Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mencari Mrs. Ross Gabriel

Rate this book
“Ingat, Ross. Jangan sesekali guna taktik klise untuk dekati dia, faham? No fancy stuff, no lavish dates. Kalau I dapat tahu ...”

Ross tiba-tiba berhenti melangkah. Tanpa sedar kuku ibu jarinya digigit berkali-kali, satu tabiat yang selalu muncul setiap kali dia dilanda resah. Ugutan Embun jelas merisaukannya, mencengkam fikiran. Tetapi di sebalik kerisauan itu, ada juga rasa yakin yang perlahan-lahan muncul. Dia tahu, dia perlu lakukan sesuatu. Dia mesti membersihkan keadaan yang semakin keruh kerana tindakannya sebelum ini.

Embun tak akan kisah ... kan?

328 pages, Paperback

Published December 1, 2024

2 people are currently reading
38 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books549 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (22%)
4 stars
25 (40%)
3 stars
19 (30%)
2 stars
3 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
December 25, 2024
awal dah nampak best, tengah ke hujung dah start bosan. ada part yang bahasakan diri lain. sekejap Qarina panggil Ross, sekejap Ray. padahal Ross menyamar and kenalkan diri as Ray. pastu sekejap aku kau sekejap i you, tak consistent with unnecessary error.

boleh la, light reading. comel sebab single mom trope tapi suka kenzi embun lagi made me thought i would enjoy this too🙂
Profile Image for Mslvoe.
2,056 reviews204 followers
December 11, 2024
3.5 stars

Baca "penghargaan" dulu before baca Ross

Dan jangan compare Ross with Kenzi dan Embun. If cerita Kenzi dan Embun penuh dengan gelak ketawa, kisah Ross pulak penuh dengan keinsafan, bersyukur dengan apa yang kita ada.

Embun buat plan and paksa Ross follow instruction untuk cari next jodoh Ross. Kalau tak follow, Embun lari balik kampung berpantang di sana dan Ross tak boleh jumpa Seri. Gelupur la Ross. Terkekeh² Kenzi tengok uncle Ross takut dengan Embun.



Akhirnya Ross follow kerja giler Embun. Bermulalah detik² perkenalan mereka.

Qarina ni single mother anak 1, Orked. Si Ross ni punyalah payah nak tahu kisah benar Qarina.. nak kuasa kuasa dia, Embun dah ugut². So Ross ni layan jela hari² lepak dengan Qarina dan Orked.

One day barulah Ross tahu kisah sebenar Qarina dan Orked. Ross suka layan Orked, beri hadiah yang best pada Orked. Tanpa dia sedari hadiah untuk Orked itulah yang jadi issue sampai Orked kemurungan sebab kawan² tak percaya, bapa Ridzwan dok cucuk² cakap uncle Ray seorang lelaki yang tak boleh dipercayai.

Ridzwan tergugat. Dia send surat guaman pada Qarina.



Ridzwan ugut nak hak penjagaan penuh terhadap Orked. Ridzwan ugut putuskan hubungan dengan Ray jika Qarina masih nak berkawan dengan Ray. Jahat betul jantan ni manipulate Qarina dan Orked.



Geram Ross bila dengar. Dia yakinkan Qarina dan Orked dia akan jaga mereka berdua. Lagi bengang issue signature BTS ni dibesar²kan. Terus Ross datang sekolah Orked, beri hadiah pada kawan² Orked.

Ridzwan dapat tahu dia minta mahkamah cepatkan perbicaraan mereka.

Qarina susah hati. Ross melamar Qarina.



Frankly F ingat Ross dengan bestfriend Embun, Fiza. Tak sangka scene perempuan naik motor bersama anak perempuan dia tu watak heroin untuk Uncle Ross.

Kisah Ross ni macam karya slice of life. Part kelakar pun between Embun dan Ross & Ross dan Ali... itu pun tak banyak.

As usual F tak puas sebab tidak diceritakan pasal abang² Qarina yang merajuk dan lupa tanggungjawab menjaga ayah Qarina. I need more story life diaorang after kahwin.

Yelah F mana pernah puas kalau penulis buat kisah² romance ni.

