Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tuhan Manusia

Rate this book
Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."

"Abang sudah murtad. Sejak itu abah menjadi begitu pendiam. Dia hanya bermain dan menghiburkan diri dengan haiwan ternakan."

Novel "Tuhan Manusia" menyelami kehalusan jiwa dan akal seorang adik yang cuba memahami kemurtadan abangnya. Maka terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencabar hakikat ketuhanan.

Novel Faisal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam.

340 pages

First published January 1, 2007

29 people are currently reading
392 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
200 (35%)
4 stars
214 (38%)
3 stars
122 (21%)
2 stars
23 (4%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 49 reviews
Profile Image for Muhamad Fahmi.
125 reviews22 followers
August 7, 2016
'Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.'

Novel "Tuhan Manusia" karya FT yang saya kira sebuah karya yang bagus untuk anak-anak muda mengenal falsafah, mengetahui tentang mendalam persoalan liberalisme, pluralisme dan bahayanya ajaran-ajaran ini menyusup masuk ke dalam pemikiran mereka sekiranya tidak dilengkapi dan dipandu dengan ilmu tauhid berteraskan Al-Quran dan sunnah. Para remaja juga disyorkan beliau, hendaklah diterapkan dan didedahkan dengan persoalan-persoalan berat sejak di usia remaja lagi supaya kelak menjadi ulul albab yang boleh memisahkan antara yang hak dan yang batil seterusnya menyebarkan kebenaran tersebut kepada masyarakat untuk memperkukuhkan ummah.

Walaupun teknik penceritaannya yang berkhutbah, plotnya digarap dengan menarik dan penggunaan bahasanya yang indah membuatkan novel "Tuhan Manusia" salah sebuah novel perbandingan agama; teologi yang patut dibaca dan digulati.
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
July 28, 2012
"Tuhan Manusia" adalah seorang mullah yang terjelma menjadi sebuah buku. Mullah ini bercerita kepada kita tentang bahayanya Pluralisme, Islam Liberal, falsafah-falsafah Barat, serta serangannya terhadap Rasionalisme. Mullah ini juga seorang ahli bahasa yang baik, kerana bahasa yang diucapnya sentiasa segar dan indah. Seolah-olah mullah ini pernah mendapat didikan seorang tasawwur melayu dari madrasah-madrasah Sufi.

Walaupun Faisal menyatakan pada awal buku bahawa buku ini lebih kearah "perbincangan", namun beliau tidak bersikap adil terhadap faham-faham liberal ini. Hujah-hujah pluralis dan liberal islam dipatah-patahkan, tidak dibenarkan berlegar, malah ada juga beberapa persoalan yang dikemukan tidak terjawab. Ini terjadi apabila Ali Taqi membalas persoalan Zehra dengan "Aku tidak beli hujah bapa kau" dan terus berlalu. Ada ketika yang lain pula, Faisal kerap mengulangi gagasannya adalah "Islam yang tulen" dan menuduh Islam Liberal sebagai "Orang-orang yang perasan pandai." Seolah-olah mullah ini mengacukan pisau "halimunannya" kepada kita lantas berseru, "Aku betul, kau salah, dan hanya kata-kata dari mulut aku sahajalah yang benar-benar islam". Pendek kata, Mullah ini sedikit sebanyak menolak rasionalisme dalam pencarian ilmu.


Ini bukan gelanggang ijtihad atau debat, ini suatu syarahan bentuk panjang yang dimerdukan oleh bait-bait bahasa. Mungkin ada yang setuju dengannya, mungkin ada juga yang tidak, tetapi yang pasti, suaranya berjaya mengegarkan dunia peradaban kita hari ini.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews170 followers
April 15, 2015
Faisal Tehrani adalah antara penulis yang mampu mengadun wacana-wacana semasa dalam karya sastera. Tidak ramai novelis di Malaysia yang mampu membahaskan idea-idea seberat pemikiran dalam karya sastera. Mesej-mesej sosial dan agama yang terkandung dalam novel ini sedikit sebanyak mampu memberikan gambaran umum terhadap pembaca terhadap ideologi yang wujud pada beberapa dekad ini dan penulis juga menjentik secara halus kepincangan yang berlaku pada masyarakat hari ini.

Walaupun sesetengah terminologi tidak diperbahaskan secara mendalam, namun penulis banyak menyusun kerangka-kerangka dan asas utama sesebuah ideologi seperti pecahan falsafah yang terpecah kepada perennial dan transcedent yang tidak mampu difahami dengan mudah melalui tulisan Prof Tariq Ramadan dan Seyyed Hossein Nasr. Penulis turut menjelaskan punca-punca kelemahan umat Islam pada hari ini dan beza antara budaya (bersifat kemanusiaan) dan peradaban (bersifatkan material).

Secara total, buku ini mampu memberikan idea asas untuk menjawab hujah-hujah pluralis dan hujah-hujah ilmiah selebihnya sangat menarik jika diikuti dengan tulisan Dr Khalif Muammar dalam Islam dan Pluralisme Agama.
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
December 24, 2008
"Alhaq ahad, la ta'addad." Kebenaran itu satu tidak berbilang.

Saya tak meneroka awan seperti Syeikh Muszaphar dengan Soyuznya menerobos angkasa ke ISS yang mengorbit 35m dari radius atmosfera bumi. Tapi selama 3 hari ini saya bagaikan melakukan penjelajahan dengan pembacaan Tuhan Manusia yang sama penting jika tidak lebih utama dengan penerokaan Syeikh Muszaphar ke ISS. (Ketika ulasan ini ditulis Ankgkasawan Pertama Malaysia sedang berada di ISS)

Sungguh remaja Islam seperti saya ataupun Islam itu sendiri di gasak kiri dan kanan, depan dan belakang, luar dan dalam.
Yang cenderung 'seni' diserang kecanduan hedonisme, hidup dan mati kerana liburan. Yang cenderung intelektual dikepong lembah ideologi sekularisme, liberalisme, pluralisme, dan segala anasir isme. Ali Taqi baru kehilangan abang kandungnya, Talha yang kalah dalam peperangan ini. Talha yang mula berjinak dengan idea-idea dan falsafah barat, seterusnya terpesona dan merasa bergaya memakai busana pluralisme, moden dengan pemikiran bebas mutlak tanpa berjejak dengan dasar agama. Akhirnya kecundang di lembah kemurtadan.

