Membunuh Jebat menjadi hutang yang tak tertebus oleh Tuah. Hutang yang terbeban menjadi legasi ratusan tahun.
Tuah, Jebat - dua sasabung yang di lagakan kerana semberono kesumat, kuasa, wanita, fitnah, keadilan. Perlagaan yang tak pernah usai. Penuh intrig berlarut-larut. Justeru hakikat pertarungan yang adil hanyalah anganan yang wuiud dalam mimpi.
Kering jiwa Tuah menumpahkan setia taat kepada tuan. Dan Jebat tak ubahnya sehelai lalang yang cuba menolak ribut. Cuma sehelai ilalang. Di padang luas terbuka.
Maka, apakah kebenaran .. punya makna apa-apa dalam mana-mana cerita?
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Cik Hasan Muda merupakan seorang penglipur lara yang menjaja kisah-kisah nenek moyang mahupun hikayat beratus tahun lalu pada penduduk kampung. Itulah kerja tetapnya siang malam demi bekalan untuk meneruskan hidup. Yang sebenarnya, dia cuba melarikan diri dari realiti bahawa dirinya merupakan keturunan Hang Jebat si penderhaka. Maka, dibawanya cerita akan sisi gelap si Jebag kepada sekeliling kampung yang dihijrahnya.
Tanpa sedar, dirinya ada seorang penjaga yakni pewaris dari keturunan Hang Tuah. Janji telah ditematri beratus tahun dahulu bahawa Hang Tuah akan menebus dosanya membunuh Hang Jebat dengan memberikan perlindungan kepada keturunan Hang Jebat jikalau mereka diambang bahaya. Sosok pendekar yang selama ini melindungi setiap langkah Cik Muda Hasan merupakan hamba kepada seoranf bangsawan yang berhasrat mahukan keris taming sari dengan memperdayakan Hasan.
Pendekar yang melindungi Hasan selama inilah yang telah banyak menyedarkan dirinya bahawa dia tidak patut memandang tinggi pada keturunan yang tak tercela sejarahnya sedangkan hakikatnya mereka inilah lebih keji. Keturunan yang dianggap penderhaka pula, kisah sebaliknya tidak perlu ditutup akan hakikat kebaikannya.
Kebenaran itu meskipun pahit ditelan, ia tetap tidak ditutup dengan manisnya sebuah omongan kosong. Kebenaran tetap jualah kebenaran. Sama ada masyarakat mahu terima akan kejujuran ini atau tidak, terpulang kepada mereka. Yang pasti, kebebaran itulah yang sebenar-benarnya mencipta sejarah untuk generasi ke generasi.
Selepas baca Odisi Tanah Kencana, saya terus jatuh cinta dengan segala karya dari penulis ini. Bukan Legasi Lalang juga telah mencuri hati saya dengan karya yang membuka mata betapa sejarah itu perlu dilindungi dari sebarang tokok tambah yang tidak sepatutnya.
Sri Rahayu memang seorang bakat besar dalam menulis cerita sejarah. Saya banyak kali berhenti membaca, kerana terpegun. Kemudian laju semula, kerana gaya bahasanya memang santai tak melelahkan. Kisah ini dilakar semula daripada kisah pertentangan Hang Tuah dan Hang Jebat. Kita mungkin pernah tertanya-tanya, apa yang berlaku seterusnya selepas Hang Tuah kembali daripada persembunyiannya untuk membunuh Jebat. Apa perasaan mereka berdua tatkala terpaksa berbunuhan sesama sendiri? Seperti robot sahajakah di bawah telunjuk Sultan?
Sri Rahayu melalui buku ini cuba membongkar semula perasaan dua bersaudara itu, yang boleh dianggap sebagai dua buah catur atau mentimun yang terpaksa tunduk dalam kerelaan pahit terhadap kehendak Raja.
Beliau membawa pembaca lebih ralit ke dalam kemelut Tuah-Jebat yang disambungkannya ke generasi baharu. Kalau dua bersaudara ini benar wujud, apa yang terjadi kepada keturunan mereka? Bagaimana keturunan dua sahabat ini meneruskan kehidupan selepas pertentangan dua ayah mereka yang pahlawan? Siapa berhutang dengan siapa - dan hutangnya bukan main-main, tetapi darah dan nyawa.
Pendek kata, saya benar-benar terseret ke dalam kisah ini, yang diteruskan legendanya oleh Cik Hassan Muda dan Alang yang menyamar sebagai budak suruhan.
