Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anding Ayangan #4

Anding Ayangan III: Hikayat 2

Rate this book
Dua dunia semakin bergolak. Kuasa disalah gunakerana tamak. Peperangan kini sukar dielak.

Di dunia Anding Ayangan – Furqan Ayyubi memerangi habis-habisan Raja Daulah yang sakti, sehingga seluruh pasukannya disumpah menjadi batu. Tinggal dia dan Rolou yang terselamat. Kekalahan paling teruk dialami oleh pasukan Anding. Chahaya terpaksakeluar dari persembunyian demi memimpin Furqan Ayyubi bangkit semula menerusi keajaiban kalamullah.

Di dunia nyata – pembunuhan misteri berlakumenjelang pilihan raya negeri. Mutajassad punya angkara. Makhluk bangsa Makrit’e itu bersembunyi di dalam tubuh manusia, beralih dari jasad ke jasad. Muslihatnya yang licik menyukarkan siasatan dua pegawai polis, Rawza dan Fakeh.

Ketika segalanya seperti mustahil, Rayyan dan Mika dari planet Yuk’kaa muncul untuk membantu. BangsaYuk’kaa pernah berperang dengan bangsa Makrit’e di angkasa raya. Kini, di bumi pula berlaku pertembunganantara tiga bangsa: manusia, Yuk’kaa dan Makrit’e. Setiap peperangan pasti sampai ke noktahnya. Untuk itu, ada yang harus mati!

RAMLEE AWANG MURSHID kembali menghidupkan kisah ini dengan aksi-aksi mendebarkan, plot yang berbelok-belok dan penuh kejutan. Setiapbabak memacu adrenalin, menuntut pembaca terusmenyelak halaman demi halaman hingga ke penamatnya. Bersedialah untuk dibawa ke dunia fantasi yang dipenuhiperjuangan, pengkhianatan dan ketabahan hingga ke titikterakhir.

CAPTION: Dongeng bukan sekadar bayangan. Iaperjuangan hakikat yang sentiasa dibayangi.

Paperback

First published December 1, 2024

3 people are currently reading
38 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (59%)
4 stars
11 (29%)
3 stars
4 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Miyuke.
196 reviews2 followers
January 3, 2026
Sedikit kisah lucu…memandangkan saya telah terlangkau membaca naskah ini sebelum Anding Ayangan III (Hikayat I), maka bacaan pada naskah Anding Ayangan III (Hikayat I) tersebut nanti akan saya anggap sebagai bacaan prekuel.

Terima kasih wahai Tuan Penulis. Walaupun terlangkau naskah bacaan yang sepatutnya, watak-watak serta pengkisahan dalam naskah ini masih dapat diikuti dan difahami dengan baik.

Wujud juga watak-watak baharu dalam naskah ini berbanding di dalam Anding Ayangan I dan Anding Ayangan II. Namun tidak sukar untuk menghubungkaitkan watak-watak ini dengan penceritaan yang diketengahkan.

NOTA:
Syabas buat Tuan Penulis. Dalam merealisasikan pembinaan watak dan cerita untuk menghasilkan sebuah novel, pelbagai pesanan turut dititipkan untuk dihayati baik dari sudut kepimpinan, pemerintahan, kuasa, aqidah serta akhlak sebagai panduan.

Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
July 4, 2025
Furqan dan sekumpulan penduduk Anding nekad memerangi Raja Daulah. Namun halangan demi halangan terpaksa ditempuhi. Manakala di dunia nyata, pembunuhan makin berleluasa. Apatah lagi menjelang pilihanraya. Mutajassad tentunya tidak melepaskan peluang untuk mencari jasad baru yang mempunyai kuasa pemerintahan. Kemunculan dua orang bangsa Yukkaa bakal membantu menghapuskan Mutajassad.

Sempat pula si Furqan ni melamar Chahaya masa tengah nak berperang tu. Tahulah dah lama memendam rasa. Jumpa sahaja terus diajak berkahwin.

Nampaknya ajaran yang disematkan oleh Raja Tabakbau'ta disimpan kemas oleh Yungku Kelangar. Kuat betul tarikan kepada kuasa. Hinggakan dia merasakan abangnya sebagai pesaing. Apabila sifat dengki dan juga keras kepala menguasai diri begitulah jadinya.