Dari sini, pencarian Ali Taqi seorang remaja yang cuba memahami kemurtadan abangnya secara langsung novel ini membawa perbincangan persoalan murtad dari pelbagai aspek, sudut , sisi sejarah, perundangan, wacana falsafah, ilmu logik dan yang terutama rujukan AlQuran dan Assunnah.

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan tiang serinya adalah agama" Inilah kata-kata repitasi dalam novel ini. Peradaban boleh kita pinjam dan ambil teknologi Jepun contohnya tetapi tidak budaya apatah lagi agama Shinto Jepun itu sendiri.
Talha yang mungkin keliru antara kota dan rumah. Telah cuba menggegarkan tiang seri rumahnya sendiri dengan pengisytiharan murtadnya. Nauzubillah.

Syeikh Muszaphar yang membuat kajian di ISS dan akan pulang serta berkongsi kajiannya. Oleh itu saya yang telah pulang dan berpijak ke bumi semula setelah meneroka angkasa novel Tuhan Manusia cuma ingin sekadar berkongsi.

Novel ini harus anda miliki.

(www.makhluk-bernama-aku.blog.friendst...)

Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
October 30, 2021
4.4 bintang.

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."

Frasa inilah yang bakal menjadi tunjang kepada ranting penceritaan novel. Isu murtad, pluralisma agama, pertembungan liberalisme dan perihal aqidah diadun menjadi sebuah novel separa sarat.

Sudah lama sebenarnya cari novel ni, akhirnya dapat pinjam di perpustakaan.
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
December 30, 2017
Tuhan Manusia vs Manusia Tuhan, Mengulas Dua Karya FT

Tidak pasti, ianya suatu kebetulan yang indah atau sesuatu yang malang apabila saya membaca novel “Profesor” karya Faisal Tehrani ini sejurus selepas saya baru sahaja menamatkan novel beliau yang ditulis hampir 10 tahun yang lalu iaitu “Tuhan Manusia”.

Disebabkan saya membaca dua novel ini secara berturutan, maka saya tidak dapat lari daripada membandingkan kedua-dua karya ini walaupun saya cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan itu. Tetapi bila difikirkan kembali, apa salahnya saya membuat perbandingan. Memang kedua-duanya ada banyak perbezaan secara ‘lahiri’ mahupun ‘batini’ nya walaupun ditulis oleh penulis yang sama.

Elok saya mulakan dengan novel Profesor terlebih dahulu, kerana novel ini masih segar bugar dalam kepala.

Saya mula membaca novel ini tanpa berani membaca sebarang ‘review’ atau ulasan tentang novel ini daripada sesiapa pun, hatta ulasan daripada penulisnya sendiri. Saya hanya mengetahui yang tema dipilih oleh penulis dalam novel 371 muka surat ini ialah tentang hak minoriti, iaitu kelompok lesbian. Novel ini juga dicetak terhad, hanya 1500 naskhah dan katanya tidak akan diulang cetak lagi. Katanya juga, dicetak terhad kerana dikhuatiri akan di’ban’ lagi karya kontroversi begini atau mungkin juga kerana kekangan dan keadaan ekonomi dalam industru perbukuan kini, wallahualam.

Novel ke-24 penulis yang mengambil tema hak asasi manusia ini pada awalnya saya baca dengan penuh rasa resah gelisah kerana sudah membangkitkan rasa tidak selesa dan tidak setuju dengan hujah-hujah yang dibawa. Membaca prolog sahaja pun sudah mengundang gundah. Nama Profesor Suliza, Ustaz Idrus, Jebat muncul. Perkataan feminis, lesbian, orang masjid, melempari baru, memijak, menendang dan membunuh feminis sudah diperkenalkan.

Sebagai seorang pembaca tegar karya non fiksyen, saya memang sangat menggemari sebarang novel yang menyulam dengan indah segala fakta disebalik plot cerita yang mahu disampaikan. Apatah lagi tema yang berkaitan dengan hak minoriti, hak asasi manusia, kelompok LGBTIQ yang jarang sekali diangkat dan diceritakan oleh penulis muslim melayu di rantau ini.

Ya, seperti novel-novel Faisal Tehrani sebelum ini novel ini sarat dan berat dengan fakta, kali ini tentang hak asasi manusia. Dengan semua watak utamanya mengambil latar belakang profesion bidang akademik, memang penulis dengan sebebas-bebasnya boleh memuntahkan fakta.

Bagi sesetengah pembaca mungkin akan merasa sedikit bosan apabila banyak petikan daripada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) dinukil kembali, kronologi bagaimana deklarasi demi deklarasi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu hak golongan LGBTIQ ini berlaku, bagaimana reaksi negara-negara terhadap golongan minoriti ini dan juga pendedahan beberapa kajian tentang isu gay dan lesbian khususnya.

Pendedahan demi pendedahan tentang isu begini sangatlah sensitif. Sensitif untuk disentuh apatah lagi untuk diberi pandangan yang agak berlainan daripada pandangan sedia ada yang telah lama berakar dalam agama dan budaya kita sendiri.

Saya sejak awal membaca novel ini sudah mempunyai beberapa pandangan yang kurang bersetuju dengan pendirian yang ditonjolkan dua watak utama, Profesor Suliza dan juga Dalila. Saya ada masalah dalam cara mereka memahami dan memandang isu utama iaitu tentang makna sebuah hak asasi manusia. Nampaknya penulis yang dahulunya pernah menukil pandangan Syed Naquib Al-Attas dalam novel beliau “Tuhan Manusia” telah meninggalkan sudut pandang yang dipilih oleh tokoh pemikir Islam itu dalam meletakkan neraca pandangan alam Islam yang seharusnya dipakai tatkala meneliti tentang hak asasi manusia.

Awal-awal novel ini juga telah diberikan makna tentang hak minoriti yang saya kira antara wacana baru yang menarik yang harus dan wajar untuk terus dibincangkan. ‘Fiqh minoriti’ mungkin juga antara istilah yang lebih tepat untuk terus membincangkan tentang ini.

