Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nama Beta Sultan Alauddin

Rate this book
Untuk remaja, karya sejarah selalunya menjemu dan melelahkan. Tetapi novel ini tidak begitu. Naratif disampaikan dengan bersahaja, selalunya ada hiburan dan kelucuan, tetapi acap kali akan ditemukan nasihat dan pengajaran berguna. Tak ramai tahu Sultan Alauddin bukan sahaja tangkas menangkap penjenayah, di waktu kecilnya motivasi diri baginda sebagai insan berketokohan sudah terpancar. Rupanya baginda juga pencipta teknologi kereta yang pertama! Dan paling menggamamkan permainan politik baginda di peringkat serantau amat bijaksana. Novel ini mengisahkan ketokohan Sultan Alauddin Riayat Syah dalam Kesultanan Melayu Melaka, tokoh yang perlu dihayati generasi sekarang. Watak pemimpin yang berkaliber, boleh diekori, wajar ditekuni dan elok dikagumi.

147 pages, Paperback

First published January 1, 2007

10 people are currently reading
169 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
114 (37%)
4 stars
129 (42%)
3 stars
51 (16%)
2 stars
8 (2%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 61 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
793 reviews106 followers
May 19, 2016
"Andai undang-undang hanya ada di atas kertas dan dalam kitab-kitab sahaja, tidak dijalankan demi mendapat reda Allah, maka begitulah rosak binasa negeri bermaharajalela penyamun dan pencuri."

Ehhh...kejap jer dah habis. Tak puas baca. Nak tahu lagi apa yang jadi seterusnya...

Alangkah baiknya jika buku-buku sejarah ditulis sebegini. Santai, tetapi isinya tidak berkurang dari yang sepatutnya. Dan tidak jemu untuk kita terus menyelak lembaran demi lembaran sehingga ke halaman terakhir. Rasanya jika buku sejarah kita ditulis sebegini, maka makin ramailah anak-anak Malaysia yang berbangga dengan jatidiri Melayu dan tidak terumbang-ambing seperti yang kita lihat hari ini.

Alangkah bahagianya hati jika Dr Faizal sudi menjadikan kisah-kisah sejarah ini secara bersiri :-)
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 4, 2016
Kisah di dalam buku ini ialah kisah Sultan Alauddin yang menjadi raja kira-kira umur 19 tahun. Kalau baca Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) kisahnya sama saja. Tetapi buku ini untuk bahan bacaan kanak-kanak aku kira. Dan lebih mudah untuk hadam. Walaupun masih mengekalkan bahasa istana dan bahasa klasik, masih mudah untuk faham ketimbang buku Sulalatus Salatin.

Ada beberapa perkataan yang aku sendiri tak faham juga; seperti apabila FT menulis mengenai cara pembuatan kereta lembu. Dan juga istilah lain bagi barangan yang bermula dengan huruf sin (huruf s) itu. Jadi jika baca buku kecil ini, lagi mudah untuk faham dan meningkatkan variasi perkataan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Buku nipis ini adalah cetakan semula dari bukunya terbitan Aberdeen. Dan buku ini adalah buku paling comel tahun ini aku fikir.
Profile Image for Qayiem Razali.
889 reviews85 followers
June 7, 2025
44/2025

-Nama Beta Sultan Alauddin
-Faisal Tehrani

Buku seperti ini bagi saya selayaknya diangkat sebagai teks KOMSAS untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan pelajar. Walaupun membawa tema sejarah, namun buku ini ditulis dengan lenggok bahasa yang mudah difahami membuatkan pembaca tertarik untuk menghabiskan naskhah ini hingga ke halaman terakhir.

Berkisar tentang sejarah susur galur seorang Sultan Alauddin Riayat Syah, buku ini akan membawa kita mengenal kisah sultan yang lengkap dengan nilai kemanusiaan. Kalau diikutkan cerita ini boleh dikembangkan lagi, akan tetapi saya kira buku setebal 100+ halaman ini sudah cukup mampu untuk memastikan fokus pembacaan kekal statik hingga ke titik penamat.

Tahniah buat tim Jiwa/Jejak Tarbiah atas usaha menerbitkan semula karya ini. Untuk mereka yang mencari buku bertema sejarah tapi tidak terlalu berat alur ceritanya, buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan anda.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
November 3, 2017
Pengajaran paling besar dan petikan yang paling disukai dalam buku ini.

Nuh Ha Mim angguk. Akur. Menepuk-nepuk bahu Raja Husain.

“Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita.

Dunia ini ibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk orang lain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dari luar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yang punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.

Sangku tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih darinya. Janganlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tangan tak punya apa-apa kelebihan.

Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa. Apa lakunya sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan? Yang kita bawa mengadapnya iman dan amal sahaja.

Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan segala kutu yang melekat di kepala. Kebendaan dan kemasyhuran hanyalah kutu yang perlu kita tinggalkan, kita bersihkan dengan selisik.