SH berpuas hati dengan penutup cerita ini. Segala pertanyaan daripada naskah yang sebelumnya sudah terjawab.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
December 27, 2024
84/2024

-Anding Ayangan 3: Hikayat 2
-Ramlee Awang Murshid

Setelah agak kecewa dengan kisah Perempuan Busana Merah, saya mengharapkan naskhah kali ini akan mengembalikan magis seorang RAM. Ternyata tidak salah harapan saya. Saya menggemari penulisan RAM jika berkait dengan kisah kisah fantasi. Seperti siri Laksamana Sunan, kerana saya lebih rasa dekat dengan tulisan penulis.

Buku ini merupakan kesinambungan bagi kisah Anding Ayangan. Kali ini ceritanya lebih banyak adegan aksi antara dua zaman, semasa Anding Ayangan dan juga di Sabah. Kisah menegakkan kebenaran dan keadilan masih menjadi alur cerita. Kekuatan tim Furqan Ayyubi juga tim Rayyan dalam mendepani dunia kejahatan sangat saya sukai.

Keseluruhannya, saya berpuas hati dengan penutup kisah Anding Ayangan ini, walaupun sebenarnya saya mengharapkan lebih lagi terutama kepada penamat kisah Mutajassad yang saya kira agak ringkas. Semoga Ramlee Awang Murshid terus diberi kesihatan yang baik untuk menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi impak positif kepada para pembaca.
2 reviews
December 23, 2024
REVIEW (NO SPOILER)

Saya meletakkan expectation yang begitu tinggi bagi novel terakhir siri hikayat Anding Ayangan ini. Saya telah mengikuti alur ceritanya begitu lama sebermula dari terbitan pertama Anding Ayangan 1 pada tahun 2017. Anding Ayangan 3 hikayat 1 meninggalkan kita dengan major cliffhanger begitu intense- Kisah perjuangan Furqan Ayyubi memerdekakan dunia Anding Ayangan daripada cengkaman Raja Daulah yang mempunyai kuasa sakti mengubah sekalian dunia dongeng dan isinya menerusi lisannya, dan kisah Mutajassad yang bakal menghuru-harakan dunia nyata demi menyarung kuasa pemerintahan sehingga mengundang campur tangan bangsa Yukkaa di Bumi. Disebabkan itu, saya meletakkan expectation bahawa penamat siri kali ini bakal menjadi sebuah lagi Mahakarya epik Ramlee Awang Murshid yang akan menguja dan memukau para pembaca sehingga ke akhir muka surat.

Malangnya, jujur saya katakan, saya sedikit kecewa dengan novel terakhir Anding Ayangan ini. Expectation yang diletakkan begitu tinggi, namun garapan ceritanya tidak seperti yang dibayangkan. Saya tidak akan berpura-pura berpuas hati dan meletakkan lima bintang hanya kerana saya peminat tegar RAM dari dahulu. Saya akan menyatakan apa yang benar dan tulus dari hati saya.

Novel penamat ini tidak dapat menduduki tempat pertama di hati saya dalam siri AA ini. Berikut ialah ranking peribadi saya:

1) AA1
2)AA 3 Hikayat 1
3) AA 3 Hikayat 2
4) AA 2

Antara faktor kekecewaan saya akan Anding Ayangan 3 hikayat 2 ini ialah:

1. Penerangan setiap babak pertarungan amat ringkas dan tidak detail seperti novel-novel epik beliau yang lain contohnya AA 1 dan AA 3 Hikayat 1. setiap babak pertarungan dirasakan begitu sekejap dan anti klimaks. Langsung tiada unsur-unsur peperangan yang intens, suspens dan mengujakan adrenalin. Sepatutnya babak-babak inilah perlu digarap dengan lebih teliti, detail dan intense supaya pembaca dapat menyelami dan menghayati betapa sukar dan peritnya perjuangan mereka sehingga terpaksa berkorban segala-galanya demi beroleh sebuah kemerdekaan. Peperangan pula asyik recycle idea plot yang sama- balik-balik asyik melawan tentera bayangan ciptaan Raja Daulah, tak ada yang selain itu. Jadinya bosan dan hambar gitu. Pertarungan Furqan dan Raja Daulah juga begitu singkat dan anti-klimaks. Baru lawan sekejap tahu-tahu sudah kalah dan pengsan. Baru lawan sekejap tahu-tahu sudah menang. Tidak mengujakan adrenalin dan epik langsung. Come on, RAM! I know you can do better than this! Kedua-duanya watak utama di dalam dunia dongengan. Pertarungan mereka adalah yang ditunggu-tunggu dan sepatutnya menjadi part yang menggegarkan jiwa pembaca.