Ps : i suka kelakar banyak... arrgghhh rindu kenzi embun ross kat 1st book
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
December 28, 2024
I'm sorry tapi panggilan kejap2 berubah ni sangatlah arghhhhh 😮‍💨
Qarina n Ray ni kejap kau aku, kejap i u kejap saya awak.
Nak apa ni.
Sumpah rasa terganggu.
And i cannot feel any romantic feelings between Qarina and Ross.
Cam tiber kahwin, lepas tu habis????

Excited tunggu ni sebab suka Ross ni tapi itulah.
I like Kenzi Embun more hehe.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
February 23, 2025
Melihat pada tajuk dan penceritaan, kisah Mr Ross hanyalah another romance story. Tapi, selepas thorough reflection, i would say it was beyond that. More than just a mere romance book.

Finding love and finding a lover are two different things. Finding a soulmate and a lover, also are two different things. These things were conveyed in Mr Ross punya character. He fell in love thrice, and he failed thrice. I can't imagine how deep a heartbreak Mr Ross, The Casanova had encountered. Glad that Mr Ross takde anak dengan any of his ex-wives, or else, theres gonna be another issue to talk in this light story. To one, a failed marriage can be a weakness. To one, a failed marriage can be a projection.

To Mr Ross, it is none between those. He did not really reflect himself, until he met Qar. I would say, he is a boy in a grown up man's body. He is just a boy, yang tak tahu nak pandang perasaan cinta dan perkahwinan, sebagai sebuah tanggungjawab. Just like what Kenz said, Mr Ross benci tanggungjawab, hence he tends to avoid any of it. At the end, i could tell that Mr Ross found himself.

I really hope that no one take marriage as a small thing punya isu. Silap langkah, bukan suami isteri je merana. Anak-anak pun terpalit sama. Penceraian mungkin penyelesaian kepada masalah suami dan isteri, tapi ia sebenarnya menjadi permulaan masalah kepada anak-anak, if the parents masih tak reflect themselves.

Hence yang terjadi kepada Orked. Ridhwan, tak belajar daripada silap dia. Curang. And then what? Tak bertanggungjawab pulak tu. Nafkah anak tersekat, tapi berbelanja untuk diri sendiri macamlah ada segunung emas dalam tangan. And please lah... Menduakan Qar dengan perempuan yang level dia lower than Qar...? Kadang tak faham apa yang lelaki fikir ya? Bukan. Kadang tak faham apa yang pen-curang ni fikir. Apa dalam benak dia?

Character Orked sebagai seorang yang ada personaliti mature walaupun baru 9 tahun, portrayed the real world punya situation. Kids from a divorced parents usually memang ada fikiran yang lebih matured berbanding their peers. So, i have no comment sangat la pasal character Orked ni. She is a nice daughter, tried to understand her mother's punya situation. Good daughter.

Qar. I have no issue with her character or conflicts throughout the story, TAPI, apa pasal dia percaya sangat dengan Ross dan Ali, dan ikut je balik kondo masa hari hujan tu? I cannot brain. The fact that dia bercerai atas alasan yang buruk with Rid, patutnya character dia potrayed how dia akan lebih berhati-hati dengan lelaki. Tak mudah percaya. Ni baru kenal seminggu dua, dah mudah je percaya. Mudah je jatuh cinta. Halahhhh Pastu baik sangat pun lah dengan si Rid tu. Cuba melawan sikit jatey tu. Hmmm nevertheless, she is a responsible mom and daughter. Dia tak pernah lepaskan penat atau marah pada Orked or her father.

Overall, kalau tengok pada surface je, this is just a cliche story. Tapi, kalau tengok thoroughly, story dia sebenarnya menceritakan isu yang agak berat juga, in a very simple and light way. I agree with some review, the last 1/3 of this story kinda draggy and monotone. But still, good to know that Mr Ross punya kisah dah tamat.

Kudos, author.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
December 22, 2024
Tema utama buku ini adalah cinta sejati. Namun, mendapatkan cinta sejati bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya bagi seseorang seperti Ross Gabriel. Sebagai seorang lelaki yang memiliki kekayaan melimpah, kadang-kadang menjadi sukar untuknya membezakan sama ada wanita yang hadir dalam hidupnya benar-benar mencintainya atau hanya tertarik dengan hartanya.