Seterusnya sandaran sinis terhadap watak agamawan yang ditonjolkan dalam novel ini memang akan membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati golongan ini sekiranya mereka cepat melatah dan kurang matang. Masakan tidak, Ustaz Haizum yang merogol anak muridnya sendiri di sebuah sekolah agama, Ustaz Idrus yang boleh saya simpulkan seperti ustaz ‘gila seks’, suami yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, ustaz yang opportunis dan penjual agama sejati. Watak-watak agamawan ini digambarkan dengan sangat buruk, tetapi itu antara serpihan realiti pahit yang terpaksa ditelan walaupun kita juga perlu rasional, mustahil semua agamawan sikapnya begini. Ini cuma salah satu sisi yang dipilih oleh penulis.

Antara kekuatan novel ini yang sangat saya suka ialah pemilihan latar tempat cerita yang sangat pelbagai. Pada awal bacaan, saya terus membaca kerana latar tempat Berlin yang diceritakan. Penulis mendeskripsi tempat-tempat latar dengan sangat baik, kita tidak akan pernah statik berada di satu-satu tempat dengan agak lama sebaliknya akan dibawa mengembara ke pelusuk dunia. Terutamanya di bandar-bandar utama hak asasi manusia terus berkembang dan diwacanakan dengan kerap. Antaranya seperti kota yang digelar sebagai kota hak asasi manusia, Geneva. Kemudian kita akan ke India, Paris, London , Jerman, Jepun dan banyak lagi. Tak pelik kalau boleh dikatakan novel ini juga ialah novel kembara.

Jika mengikut mazhab penulisan ‘patuh syariah’ yang pernah diperkenalkan dahulu, saya kira novel ini mungkin tidak memenuhi standard piawaian patuh syariah itu. Ada beberapa adegan erotik tentang hubungan sejenis dan juga hubungan suami isteri yang telah ditulis dengan agak jelas. Walau ada ketika digunakan kiasan dan juga metafora. Namun, betullah novel ini hanya untuk pembaca yang matang. Bukan untuk pembaca bawah umur atau yang sudah berumur tetapi tidak boleh menerima gaya penulisan terbuka seperti ini.

Sisi istimewa novel ini bukan hanya semata-mata menyentuh tentang isu hak asasi manusia, tetapi kerana membincangkan tentang perkaitan antara hak asasi manusia dan sejarah ketamadunan Melayu. Apakah benar nilai dan adat Timur menolak UDHR 1948? Apakah mustahil Timur dan Barat bersatu? Persoalan ini dijawab melalui nota-nota watak Jebat, yang bagi saya sangat menarik. Sejak tahun 1812 dalam kamus yang disusun dan disunting oleh pegawai colonial Barat telah wujud perkataan-perkataan yang menunjukkan bahawa wujud eleman hak asasi manusia itu di alam Melayu. Beberapa fakta dan hujah dinukilkan. Saya sangat terpesona membaca tentang ini kerana jarang untuk dikaitkan dan didedahkan tentang kajian ini dalam novel.

Dinyatakan juga bahawa hak asasi manusia sememangnya tidak bertentangan dengan Islam, walaupun hujah-hujah yang dinyatakan agak sedikit dan kurang meyakinkan. Konsep Ayton-Shelker, tiada sebarang pertentangan antara hak asasi manusia dengan mana-mana agama dan budaya tidak sepenuhnya tepat, masih ada banyak perkara yang boleh dipersoalkan.

Ada satu watak yang terus menghubungkan antara karya “Profesor” atau Manusia Tuhan ini dengan karya penulis yang sebelum ini, Tuhan Manusia iaitu watak Dr Ali Taqi. Bagi yang membaca Tuhan Manusia, mustahil tidak mengenali watak ini. Malah jika tidak silap saya, ada juga nama ini muncul dalam karya Faisal Tehrani yang lain.

Oleh kerana saya juga baru sahaja selesai membaca novel Tuhan Manusia ini, sudah tentu watak Dr Ali Taqi ini sangat melekat dalam kepala. Selain itu wacana tentang pluralisme yang diangkat penulis dalam karya ini juga masih terasa segar untuk terus dibincangkan walaupun jika dikira peredaran masa kini, wacana ini mungkin sudah kurang popular.

Tetapi yang paling jelas dalam kedua-dua novel ini ialah, perubahan seorang Ali Taqi. Ya, memang diakui sendiri penulis dalam novel Profesor yang Profesor Dr Ali Taqi telah meninggalkan banyak pandangan beliau yang konservatif sebelum ini dan bertukar menjadi pejuang hak asasi manusia sejati.

Sebagai pembaca yang baru sahaja teruja dengan Dr Ali Taqi dalam karya Tuhan Manusia, saya melihat evolusi watak ini dalam novel terbaru Profesor walaupun kini Dr Ali Taqi bukan lagi watak utama. Sejujurnya, saya masih mahu dan merindui Ali Taqi dalam Tuhan Manusia berbanding Ali Taqi dalam Manusia Tuhan.

Kalau Tuhan Manusia penuh dengan ayat-ayat Al-Quran, dalam novel Profesor ini penulis telah meninggalkan pendekatan ‘ceramah agama’ ini sebaliknya berwacana dengan sesuatu yang lebih berat. Tiada lagi serangan terhadap sekular dan Barat sebaliknya Barat kini menjadi kiblat untuk hak asasi manusia. Tiada lagi watak berdegar-degar dengan slogan perjuangan dan memartabatkan Islam.

Latar tempat untuk Tuhan Manusia agak sempit, hanya berkisar di dalam negara, di sekolah dan kampung. Jauh berbeza dengan novel Profesor yang telah mengembara ke pelusuk dunia.

Menjadi penulis memberikan kita kebebasan untuk memilih dan mengangkat wacana yang kita mahukan. Menjadikan kita bebas memilih sudut pandang yang terus dan mahu kita serapkan kepada pembaca.

“I am writer, a trader in fiction. I maintains beliefs only provisionally: fixed beliefs would stand in my way. I change beliefs as I change my habitation or my clothes, according to my needs. On these grounds – professional, vocational – I request exemption from a rule of which I now hear for the first time, namely that every petitioner at the gate should hold to one or more beliefs”-Elizabeth Costello, watak seorang pengarang yang dicipta novelis J.M Coetzee, penerima Hadiah Nobel.

Petikan ini yang kini menjadi pegangan penulis, disebut beliau ketika diwawancara tentang novel ini. Inilah kesimpulan penulis, malah nampak jelas jika kita membaca kedua-dua karya ini dan membanding-bandingkannya.