2. Banyak watak yang gagal dikembangkan dengan lebih baik. Cnth- Yungku Kelangar. Kita sedia maklum latar belakang dia yang bagaimana dan bagaimana jiwanya yang panas dan angkuh pasti akan mudah berbolak balik dengan perjuangan Furqan Ayyubi. Akan lebih menarik seandainya wataknya diberikan redemption arc yang mana dia menyedari kesilapan dan pengkhianatan yang dilakukan dan akhirnya kembali berjuang habis-habisn bersama Furqan. Watak Chahaya- tiada peranan yang menonjol kali ini. Hanya sekadar menjadi pengantin yang menunggu untuk dikahwini oleh Furqan. Peranannya untuk membantu Furqan Ayyubi pulih setelah tewas di tangan Raja Daulah juga tidak diperincikan tanggungjawabnya dengan baik. Watak Raja Daulah juga sepatutnya digarap dengan lebih baik agar kejahatan dan kekuasaannya lebih terasa. Bukan hanya sekadar menunggu di istana dan melafaz sumpah berlisan sahaja, maka jadinya plotnya terasa berulang-ulang dan membosankan. Walhal, dengan kuasa lisan yang mampu menjadikan segala-galanya nyata, kejahatan dan kekuasaannya tentu jauh lebih besar impaknya hingga mampu menggoncangkan dunia Anding Ayangan. Namun, RAM ternyata tidak mahu wataknya terlalu overpower dan nerfkan kuasanya jadi tukang penglipur lara sahaja yang hanya mampu mencipta tentera jadian dan menjadi 'sang kelembai' yang menyumpah orang menjadi batu bernyawa.
Pasukan laskar Furqan Ayyubi juga langsung tiada yang dikembangkan watak-wataknya. Yang memainkan peranan hanyalah Pa' Tua dan Kalimambang sahaja. Yang lain-lain tiada dinamik, hanya menunggu arahan semata-mata. Furqan Ayyubi pula digambarkan seorang ketua dan bakal raja di dalam novel ini, namun aura kepimpinannya tidak berapa menonjol. Entah di mana kurangnya, tapi auranya seperti tidak sampai. Kepimpinannnya terasa hambar dan tidak menginspirasi. Kewibawaannya dan ketokohannya dalam perjuangan ini tidak terserlah. Mungkin kerana overshadow dengan watak Pak Tua atau kerana kurangnya garapan yang menunjukkan Furqan mempunyai ciri-ciri pemimpin unggul dalam perjuangan ini, boleh jadi kedua-duanya.

3. Jalan cerita yang seperti tergesa-gesa dan mahu lekas dihabiskan. Pertemuan kembali Furqan dan Chahaya setelah puluhan tahun terpisah, namun berjumpa semula dengan begitu mudah. Keinsafan dan perubahan Yungku Kelangar pada akhir cerita terlalu ringkas dan rushing. Sepatutnya ada scene Yungku Kelangar akhirnya berbaik dengan Furqan Ayyubi setelah sekian lama bermusuhan dan akhirnya akur untuk menerima Islam- bukankah lebih baik begini? Babak-babak pertarungan yang tidak digarap dengan lebih teliti dan baik. Finale battle baik di dunia dongeng dan nyata rushing dan berakhir mudah dan cepat. Pengakhiran Mutajassad terutamanya. Punyalah lama dia melakukan kejahatan dan kerosakan, tewasnya begitu sahaja? Haihhh..

4. Penglibatan watak Aiddin dan Mika yang seperti disia-siakan di dalam cerita ini walhal kedua-duanya watak yang hebat daripada novel Rayyan Fantasi. Cerita lebih fokus pada penyiasatan Rawza dan Fakeh manakala Aiddin dan Mika seperti terpinggir kisahnya. Pemburuan ke atas Mutajassad sepanjang penceritaan lebih bersifat pencarian sahaja dan tiada unsur pertarungan/pemburuan yang mengujakan. Revelation 'tunggangan' Mutajassad tidak menimbulkan kejutan ataupon plot twist kerana dia cuma random character yang entah dari mana bernama apa. plot twist yang tidak menjadi dan seperti tiba-tiba. Kemudian, tiada langsung babak Aiddin yang menggunakan kuasa agungnya. Bukankah akan lebih menarik jika para pembaca dapat 'melihat' semula Aiddin menggunakan kuasa agungnya yang berupaya mencipta gelombang untuk menumpaskan Mutajassad? Sekurang-kurangnya, peminat Aiddin@ Rayyan terubatlah rindu dapat 'melihat' Aiddin beraksi semula. Akan lebih menarik dan gempak jika ada sedikit flashblack scene di Planet Yukkaa tentang bagaimana Aiddin dan Mika berjaya mengesan keberadaan Mutajasad di bumi. Sayangnya disia-siakan.