Ross sudah melalui tiga perkahwinan yang berakhir dengan perceraian, dan sepertinya dia bakal mengulangi jalan yang sama. Hal ini turut menjadi kebimbangan Embun, yang akhirnya memutuskan untuk memberi panduan kepada Ross. Embun menasihatkannya agar mencari seseorang yang mencintai dia sebagai individu, bukan kerana kekayaan atau statusnya.

Lalu, bermulalah perkenalan Ross dengan Qarina, seorang ibu tunggal yang penuh dengan kekuatan dan ketabahan. Qarina telah melalui pelbagai pengalaman pahit dalam hidup, namun dia tetap cekal demi anak perempuannya, Orked, dan ayahnya yang terlantar sakit. Qarina jelas seorang wanita yang luar biasa—gigih bekerja demi menyara keluarganya dan sabar melayani kerenah bekas suaminya, Ridwan, serta Diana, isteri baharunya.

Watak Ross pula, tidak perlu dipersoalkan—dia adalah definisi lelaki idaman 🤭 Walaupun kaya-raya, Ross mula menyedari bahawa hidup bukan sekadar tentang kemewahan apabila dia mengenali Qarina. Hubungan mereka berkembang secara perlahan tetapi indah. Apa yang paling aku suka adalah bagaimana mereka berbincang secara matang tentang perasaan dan hala tuju hubungan mereka. Lebih manis lagi, mereka meminta restu daripada Orked sebelum meneruskan niat perkahwinan.

Watak Orked turut mencuri perhatian. Sebagai seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, dia bijak, ceria, dan kadang-kadang kelihatan lebih memahami situasi orang dewasa berbanding umurnya. Kehadirannya memberikan warna dan keceriaan dalam cerita ini 🥰

Buku ini sangat ringan dan santai—boleh dihabiskan dalam sehari atau dua hari sahaja. Jalan ceritanya mudah diikuti walaupun agak perlahan pada pendapat aku. Namun, gaya penulisan Anna Lee yang menarik membuatkan aku terus melekat hingga ke halaman terakhir. And one more thing, the romance part isn’t cringe. Just sweet and nice.

Pengakhiran cerita ini juga sangat memuaskan, bukan sahaja untuk watak-watak utama tetapi juga untuk watak-watak seperti Ridwan dan Diana, yang akhirnya mendapat kesedaran yang sewajarnya.

Satu lagi perkara yang aku suka tentang buku ni ialah banyak quotes yang best. Memang jenis quotes yang kita rasa nak catat dalam journal atau simpan dekat hati. Aku tiada journal, jadi aku highlight dan tagging jela 😁

Keseluruhannya, buku ini adalah bacaan yang menghiburkan dan sesuai untuk mereka yang mencari kisah cinta yang penuh dengan nilai kekeluargaan dan pengajaran hidup 💕
Profile Image for Alea Aizad.
68 reviews27 followers
September 2, 2025
I was expecting this book to be a cute funny romance story like Kenzi x Embun but sadly it is not. Definitely a heavier story revolves around adult problems; a single mother struggles and a journey of a wealthy man discovering the true concept of love.

Awal-awal cerita, the premise looks promising but the pace of the story agak slow. But bila sampai hujung, macam rushing sikit. Chemistry between Qarina and Ross pun macam kureng. I was hoping to see the scene when they got married at the end but unfortunately tak ada :( and even relationship Ross and Orked are better than the main characters.

And satu je yang pelik, Qarina langsung macam tak ada syak wasangka bila Ross pura-pura jadi Ray, boleh bagi anak dia macam-macam; tandatangan BTS yang sampai jadi konflik utama dalam buku ni, belanja makan kat restoran mewah. And masa Ross reveal his identity pun, dia macam terima saja ??

Anyway, I just love Ross Gabriel, he's a star in this book and giving me the vibe of pakcik yang slayyyy gitu ~
Profile Image for Nadhirah Ghani.
Author 4 books18 followers
December 19, 2024
Mungkin buku ni agak mendewasakan. Maksud saya konfliknya adalah perihal orang dewasa. Kak Anna tulis dengan baik sekali. Setiap kata-kata yang ditulis membuatkan saya terfikir-fikir because this is the real things that happened in a real life. Broken marriage… and hak penjagaan anak. Buku ni bukan tipikal romcom novel. Bukan.

But still the main issue tu penting. Dan kak Anna leraikan masalah tu dengan baik sekali.

