Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pejuang-Pejuang Yang Benar #2

Salahudin: Penakluk Jerusalem

Rate this book
Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

304 pages, Paperback

First published January 1, 2007

63 people are currently reading
1066 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

124 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
591 (63%)
4 stars
219 (23%)
3 stars
87 (9%)
2 stars
16 (1%)
1 star
12 (1%)
Displaying 1 - 30 of 54 reviews
3 reviews5 followers
August 22, 2011
Saya seorang peminat membaca dan mengetahui Wira-wira zaman kegemilangan Islam dan Sallehuddin Ayubi adalah salah satunya.

Buku ini memberitahu personal story tentang Sallehuddin dari zaman remaja ke akhir hayatnya.

Saya ada sedikit kekecewaan dalam buku tersebut. Dalam buku tersebut, Sallehuddin mempunyai sihat perkauman yg kuat terhadap agama Kristian. Jika kita lihat balik sejarah, Sallehuddin tidak memusuhi agama Kristian tetapi Askar Salib yg zalim !!

Juga Sallehuddin dihormati penganut Kristian sehingga ada monument bersebelahan gereja untuk mengingati beliau !! Dalam Askar Sallehuddin juga mempunyai ramai askar yang pelbagai kaum dan agama yg bersama-sama menentang kezaliman askar Salib !

Yg peliknya watak Birnis buat tertanya-tanya? Kenapa dia bukan Reynard di Chattalion yg zalim?? kenapa namanya ditukar? juga ada seorang raja bernama Reynald yang juga membuat pembaca berasa confused.

Apa-apa pun buku ini terbaik tetapi tak sehabat buku sejarah Islam yg lain dari Abdul Latip Talib !! Saya tak marah atau tunduh Abdul Latip menulis buku ini kerana mungkin sumber untuk buku ini terhad.
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
August 19, 2010
Salahudin Ayubi, Salahuddin Al-Ayyubi atau Saladin (1137 - 1193) adalah satu nama yang sehingga kini terpahat sebagai panglima yang telah menakluk Jerusalem dan sinonim dengan kata-kata “Sesiapa Yang Menguasai Palestin, Dia menguasai Dunia.”

Berbangsa Kurdis yang berasal dari Iraq, Salahudin Ayubi sememangnya seorang penunggang kuda yang cekap dan panglima tentera yang bermatlamat ‘Jihad Fisabillillah’.

Dari seorang ketua panglima tentera kepada Sultan Nurudin dari Syria hingga menjadi Khalifah Negeri Mesir sebelum diisytiharkan kemerdekaan oleh Kerajaan Abasiyah dan diberikan gelaran Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Kisah Salahudin bukan sahaja mengenai penaklukan Jerusalem, Perang Salib III, Penggabungan Syria dan Mesir malah perjalanan politik Salahudin itu juga amat menarik dan beremosi untuk diteladani oleh semua.

Benarlah kata-kata POLITIK itu tidak mengenal kawan ataupun lawan. Ini berlaku apabila politik adu-domba, fitnah-menfitnah amat berleluasa ketika itu hanya semata-mata untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa lebih lebih lagi ianya melibatkan puak-puak seperti syiah dan ahli sunnah walaupun satu agama iaini Islam.

Satu peristiwa yang boleh dijadikan iktibar ialah ketika berlakunya peperangan antara Sultan Nurudin dengan Salahudin (Yang boleh dikatakan Mentor kepada Salahudin). Semuanya bermula dari fitnah yang ditaburkan oleh Basir (Ketua Puak Syiah) yang cuba menanam perasaan syak wasangka kepada Sultan Nurudin kepada Salahudin.

Begitulah juga dengan kisah bagaimana seteru politik atau musuh perang Salahudin iaitu Raja Reymond, juga pernah berdamping bersama malah bersekutu dengan pihak Islam ketika berperang menghadapi tentera salib. Di dalam Politik, kroni & proksi sudah semestinya wujud dan begitulah dengan kisah Salahudin.

Kebanyakan jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan telah diserahkan kepada adinda-adindanya(Saiful Islam sebagai Pemerintah Mesir, Syam, Aleppo dan Damsyik), sahabatnya (Bahaudin Garagusy sebagai Penasihat Kerajaan), anaknya (Maliku Afdhal sebagai Ketua Panglima Perang) dan ramai lagi. Semuanya adalah kerana dalam POLITIK segala-galanya boleh berlaku bukan hanya dari musuh politik yang jelas dan nyata malah dari musuh dalam selimut sekalipun.