5. Kemudian yang menjadi persoalan- Saifudin yang hidup beratus tahun di Anding Ayangan sebagai Pa' Tua. Kali pertama wataknya muncul sebagai Pa' Tua dalam AA 1 dimana Betatar hendak membunuhnya di mukim Gawan, mengapa dia tidak melawan angkatan bala tentera Raja Tabaktauta yang menyerang mukimnya? Mengapa dia menyerah diri untuk dibunuh oleh Betatar? Kenapa dia hidup di luar Anding? Adakah selama ratusan itu, dia keluar daripada Anding dan tidak membantu memerangi Mutajassad dan bala tenteranya lagi? Dan di manakah Pa Tua semasa kejatuhan Anding? Mengapa dia tidak menolong melawan bala tentera Raja Tabakbauta dan Raja Jabing yang menyerang Anding sehingga runtuhnya tembok bertampik? Mengapa dia hanya bersembunyi di dalam belukar berhijab sahaja selama ini? Sepertinya ini bukan sifat Saifudin yang kita kenali...bersembunyi dan tidak membantu melawan kejahatan ataupun kebatilan. Seperti ada plot hole di situ yang tidak dijelaskan.


6. Repetition fakta yang terlalu kerap sehingga merimaskan pembacaan. Contohnya setiap kali menyentuh watak Raja Daulah atau Furqan Ayyubi, setiap kali itu jugalah diulang fakta latar belakang kehidupan mereka yang menjadikan mereka sekian-sekian pada masa kini. Begitu juga hal yang lain yang seperti sejarah Anding ayangan yang diulang terlalu kerap. Seolah-olah RAM tidak menyakini pembaca akan mengingati fakta itu dan perlu diingatkan setiap masa latar belakang apa yang terjadi.

7. Fakta yang bercanggah dengan novel sebelum ini. Di dalam novel ini, Aiddin bertemu semula dengan Feena, bekas tunangnya (daripada novel Rayyan Fantasi). Yang menjadi percanggahan ialah Feena masih mengingati Aiddin dan kisah lama antara mereka. walhal, di akhir novel Rayyan Fantasi, segala memori mereka yang mengenali Aiddin di bumi telah dihapuskan disebabkan kuasa kegelapan Janir kecuali keluarganya sahaja. Ternyata, selaku pemilik watak-watak dan universenya sendiri, RAM sendiri keliru dengan timeline ceritanya sendiri. Babak ini sepatutnya tidak diadakan di dalam AA3 Hikayat 2 ini andai hanya menerbitkan percanggahan dan kekeliruan. RAM sepatutnya lebih peka pada detail 'universenya' sendiri.

Sebagai penamat kepada siri yang begitu panjang, saya mengharapkan novel ini bakal menjadi sebuah karya yang epik dan gah. Malangnya, garapan plotnya tidak dikembangkan dengan lebih baik dan seperti tergesa-gesa sprt semuanya mahu ditamatkan segera. 'Magis RAM' selaku master thriller di dalam novel finale ini terasa benar kurangnya. Saya berharap RAM dapat membaca review ini dan mengambil iktibar, dan menulis dengan lebih baik di masa depan. Saya sentiasa menyokong penulisan tuan.
Profile Image for Nadhiah Aida.
514 reviews27 followers
January 5, 2026
ending yang memuaskan hati
segala persoalan terjawab satu demi satu

yang pasti tak suka betul Yungku Kelangar
baran betul ... sepuk kang
Profile Image for Hamidah Effendi.
370 reviews3 followers
March 15, 2025
Saya peminat anding ayangan siri akhirnya berakhir juga kisah tentang dua alam..bukan senang apabila 2 dunia berbeza cuba disampaikan dan moga mesej juga dapat dipelajari dari kisah yang berbeza. Tahniah penulis, semoga akan ada lagi kisah seperti ini ditulis lagi😅🙄 yang buat geram tengah syok baca nak tahu apa berlaku next dah zappp tukar dunia lain..cis🤣🤣🤣🤣 disebabkan sabar tu ada lagi so saya tahan kegeraman itu😆

Saya suka penulisan penulis dia maintain dengan bercerita dan pada masa yang sama isu semasa kekal disampaikan kepada pembaca sebagai peringatan dan pemahaman.