Thank you, kak tulis novel ni. I really enjoy it!
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
December 24, 2024
Sebelum ni Ross Gabriel sibuk dengan usahanya untuk menyatukan Kenzi dan Embun. Tapi untuk kali ini, Embun pula yang menjadi telangkai. Setelah gagal dengan 3 perkahwinan terdahulu, of course Embun mahu pakciknya itu mendapat cinta sejati.

Jadi untuk mencari cinta sejati bukanlah dengan ditaburi segala kemewahan yang seperti Ross lakukan terhadap Dian. Cinta sejati menerima segala kekurangan dan seadanya. Jadi untuk itu Embun meminta (opss mengugut yang lebih tepat) Ross supaya menyamar seperti orang biasa untuk cuba mendekati Qarina dan anaknya Orked.

Bagi Embun, orang seperti Qarina lah yang perlu dibantu. Permulaan memanglah Ross rasa simpati dan kesian dengan nasib Orked dan Qarina tetapi bila dia cuba libatkan diri dengan lebih mendalam dalam kehidupan Qarina, dia seperti keliru. Adakah itu cinta atau tidak sebenarnya.

Namun bila bekas suami Qarina, Ridwan bertindak lebih agresif untuk mendapatkan hak penjagaan Orked, Ross sedar. Cinta itu bukan enjoy dan terlihat gembira seperti dia dengan Dian tetapi cinta itu lebih mendalam. Cinta itu didatangkan dengan tanggungjawab dan rasa untuk melindungi.

Kerasa rasa itulah yang mendesak supaya Ross berusaha bersungguh untuk mengahwini Qarina dan akhirnya berdiri teguh mempertahankan Orked dalam jagaan Qarina. Kerana dia tahu kebahagiaan Orked adalah dengan Qarina, bukannya Ridwan yang sebenarnya lebih kepada ego dan seperti tidak mahu Qarina itu mengecap bahagia.

#Orked itu baru berumur 9 tahun tetapi kadang kala pemikirannya cukup matang melebihi usianya. Mungkin kerana kesusahan hidup yang membuatkan dia lebih matang dalam berbicara

#Semasa mengenali Qarina, barulah tangan Ross itu behave untuk tidak memilih barangan yang mewah dan branded😆

#Akhirnya Embun berjaya juga mengubah perspektif cinta dari pandangan mata seorang Ross Gabreil

# Untuk kesekian kalinya, saya sangattttt suka dengan buah tangan Anna Lee. Tq tq tq sebab menghidangkan pembaca dengan cerita yang sentiasa segar😘
Profile Image for Cutie_pie28.
399 reviews8 followers
December 14, 2024
Ermmm.. lgi best kenzi n embun.. bile bace sparks tu tkde.. tak tau laaaa hilang mane.. light reading.. not soo much konflik..
Profile Image for Diniy Qistina.
153 reviews5 followers
December 13, 2024
First thing first, sebelum nak baca ni jangan letak expectation buku ni akan lucu macam Kenzi X Embun. Kerana buku ni lebih kepada menceritakan perjalanan Uncle Ross dalam mencari Mrs.-nya serta mencari erti kehidupan/tanggungjawab.

Uncle Ross yang 'disuruh' oleh Embun untuk mencari calon isteri yang lebih normal. Dapatlah Qarina sebagai target utama dalam 'misi' tu. Qarina ni seorang rider makanan. Hidupnya yang susah membuatkan mata Ross lebih 'terbuka'.

Jalan cerita menarik cuma kita kurang suka dengan isu yang dijadikan konflik tu. Dia cam, benda tu kecil je, kenapa watak tu nak besar-besarkan isu tu? Watak sekeliling tu sibuk je kecoh. Macam tu masalah negara pulak. 😅🤣

Papepun, happy ending untuk semua watak. 🫶
Profile Image for Zalifah.
11 reviews
December 26, 2024
Enjoy gila baca dalam sehari pun boleh habis ! Si kecik tu comelnya..maybe boleh pairing dengan Jamila dalam novel “she” nanti hahahahah sama2 banyak mulut 🤣

Pakcik sorg ni pulak nasib la lama lama dia pandai nak buat apa tak payah Embun susah nak fikirkan. Comel gila org tua bercinta !