Untuk saya, kedua-dua novel ini memaksa saya untuk berfikir dan mencari hujah terhadap apa yang saya percaya dan yakini selama ini dengan lebih keras. Tema wacana yang diketengahkan dalam kedua-dua novel ini adalah tema yang berat. Pembaca yang tidak punya latar asas ilmu tentang tema ini, memang akan mudah hanyut dan menerima sahaja apa yang disuap penulis. Sebaliknya pembaca yang membaca dan kemudian mencabar diri untuk terus berfikir dan mengkaji, tidak akan pernah tenang selepas membaca karya-karya ini. Emosi dan intelektual kita terusik.

Disebabkan itulah saya kira, penulis merupakan seorang penulis yang baik. Penulis yang memperdagangkan idea dan wacana untuk terus disambut.
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
May 9, 2014
Pada permulaan novel ini, Faisal memberitahu pembaca bahawa buku ini ditulis dengan nada intelektual. dan betul, memang terasa 'intellectual influence' dalam bukunya yang satu ini. malah, kerana unsur intelektualnya yang agak tinggi jika hendak dibandingkan dengan karya-karyanya yang lain (yang juga pastinya punya unsur falsafah dan intelektual yang tersendiri) sehingga jalan cerita novel ini saya kira tidak begitu memuaskan. terlalu banyak ceramah, ucapan, tetapi kurang pula jalan ceritanya. atau, ada, tetapi terlalu 'straight-forward'.

namun, saya puas membaca buku ini. setelah sekian lama tidak membaca karya beliau, buku ini mengingatkan semula mengapa saya jatuh cinta pada dunia sastera, dan beliau juga adalah pengaruh saya yang paling kuat untuk mendorong saya mula menulis.

sedikit kesal, kerana buku ini diterbitkan sekitar 2009, di waktu ketika saya masih di alam persekolahan. sepatutnya saya membaca buku ini sewaktu itu. barulah tidak terasa ketika penulis secara sinisnya mengkritik kita yang menghalang anak muda untuk mengkaji sesuatu yang berat, malah remaja itu sendiri tidak punya minat dan usaha ke arah itu. ah, terasa sungguh!


saya syorkan buku ini dibaca kepada mereka yang tidak habis-habis menyelar Faisal Tehrani seorang syiah (mungkin betul beliau syiah,) tetapi tidak pula menjadi seorang pengkaji seperti beliau. malah, mampukah kita untuk menghasilkan satu novel yang berat seperti ini?

mengkritik di laman maya amat mudah. tetapi tidak ramai orang seperti beliau yang take action, dan tidak hanya bergebang di alam maya.
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
November 7, 2025
“ Andai kota itu Peradaban, rumah adalah budaya dan tiang seri pula adalah agama”. Inilah ungkapan yang ditulis di dalam setiap bab novel Tuhan Manusia.

Ungkapan yang mempunyai maksud yang tersendiri, di dalam novel ini. Novel ini boleh dikatakan sebuah novel falsafah. Falsafah tentang agama yang menjadi tungjang kepada kehidupan Manusia.

Sebuah novel yang boleh membuka minda kita terhadap isu-isu dan konflik yang melanda umat Islam. Isu-isu Pluralisme, Sekularisme dan Liberalisme, dibincangan dengan jelas di dalam novel ini.

Novel ini membuka mata kita tentang ancaman-ancaman yang dihadapi oleh umat Islam melalui ideologi-ideologi yang diperkenalkan oleh barat dan setiap ideologi itu dibincangkan dengan jelas melalui novel ini.
Isu-isu yang ditulis di dalam novel ini, adalah isu-isu yang berlaku secara realiti kepada masyarakat pada masa kini.

Novel ini secara ringkasnya adalah berkisarkan kepada sorang remaja yang ingin menenguhkan jati diri untuk melawan ideologi yang mengancam umat Islam.
Profile Image for Ikmal Hisham.
30 reviews2 followers
July 18, 2015
Sudah lamaku membaca buku ini namun sedikit ulasan ia memang berat dan membacanya ibarat seperti bersyarah kepada pelajar pula. Tuhan Manusia lebih cenderung kepada falsafah berkaitan Islam, menentang pluralisme dan liberalisme hasil daripada konflik murtad yang dialami dalam kisah novel ini.
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews24 followers
April 3, 2009
Sepertimana novel-novelnya yang lain, FT tidak pernah gagal untuk memberikan sesuatu yang baharu kepada pembacanya. Usai membaca Tuhan Manusia, saya seakan diberikan suatu nafas yang lebih sihat dan segar. Novel FT pada kali ini mengupas pertembungan Barat dan Islam melalui Ali Taqi, seorang remaja belasan yang cuba memahami kemurtadan abang kandungnya, Talha.

Membaca novel ini boleh dikatakan sama seperti menguliti sebuah kitab yang sarat dengan ilmu berguna. Awal-awal lagi pembaca sudah dicabar untuk memahami definisi dan ciri-ciri pluralisma, yang menyarankan bahawa kebenaran bukanlah hak mutlak sesuatu agama, kerana kononnya perbezaan agama dan budaya adalah penyebab pelbagai-bagai konflik.

Pluralisma

Pluralisme dalam karya ini dikatakan menghina semua agama kerana menyamakan semua agama yang pada asas dan dasarnya sahaja sudah cukup berbeza-beza. Bayangkan sekiranya anda mempercayai konsep Tuhan yang satu dalam Islam, anda juga dianjurkan menerima kepercayaan Kristian yang berkonsepkan keTuhanan Trinity. Begitulah sebaliknya jika anda menganut agama Kristian atau pun agama-agama lain.

Absurd, bukan?

Pluralisme di sini turut menghina kemampuan berfikir dan membuat pilihan setiap individu yang waras kerana seperti kata Hamka, sekiranya semua agama sama, maka untuk apa beragama?

Karya ini juga menyebut tentang menyalahgunaan terjemahan puisi Maulana Rumi: The lamps are different but the Light is the same dan menyamakannya dengan kata-kata dari kitab suci agama Hindu, Buddha dan Kristian.