Part yang paling tak boleh lupa :

✅️Furqan dan Cahaya kekal sabar dan menjaga perlakuan walau tahu hati cukup sayang pada sang kekasih yang dirindui...penat kena tunggu buku 4 baru jumpa kembali🤣...jauh tu kalau boleh lompat dah lama mereka lompat buku..tapi cintan cintun dibawah kawalan dan tidak over sangat..tahniah..fokus jalan cerita jelas..

✅️Sedih part Dr.Irfan🤧😭😭😭😭

✅️Watak lawak dan paling kelakar : Pak Hashim. Merosakkan perancangan awal...nasib baik pahlawan anding semua berdekatan..awatlah ko boleh sembang macam makhluk zombi tu benda biasa2 je...adoii..spoile betul😆😅 nak marah nak ketawa pun ada...

✅️ akhirnya berjaya juga semua watak kembali ke dunia masing2...

✅️ Makhluk asing suka makan rojak😅

Tiada isu dah pasal al-Quran yang nak dirampas atau tak sebab kepimpinan yang menjadi musuh dah tukar orang, pemimpin yang sebelum ni yang tak suka dengan al-Quran tapi pemimpin baru lebih teruk kuasa yang dikejar sehingga memakan diri sendiri.

Kesimpulannya : buku terakhir lebih kepada aksi untuk tutup semua persoalan yang timbul. Seperti penamatnya the lord of the ring...teringat part yang hantu pi clean semua musuh yang ada. Kalau hantu2 tu muncul awal2 dah tak jadi cerita dah...😅 ok sekian..
Profile Image for _nadiasw303.
62 reviews1 follower
November 29, 2025
Akhirnya, berjaya habiskan siri Anding Ayangan ni🤩 Paling teruja nak baca sebab nak tahu jawapan kesemua persoalan dan kesudahan konflik yang berlaku.

Sebelum teruskan bacaan, saya sarankan baca lah tinta penulis kt bahagian belakang. Mesti akan ada dapat hint & penjelasan sedikit tentang buku.

Daripada segi jalan cerita, plot twistnya, perkembangan watak, dan konsep fantasi thriller. Semuanya best!

Buku ke-4 ni bagi saya jalan penceritaannya laju.
Paling saya suka adalah adegan memburu Mutajassad di dunia nyata. Tak sangka sampaikan ada makhluk asing untuk sama-sama banteras kejahatan.
Dan seterusnya, satu persatu konflik mula terbongkar, terutama sekali identiti Pa'tua yang sangat tak dijangka!🫣
Manakala, pengakhiran cerita sangat memuaskan. Ada happy ending buat slow burn romance antara Furqan Ayyubi dan Chahaya.


Buku ni sangat recommended kepada yang nak cari bacaan genre Islamic-thriller & dunia fantasi. Banyak kata-kata motivasi atau pengajaran yang kita boleh ambil daripada siri Anding Ayangan ni.

5⭐️
Profile Image for Muhammad Zaid.
5 reviews6 followers
June 12, 2025
RAM tak perlu diperkenalkan lagi dalam penulisan novel genre thiller. Kepakaran beliau dalam pemutarbalikan plot dan membina aspek saspens di dalam novel novel terdahulu cukup menjadi bukti kepakaran dalam perkara tersebut.

Novel ini penutup yang baik bagi novel Anding Ayangan, bukan novel penutup paling bagus tak sebaik triologi bagaikan puteri tetapi pada saya cukup pada tahap memuaskan.

Apabila menulis gabungan gabungan watak terdahulu seperti Sunan, Addin, juga beberapa watak yang muncul sebagai kameo iaitu Wali Sufi, Sadiq juga Ratna sang Ratu. Ini merupakan kekayaan karya yang tak dapat dinikmati oleh sebahagian besar penulis lain. Semua watak telah hidup dan cukup mesra dengan peminat novel RAM.

Akhir kata harus saya beri ucap kata tahniah kepada RAM atas kemewahan watak dan karya yang mesra di hati pembaca.