Pada sepukal sedarlah kita yang kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus. Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi Kehebatan dan Keperkasaan Tuhan.

Surai, marilah anakanda kita bertakwa kerana itu sahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh. Rasmilah anakanda menjadi murid kita hari ini.”

Raja Husain menitiskan air mata.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
March 14, 2022
Sebuah buku fiksyen sejarah yang menarik. Boleh juga dibaca untuk kanak-kanak sebelum mereka tidur.

Betul lah kata abah, sejarah itu diambil dan dikaji sebagai iktibar. Untuk dijadikan pedoman buat jiwa anak bangsa.

Berkisarkan Sultan Alauddin, sedari dia kecil sehingga menjadi sultan. Bagaimana seorang Sultan muda berfikir, bercakap dan dididik begitulah sepatutnya sifat seorang pemimpin yang adil.

Sultan Alauddin ni, kisah paling terkenal sekali tentulah tentang peristiwa dia menyamar menjadi rakyat dan berjaya menangkap pencuri yang mengucar-ngacirkan penduduk Melaka. Tetapi kisah lainnya kurang dicatit dalam sejarah, aku sendiri hanya tahu kisah baginda setakat itu.

Kisah ini seperti mengajar dan mendidik hati betapa ruginya orang kita tidak mengetahui kehebatan seorang Alauddin Syah. Sayangnya pasti ada tangan-tangan yang mencampuri dan mencampur adukkan catatan sejarah sehingga kisahnya amat jarang kita lihat.
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
December 24, 2008
-Sejarah. Sekadar tarikh-tarikh, nama-nama, dan peristiwa?-
Satu lagi buku yang di dalam 'list most wanted' saya telah dapat saya miliki. Yosh...

Apabila disebut akan Sultan Alauddin antara yang terdetik di ruang legar minda saya adalah ketokohan yang mirip Khalifah Umar Ibnu Aziz kerana kisahnya yang terkenal menangkap penjenayah walaupun bergelar sultan.

Saya pernah terbaca Cerpen Sultan Alauddin (terlupa tajuknya) tulisan Faisal Tehrani yang tersiar di akhbar Mingguan Malaysia. Sungguh mengesankan.

Oleh itu memiliki novel fiksi sejarah 'Nama beta Sultan Alauddin' memang amat saya nantikan. Tambahan, sejarah memang menjadi subjek kegemaran saya.

Banyak teladan, pengajaran serta nasihat yang terkandung di dalam sejarah Sultan Alauddin. Ia merupakan barang-barang berharga yang harus direnungi generasi saya.

Novel ini menceritakan bermula zaman muda Sultan Alauddin sehinggalah kepada peristiwa yang membawa kepada kemangkatan baginda.
Ketika zaman remajanya lagi baginda sudah menonjolkan ketokohan dan karakter yang wajar dijadikan model. Baginda sungguh-sungguh mendalami ilmu agama dan pernah belajar ilmu tasawwuf dengan Nuh Ha Mim. Kisah Sultan Alauddin belajar ilmu tasawwuf merupakan bahagian kisah yang paling menarik dan sungguh mengesankan bagi saya.

Pada usia 19 tahun baginda telah dilantik menjadi Sultan. Dalam usia yang muda baginda menunjukkan kematangan dalam pemerintahan. Baginda bijak merencana politik Melaka yang ketika itu adalah sebuah empayar besar yang menguasai hampir keseluruhan nusantara. Persona yang penuh karisma dan mempesonakan.

Tetapi baginda mangkat dalam usia muda setelah diracun.
Dan baginda mangkat 7 hari setelah itu di istana hinggap Pagoh, pada bulan Ramadhan.

-Bukan sekadar tarikh-tarikh dan peristiwa.-
Al fatihah.

(www.makhluk-bernama-aku.blog.friendst...)
Profile Image for Muhammad Zulhilmi.
41 reviews5 followers
July 28, 2017
Pada fikiran aku, penulis cuba untuk menonjolkan sikap atau ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin. Sebab tu penulis mengangkat watak Sultan Alauddin kerana baginda merupaka contoh pemimpin Melayu yang terbaik.

Siapa-siapa yang nak sangat jadi pemimpin tu, molek benar baca buku ni.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
September 27, 2019
Sesungguhnya inilah buku pertama Yang Aku baca hasil penulisan Faisal tehrani. Suka penceritaannya terutama tentang era sultan alaudin memerintah melaka Dan halnya juga dengan sultan Ahmad Yang menjadi pemerintah kerajaan Pahang atas perintah ayahandanya sultan mansur syah. Dan bahagian Yang sedih ialah perginya strategis melaka iaitu tun Perak Yang hidup pada 3 Zaman sultan melaka hingga Zaman sultan alaudin Yang mana akhirnya sultan alaudin juga mangkat kerana diracun, Dan berakhirlah kisah sultan alaudin Yang seterusnya diganti sultan Mahmud Yang Masih lagi mentah Dan bakal menjatuhkan sendiri kerajaan melaka.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
January 5, 2020
Kuat agama, adil dan saksama serta bijaksana. Itu yang saya ingat tentang Sultan Alauddin hasil pembelajaran waktu sekolah menengah dulu.

