Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anding Ayangan #3

Anding Ayangan III: Hikayat 1

Rate this book
FURQAN AYYUBI yang terperangkap di dunia nyata berusaha mencari jalan pulang semula ke dunia dongengan Anding Ayangan. Dia yang ditahan di hospital mental akhirnya berjaya melarikan diri bersama Pak Hashim dengan bantuan rakan Damit iaitu Buntak. Mereka kembali ke Papar dan membawa sebuah perahu menuju ke tengah Lautan China Selatan. Di sana, mereka diserang seekor raksasa bernama Raja Suir Sang Ekong. Perahu yang mereka naiki terbalik dan mereka tenggelam ke dasar. ...

Dunia Anding Ayangan semakin kacau di bawah pemerintahan Raja Daulah. Sang penglipur lara ini mirip seorang penyihir yang sewenang-wenangnya melakukan sumpahan di sana sini. Dia sebagai seorang pemimpin ternyata lebih kejam berbanding raja-raja terdahulu. Untuk membanteras kejahatannya – maka Pa’tua dan Kalimambang telah menyokong Yungku Kelangar sebagai Raja Perempuan Bongsu dengan membantunya untuk merampas semula kerajaan yang digulingkan Raja Daulah.

Mampukah mereka bertiga sahaja menggugah kerajaan Anding Ayangan yang kukuh di bawah pemerintah Raja Daulah yang sakti itu?

Dunia nyata pula semakin kacau dengan pergolakan politik. Seolah-olah kuasa dan rasuah merupakan kembar yang berpisah tiada. Mutajassad semakin galak mencari kuasa dengan menyarungi jasad-jasad orang politik dengan tujuan mencari jalan pintas untuk menjilat kuasa. Kuasa memiliki aroma seperti bangkai tapi disukai oleh ramai manusia. Maka itu banyak pembunuhan dan transit tubuh manusia telah berlaku.

Dua pegawai polis jenayah, Rawza dan Fakeh ditugaskan menyiasat kes tersebut. Mereka mendapati pembunuhan yang berlaku melibatkan elemen paranormal. Pembunuhnya sangat licik berselindung di sebalik kelibat manusia lain.

555 pages, Paperback

First published December 1, 2021

9 people are currently reading
120 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
78 (72%)
4 stars
22 (20%)
3 stars
6 (5%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
7 reviews1 follower
February 2, 2022
REVIEW TANPA SPOILER

Anding Ayangan III Hikayat I- jalan ceritanya semakin kompleks dan di luar jangkauan. Magisnya sangat mengujakan. Permulaannya agak perlahan namun tidaklah membosankan. Cuma trtunggu2, bila aksi dan konflik akan menjengah. Namun, selepas itu, semakin banyak helaian diselak, semakin banyak persoalan, semakin banyak konflik, semakin jantung berdetak, dan semakin adrenalin dipacu. Jalan ceritanya mengujakan, merangsang imaginasi di luar kotak pemikiran.

Novel kali ini masih memfokuskan tiga lapisan cerita. Lapisan pertama memperincikan penuh detail di masa silam bagaimana rencana Mutajassad membina empayrnya untuk menawan Anding sehingga tercetus beberapa siri peperangan. Lapisan kedua mengisahkan Raja Daulah@Nyian yg semakin gila kuasa dengan saktinya sehingga mencetuskan huru hara yang besar di dunia dongeng. Susulan itu, Pa'tua mengetuai Yungku Kelangar, Kalimambang dan Rolou untuk merampas semula takhta Yungku Kelangar drpd Raja Daulah. Pa'tua memainkan peranan yg sangat penting dalam siri kali ini berbanding siri-siri sebelumnya. Ada sesuatu yg besar tentang Pa'tua yg menanti untuk dibongkarkan. Sesuatu yang mengejutkan, yg tak kita sangka dr awal.

Manakala lapisan ketiga, di dunia nyata yakni pada masa kini, Mutajassad semakin galak berpindah-randah dari satu tubuh ke tubuh badan yg lain untuk mencari kuasa sehingga berlakunya banyak pembunuhan dan kekacauan sehingga buntuk pihak polis untuk menyelesaikannya. Furqan Ayyubi dan Pak Hashim pula berjaya melarikan diri drpd hospital dan menemui jalan kembali ke dunia dongeng. Perjalann seterusnya menyaksikan Furqan Ayyubi harus menggalas tanggungjawab memimpin para pejuang untuk memerdekakn semula Anding.