Tak complicated, memang senang dihadamkan. Kak Anna bolehh takkk nak buku sweet manis2 macam ni lagi hahhahahahaha
Profile Image for Farah Nisa.
111 reviews1 follower
July 31, 2025
okay la cerita santai2. tapi stress baca sebab

1) qarina ni kejap panggil ray kejap ross. padahal masa tu taktahu pon tagi sape ross sebenarnya tapi dah panggil ross?? aku pening baca
2) kejap guna i you, kejap saya awak, kejap aku kau. penulis pon pening ke ke tak check balik sebelum decide nak print 😭

cetakan seterusnya harap ubah la apa yg tak betul tu. ni buku pertama Anna Lee yg aku rasa tak berapa kena dengan tekak. tapi jalan cerita ok je fun2 banyak pengajaran
Profile Image for Lalla Hasna.
34 reviews
May 10, 2025
Sepertinya penulis tak bagi sepenuh jiwa untuk menyiapkan buku ini. Jalan cerita seronok sahaja, cuma ada part macam terlalu childish. Adakah buku ini boleh dikategorikan sebagai “buku asal boleh siap”? Kalau orang tanya buku ini berkaitan apa, mungkin tak boleh jawap, sebab baca tak sepenuh jiwa.
Profile Image for Hafiza Jalil.
15 reviews
December 26, 2024
Sambungan daripada novel kenzi vs embun,novel ni mengisahkan tentang Ross Gabriel yang dipaksa oleh Embun untuk cari pasangan hidup yg really not Ross type,tapi akhirnya,rancangam Embun tu berjaya
Profile Image for Nita.
75 reviews
January 7, 2025
Ceritanya santai² je tapi banyak pengisian, pengajaran yg dapat diambil dari kisah dalam buku ni.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
June 2, 2025
Best. Kisah perjalan Ross nak mencari cinta sejati.
2 reviews
December 27, 2024
Kata menyamar jadi Ray
Tapi Qarina tu kejap panggil Ray kejap panggil Ross
Unnecessary typo untuk sebuah novel yg dibukukan 😔
Profile Image for Elurine.
82 reviews2 followers
January 19, 2025
Tak expect saya akan lagi sukakan buku ni dari kenzi embun sbb baca review ramai kata kureng. Jadi best sbb perwatakan mr ross tu sendiri. Mr Ross tu apa je yg keluar dari mulut dia kelako 🤣🤣 embun pun mana tah idea dia dpt nak kenenkan pak cik dia ni dgn perempuan random yg dia jumpa atas jalan raya 😭 mmg eloklah embun dgn mr ross ni. Sebab dua dua random kenenkan utk masing masing. Nasib lah mr ross kena hadap benda yg sama.

Tapi si embun ni lagi ngeri dan mr ross pun tak dpt nak bantah. Dia pun ikut jelah plan embun tup tup jatuh cinta. Walaupun lambat jugak mr ross nak sedar yg dia dah jatuh cinta pastu duk deny perasaan sendiri hahahaahah kelako tapi tulah kalau dah jodoh tak kemana.

Dalam kenzi embun tu dah rasa kenzi tu kaya gilsss tapi mr ross ni lagi kaya, billionaire tau. Seronok betul jadi Qarina tup tup dapat jadi bini billionaire tapi tulah kehidupan qarina pun dah cukup menyedihkan 🥲 nasib baik ada orked si penceria suasana. Orked ni pun confuse kejap umur dia sbb kenapa mcm terlebih matang 😭 ke budak zaman sekarang mmg mcm ni? Dah cakap pasal kpop idol semua pastu cikgu pun hm rajinnya masuk campur urusan murid hahahahaahahah tapi make sense je cuma tulah cikgu pun byk kerja.

Suka jugak dapat baca kisah kenzi embun dalam ni. Eeeee comel je dua orang ni. Kenzi betul betul jadi seorang lelaki yg matang, dia tahu bini dia emosi tak stabil dia mengalah je, iyakan aje idea bini dia tu. Kan best dpt tgk kisah anak anak diorang ni pulak hahahahaha walaupun mustahil ya sebenarnya 🤣

Overall saya suka cerita ni sbb kelakar, mr ross ni mmg tak boleh hilang kelakar dia sampaikan orked sendiri cakap dia kelakar. Bagi saya apa apa buku yg kita nak baca, lower your expectations. So buku tu automatik jadi best 🤣

Personal rating: 4.5/5 🌟 gr boleh dah kut letak setengah bintang dkt sini
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.