Bagi peminat cereka berunsur sejarah, saya sangat sarankan buku ini. Saya malah tertanya-tanya, kenapa penggiat filem dan drama tidak menoleh kepada novel-novel sebegini untuk diolah ke dalam hasil seni mereka?
sebagai seorang yang gemarkan bahasa melayu klasik, karya ini terasa seperti pulang ke akar. bahasanya puitis dan indah, tetapi tidak memberatkan. lenggok klasiknya santai dan mengalir. setiap kalam yang ditulis seolah-olah punya makna tersirat yang menanti untuk difahami dengan mata hati.
jalan ceritanya disusun dengan kemas walaupun melibatkan dua garis masa— kisah Cik Hasan Muda sebagai penglipur lara dan kisah Jebat pada masa silam. kedua-duanya saling bertaut tanpa terasa sesak, walaupun menyentuh unsur sejarah dan politik istana. saya langsung tak rasa bosan, malah ralit mengikuti perjalanan mereka hingga ke helaian terakhir. babak-babak manis juga diselitkan dengan sederhana tetapi mendalam. kisah Jebat dan Dang Baru, cinta yang berputik sejak kecil, cukup buat saya tersenyum walaupun pengakhirannya agak memilukan 🥲
walaupun banyak watak muncul, setiap satunya ada tujuan yang jelas. tiada yang terasa sekadar tempelan. semuanya menyumbang kepada persoalan besar yang ingin dibangkitkan: tentang warisan, maruah, kesetiaan dan tentang bagaimana sejarah boleh membentuk cara kita melihat benar dan salah.
secara keseluruhannya, melalui kisah ini banyak perkara saya belajar tentang manusia. ada yang mencari kebenaran. ada yang menabur tipu dan muslihat demi kepentingan diri. ada yang menyimpan dendam kesumat bertahun-tahun lamanya. dan ada juga yang mempertahankan cinta serta setia hingga hujung nyawa. begitulah adat kehidupan; kita akan sentiasa berdepan pelbagai ragam manusia.
naskhah ini juga mengingatkan supaya kita tidak menjadi “lalang” yang mudah ditiup angin, tidak tersalah memilih jalan hanya kerana percaya pada cerita yang diwariskan tanpa diselidik. kerana pada akhirnya, kebenaran yang sebenar-benarnya hanya milik Yang Maha Esa.
Akhirnya, saya terpukau dengan tulisan Sri Rahayu Mohd Yusop...
Acapkali saya melihat buku-buku Sri Rahayu Mohd Yusop diulas oleh pembaca. Baru kali ini saya tergerak hati meminjam dari perpustakaan.
Novel ini membuat otak saya ligat berfikir. Penulisan yang sangat bijak. Watak-watak seperti Cik Hasan Muda, Tun Hakim, Orang Kaya Ariff dan Tun Teja seakan masih wujud hari ini terutamanya di alam sosial media.
Ada yang mahukan kebenaran. Ada yang mengambil kesempatan. Ada yang tersepit dalam kesusahan. Ada yang setia hingga berzaman.
Babak Jebat dan Baru mengharukan. Saya seronok membaca pengakhiran yang melegakan. Saya terkejut membaca plot twist di hujung cerita. Puas rasanya, lucu pun ada.
Penggunaan hamba, tuan hamba, patik, beta menjawab pencarian saya tentang buku atau komik yang menggunakan kata ganti diri ini.
Bukan Legasi Lalang merupakan Pemenang Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000.
Cubalah baca bagi yang belum dan yang mahu mula membaca sastera. 155 mukasurat sahaja. Alhamdulillah saya habiskan sebelum dan selepas ambil anak dari sekolah.
Novel yang mula-mula membuahkan rasa cinta saya kepada karya Sri Rahayu.
Biasanya novel fiksyen ala epik sejarah agak membosankan, kerana gaya penceritaannya sering kaku ekoran terikat dengan fakta.
Tetapi novel ini berbeza sekali. Saya sukakan sudut pandangan yang ditampilkan oleh penulis. Dialognya indah, padat dan tidak meleret-leret. Persoalan percintaannya pun manis dan sopan digambarkan. Plotnya juga padat dan tidak membuang masa dengan gambaran sekitar yang tidak perlu.
Akhiran cerita yang anti-klise, walaupun membuatkan saya rasa geram pada penulisnya, tetapi meninggalkan kesan dan ingatan yang mendalam.
Bukan Legasi Lalang mengatasi semua buku Kak Sri ✊ Kitanya pulak memang suka apa-apa sahaja berkenaan Hikayat Melayu. Dan dalam buku ni bercerita tentang 5 bersaudara.
Haih, bila sajalah saya tak meremang setiap kali membaca kisah Hang Tuah dan juga Hang Jebat? Setiap kali, sepanjang masa, jika boleh diputarkan masa, sudah tentulah saya hendak melihat sendiri kisah di hadapan mata apabila melibatkan kisah antara dua sahabat ini. Nama mereka berdua, disebut sehingga kini walau 2000 tahun telah berlalu.