Apa-apapun, kisah Salahudin ini sememangnya amat menarik untuk dihadam dan dijadikan iktibar serta pengajaran baik dari sisi agama, kemanusiaan dan juga POLITIK.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
February 4, 2022
Betapa pejuang ini penuh dengan tekad dan tenaga, sepertinya tidak pernah lelah, perang demi perang. Sememangnya Sultan Salahuddin Ayubi adalah an amazing force pada zamannya, tiada tandingan.

Jika calang-calang Ketua tidak akan mampu menahan diri dari membalas dendam dlatau membalas darah dengan darah plbila saja ada peluang. Salahuddin Ayubi pula, lebih sering memaafkan dan berprasangka baik walaupun terhadap musuh ketat umat Islam yang beberapa kali mengkhianati.
Profile Image for Lolliepop.
169 reviews47 followers
April 16, 2011
dah lama mencari buku ni, dan bila dah dapat baca buku ini akhirnya, alangkah puasnya!!sangat terkesan dengan sifat dan sikap sultan Salahuddin dan kagum dengan segala teknik peperangan beliau..berharap dapat menjadi seperti beliau dalam mempertahankan Islam..InsyaAllah!!
Profile Image for Meni (Menirary).
98 reviews1 follower
October 13, 2025
Perpaduan. Itulah anak kunci kepada penaklukkan Jurusalem oleh Sang Saladin. Beliau ialah figura perpaduan islam. Dengannya, beliau memimpin pelbagai kelompok negara islam ke arah satu paksi - menakluk semula masjidil Aqsa.

Senang diucapkan, tapi tersangatlah rumit untuk dijayakan. Ibarat mencari satu titik kefaham dalam jutaan perbezaan. Semua ini sudah dirasai dan dialami oleh Sang Saladin - sebagai bukti walaupun rumit, tidaklah ia sesuatu yg mustahil untuk dicapai.
Profile Image for aejayyy.
45 reviews4 followers
August 25, 2021
Buku yang baik, tapi macam ada kekurangan. Saya baca buku ni sekali dengan "Perang Salib" karya Karen Armstrong. Ada nama yang tak sama jadi sikit keliru dengan mana satu yang betul.
39 reviews2 followers
October 15, 2020
Dah tersasar objektif 1 minggu 1 buku. Kali terakhir saya habiskan sebuah buku rupanya pada penghujung April! Semuanya kerana buku-buku yang sedang dibaca tebal-tebal belaka. Tak habis dalam seminggu. Namun masih lagi 'on track'. Ini dah minggu ke-20, dah 21 buah buku. Insya Allah, boleh diteruskan lagi.

Buku Salahudin Ayubi ni dah lama sangat saya beli. Tarikhnya 24/12/2009. Dah 11 tahun dia terperap atas rak buku. Aduhai... Ada tiga buah buku tentang Salahudin Ayubi yang ada dalam simpanan, termasuk dalam Bahasa Inggeris. Setakat ini, hanya yang ini sahajalah yang habis baca.

Siapa tak pernah dengar tentang Salahudin Ayubi, pejuang Islam yang terkenal kerana kehebatannya merampas semula Kota Jerusalem dari penjajahan puak Kristian? Menariknya tulisan Abdul Talib Latip ini, kisah sejarah ditulis dalam bentuk novel. Maka ia tidak begitu membosankan.

Buku ini menelusuri kisah Salahudin Ayubi yang telah dididik dan dilatih dengan ilmu peperangan sejak kecil. Malah beliau juga merupakan seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Walaupun berpeluang untuk memiliki harta kekayaan dek kerana kedudukannya sebagai seorang pemimpin, beliau memilih jalan hidup yang zuhud kepada Allah SWT.

Beliau tidak pernah membayar zakat harta, kerana nilai harta yang dimilikinya tidak pernah cukup haul. Itupun kerana setiap apa yang diperolehinya langsung disedekahkan kepada fakir miskin!
Beliau juga seorang pemimpin tentera yang memiliki integriti yang tinggi. Beliau berpegang kepada ajaran Islam dalam mentadbir peperangan. Setiap musuh yang ditawan tidak dibunuh, malah dibebaskan dengan mengenakan denda. Kaum wanita, orang-orang tua dan kanak-kanak juga tidak diapa-apakan. Tawanan perang juga dilayan dengan baik. Hingga pada suatu ketika, musuh yang dibebaskan kembali untuk berperang demi merampas semula kota Jerusalem yang telah jatuh ke tangan umat Islam.