Terjemahan yang asal seperti berikut: The light is not different, (though) the lamp has become different. Puisi Rumi disebutkan sebagai telah diterjemah dan ditafsir dalam konteks yang sangat salah oleh John Hicks, ‘nabi’ agama pluralisma ini.Ya, kita tahu semua lampu memancarkan cahaya tetapi cahaya juga ada banyak jenisnya. Cahaya yang terang tidak sama dengan cahaya yang malap.

Yang harus dicapai adalah kerukunan antara agama, bukan kesamaan. Islam dalam konteks ini menganjurkan kita untuk menghormati (bukan menerima atau mempercaya) agama-agama lain. Paksaan untuk terhadap penganut agama lain untuk menerima Islam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

‘Tiada paksaan untuk (memasuki) agama Islam; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada yang sesat’.

Berdakwah pula haruslah dengan hikmah. Selebihnya adalah urusan Allah s.w.t. yang mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Murtad

Murtad ditafsirkan sebagai penolakan terbuka, tanpa paksaan, dengan penuh kesedaran melakukannya. Jika sekadar ragu-ragu, seseorang itu tidaklah diiktirafkan sebagai murtad.

Sekiranya terdapat keraguan, umat Islam dianjurkan untuk bertanya dan mencari dalam linkungan akidah dan syariat. Kita boleh lihat di Singapura, lebih 90% mereka yang berniat ingin murtad telah kembali setelah diberi kaunseling yang teratur oleh ulama yang berhikmah tentunya.

Murtad menurut pendirian Islam adalah suatu bentuk pengkhianatan dan pembelotan. Sekiranya Amerika menetapkan perbuatan memerangi Amerika dan bersekutu dengan penyerangnya sebagai sebagai pengkhianatan dan England mengganggap jenayah terhadap keluarga di raja sebagai pembelotan, kenapakah Islam yang mencakupi seluruh aspek hidup penganutnya dengan Tuhan di kedudukan yang paling atas, dikatakan sebagai kejam apabila menghukum individu murtad sebagai pengkhianat dan pembelot?

Sekiranya penentangan terhadap perlembagaan negara boleh dihukum bunuh, maka kemanakah hukumnya apabila khianat terhadap Allah S.W.T.?

Kerapuhan akidah Islam

Apabila Islam dilihat sebagai tidak lagi menarik, malahan ada juga orang Islam yang memilih untuk keluar dari Islam, sesetengah ulama menyalahkan serangan barat yang bertubi-tubi terhadap akidah, budaya dan seluruh sistem Islam.

Namun begitu kerapuhan akidah umat Islam yang berpunca daripada faktor-faktor seperti kelemahan institusi-institusi ilmu Islam, budaya hedonisme, keterpersonaan intelektual Islam terhadap falsafah Barat, kelemahan pemimpin dan sistem politik dunia Islam serta beberapa lagi haruslah diperhatikan juga.

Semua ini dihuraikan dengan molek dalam novel ini. Budaya hedonisme misalnya, dihuraikan sebagai alat untuk melalaikan remaja-remaja yang kurang minat berfikir dan membaca supaya kecanduan hiburan dan melupakan Islam.

Fahaman modenisme misalnya menghapuskan keyakinan umat Islam terhadap kemampuan diri sendiri untuk maju sebagai umat Islam dalam linkungan Islam. Umat Islam dimomokkan bahawa Islam adalah halangan yang sudah tidak relevan dan kolot serta harus ditinggalkan untuk mencapai kemajuan.

Ini jelas saja merupakan fahaman yang terpesong. Lihat bagaimana ahli-ahli sains zaman kegemilangan Islam seperti Ibnu Sina dan Ar Razi. Ibnu Sina yang hafaz Quran, mendalami ilmu feqah dan falsafah, diceritakan oleh sejarah sebagai bersolat dan bermunajat di masjid apabila berdepan dengan masalah dalam pengajiannya.

Pelbagai penemuan dan hasil kerja saintis-saintis zaman kegemilangan Islam ini masih menjadi rujukan dan asas dalam pelbagai bidang ilmu hingga sekarang. Nah. Lihat bagaimana dengan berpegang kepada Islam dengan teguh, umat Islam boleh saja berjaya membina peradaban dan mencapai kemajuan.

Dalam kekalutan pelbagai falsafah yang telah tercipta, komunisme, modernisme dan sebagainya, karya ini turut mengajak umat Islam supaya kembali menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai sumber rujukan utama sebelum mencari dan mendalami ilmu-ilmu falsafah dari Barat.

Kesimpulan

Andai kota itu peradaban, rumah utamanya haruslah budaya, dan tiang seri rumah itu hendaklah agama.

Dalam bab-bab terakhir FT turut memberikan tafsiran terhadap peradaban dan budaya, yang seringkali digunakan secara interchangeble. Budaya disebutkan di sini sebagai,

....satu set prinsip dan nilai-nilai yang menjadi sumber peribadi manusia dan kehidupan sosialnya untuk mendapat kekuatan dan mendapat perlindungan seperti sebuah rumah, dan dari set prinsip dan nilai itulah hubungan sesama kita dibina.

Manakala peradaban ialah,

...usaha manusia menggunakan sumber yang ada menerusi sains dan teknologi....... dan ciptaan yang membolehkan manusia mengunakannya dalam industri, pembinaan material, pertanian dan juga peperangan.

Karya ini turut menyebut tiang seri sebagai doktrin monoteisme dan nilai-nilai keimanan. Tiang seri yang tidak sesuai akan menyebabkan rumah runtuh dan sekiranyanya rumah sudah runtuh, mampukah kita membina kota?

Secara tidak langsung bolehlah katakan bahawa seorang Islam itu haruslah mengenal dan mengiktiraf keadaan dirinya sebagai Islam, supaya Islam itu menjadi sumber kekuatan dirinya. Apabila identiti dan jati diri umat Islam itu sudah terbentuk dengan kukuh, maka proses pembinaan peradaban secara original, tanpa perlu terkinja-kinja mengejar kemajuan teknologi Barat, boleh berjalan dengan baik. Saya ingin meminjan contoh kemajuan Iran yang banyak disebut dalam artikel-artikel FT. Filem Iran misalnya, tidak perlu adegan-adegan berkemban atau bersentuhan lelaki-perempuan untuk menghasilkan karya seni yang cemerlang hingga mendapat pengiktirafan Hollywood sendiri. Dari aspek sains dan teknologi, negara kita turut membeli vaksin selsema burung yang telah dibekalkan oleh Iran. Sekiranya Iran boleh sahaja membina peradabannya sendiri tanpa perlu terkejar-kejar mahu sama dengan peradaban Barat, maka saya meletakkan harapan yang lebih tinggi untuk negara saya mencapai kejayaan yang serupa.

