pemikirannyan, dengan keboleh berbahasa yang puitis dan simbolisme. Tuan FT sememangnya terkenal dengan karya - karya yang mencakup berbagai tema, dari sejarah dan budaya hingga isu - isu sosial dan spiritual.

Antara cerpen pilihan aku adalah:
1. Irisan-Irisan Mimpi yang mengisahkan pencarian seorang guru terhadap kekasih arwah ayahnya di bumi Borneo. Perjalanan emosional ini mengungkap kerumitan hubungan keluarga dan kehilangan.

2. Ratu Kosmetik mengkritik halus obsesi wanita Melayu terhadap produk kecantikan Barat, sambil mengangkat nilai-nilai estetika tradisional.

3. Cik Siti Mustika pula membawa pembaca kembali ke zaman kegemilangan kerajaan Melaka, menggambarkan sosok biduanita yang menjadi simbol kesopanan dan keanggunan wanita Melayu.

Secara keseluruhan, gaya tulisan Faisal Tehrani dapat dikatakan sebagai perpaduan antara keindahan bahasa, kedalaman makna, dan relevansi sosial. Ini memang makanan aku.
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
May 18, 2014
sukar utk kita nafikan bhw faisal tehrani ialah seorang penulis yg baik sekali. bahasanya puitis dan segar, isinya mendidikkan, plotnya mengkagetkan, dan watak-wataknya pula datang dalam sifat-sifat yg berwarna-warni.

antara cth cerpen-cerpen kegemaran peribadi: Setelah Diciptakan Adam, Cahaya Pada Jiwa (yg ini wajib dibaca!), Cinta dalam jambangan ilalang, bulan mengembang di langit KL, dan Opah.
Profile Image for Abdul Hakim Abdul Basir.
30 reviews5 followers
March 1, 2009
Membaca karya Faisal sememangnya sentiasa mengujakan. Setakat pembacaan saya, tiada cerpennya yang menyentuh soal-soal abstrak dan susah difahami. Masih sarat dengan nilai kesasteraan tapi masih jinak untuk didekati oleh peminat baru. Cerpennya ada 'cerita' dan seringkali merentas sempadan negara, menyentuh isu-isu universal dan Islami.
6 reviews2 followers
January 5, 2012
Cerpen tentang polemik masyarakat dalam dan luar negara, Pandangan atau digelar tasawwur penulis terhadap bagaimana beragama. Memang menarik dan wajar dibaca oleh golongan yang sukakan karya yang mencetus pemikiran.
Profile Image for Ijja 1912.
17 reviews3 followers
July 31, 2009
himpunan cerita pendek Faisal tehrani, yang sukar didapati di mana-mana..
Profile Image for Sha.
1 review2 followers
Read
September 23, 2009
hoca...jangan lari dari rahmat Tuhan..
Profile Image for Cikgu Wana.
36 reviews4 followers
December 21, 2010
Himpunan cerpen-cerpen terbaik Faisal Tehrani. Sesekali mencuit hati, membuah senyum, kadang menyentuh rasa, sebak bergumam di jiwa. Hebat!!
Profile Image for Afifah.
21 reviews
August 17, 2011
buku pertama faisal tehrani yang dibaca aku...bermula dari buku ini aku ingin membaca lebih banyak lagi buku beliau yang lainnya....(terkesan kerana mesej agama yang disampaikan lain dari lain)
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
October 25, 2015
Blurb yang diciptakan di kulit belakang hanyalah merangkumi 1-2 cerpen. Tidak semua cerpen.

Buku ini baik dibaca dan menyedarkan diri sendiri.
Profile Image for Ana Jannah.
27 reviews1 follower
October 13, 2012
himpunan cerita pendek yang membuka minda tanpa jalan cerita
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.