Salahudin Ayubi juga menggunakan strategi yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berperang. Tambahan dari itu, beliau juga akan bermesyuarat dan mendapatkan pandangan dari panglima-panglima dan sahabat-sahabatnya, sebelum mengambil apa-apa tindakan. Kualiti seorang pemimpin yang adil saksama lagi bijaksana.

Agak jauh perjalanan Salahudin Ayubi untuk menakluk kota Jerusalem. Hanya pada Bab ke-21 baru diceritakan mengenai tentera Islam yang dipimpin oleh beliau, mengatur strategi untuk menawan kota tersebut. Selainnya, buku ini menceritakan bagaimana Salahudin memimpin tentera Islam untuk menyerang dan menawan kota-kota lain di sekitar Jerusalem sebagai sebahagian dari strategi beliau.

Sesiapa yang berminat akan cerita sejarah, terutamanya sejarah Islam, pasti akan teruja membaca kisah pahlawan Islam yang terbilang ini. Salahudin Ayubi bukan sahaja seorang pejuang Islam, malah beliau juga seorang Sultan yang memerintah kerajaan Mesir.

Di dalam Bahasa Inggeris, beliau lebih dikenal sebagai Saladin.
Profile Image for Azura Chan.
523 reviews7 followers
December 27, 2023
"Pilihlah kami bagi membebaskan Baitul Maqdis dan jangan matikan kami sehingga kami dapat bersembahyang di Masjid Aqsa." - Abdul Latip Talib, Salahudin Al-Ayubi Pembuka Baitulmuqaddis
.
🖤 Salahudin Al-Ayubi sangat dikenali sebagai pemimpin agong yang membebaskan Baitulmuqaddis. Namun sumbangannya lebih daripada itu. Beliau yang terlebih dahulu menyatukan umat Islam yang ketika itu sedang berpecah belah. Sehingga pada akhirnya sebuah kerjaan Islam yang kukuh terwujud, dan menggerunkan kuasa salib Eropah.
.
🖤 Paparan kisah perjalanan hidup tokoh perang agama kita ini bermula daripada latar belakang keluarganya yang terdiri daripada keluarga yang sangat berpengaruh di kalangan pemerintah di Damsyik. Salahudin sangat mencintai ilmu terutamanya di dalam bidang Al-Quran dan Hadith dan dia banyak menguasai pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Namun begitu, Salahudin lebih berminat menceburi bidang ketenteraan.
.
🖤 Bermula daripada menjadi Panglima perang, dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri dan akhir sekali dengan kewibawaannya dia dilantik menjadi Sultan Mesir. Beliau sangat mengagumi Nabi Muhammad SAW, maka tidak hairanlah corak pemerintahan beliau sentiasa berpandukan sikap dan teladan Rasulullah.
.
🖤 Beliau amat digeruni oleh pihak musuh semasa di medan tempur kerana kebijaksanaan beliau mengatur strategi peperangan. Namun, hakikatnya beliau adalah seorang yang sangat merendah diri dan bertoleransi terhadap rakyatnya. Dikatakan, walaupun Salahudin bin Ayubi adalah sultan yang memerintah dari Mesir hingga ke Yaman namun dia tidak hidup mewah. Ketika meninggal dunia dia tidak memiliki walau sebuah rumah dan wang simpanannya empat dinar sahaja.
.
🖤 Kisah pembebasan Baitul Maqdis pula bermula dengan niat nazar beliau semasa beliau gering. Beliau telah bernazar untuk membunuh Reinald de Chatillion iaitu mastermind kepada Tentera Salib dan membebaskan BaitulMaqdis jika beliau sembuh. Peperangan demi peperangan akhirnya beliau berjaya menawan kembali Baitul Maqdis selepas penawanan Khalifah Umar Al-Khattab sebelum itu.
.
🖤 Kini, adakah kita bakal menyaksikan seorang mujaddid yang akan membebaskan kembali Baitulmaqdis selepas 100 tahun kejatuhan empayar Islam?
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
August 11, 2009
Subhanallah, what an amazing insight! Tidak kusangka, saya mampu meladeni buku ini dengan sebegitu pantas. Sungguh, sayakagum dengan pengolahan kisah yang dilakukan oleh penulis. Walaupun buku ini berdasarkan fakta-fakta sejarah, sedikit sebanyak ia mampu menarik minatku, kerana diolah dengan jalan penceritaan yang menarik yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam.