Walaupun buku ini kecil, diceritakan kisah Sultan Alauddin sedari kecil sehingga saat mangkat. Teruja sungguh membaca babak sultan melaungkan 'Nama beta Sultan Alauddin Riayat Syah sultan negeri Melaka.' Ada aura babak dari filem Gladiator ini:



Penceritaan menarik. Mengimbas kegemilangan kesultanan Melayu Melaka serta bibit-bibit kejatuhannya.
Profile Image for Eisya.
66 reviews4 followers
June 11, 2022
Berkisar tentang Sultan Alauddin bermula dari zaman remaja terutama yang berkaitan dengan peribadi baginda yang teguh melaksanakan prinsip Islam dalam pentadbiran. Naratif atuk-cucu menjadikan novel ini sesuai sebagai bacaan kanak-kanak dan tak kurang juga untuk kita remaja dewasa warga emas yang comel belaka. Di sini kita boleh lihat (ya maklum, fiksyen) hubungan yang keruh antara sultan dan pembesar, di sebalik tabir pelantikan Sultan Alauddin sebagai sultan Melaka, suasana kepesatan ekonomi etc. Ada juga diselitkan kisah Sultan Alauddin membunuh pencuri, jadi sesiapa yang berminat untuk tahu dengan lebih detail, bacalah buku ini.
Profile Image for Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin.
19 reviews7 followers
August 31, 2012
Sultan Alauddin syahid diracun. Watak ini diangkat semula oleh penulis dalam novelnya Ketupat Cinta.

Selepas Sultan Alauddin ialah Sultan Mahmud. Bagindalah sultan Melaka terakhir sebelum Portugis datang menjajah.

Ada seorang lagi Sultan Mahmud iaitu di Johor yang mangkat dijulang. Baginda ialah sultan Johor terakhir daripada keturunan raja. Yang menggantikan baginda ialah Bendahara Tun Abdul Jalil.

Maka datanglah semacam satu badi apabila seseorang sultan di Melaka/Johor ini bernama Mahmud, bagindalah yang terakhir. Sultan Iskandar misalnya bernama Mahmud Iskandar. Sekarang ini puteranya, Sultan Ibrahim, masih belum ditabal.
Profile Image for Al Waie.
15 reviews2 followers
May 9, 2016
Aku beli buku ni kt pesta buku. Malam tu jugak aku baca sampai habis. Buku ni tak menjemukan tapi aku tak berpuas hati dengan pengakhiran cerita yg seolah-olah tergantung. Lalu, aku pergi semula ke pesta buku keesokan harinya untuk mengadu yg buku ni kemungkinan muka suratnya tak mencukupi. 109 muka surat. Semua stok kt gerai Dubook di pesta buku pun 109 muka surat maka tak boleh la nk kata buku ni tak cukup muka surat, kan? Konklusinya, kalau ada antara kalian yg memiliki buku ni dgn bilangan muka surat yg berbeza, bagi tahu la aku. Sekian aduan drpd pembaca yg tak berpuas hati. p.s. Raja Husain tak mangkat pun dlm buku nipis ni.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
September 19, 2016
Sebuah novel sejarah yang ringkas tetapi pada berisi.

Sultan Alauddin yang kita sering dengari kebanyakkannya berkisar ketangkasan beliau menumpaskan perompak.

Tetapi naskhah ini menawarkan sisi lain kehidupan beliau. Sejak kecil, Sultan Alauddin sudah memancarkan aura ketokohan.

Bahasa yang digunakan mudah. Naratifnya cukup bersahaja. Tetapi ada mesej dan pengajaran yang wajar kita jadikan pedoman.
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
October 21, 2021
Teringin pula nak baca Sulalatus Salatin apabila selesai membaca naskhah kecil berkenaan Sultan Alauddin ini. Saya tak pernah tahu tentang beliau jadi buku ini sangat menarik bagi saya. Walaupun buku ini ringkas, bacaan tetap memuaskan dengan selingan bahasa Istana dan nuasa bahasa Melayu lama. Sempat juga google berkenaan Sultan Alauddin, ceritanya lebih kurang barangkali FT telah semak silang beberapa naskhah lain untuk jalan cerita yang lebih kukuh. 5 bintang!
Profile Image for Khair Zawawi.
Author 1 book7 followers
August 10, 2016
Bahasa yang mudah difaham, dihadam dan sempoi. Tidak berat walaupun mengandungi unsur klasik dan memang, sebab berlatar belakang kisah zaman kegemilangan Melaka.

Teknik penceritaan yang bagus.

Terima kasih DuBook Press sudi cetak semula.