Sesuatu yg tidak disangka dlm siri kali ini, munculnya watak-watak cameo dr novel-novel RAM yg lain- Mitos, Saifudin Jalis dan juga perkaitan dengan Rayyan Fantasi. Wow! Crossover sangat tidak disangkakan sehingga saya tergamam tidak percaya saat membacanya. Perkaitan yg sungguh tak diduga antara watak-watak dari novel-novel yg lain. Siapakah watak2 yg terlibat, saya tidak mahu bocor di sini supaya tidak spoil bg yang belum membaca.

Ternyata, RAM telah merancang 'universe'nya sendiri dengan teliti. Imaginasinya benar-benar menakjubkan di luar kotak pemikiran. Terasa bagaikan filem2 Marvel sahaja yg mana semuanya saling berkait antara satu sama lain. Terbaik RAM!

Dari segi kekurangan, saya dapati terlalu banyak kesalahan ejaan. sedikit menjejaskan pembacaan. Editor plis tolong betul2 teliti menyemak. Kita sudahlah bayar mahal, sudah tentu mahu semuanya terbaik. Harap diperbaiki lagi. Yg kedua, ada sesetengah bahagian yg pd saya wajar dihuraikan lanjut dan teliti namun dikarang dengan ringkas dan pendek sahaja. Rasa tidak puas di situ. Sprt ditulis tergesa-gesa. Rasa macam baru nak feel, nak berimaginasi ehh.. tahu2 dah habis. Hahh begitulah rasanya. Barangkali RAM mahu menjimatkan muka surat dengan memfokuskan bahagian yag lagi penting. Namun, bg saya tebal pon tidak mengapa, asalkan ceritanya mantap dan berkualiti.

Pengakhirannya, cerita ini masih berakhir dengan cliffhanger yang sangat nenuntut kesabaran. Banyak persoalan menerjah. Antaranya- dengan kembalinya Furqan Ayyubi ke dunia dongeng, siapakah yg mampu memusnahkan Mutajassad di dunia nyata? Mampukah pasukan pejuang pimpinan Furqan Ayyubi mengalahkan Raja Daulah yg sngt sakti dan bagaimana caranya? Siapa Dr Irfan sebenarnya? Siapa yang dihubunginya? Adakah makhluk dr Yuk'kaa? Jika benar, adakah Aiddin@ Rayyan akan terlibat? Jika ini benar, barangkali akan lebih banyak cameo drpd novel-novel RAM yg sebelumnya akan menjengah dalam siri mendtng memndngkn musuh yg dihadapi bkn calang-calang. Apakah Anding Ayangan seterusnya akan menjadi 'Avenger' versi RAM yg mana semua hero2nya bersatu melawan Mutajassad dan Raja Daulah?
Sama-sama kita nantikan Anding Ayangan III Hikayat II untuk mendapat jawapannya.






Profile Image for Qayiem Razali.
889 reviews85 followers
April 28, 2023
16/2023

Anding Ayangan 3 - Ramlee Awang Murshid

Sejujurnya saya sudah terlupa plot cerita Anding Ayangan 1 dan 2. Tapi, saya paksakan diri untuk meneruskan pembacaan Anding Ayangan 3 memandangkan ini karya Ramlee Awang Murshid.

Sepanjang pembacaan novel ini, sedikit sebanyak memori saya tentang AA 1 dan 2 kembali teringat disebabkan ada babak imbas semula diselitkan dalam novel ini. Lebih mengujakan, rupanya ada kemunculan hero kesukaan ramai, tidak lain tidak bukan Laksamana Sunan ataupun Saifudin Jalis. Ternyata RAM tidak dapat meninggalkan kisah Sunan dalam penceritaannya.

Tiada apa yang dapat dikomen. Jika berkisar fantasi seperti ini RAM memang berjaya membuatkan saya tekun menghadap naskhah ini sehingga habis. Dengan gaya bahasa yang berbunga, membuatkan pembacaan saya sangat menyamankan.