Saya sangat suka setiap kali saya membaca kisah antara Hang Tuah dan Hang Jebat, setiap versi pasti kisah di sebalik Hang Jebat itu lain, namun Hang Tuah tetaplah sama, dalam setiap versi mesti Hang Tuah ini taat setia kepada pemerintahnya.
Hasan, anak muda yang misteri. Dan Alang, kamu ini :). Setiap karakter dalam kisah Bukan Legasi Lalang ni, masing-masing ada tujuannya tersendiri, sama ada baik ataupun bukan, semuanya perlu dihadam dan ditelusuri sendiri.
Buku ini, separuh isinya penuh dengan teka-teki, saya pulak jadi macam meme yang saya tepek dekat atas. Sangatlah pandai Kak Sri berikan unsur suspen dalam penulisan kali ini. Semua kisah yang diceritakan Hasan seperti benang yang berselirat sehingga pada penghujungnya berjaya dirungkai.
Seperti sudah sebati dalam penulisan Kak Sri dan jiwa saya, tidak perlulah saya harapkan ending yang saya mahukan. Sehingga ke akhirnya, begitulah cerita-cerita diakhiri.
Mengalir lah air mata bila membaca hikayat Jebat ni. Kisah ini kekal menjadi misteri, begitu juga versi-versi lain yang pernah saya baca.
Bukan Legasi Lalang. Dari hari pertama baca buku ni lagi tertanya2, siapa dan mengapa? Haha. Biasa slalu dengar kisah Hang Tuah sebagai watak utama tetapi puan Sri menyajikan karya yang berbeza ya kali ini. Hang Jebat, Dang Baru dan Tun Teja? Suka jalan cerita dan plot twist terakhir. Menumbuhkan rasa kebencian pada seorang lelaki yang bergelar ayah dan seorang lelaki yang miang. Dan Tun Teja.. Bukan seorang wanita biasa. Sukar ditebak. Huhu
Alangkah... Muda Hasan? Jebat - Dang Baru? Masa sekolah rendah dulu pun, saya memang lebih cenderung sokong watak Jebat. Tak suka watak Tuah yang setia buta membunuh saudara sendiri demi mempertahankan ego raja zalim. Kalau raja tu baik, kira boleh terima lah juga. Ini, dah tahu raja tu tak cerdik, tak ada wisdom, tak ada ilmu, tak ada malu,... Apa ke bodohnya. Tapi, betul ke begitu kisahnya? Sejarah Tanah Melayu, siapa tahu yang mana benar? Cerita Tuah-Jebat, yang mana sebenarnya betul, Hikayat atau Sejarah? Saya baca, buku sejarah yang telah banyak tahun jadi rujukan pun, rupa-rupanya diputar belit oleh penderhaka, traitor. Bagaimana nak tahu yang mana betul? Betapa di dunia ini ramai orang kurang siuman. Entah apa seronoknya, Dia menipu, dia berjaya menipu kerana kuasa, kerana kedudukan, dia lepas melepaskan diri dari tanggungjawab, tiada ruang untuk disaman, kerana mangsanya terpaksa tandatangan borang pengakuan serah diri jadi guinea pigs, kalau sakit, kalau cacat, kalau mati, kalau positif, lantaklah korang, risiko sendiri, depa lepas tangan. Ehhh... Saya tulis pasal apa ni naa? Hahaha. Golongan yang suka menindas, I hate.
Bukan Legasi Lalang Saya tahu saya takkan dikecewakan tatkala memutuskan untuk memilih buku ini sebagai bacaan pertama saya untuk 2026. Kisah yang merupakan kesinambungan kisah tersohor dua laksamana; Hang Tuah & Hang Jebat, dimana dua orang sahabat baik, telah dilagakan oleh pemerintah yang hanya mementingkan kuasa. Akibat rasa bersalah dengan sahabatnya, Jebat, Tuah bersumpah agar keturunannya menjadi pelindung buat keturunan Jebat.
Maka, kisah ini adalah tentang Cik Hasan Muda, seorang pemuda yang menyara hidupnya sebagai seorang penglipur lara. kisah-kisah yang dibawa oleh Hasan menarik minat ramai kerana kisah tersebut diceritakan seakan-akan kenal benar Hasan dengan figura yang diceritakan itu. Hal ini menyebabkan dirinya menjadi tumpuan oleh golongan pembesar. Namun, mereka ini ada niat yang tersendiri.
Saya sangat suka bila karya ini disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami walaupun penulis menggunakan bahasa melayu klasik. Pada mulanya agak sukar untuk saya faham apa sebenarnya plot bagi kisah ini kerana ada selingan kisah pada zaman kini (Cik Muda Hasan) dengan kisah zaman dahulu (Hang Tuah & Jebat), tetapi apabila saya baca lebih lanjut, saya boleh mengikut rentak buku ini. Saya suka apabila setiap watak yang muncul dalam karya ini ada “purpose” mereka yang tersendiri, bukan sekadar “filler”. Alang merupakan watak yang kalau boleh saya nak lihat lebih banyak lagi diceritakan dalam buku kerana peranannya yang amat besar. Namun begitu untuk novel pendek sebegini, saya faham akan kekangan tersebut.