------------------------------

Sekiranya pembaca ingin memahami persoalan murtad dan kerapuhan akidah umat Islam, buku ini akan memberikan kefahaman yang cemerlang. Namun, sekiranya yang dicari adalah hiburan semata-mata, stail karangan novel ini mungkin saja dianggap seperti berceramah, sinonim dengan rasa bosan dan monotonous. Penulis awal-awal lagi sudah menyebut untuk meneruskan gaya khutbah dan meminjam gabungan etika, estetika dan intelek seperti kitab Nahjul Balaghah. Penulis juga tidak minta supaya dia dipersetujui tetapi berharap untuk membuka ruang-ruang perbincangan supaya isu murtad dapat ditangani dengan berhemah dan saksama.

Sekian untuk reviu yang tidak seberapa ini. Saya yakin banyak lagi yang boleh kalian tambah sekiranya membaca sendiri Tuhan Manusia.
Profile Image for Basma Hashem.
48 reviews3 followers
February 21, 2015
saya mencatatkan dihalaman dedikasi Tuhan Manusia begini,
'terima kasih atas cinta yang terbina
junjung kasih atas segala yang diterima
mohon kasih semoga damai dalam kasih dan sayangnya"

serasa saya menuliskannya setelah usai menghadam Tuhan Manusia. saya malah tidak mempromosikan buku ini buat teman-teman. kerana Tuhan Manusia bukan bacaan santai. hanya setelah memberi analisa dan komentar tentang latar cerita sahaja saya akan meminjamkan Tuhan Manusia untuk sesiapa yang bertanya.

membaca Tuhan Manusia tanpa bekalan ilmu sampingan lainnya, yang samaada secara rinci atau ringkas turut dikupas ,tidak dapat membantu kefahaman orang awam. terlalu banyak isu berkaitan murtad yang selalunya berputik kerana psikologi dan suasana masa lalu dan kecelaruan pemikiran seseorang terhadap kepelbagaian ilmu yang ditemukan dalam perjalanan seorang pelajar. kekeliruan yang tidak diperbetuli.

saya mungkin telah berterima kasih atas kehidupan masa lalu yang penuh cinta dan kasih sayang, justeru saya tidak menyimpan dendam terhadap kehidupan yang kemungkinan akan merosakkan aqidah dan ketauhidan. lalu berterima kasih juga atas segala kenikmatan yang dipinjamkan, terutamanya nikmat Islam dan Iman, justeru saya jadi tidak pasti adakah saya tergolong dalam true seeker of faith jika takdir saya tertulis sebaliknya dan jauh dari hidayah dan kebenaran. dan terakhir mungkin sahaja setelah menamatkan kembara intelek bersama watak Ali Taqi yang hidup sebagai remaja yang menentang dan pencari kebenaran saya mahu menyampaikan dedikasi terhadap pencinta kebenaran yang sudah damai menemui Tuhan, semoga mereka berbahagia dalam rahmat dan kasih-sayang Tuhan setelah hidup mereka dipenuhi bakti dan khidmat untuk agama.
Profile Image for An Nasaie.
31 reviews27 followers
June 12, 2013
bongkah-bongkah masa yang menghimpit nya menyesakkan aku untuk menghabiskan naskah seberat ini. Di tambah pula, aku yang sudah lama tidak singgah ke laman goodreads ini. Nyata karya faisal tehrani banyak membawa aku kearah pemikiran yang lebih matang dalam membincangkan perbandingan agama.

berbekalkan hikmah "Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.", naskah ini membawa aku kearah persoalan2 dan hujah2 agama yang matang serta mendasar. Nyata aku begitu kagum dengan Ali Taqi yang baru berusia 17tahun tapi sudah memiliki ilmu yang mapan tentang hal-hal yang mengamit sensitiviti-nya tentang islam dan kebebasan berfikir.

cuma ada persoalan yang membuat aku tertunggu-tunggu dan akhirnya mati tanpa haluan. Ada persoalan yang sepatutnya penulis hurai dengan lebih jauh tapi akhirnya tergantung. Penulis juga seolah banyak menyalahkan pemikir2 liberal tanpa 'duduk didalam kasut mereka'.

tapi secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan novel ini. kredit kepada FT yang berjaya membuka mindaku untuk lebih mengali persoalan2 agama.

aku sudah semakin penat menganut islam tapi tak faham kenapa aku didalamnya.
Profile Image for Ira Nadhirah.
600 reviews
December 10, 2014
Buku ini aku kategorikan sebagai bacaan yang berat. Bacaan yang memerlukan fokus yang tinggi. Inputnya memang banyak dan pelbagai. Isu pluralisme itu sendiri dibahaskan dari pelbagai sudut. Dan aku baru tahu dari sudut undang-undang bagaimana ianya dijalankan. Bagaimana orang-orang yang memohon untuk keluar dari Islam diberikan kaunseling dan sebagainya sebelum permohonan dibenarkan. Baru tahu murtad itu terbahagi dua. Pertama, yang memang islam dan keluar islam. Kedua, yang memeluk islam kemudian berkeputusan keluar islam. Kedua-duanya ada pendekatan yang berbeza untuk dibanteras serta hukuman yang berbeza. Agaknya bagaimana Faisal Tehrani ni buat kajian tentang isu ni. Kena ada kefahaman yang betul-betul jitu sebelum melahirkan naskhah seperti ini. Akhir kata, kota itu peradaban, rumah itu budaya, tiang serinya agama, dan agama itu hendaklah berpaksikan tauhid. Semoga kita semua terhindar dari kesemua anasir-anasir pluralisme, sekularisme, dan berbagai isme-isme negatif yang lain.
Profile Image for Syah H.
64 reviews21 followers
December 31, 2011
Dari segi ilmiah dan Islamiah; novel ini adalah antara salah satu contoh terbaik. Tapi, sedikit kecewa dengan penceritaannya. Tanggapan saya, ia ibarat membaca karangan fakta yang kadangkala disampaikan dalam bentuk dialog atau ceramah, manakala penanda wacananya adalah sedikit humor. Biarlah; ini sekadar pendapat seorang pembaca yang boleh dikira dengan jari akan bahan bacaan falsafah yang pernah dibacanya. Bagi saya, pendapat saya begini. Bagi yang lain mungkin, karya ini merupakan hasil Faisal Tehrani yang terbaik. Satu perkara yang pasti, saya akan terus membaca karya beliau.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 19, 2016
buku ni sangat berat, tapi menarik untuk dibaca, dan spt biasa unsur unsur syiah pasti akan diselitkan oleh tehrani kita.
154 reviews1 follower
December 16, 2022
Buku ini saya beli pada tahun 2007, saat isu IFC menggamit perhatian segenap rakyat malaysia. 15 tahun kemudian, novel faisal tehrani masih lagi relevan. Malahan saya bersetuju akan kupasan beliau tentang beza peradaban dan budaya. Mengagungkan budaya barat membawa kepada kebejatan sosial yang hanya akan meruntuhkan fabrik sosial kemasyarakatan malaysia yang sudah pun kaya dengan budaya ketimuran.