Tidak sabar menanti Hikayat 2. Semoga diterbitkan pada tahun ini. Tahniah buat Ramlee Awang Murshid! Semoga tuan diberi kesihatan yang bagus untuk terus berkarya.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
December 9, 2024
"Furqan Ayyubi." Pa'tua tersenyum lebar seraya bersyukur. "Ayo! Kita temui raja yang sah!" Kalimambang sempat mengejek Yungku Kelangar. "Raja yang sah mana satu? Beta pemutlak kerajaan!" sanggah Yungku Kelangar. "Aku melihat tanda-tanda itu pada wajahnya. Pertama kali aku bertemu dengannya... aku sudah dapat menebak bahawa dialah raja mutlak kerajaan Anding Ayangan. Raja mutlak it telah kembali semula setelah mengembara ke sebuah dunia yang bukan untuk dia menjadi penghuninya. Dia tidak serasi hidup di dunia sana. Banyak... sandiwara. Orang-orang banyak tingkah. Para bijak pandai lebih takut pada pemimpin berbanding... Tuhan. Tapi di sini... banyak sekali sengketa. Apakah dunia di sini hendak mengambil teladan kehidupan di dunia sebelah sana? Banyak perulahan!" Rolou tersengih lagi. Raja Perempuan Bongsu itu terus terkunci kata untuk berbicara lagi. Hatinya luruh.
- Anding Ayangan 3 - Hikayat 1 by Ramlee Awang Murshid

.
.
No one can deny Ramlee Awang Murshid’s craft in creating the world building of his fantasy series. Either Sunan / Bagaikan Puteri Series or Anding Ayangan series , he is the OG especially for modern Malay literature. The plot is always tied up nicely at the end of the series, the characters mentioned either main or supporting does serve the purpose of the story and none really act like a filler. His writing is impeccable and was nowhere tainted by the urban malay dialect, ‘Dak2 wechat’ slangs and even ‘Manglish’. However, being a long time fan , from 2002 to be specific, I think its about time , he surrendered ‘Sunan or Saifudin’ in his last book, Saifudin Jalis (which unfortunately i have not read it since he has changed his publisher). That would be another rant that i would save on other day. Sure, having a cameo from the other book series character did provide a sense of familiarity but i think it was so overused by the author that i get annoyed by it. Pakcik RAM (the author’s nickname that my bestie and i used to call him) , please let Saifudin character be done once and for all. Now, that i have get it off my chest - lets get back to the Anding Ayangan 3 review. We are served with 2 dimensions of world whereby one is in the present Malaysia - specifically in Papar, Sabah. Furqan Ayyubi and Pak Hashim both has been admitted to psychiatric ward under the evaluation of Dr. Irfan. This is considered strange for Furqan Ayyubi since he is not from this world. He insisted He is not Damit (whom he had switched place with) but nobody believed him except Pak Hashim. Unfortunately, it served no purpose since both of them has been locked up and has been treated accordingly in the ward until Buntak came to visit them in the hospital. Buntak knew that Furqan Ayyubi is not his fried, Damit though the resemblance is uncanny. He was reluctant to help them escape in the first place but did it anyway under the promise that Furqan Ayyubi will send back his friend to this world. Now, on the other side of Papar, Famous Local Politician, Dato Zahim started to arrange his campaign until Jon came and try to blackmail him. He demanded his assistant, Sarin to get rid of Jon any means necessary but Jon managed to escape it. Dato Zahim , Sarin and Jon eventually got killed due to this sinister revenge plot leaving Datin Alice , Dato Zahim’s wife as a sole survivor. Police conclude it as revenge gone wrong since Jon is the assistant of the late Dato Johar but the connection of this murder was more than what meets the eye. On the other side of the world’s dimensions, we were brought into 2 settings which are one occurred in the Kerajaan Anding Ayangan and the other took part in Pantai Barat Selatan, Borneo Utara ( Jajahan Brunei). We followed the journey of Patua together with Yungku Kelangar and Rolou to claim back her throne from Raja Daulah. Along the way, they’ve met the Were-tiger called Kali Mambang that came from Jambi. Rolou felt the sense of familiarity from Patua and Patua claimed that he knew Rolou from the past but Rolou insisted that he did not have any memory of that. Meanwhile, Raja Daulah has expanded his territory by raising an army of dead in order to establish back his dominions. What happened in Jajahan Brunei under the leadership of Pangeran Haji Bolhassan, they have been a series of attack by Mutajassad whose previously occupied the body of Salleh. He wanted to lay a claim on Anding but was not successful despite few attempts since Anding was protected by potent and invisible wall. During this war also brought both Pangeran Haji Bolhassan and Raja Suir Sang Ekong to meet and fought each other. This is also where we got the connection of who Patua is and why he said that he has known Rolou previously. I think i have summarised pretty neatly on what happened in Anding Ayangan 3. If i put more than this, i may spoil the fun for those who’ve not reading it yet. Overall, a great continuation of the series and hopefully, the Hikayat 2 will be the final one (as i am so tired of remembering so many names and timeline 🥲🥲🥲)
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
February 18, 2022
Susur galur Mutajassad dan peradiannya Raja Suir Sang Ekong diceritakan lebih terperinci dalam Hikayat I ini. Rupanya mereka bukan makhluk bumi. Sifat bangsa pendewa yang menebal dalam diri Mutajassad membuatkan dia dahagakan kuasa dan ingin memerintah dunia. Sejak dari zaman Pangeran Haji Bolhassan, cubaan dia merampas Anding selalu gagal walaupun banyak jasad telah dimasukinya termasuk arwah Salleh. Namun Anding berjaya dimusnahkan pada zaman Raja Tabakbauta.