Sebagaimana yang kita ketahui, Salahudin al-Ayubi, merupakan seorang tentera, seorang pemerintah yang menjaga ibadah beliau, yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia. 90% novel ini berkisar kepada peperangan yang diketahu Salahuddin al-Ayubi sendiri, aku sendiri tidak menyangka mampu nmembaca novel peperangan ini dengan sebegitu pantas sekali. Benar, benar, penulis (Abdul Latip) layak dinobatkan antara penulis terbaik, dengan memenangi beberapa anugerah sastera. Bukan mudah untuk menarik pembaca mendalami sejarah & fakta dengan cara bersahaja, menggunakan larik bahasa yang menarik.

Kekuatan novel ini saya kira adalah garapan teknik surah Yusuf yang digunakan penulis, untuk menggambarkan sesuatu situasi. Malahan saya dapat merasakan seolah-olah berada di sebelah Salahuddin dan melihat sendiri perbualannya dengan orang lain.

Fantastic book! Perlu banyak lagi garapan novel sejarah islami sebegini
Profile Image for waceed.
111 reviews
November 3, 2018
Salahudin al-Ayubi — pahlawan yang dapat menggoncangkan dunia apabila di medan peperangan — penakluk Jerusalem — yang merupakan kota suci umat Islam setelah Mekah dan Madinah — akhirnya dapat ditakluk semula selepas ditawan oleh tentera Salib selama lebih 80 tahun — peperangan demi peperangan berjaya semata-mata untuk mendapatkan semula kota suci itu — segala strategi dirancangnya bersama-sama tenteranya untuk melindungi semula Baitul Maqdis — sanggup meninggalkan kerajaan,harta dan keluarganya di Damsyik semata-mata kerana seruan syahid — baginda bagaikan singa lapar di medan peperangan hanya kerana ingin menakluk kota suci Baitul Maqdis — dari kisah pahlawan merangkap seorang raja, kita dapat mencontohi sikap baginda dalam terus berjuang untuk membebaskan umat Islam dari cengkaman orang Kristian yang kejam 📝

Love,
💕
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
December 25, 2018
Seperti biasa, pengarang Abdul Latip Talib tidak menghampakan para pembaca. Kisah perang untuk menakluki semula Jurusalem dan taktik2 perang Nabi Muhammad saw digunakan oleh Sultan Salahudin Al Ayubi. Tarikh 27 Rejab 583H (Hari Jumaat) adalah antara tarikh bersejarah bagi umat Islam, iaitu tarikh pembebasan Masjidil Aqsa dari genggaman Kristian. Mereka menurunkan semua lambang salib dan menggantikan dengan bendera Islam serta mengerjakan sembahyang jemaah di dalam Masjidil Aqsa selepas lebih 80 tahun tidak boleh berbuat demikian.
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
November 23, 2007
Pada mulanya, saya mengambil masa juga menyesuaikan diri dengan gaya penulisan buku ini. Jenis hurufnya pun agak kurang mesra dengan mata saya yang rabun ni. Lama-kelamaan, barulah laju sedikit saya membacanya.