Namun, dalam pembacaan kali ini, saya nampak sedikit kecelaan dari segi perbincangan dan bicara tentang subjek tema novel. Novel ini mengelak persoalan sukar dengan falasi logik "strawman". Arca hero Ali Taqi adalah seorang protagonis yang menjelajahi ranjau kehidupan sambil memikul beban persoalan yang berat yakni isu murtad dan toleransi.

Walaupun penulis berjaya mengupas persoalan dengan baik sekali, pada pembacaan kali ini, watak Encik Aris dan Zehra hanya kelihatan sebagai karikatur, pada pandangan saya. Penulis akui adanya spektrum pluralisme toleransi di bahagian bab awal novel lagi tetapi antagonis pluralis yang bertoleransi tidak kunjung tiba. Yang kunjung tiba hanya Aris dan Zehra yang lebam dibantai oleh protagonis dan rakan-rakannya sehingga lunyai. Pada pembacaan kali ini, saya merasakan jenaka ke atas Zehra sedikit sembam.

Tambah malangnya, penulis mencipta satu watak token bukan islam tetapi hanya untuk watak ini kemudiannya memeluk islam. Saya amat menyukai apabila Ali Taqi dilanda gundah-gulana tatkala persoalan toleransi dan kemurtadan abangnya terbangkit semula. Namun sekali lagi tiada resolusi yang berlaku kerana abangnya dipadam dari naratif cerita ekoran oleh taufan. Mungkin disini penulis mengunakan Deus Ex Machina untuk menunjukkan kesan negatif dari murtad. Realiti dalam kehidupan sebenar, saya faham bala tuhan. Tetapi bagi sebuah fiksyen, arca Ali Taqi menjadi sangat mudah atas campur tangan tuhan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hafez Sa'ban.
11 reviews
December 20, 2017
Selesai pembacaan Tuhan Manusia ini, aku teringat kembali buku Minda Tertawan oleh Raja Ahmad Aminullah tentang peranan sebenar golongan intelektual mahupun rausyanfikir terhadap masyarakat kerana sedikit sebanyak penulis menyentuh berkenaan ulul albab dan peranannya. Tuhan Manusia ini secara langsung membuka mata pembaca tentang bahaya ideologi pluralism dikalangan masyarakat pada masa kini dan bahayanya idea-idea lain yang menyerang islam dari luar mahupun dalam. Penulis mengupas idea ini dan menelanjangkan satu per satu kudis tentang idea ini dengan baik dan bagi aku ianya mudah untuk difahami walaupun topik ini berat dan semestinya panjang. Mungkin gaya penceritaan dan cerita yang disampaikan membuatkan pemahaman aku menjadi mudah tentang isu ini.

Seperti Tse yang menghargai buku yang dibacanya bukan sekadar karya sastera sahaja tetapi penuh dengan ilmu dan kebenaran hakiki dan aku juga merasainya ketika membaca Tuhan Manusia.

Terima Kasih, Faisal Tehrani
Profile Image for Azzan Aznan.
35 reviews
January 10, 2017
Buku sulung yang saya habiskan di tahun 2017, permulaan yang agak mencabar.

Ianya novel yang sarat dengan fakta-fakta, ya itulah 'niche area' sang FT, novel-novel beliau kebanyakannya berbentuk 'factual novel'. Tidak kurang juga novel sejarah yang sememangnya kegemaran nombor wahid saya.

Jika dirangkum secara kasar, 90% isi novel ini ialah fakta tentang agama, budaya, peradaban dan virus-virusnya iaitu pluralisme, liberalisme yang merupakan telur sekularisme.

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang remaja yang berani terjun ke ranjau falsafah seawal usia 17 tahun, namanya Ali Taqi.

Adapun 'catalyst' atau penyebab Taqi terjun ke bidang ialah kerana abang kandungnya memilih untuk murtad, seraya menjadikan Taqi tekun mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tentang agama dan kehidupan.

Turut dibabadkan perdebatan ilmiah berkenaan pluralisme antara Taqi dan Zehra, anak seroang pelopor ajaran pluralisme di Malaysia. Disinilah longgokan fakta dapat ditemui dalam cerita ini.

"Kota itu peradaban, rumahmu adalah budaya, dan tiang serinya adalah agama".

Ungkapan inilah yang menjadi panduan kepada Taqi dalam menyelemi dunia falsafah, dan seperti dijangka, hanya di akhir ceritalah penulis menceritakan apakah sebenarnya maksud ungkapan ini.

Pada hemat saya, buku ini amat cocok untuk dibaca dan dibahas oleh remaja, terutamanya siswa Muslim di menara gading. Agar kita kenal siapa kita, apa tujuan kita,l apa tanggungjawab kita dan siapa ancaman kita.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 15, 2022
Q U O T E


"Irtidad yang saya maksudkan ialah penolakan terbuka, tanpa paksaan, dengan penuh kesedaran melakukannya. Jika dia sekadar ada keraguan, itu tidak menjadikannya murtad. Murtad ada dua jenis, saudara-saudara."

Dia menadah telinga.

"Fitri dan milli. Murtad fitri ialah seseorang yang lahir dalam keluarga Islam kemudian menolak Islam. Murtad milli ialah bila seseorang yang sudah memeluk Islam kemudian menolak Islam. Kemurtadan jenis pertama ialah pengkhianatan terhadap Allah secara langsung. Murtad milli ialah pengkhianatan terhadap komuniti Islam.