Saya pasti beri anak-anak, keturunan saya baca kelak.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
February 8, 2017
dlm cetakan yg terbaru ni..ada yg tak cukup tp aku pasti kalau cukup lagi best bila baca buku ni..
karya FT bentuk sejarah mmg tak mengecewakan...penceritaan yg menarik..buku yg best pastinya
Profile Image for Muhd Iqbal Samsudin.
Author 4 books7 followers
April 1, 2018
Naskhah yang saya baca keluaran Aberdeen.

Sungguh banyak perkara saya belajar daripada novel kecil ini, saiznya tak sepadan dengan isinya. Isi dalamnya sangat mewah dengan pengajaran!

Daripada novel ini dapat saya kenal Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah ini secara dekat dan bahasa paling mudah.

Selain itu saya mengintai-intai juga bagaimana cara Faisal Tehrani memudahkan tulisan sejarah untuk bacaan remaja, sungguh ini bukan kerja mudah. Dari bahagian ini dapat saya simpulkan FT sa-orang genius dalam bidang ini.

Perjuangan tulisan FT pada fasa umurnya ketika itu masih jelas, iaitu mahu melihat undang-undang Islam ditegakkan kembali di Malaysia. Satu perjuangan yang makin jarang penulis-penulis sekarang bawa.

Apa sahaja yang terjadi, saya sentiasa doakan agar penulis terus dirahmati ALLAH dan disinar hidayah-NYA.

______

Muhd Iqbal Samsudin
01042018
Cairo, Egypt.
Profile Image for Suzie Mohamad.
15 reviews
May 5, 2019
Buku ini benar-benar membuka mata aku bahawa menjadi pemimpin yang adil dan menjalankan undang-undang mengikut hukum agama Islam boleh dilakukan walaupun kita hanya berseorangan..Allah itu ada..orang baik-baik ini ramai musuh..orang baik-baik ini sering pergi dahulu..maka tinggalkan orang-orang yang tidak senonoh memerintah negeri negara..sejarah mengajar kita untuk lebih tahu bahawa hidup ini perlu pegang kuat pada ajaran Islam..terlepas pegangan, terpesong jiwa dan akidah..maka seluruh sistem kehidupan akan kucar kacir..cuma kini kita sedar atau tidak pengakhiran akhir zaman sedang berlaku..manusia tidak pernah belajar dari sejarah..
Profile Image for Izis.
52 reviews
December 30, 2019
Tak banyak kisah yg pernah ada utk Sultan Alauddin, sultan melaka yang terkenal dgn kealiman dan penegak keadilan...

Buku yg pendek ini tp padat dgn info mengenai Sultan Alauddin..
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
January 19, 2010
Tahun ini adalah tahun baca-baca buku Faisal Tehrani sekaligus melambakkan perkongsian hasil baca-baca itu di blog ini. Saya mulakan dahulu dengan buku Nama Beta Sultan Alauddin. Ia dipilih kerana menurut dari pemerhatian kasar, jelas kelihatan buku ini paling nipis berbanding yang lain.

Mungkin sudah diajar sejak mengenali karya beliau Kerana Manisnya Epal, saya sentiasa yakin yang saya akan mendapat sesuatu melalui tulisannya. Selalu sahaja karya beliau membuatkan saya kagum lalu tercetus semangat (walaupun ada juga beberapa pendapat yang saya kurang bersetuju). Mungkin disebabkan persepsi yang sudah tertanam secara auto itu di dalam minda, saya tidak merasakan tenggelam menjadi budak-budak apabila membaca Nama Beta Sultan Alauddin.

Nama Beta Sultan Alauddin ialah sebuah buku yang ditulis untuk remaja. Watak-watak yang terlibat di dalamnya juga masih awal remaja. Mereka 4 adik beradik suka mendengar datuk bercerita. Pada hari itu, datuk bercerita tentang Sultan Alauddin Riayat Syah. Maka, dengan cerita datuk itu, jadilah buku ini buku fiksyen sejarah. Jadi, bukanlah buku ini semata-mata tentang 4 remaja tadi tetapi tentang sebuah misi penulis memahamkan sejarah melayu di kalangan generasi muda.

Saya menyedari ada beberapa perkara yang konsisten ditulis dan diperjuangkan oleh penulis di dalam karya-karya beliau. Antaranya ialah mengangkat ketokohan Sultan Alauddin Riayat Syah. Sultan Alauddin digambarkan sebagi seorang yang alim, berkaliber dan mencintai rakyatnya. Tulisan Faisal Tehrani tentang Sultan Melaka ini selalu sahaja membuatkan saya membayangkan kepimpinan Umar Al-Khattab seolah-olah terjelma di Melaka pada ketika itu.

Mungkin sudah sekian lama, sejarah Melayu yang disampaikan kepada kita tidak begitu mesra di hati. Kita asyik bergelumang dengan tarikh dan peristiwa penjajahan. Kita sentiasa dimomokkan dengan kisah sejarah kita yang tidak pandai memerintah, tamak dan suka berhibur. Kecemerlangan kesultanan Melayu dahulu kala jarang pula ditonjolkan. Kisah mereka tewas di kalangan bangsa barat itulah yang selalu diwar-warkan. Situasi yang konsisten sebeginilah yang sedikit sebanyak telah membuatkan kita hilang rasa bangga terhadap sejarah sendiri. Salah satu puncanya ialah kita tidak tahu yang rupa-rupanya kita juga memilki sejarah keagungan suatu ketika dahulu. Kita juga memiliki peribadi-peribadi yang hebat dari sejarah kita yang boleh dicontohi.