Novel sejarah yang patut dibaca oleh para muslimin dan muslimah. Oleh kerana ia menampilkan fakta secara turutan kronologi, maka ia agak membosankan pada mulanya. Setelah masuk ke sepertiga buku, barulah plotnya rancak sedikit.
Profile Image for Muhammad Radhi.
4 reviews2 followers
December 9, 2010
buku yang menceritakan taktik dan adab2 tentera muslim berperang yang memberikan tamayyuz ( perbezaan ) dengan tentera lain di dunia ni tambah2 pula dipimpin oleh ketua yang saja beriman malah bertaqwa..
Ketokohan Sultan Salehuddin al Ayubi amat menyerlah dari segi taktikal , teknik dan keimanan kepada ALLAH dalam setiap peperangan..tidak heran lah , bantuan ALLAH turun memudahkan mengalahkan musuh..
Jemput baca!!
Profile Image for ©athiraheliya.
84 reviews18 followers
September 25, 2012
Kini masyarakat Islam menunggu kehadiran seseorang persis Salahudin Ayubi untuk membela masyarakat Islam yang sedang ditindas, dizalimi, dibunuh di seluruh dunia terutama di Iraq, Palestin, Afghanistan, Iran dan Bosnia. Semestinya juga sukar untuk mencari pemimpin seperti Salahudin Ayubi yang mampu memimpin dan menyatukan hati-hati Umat Islam dalam satu panji yang utuh, kukuh dalam mengesakan Allah dan mencontohi peribadi Rasulullah dalam pelbagai aspek.
8 reviews1 follower
June 12, 2010
Hebat, amat teruja untuk merasai seorang Pahlawan Islam yang terbilang dan cemerlang. Kisahnya menjadi sumber inspirasi kepada seluruh Umat Islam terutamanya di Palestin. " Aina Salahuddin?" menjadi laungan jihad sebhagian Umat Islam di sana mengenangkan seorang tokoh pembebas Umat Islam dari tentera salib yang pembebas Baitul Maqdis.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 19, 2024
A historical novel that tells the story of Salahuddin al-Ayyubi (Saladin), a prominent Muslim leader known for his role in the Crusades and his conquest of Jerusalem. The novel portrays Saladin's life, highlighting his strategic brilliance, leadership qualities, and a deep sense of justice. All-time favorite.
Profile Image for Khuraisah Mohd Nasir.
34 reviews
October 27, 2011
Sebagaimana saya jatuh cinta dengan kegagahan Khalid al-Walid,saya juga jatuh kagum dengan Salahuddin al-Ayubi selepas selesai membaca buku ini. Seorang tokoh yang hebat dan pujian harus diberikan kepada penulisnya Pak Abdul Latip Talib kerana menggambarkan ketokohannya dengan sempurna sekali. Saya akan mencari buku seterusnya dari koleksi ini untuk dibaca. Pasti.
Profile Image for Amirul Mohamed.
34 reviews3 followers
July 3, 2012
Sungguh pahlawan yang hebat! Menakluk wilayah hingga ke jerusalem. Kecil mahupun besar sekiranya ada kepentingan menawan jerusalem akan ditakluk. Melihat keunggulan dan akhlak yang mulia iaitu membebaskan tawanan perang seperti wanita, kanak-kanak dan orang tua. Individu yang membuka mata umat islam pada ketika itu dan individu paling ditakuti di dunia eropah pada masa itu.
13 reviews
October 18, 2016
Buku yang sangat menginspirasi.
menceritakan mengenai perjuangan tokoh islam yaitu salahuddin al ayyubi, hingga dapat merebut kembali yerusalem yang telah dikuasai oleh pasukan salib sekitar 80 tahun lamanya.
semoga generasi muda islam, dapat mencontoh kepemimpinan maupun sifat dari seorang pahlawan islam tersebut.
Profile Image for hakim.
26 reviews2 followers
November 12, 2009
Banyak yang diketahui mengenai hakikat sesebuah tamadun. Adanya pemberontak, pengkhianat, kesetiaan, muslihat, teknik dan taktik, kebersamaan, kesmasyhuran, kepemimpinan dan lain2. Dalam turun naiknya tamadun, perlu kita teliti untuk menuju matlamat gemilang...
Profile Image for Master faiz.
3 reviews
June 17, 2010
buku ini banyak mengajar erti keberanian, iaitu bagaimana sultan salahuddin menakluk semula jurusalam daripada tangan orang kristian. saya sudah membacanya sebanyak 2 kali, x boring, ceritanya ringkas dan mudah difahami, merupakan salah satu buku saya minati.
5 reviews
May 15, 2009
Kehebatan Salahudin Al-Ayubi yang membuka tanah suci umat Islam(Palestin)..
Profile Image for S.
21 reviews
Read
May 26, 2011
Setiap kali baca tentang Salahuddin, setiap kali itulah hati memohon doa, biar dapat melahirkan seorang Salahuddin juga di masa akan datang.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
December 31, 2011
Buku ini nampaknya tidak seperti buku-buku pengarang ini yang telah saya baca sebelumnya. Ia tidak bermula daripada kelahiran Salahudin, yang mana pada saya kurang menarik.
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
May 17, 2012
Novel Sejarah dari Pak Latip ini tidak pernah mengecewakan.
Displaying 1 - 30 of 54 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.