Murtad milli kita beri peluang kedua, jika dia enggan bertaubat memang hukumannya bunuh. Murtad fitri memang hukumannya bunuh sama ada dia bertaubat atau tidak. Hanya Allah yang berhak menerima taubat, itu urusannya dengan Allah, tetapi urusan hukum tetap harus dijalankan. Dan hukuman bunuh ini hanya berjalan untuk lelaki. Untuk wanita pula hukumannya ialah penjara seumur hidup. Jika wanita itu bertaubat bersungguh-sungguh, hukumannya akan diangkat.

Dan, dan... ini hanya boleh berlaku di sebuah negara Islam. Jika si murtad melarikan diri ke negara lain. Sheikh al-Mufid dalam kitab al-Muqni'ah mengatakan si murtad tak boleh diburu."
_Ustaz Hanafiah
Profile Image for Iman.
36 reviews8 followers
September 19, 2013
My first on Faisal Tehrani's writings - so I didn't really know what to expect. After reading through the first few chapters, it got pretty interesting. Faisal Tehrani's wordings are informative, simple, less descriptive (which, to me, is good).

I find it really interesting, how Ali Taqi searched to find answers and understand why his brother, Talha, left Islam. Ali Taqi's confrontations with Zehra showed that his knowledge grew, through his discussions with Ustaz Mujtaba, Abang Abbas, and their other friends. The parts that really got to me was when I found out that, (1) Zehra's father, Aris, was the cause of Talha leaving Islam, (2) Ali Taqi's father, Mohamed was an old friend of Zehra's father, and they had their history, and (3) Talha died, without the chance to return home.

Tuhan Manusia speaks about pluralisme, liberalism, globalism and ideologies that deviate from Islam, as well as their related aspects (factors, consequences, etc) - all from an Islamic point of view, with (concrete) proof and reasoning.
230 reviews4 followers
December 19, 2008
Sekali lagi, isu yang hendak diketengahkan amat menarik dan unik, kali ini tentang pluralisme. Sayangnya, aku rasakan penulis boleh memperbaiki karyanya sekiranya isi yang hendak diketengahkan dijadikan sebahagian daripada plot cerita dan bukan sekadar perbincangan antara guru dengan murid, atau pensyarah dengan penonton. Disebabkan itu, aku rasakan seolah-olah aku sedang membaca sebuah buku rujukan dan bukan sebuah novel. Natijahnya, pengajaran yang hendak disampaikan juga kurang berkesan.

Sekiranya penulis umpamanya melakarkan kisah dari sudut pemikiran abang si watak utama yang menjadi murtad dengan lebih mendalam lagi, mungkin pengajaran yang hendak disampaikan akan lebih berkesan.
Profile Image for Bsplayer.
39 reviews3 followers
December 24, 2010
Dengan tertib, Faisal Tehrani mengupas satu satu persoalan peradaban, budaya dan agama. Naskah ini basah dengan peringatan dan segar dengan dalil dan fakta yang membuktikan. Kesemuanya disimpulkan dengan keras peradaban dan budaya dilingkungi dalam dasar agama. Tidak boleh terkeluar. Agama yang setulen-tulennya ialah Islam yang sejati yang diamalkan oleh Rasulullah saw.

http://budakkilang.wordpress.com/2010...
Profile Image for ©athiraheliya.
84 reviews18 followers
May 14, 2012
Walaupun berat untuk dihadam dan sedikit lambat untuk dicerna, tetapi ia telah membuka mata dan minda akan bahayanya isu pluralisme dalam agama. Seperti pepatah yang sering kali menjadi permulaan ayat dalam setiap bab iaitu "Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"... Seandainya agama itu tidak kukuh dan menjadi panduan hidup nescaya rosaklah budaya bangsa itu yang mana akhirnya membawa kepada keruntuhan peradaban itu.
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
September 6, 2008
Andai kota itu perdaban, rumah kita adalah budaya dan tiang seri rumah kita adalah agama!

kalau logik dan rasional itu yang dicari, Al-Quran pasti ada jawapannya, sunnah pasti kan ketemu keterangannya...

Best buku nih!! benar2 menyedarkan dan menginsafkan! susunan ayat dan olahan cerita yang padat berisi ilmu memang tak rugi kalau membacanya!
Profile Image for Rozy Latip.
19 reviews
January 31, 2011

Seperti biasa novel-novel FT tidak mengecewakan saya. Ia sarat dengan ilmu yang di garap dalam bentuk novel. Ia lebih mudah di hadam dangan menggunakan bahasa yang mudah. Kali ini tema 'Pluralisme menjadi intipati novel karangannya. Antara petikan yang menarik hati saya isala

" Bukanlah yang lebih besar itu lebih mulia, akan tetapi yang lebih mulialah yang lebih besar"
Profile Image for Zura.
53 reviews2 followers
August 17, 2012
Percubaan untuk menamatkan bacaan yang dimulakan setahun dulu. Ketika itu terasa topik yang dibincangkan sungguh berat dan sukar dihadam otak. Alhamdulillah, percubaan kali ini berjaya. Bangga rasanya dalam menghabiskan sebuah karya yang dikatakan kontroversi ini. Mungkin Ramadan turut membantu agaknya.
11 reviews
May 11, 2015
reason to rate this book 5 stars to get attention and encourage people to read. not for promotion value but for the sake of knowledge. it touched the surface of Islamic liberalism and pluralism of religious.

this book not to be agreed with but to discuss with open mind.

pg 294,para 3 - which I think might cause the controversy of tauhid of Islam.
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
December 24, 2007
Buku ini berat isinya. Bacalah dengan mata hati dan mata kepala yang terbuka. Kalaupun anda bukan peminat novel berat seperti ini, haruslah sesekali menukar selera agar minda anda cukup kandungan "nutrien".
2 reviews1 follower
February 4, 2009
banyak perkara belaja drpd buku nih...xrugi baca malah rugi sapa yg xbaca...hmmm especially remaja...yg masih muda-muda nih..perlu ada keazaman mcm Ali Taqi...seorang remaja yg bjuang menegakkan kebenaran..menuntut ilmu bsungguh2..
Displaying 1 - 30 of 49 reviews

Join the discussion

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.