Buku kecil ini biasa sahaja dari segi alur ceritanya. Tetapi, ia menjadi kurang biasa kerana ia ditulis dengan jiwa yang besar. Jiwa yang sentiasa bercita-cita memperjuangkan nilai kebaikan dari sejarah dahulu untuk generasi baru.


Wallahu alam

Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
January 11, 2019
Ternyata tidak ramai yang tahu riwayat hidup Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka ke-dua akhir sebelum anaknya Sultan Mahmud Shah menjadi pemerintah terakhir Kesultanan Melayu Melaka, yang akhirnya jatuh ke tangan penjajah pada tahun 1511.

Ternyata masih banyak yang boleh diteladani dari diri baginda. Dari segi keperibadiannya & sifat kepimpinannya, banyak yang mengagumkan. Walaupun tempoh pemerintahannya singkat cuma, hanya 11 tahun dari 1477 hingga 1488, namun baginda berjaya mengembalikan pentadbiran mengikut cara Islam yang sebenar di kawasan jajahan takluknya. Baginda mula mengukuhkan kembali Undang-undang Laut Melaka & Hukum Kanun Melaka yang pernah digubal berlandaskan Al-Quran dan sunnah Nabi.

Boleh dikatakan kekuatan Kesultanan Melayu Melaka mula lumpuh selepas baginda dan orang kanannya yang menjadi tunjang Melaka buat beberapa generasi, iaitu Bendahara Tun Perak, mangkat. Pelbagai musuh yang baginda hadapi akhirnya mengecapi apa yang mereka mahupun, iaitu takhta kerajaan Melaka yang gah ketika itu, namun sebentar cuma.

Teknik penceritaan penulis yang mudah dihadam menjadikan buku ini sesuai untuk semua golongan usia, dari kanak-kanak hingga dewasa. Gaya penulisan begini juga mengingatkan saya akan buku 'Peristiwa di Padang Karbala' oleh Wan Yusof Hassan. Penulisan yang santai dan menghiburkan, hingga terasa sungguh singkat buku ini.

Sebagai penutup hayati secebis petikan dari buku ini. Perbualan yang ringkas namun menggambarkan perwatakan sebenar Raja Husain (sebelum menjadi Sultan Alauddin) ketika ingin berguru tasawuf dengan seorang alim yang berasal dari tanah besar China, Tuan Guru Nuh Ha Mim;

"... Kerja menjadi raja itu banyak tanggungjawabnya. Tak terpikul kita. Kalau ada seekor lembu patah kaki kerana jalan di Melaka ini rosak berlubang nanti akan ditanya Allah di hari akhirat mengapa sultan tidak memperbaiki jalan. Kita bukan jenis yang mampu memikul kerja sebesar itu. Biarlah kita mengaji agama saja daripada tuk guru".
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
September 9, 2016
aku ialah manusia yang benci untuk membaca novel sejarah. Komsas f4: Leftenan Adnan pun aku tak habiskan. Sebab aku tidak minat.

Namun dari penceritaan kisah ini, aku boleh terimanya. Satu cara pengolahan cerita yang wajar diambil oleh semua penulis novel sejarah. Santai, kemas dan diselitkan unsur humor.

Aku pun terfikir juga, jika naskhah ini dijadikan Komsas, mungkin lebih baik.
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
January 9, 2017
bacaan sejarah yang menarik dan sangat mudah untuk difahami.bahasa yang ringan serta huraian menarik.sesuai bagi menarik minat membaca kanak-kanak serta remaja.tetapi cerita ini seakan tergantung sedikit.

sarat dengan mesej ilmiah untuk kita menilai semula diri ini dengan persoalan dan jawapan ketika sultan alauddin hendak berguru dengan Nuh Ha Mim.

terima kasih,faisal tehrani!
-AM-
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
October 4, 2020
Kejadian sejarah yang berlaku lama dahulu dilapor dan diceritakan oleh ramai orang. Tentulah ada bermacam-macam jenis cerita. Mungkin ada yg mahu sesuatu sejarah itu diingati kerana sebab tertentu, jadi perkara yg ditonjolkan berbeza-beza. Dan sejarah mengenai kegemilangan zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah juga tidak ramai yang tahu.

Sultan Alauddin Riayat Syah adalah gelaran Raja Husain. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, nama baginda adalah Raja Husain iaitu anakanda kepada Sultan Mansur Syah dan Raden Galoh Cendera Kirana, puteri Majapahit. Almarhum Sultan Mansur Syah beristeri ramai dengan tujuan untuk mengembangkan ajaran Islam ketika itu. Salah seorang isteri baginda juga bernama Puteri Hang Li Poh yang berbangsa cina.