Buku ini harus dimiliki oleh warga Sabah. Khususnya bangsa Melayu Brunei. Kerana buku ini mengambil latar dari sana.
Profile Image for Lia.
45 reviews
September 2, 2025
Di penghujung cerita baru terfikir: kisah Raja Daulah dan Furqan Ayyubi, ibarat bunian kah?
Terlintas,
"diorang ni bunian ke?"
Sebab peristiwa bila Pa'tua, Damit dengan Kalimambang balik ke guliran masa asal, seolah-olah sekejap sahaja mereka 'mengembara'.

Plot tentang Mutajassad masuk ke jasad orang lain, scene polis, bangsa Yukka dan kaitan politik, rasa macam something is off. Mungkin sebab dah lama tinggal Hikayat 1, jadi lupa segala alur penceritaan awal. Jujur baca buku ni sebab teringat kisah Furqan Ayyubi dan Chahaya, nak tahu apa ending dunia mereka.

Apa-apa pun, siri Anding Ayangan menjadi antara siri kegemaran selain kisah Laksamana Sunan. Terima kasih tuan RAM atas karya penamat ini.

3.5✨
1 review
August 19, 2025
Actually for this book, dia macam kita tahu dia banyak background (POV), bukan setakat place background, even TIMELINE yang berbeza.

so bila aku baca buku ni banyak yang aku lupa pasal character macam macam, macam manusia harimau tu, pastu sang ekong bila jadi manusia, is it rolou ? idk banyakkan character dia. aku dah lupa sikit sikit sebab the gap antara buku ni & 3 buku yg sebelum dia aku baca.

buku ni jadi lama (for me) sebab cuba nak habiskan jalan cerita putera tu dekat dunia realiti, and i dont like to read that part sebab boring. Aku lebih interested baca pov yang dekat dunia anding ayangan. hehe itu je la, after all buku ni best je

rasa nak beli puteri series pula
Profile Image for faryna syaza.
76 reviews14 followers
January 16, 2025
Berjaya habiskan yayy ya Allah sakit kepala jugaklah semua karakter dimasukkan dalam dongeng ni nasib takde Tombiruo je melompat sekali masuk dalam cerita 😆 Mana tahu lepas ni ada dongeng pasal Abdul Rahman dan Chandani pulak ke hehe. Terubat rindu dekat Saifudin, Ratna, Wali Sufi, Djailuh dan Sadik jugak yer. Aiddin punn. Overall terbaik Tuan.
Profile Image for Mariani Mukadis.
7 reviews
April 16, 2025
No Comment rasanya untuk novel RAM ini, apatahlagi ini adalah pengakhiran bagi kisah ANDING AYANGAN. Di dalam novel ini..terjawab segala kemusykilan dan pertanyaan mengenai watak-watak yang ada didalamnya.

Anyway..kebaikan sentiasa mengatasi kejahatan. Tak akan selamanya kejahatan itu menjadi raja dunia kerana di akhir setiap cerita akan tersungkur jua di kaki kebaikan.
Profile Image for Mira.
46 reviews2 followers
April 17, 2025
Akhirnya tamat sudah kisah Anding Ayangan. Memang sangat berpuas hati dengan penutup cerita ini. Yang pastinya kisah Anding Ayangan sangatlah mendebarkan terutamanya dalam cerita dogengnya dan juga di alam nyata. Kisah merebut kuasa mengikut nafsu iaitu pada watak Nyian dan Mutajassad yang masuk kedalam setiap jasad yang ingin merampas kuasa berakhir dengan pengakhiran yang mendukacitakan.
Profile Image for Hani~.
145 reviews3 followers
February 28, 2025
Akhirnya tamat juga baca siri ni. Puas hati walaupun ada banyak juga persoalan yang masih berlegar di fikiran. Terutama berkaitan plot dan karakter yang kurang konsisten.

Laju sikit baca buku ni sebab relatif nipis dan font pun bersaiz agak besar berbanding buku-buku lain dalam siri ni.

Seronok bila watak ari siri lain buat cameo.

Siri ni bermula dengan ekstremis agama, kemudian jadi cerita mistik dan fantasi, sudahnya masuk makhluk asing. Pandai penulis jalinkan semua.

Saya tak berapa rasa hubungan guru-murid antara Pa'tua dan Furan. Tak setanding hubungan Sunan dan Wali Sufi.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.