Ada babak yang membuatkan saya blushing, especially watak Jebat & Baru. Saya juga suka perbualan antara Tun Teja dan inangnya, Dang Selasih, tentang peranan wanita dalam memilih jodoh mereka sendiri laksana Puteri Gunung Ledang. Honestly ada banyak pengajaran & perkara yang saya boleh renungkan setelah saya baca buku ini.
Overall, sangat-sangat recommended ya untuk mereka yang minat tentang kisah Hang Tuah & Hang Jebat yang ada sedikit twist & menarik ini!
mengajak kita mengembara ke zaman silam dikala kehidupan waris dua pendekar dan juga sahabat, tuah dan jebat. turut sesekali dibawa ke zaman pertumpahan darah antara dua perdekar tersebut berlaku.dan juga deselit cerita-cerita yang selama ini tidak pernah tercatat dalam lembaran sejarah. juga menjemput kita berfikir akan kebenaran cerita-cerita lagenda yang kita dengar, kita baca. maka, apakah kebenaran mempunyai makna apa-apa dalam mana-mana cerita..??
Mengisahkan tentang Cik Hasan Muda, cicit Hang Jebat yang menyara hidupnya dengan menjadi penglipur lara. Dia berjuang dengan cara bercerita untuk membersihkan nama keturunannya. Bakatnya itu menarik minat pembesar istana, Tun Ariff untuk menjadikan Hasan sebagai perantisnya. Tapi, para pembesar menyimpan niat yang buruk. Dalam masa yang sama, setiap rancangan yang diatur untuk membunuh Hasan selalu digagalkan oleh seorang pendekar misteri.
Karya ini juga membicarakan tentang semangat perjuangan dan setiakawan Hang Jebat. Tentang kekesalan Hang Tuah yang terpaksa mengkhianati sahabat baiknya sendiri. Dan tentang betapa korupnya para pembesar yang berkuasa. Legasi perjuangan Hang Jebat disambung oleh keturunannya, Cik Hasan Muda. Manakala waris persilatan Hang Tuah pula secara rahsia melindungi setiap keturunan Hang Jebat untuk menebus kesilapan Hang Tuah itu. Yang pastinya, legasi mereka itu bukanlah legasi lalang...
Karya ini telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Novel Remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000. Ditulis dengan gaya bahasa yang sedap dibaca, berserta plot cerita yang menarik dan epik...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Membaca novel ini seperti menonton satu hikayat filem epik. Setiap babak, plot dan penceritaan sangat berkesan. Walaupun kisahnya adalah tentang sejarah, khusus mengenai hikayat hang tuah dan jebat, langsung tiada perasaan bosan menekuni ayat demi ayat buku ini. Penulis sangat mahir menjalinkan ayat-ayat dan gaya bahasa yang sangat indah. Penceritaan yang pantas dan laju dari novel ini diimbangi dengan jalinan bahasa kiasan yang bersahaja tapi tetap indah. Dan yang paling menarik tentu sahaja tentang watak-watak yang sampai ke penghujung kita tak pernah tahu siapa mereka yang sebenarnya. Watak seperti Hasan, Tun Teja dan Alang dibiarkan kabur dalam rahsia. Penghujung novel ini penuh kejutan. Tahniah buat Sri Rahayu Mohd Yusop kerana menulis sebuah novel yang sangat hebat.
Selesai membaca buku Bukan Legasi Lalang dibawah rumah penerbit Biblio. Tidak dapat disangkal lagi asbab buku ini memenangi hadiah sastera. Sentuhan penulis benar benar punya magis tersendiri. Memberi fokus pada kisah dahulu kala, serasa kita turut hidup bersama Hasan dan kisah lipur laranya. Saya menggemari naskhah ini kerana kelainan yang dipersembahkan penulis, tentang bagaimana keturunan Tuah berjanji untuk melindungi keturunan Jebat disebabkan peristiwa yang tak terjangka. Lain daripada yang lain.
Tahniah buat penulis untuk karya ini. Semoga terus diberikan idea yang segar untuk menghasilkan karya yang mampu memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana.
Hutang budi dibawa mati. Biarkan walau nyawa yang menjadi ganti. Kegoyahan yang tidak pasti ada di dalam diri, menjadi warisan dibawa sehingga ke pengakhiran budi. Rahsia yang menjadi rahsia, di atas nama hutang budi, yang nyawa menjadi galang ganti.