Semasa muda lagi Raja Husain ini telah dianiaya oleh abangnya yang berlainan ibu iaitu Raja Ahmad. Raja Ahmad pernah membuat cubaan membunuh Raja Husain yang mentah dengan memukul batu ke atas kepalanya. Raja Husain pengsan di dalam hutan yang tebal dan ditemui oleh seorang lelaki tua yang merawat kecederaan di kepalanya. Syukur umurnya masih panjang. Manakala Raja Ahmad keluar dari hutan dan memberitahu Laksamana Hang Tuah bahawa adiknya telah dibaham serigala. Laksama mengarahkan semua orang suruhannya mencari Raja Husain dan baginda tahu niat Raja Ahmad itu. Raja Husain tidak dijumpai selama sebulan.

Sementara di rumah orang tua ini, Raja Husain belajar seni mempertahankan diri iaitu silat. Selama 3hari sahaja Raja Husain dapat menangkap semua pergerakan silap dengan tangkas dan sudah tiba masanya dia ingin pulang ke istana mengubati kedukaan ayahanda dan bondanya. Orang tua yang menjaga Raja Husain menasihatinya untuk belajar ilmu tasawuf pula dengan seorang yang bernama Nuh Ha Mim. Nuh Ha Mim adalah seorang berbangsa China dan telah mengislamkan sebahagian besar penduduk China dan Manila. Tak lama selepas mengislamkan Manila, kerajaan Islam Manila jatuh ke tangan Sepanyol dan ramai penduduk murtad. Nuh Ha Mim juga merupakan guru kepada Sunan Kalijaga di Pulau Upih iaitu di Perairan Melaka.

Sultan Alauddin ditabal menjadi sultan ketika berusia 19 tahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Mansur Syah. Jika diikutkan turutan keluarga diraja, Sultan Ahmad yang sepatutnya menjadi Sultan Melaka tetapi takdir baginda telah mengubah sejarah kerana membunuh anak bendahara Tun Perak dan ini membuatkan penduduk Melaka tidak mahu Raja Ahmad menjadi sultan mereka lalu dihantar ke Pahang untuk menjadi Sultan Pahang. Pertabalan Raja Husain ini membuatkan Raja Ahmad bengang dan menyimpan dendam.

Ketika Melaka dilanda masalah kecurian dan rompakan serta ancaman dari Kerajaan Aru, ramai pembesar memperlekehkan Sultan Alauddin kerana beranggapan baginda masih muda dan masih mentah untuk mentadbir negeri Melaka tetapi semua telahan pembesar meleset sekali kerana baginda bukanlah seorang sultan yang mudah dipengaruhi dan diperbodohkan walaupun usianya masih muda remaja. Sejak dari peristiwa inilah penduduk Melaka menghormati dan mengakui Sultan Alauddin Riayat Syah adalah sultan yang paling bagus dan dalam masa yg sama baginda juga mendapat ancaman dari dalam terutama sekali dari pembesar-pembesar Melaka iaitu Temenggung baginda yg berbangsa mamak serta Sultan Ahmad.

Selepas kemangkatan Bendahara Tun Perak, segalanya berubah. Sultan Alauddin lebih banyak berdiam diri kerana ingin mengatur strategi untuk menghadapi pembesar yang bertopengkan manusia. Baginda ingin berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji tetapi tidak kesampaian kerana syahid setelah keracunan makanan yang diberi oleh isterinya Tun Senaja yg sekufu dengan Temenggung dan Sultan Ahmad. Kemangkatan baginda tidak diberitahu langsung oleh Tun Kerutup dan Laksama Hang Tuah malah anak baginda terus ditabal menjadi sultan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah. Pemenrintahan Sultan Mahmud Syah inilah pemerintahan terakhir dalam sejarah Melaka.
69 reviews37 followers
August 4, 2020
Sinopsis:
Buku ini menceritakan tiga org adik-beradik serta ibubapa mereka yg pulang ke kampung setiap kali cuti sekolah tiba. Adik beradik ini amat gemar mendengar kisah2 dahulu yg diceritakan oleh atuk mereka. Kali ini, berpusat pada kisah Sultan Alaluddin Riayat Shah, Sultan Melaka yang ketujuh menaiki takhta selepas ayahanda baginda, Sultan Mansur Syah mangkat.

Review:
-This story is a very fast-paced one, indeed you could finish this within a day.

- I'm very enthralled with how the story flows, it's like watching a movie whereby the first few scenes displaying an old grandpa story-telling his grand children about the life of Sultan Alaluddin Syah and the next chapters begin to step into a world that is set in 1540s, rich with Malacca folklores; adat istiadat, bahasa istana Melayu. I truly missed how beautiful the legends are, kinda rekindled my childhood memories

- The things i like about this story is that Faisal didn't forget to add Hang Tuah, Bendahara Tun Perak, Hang Jebat, Puteri Hang Li Poh and their personality traits. Etc. The idea of Hang Tuah being the cleverer one has already ingraved in our mind since we're young. For me, it's a really beautiful retelling of these renowned characters.

- Last thing this book has a strong clarification about Islam. It's centering around islamic topics about how crucial it is for a leader to have a good grip in this background.

- kenapa pendek sangat i need moree! Character developments are totally lacking, this story is more into a plot-driven one.

- fav quote from this book

"Pada hemat ayahanda, seperti yang ayahanda maklumi daripada guru ayahanda Kadhi Yusuf, kalau berbuat amal yang baik maka rambut sehalus dibelah tujuh pun dapat kita seberangi."
7 reviews
April 17, 2025
⭐️⭐️⭐️⭐️.8/⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Nama Beta Sultan Alauddin Versi Terbit Semula oleh JIWA imprin bawah JT Publishing.

Cerita yang sangat dekat dengan hati sebagai anak muda perihal Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah di era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Kisah ini dilakar dengan seorang datuk yang bercerita kepada 3 cucunya yang balik ke kampung dan mereka tertarik dengan sejarah Kesultanan Melayu klasik.

Sultan Alauddin ialah ayahanda kepada Sultan Mahmud Shah yang mana kisah Sultan Alauddin diceritakan dari zaman kanak-kanak sehingga kemangkatan baginda.

Ringkasnya saya bahagikan beberapa point yg saya suka;

Sultan Alauddin di zaman kanak-kanak sememangnya sangat hebat kerana seawal usia remaja, Baginda sudah mula mempelajari ilmu Tasawuf dengan seorang alim dari China selain ilmu-ilmu agama yang lain. Ini membawa kepada gaya pemerintahan Baginda yang sangat mementingkan hukum dan Syariah Islam sebagai gaya pentadbiran, undang2 dan cara hidup.

Baginda seorang yang tidak gemar berperang dan menumpahkan darah sesuka hati kerana menganggap membunuh perlu dengan sebab musabab dan keperluan yang sangat mendesak selain menjaga kedaulatan Tanah Air.

Hubungan dengan Bendahara Tun Perak seperti ayah dengan anak menggambarkan kasih dan cinta Baginda kepada orang yang sangat mengasihi diri Baginda selain rakan-rakan Baginda yang dari orang kebanyakan dan wakil dari negeri lain yang ingin berbaik dengan Baginda.

Dalam novel ini, menunjukkan bahawasanya musuh dalam selimut ini semenangnya membawa musibah dalam hidup. Kerana sikap angkuh, pentingkan diri dan ego, orang yang baik akan pergi meninggalkan kita.

Terima Kasih FT@Dr. Faizal Musa, saya sebagai alumni sejabatan Dr. bangga kerana ada alumni JSS yang hebat seperti Dr.
Profile Image for Mai Radhiallah.
84 reviews12 followers
March 30, 2018
Macam biasa kalau baca buku Faisal Tehrani kau pun rasa macam pegang watak. Lagi-lagi waktu Abu Bakar, Umar dan Usman potong cerita Atuk; hei mau aku siku kepala diorang kalau aku pun ada dalam tu. Boleh tak diorang dengar je cerita Atuk sampai habis! Apa-apa pun mereka bertiga comel (Senyum). Untung dapat Atuk suka bercerita.

***

Beberapa hari sebelum aku baca buku ini; aku ternampak thread di laman twitter perihal Raja Ahmad yang degil (dimana akhirnya Baginda Sultan Mansur arah beliau berlayar ke Pahang dan menjadi raja di sana). Aku cuba untuk cari balik, tapi sayang, tak jumpa. Sama seperti buku ini, Raja Ahmad digambarkan sebagai seorang pengacau, busuk hati dan berdendam dengan Sultan Alauddin. Yang nama diakhirnya nanti Sultan Alauddin mangkat dek diracun oleh musuhnya. Salah seorang daripada musuh tersebut adalah Raja Ahmad.

***

Jalan cerita yang mudah difahami. Bertambah comel bila diselang-selikan dengan teletah cucu-cucu Atok. Tak teragak-agak aku terus tekan 5bintang! 5 bintang untuk orang terbilang! Ewah!
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
December 27, 2019
Nama Beta Sultan Alauddin ini mengisahkan secara ringkas rentetan sejarah tentang Sultan Alauddin sedari kecil hinggalah ke akhir usia baginda. Penceritaan sejarah jika tidak difiksyenkan sebaiknya boleh mengundang mengantuk juga, lebih-lebih lagi pada yang kurang minat dengan subjek ini. Part ni, aku rasa Faisal Tehrani bijak. 'Kisah sejarah' yang ada dijadikan dalam bentuk penceritaan oleh seorang datuk kepada cucu-cucunya yang balik bercuti di kampung.

Aku rasa macam aku cucu kepada datuk tersebut. Tak boleh berhenti baca, rasa nak tahu lagi, kemudian lagi dan lagi. Dan part yang kedua aku suka ketika Sultan Alauddin menuntut ilmu dengan guru tasawuf, Nuh Ha Nim. Setiap ilmu yang disampaikan cukup berhikmah. Aku suka! haha

Pada yang nak mengenali Sultan Alauddin secara ringkas, bolehlah baca buku ini. Bermacam rasa ada ketika membacanya, dan, pastinya sayu serta sedih dengan kewafatan baginda.

Terima kasih FT atas karya yang menarik ini.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
March 2, 2017
Siapa Sultan Alauddin?

Bila disebut tentang sejarah, kebanyakkannya akan mengeluh. Sebabnya, sejarah tersebut terlalu bosan untuk diikuti ataupun menganggap sejarah tiada memberi kesan kepada sekarang. Tidak dinafikan, sejarah agak bosan bila dibaca secara formal. Dengan teks panjang, berjela macam karangan, bermacam tarikh dan perjanjian, dan segala yang memeningkan. Mesti kau orang faham kan perasaan ini? Haha.

Untuk kali ini, aku mahu bercerita serba sedikit tentang Sultan Alauddin yang ceritanya kurang mendapat perhatian dan tulisan berkenaannya di buku-buku sejarah agak sedikit.

Parameswara atau nama Islamnya Raja Iskandar Shah tidak asing bagi kita yang pernah menduduki SPM. Popular kot. Tetapi Sultan Alauddin? Mungkin ramai yang tidak kenal. Sultan Alauddin @ Raja Husain merupakan Sultan ketujuh selepas era pemerintahan Parameswara.

Apa yang istimewanya Sultan Alauddin ni sampai aku terbuka hati nak cerita dekat kau orang pasal dia ni? Kenapa bukan Parameswara? Kenapa bukan Pahlawan Bugis? Kenapa bukan Tun Mahathir? Kenapa bukan Neelofa ? Kenapa bukan Jamal yang bekalan air nya putus? Kenapa dan kenapa. Semestinya akan bermain di kepala.

Untuk pengenalan mudah, Sultan Alauddin ni dia punya corak pemerintahan seakan-akan pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Setiap pemerintahan semestinya akan ada zaman gemilangnya, begitulah juga zaman Sultan Alauddin.

Jadi berbalik kepada Sultan Alauddin, dia ni anak kepada Sultan Mansur Shah yang berkahwin dengan Raden Galoh Cenderana Kirana dari Negara Majapahit. Dan Sultan Alauddin mempunyai ramai adik-beradik oleh sebab bapanya yang kahwin ramai seperti Puteri Hang Li Poh -- puteri dari kerajaan China, Puteri Lela Wangsa -- Puteri dari Pahang.

Diikutkan, bukan Sultan Alauddin yang menjadi Sultan Melaka ketujuh -- oleh sebab beliau bukan putera mahkota, putera mahkota sebenar ialah Raja Ahmad abang kepada Sultan Alauddin. Tetapi disebabkan faktor-faktor yang berlaku (tidak mahu ulas), maka Sultan Alauddin lah yang mewarisi takhta. Dan Hang Tuah (mitos atau wujud?), juga sezaman dengan Sultan Alauddin.

Keistimewaan pada Sultan Alauddin ini adalah kerana hebatnya ilmu agama pada dia. Dari zaman remaja lagi, dia ni sudah diajar ilmu agama oleh gurunya sehinggakan satu ketika dia ni tidak mahu menjadi Sultan mewarisi ayahnya walaupun hakikatnya dia bukan putera sulung kepada Sultan Mansur Shah. Corak pemerintahan yang berasaskan Hukum Kanun Melaka sedikit sebanyak membantu mengawal kadar jenayah yang berlaku di Melaka. Begitulah Sultan memerintah yang mendapat nasihat dari ahli agama.

Buku seperti tertera di gambar menceritakan kisah Sultan Alauddin Riayat Shah secara 'bercerita'. Jadi mudah nak faham bagi semua peringkat golongan yang mahu mengetahui sejarah hebat orang Melayu terdahulu. Cumanya untuk buku ini sepertinya ada tertinggal di penghujungnya. Mungkin, kalau nak baca buku ni, cuba cari terbitan awal.
Profile Image for Wan Khuzairey.
19 reviews9 followers
October 9, 2018
Novel bergenre sejarah ini agak menarik kerana ia dikupas dari sudut moral dan bukannya kekuasaan.

Pembelajaran mengenai sastera atau sejarah Melayu kerap kalinya akan menumpukan kepada kekuasaan dan kehebatan para raja, tetapi kali ini penulis cuba menonjolkan apa itu nilai Unviersal yang sepatutnya dilakukan. Namun nilai baik selalunya tidak mendapat tempat kerana ia akan dicemburui oleh Niat jahat disebabkan itu Sultan Alaudin mati diracun.

Sarat dengan moral dan tidak tertonjolnya keromatisan yang melebih cukup membuat buku ini enak dibaca.
Displaying 1 - 30 of 61 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.