Selepas cubaan memasuki jasad Jabing gagal, Mutajassad melarikan diri ke masa kini dan membuat kacau-bilau di dunia semasa. Furqan Ayyubi dan Pak Hashim pula berjaya melarikan diri dari Hospital mental dan akhirnya berjaya pulang ke Anding dengan bantuan Raja Suir Sang Ekong. Rupanya Raja Suir mempunyai satu kelebihan yang tak disangka.

Disini aku terfikir, Aceh itu wujud, Brunei itu wujud dan Anding itu salah satu jajahan Kerajaan Brunei, maka benarkah Anding Ayangan ini hanya dunia dongeng?

Nyian atau dikenali sebagai Raja Daulah kini galak memerintah Anding Ayangan dengan kejam. Setiap lisan yang dituturkan menjadi nyata membuatkan Raja Daulah semakin angkuh dengan kesaktiannya. Mampu menghidupkan orang mati walaupun rupa mereka tak lebih daripada mayat hidup atau zombi. Inilah hasil campur tangan syaitan yang sesat.

Furqan Ayyubi menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin Anding dan berjuang bersama-sama dengan orang-orang Anding yang masih tersisa serta Pa'Tua, Kalimambang dan Yungku Kelangar.

Dalam hal ini aku dapat mengagak siapa sebenarnya Pa'Tua di awal cerita kerana gaya percakapan dan tingkah lakunya sangat mirip dengan seorang laksamana hebat ;)

Persoalan yang belum terungkai adalah siapa sebenarnya Dr. Irfan dan siapa pula orang yang dimaksudkan mampu membunuh Mutajassad? Serta bagaimana cara untuk mengalahkan Raja Daulah yang sakti itu? Cameo yang tak disangka muncul dalam Hikayat I ini dan mungkin akan ada lagi dalam Hikayat II?

Apapun imaginasi RAM memang di luar kotak pemikiran. Benarlah alam ini luas..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
October 19, 2022
Anding Ayangan III Hikayat 1

Gabungan cerita yang berlaku dalam tiga dimensi berbeza tetapi berkait antara satu sama lain.

Furqan Ayyubi berada di dunia nyata, mencari Mutajassad yang bercita-cita untuk memerintah dunia. Dia bertemu Pak Hashim yang ditempatkan di hospital mental. Sering bercerita tentang seorang perempuan bernama Chahaya.

Damit pula terdampar di dunia dongeng bersama Nyian. Sesuatu yang pelik terjadi bila Nyian beroleh sakti. Habis dilanggar orang-orang yang tidak menurut kemahuannya. Lalu dia menjadi raja yang baru...Raja Daulah.

Di satu lagi dimensi, pada abad ke-19. Pangeran Haji Bolhassan masih teguh mempertahankan tanah Anding dari cuba dikuasai oleh Mutajassad. Kematian anak angkatnya Salleh, tipu muslihat Mutajassad dan peradiannya Raja Suir Sang Ekong.

Di dunia nyata, siri pembunuh kejam berlaku tanpa dapat disekat. Melibatkan kematian dua orang ahli politik yang dibunuh dengan cara yang kejam. Pihak forensik menemui satu perkara yang sukar dijelaskan. Seperti terdapat sesuatu yang hidup dalam jasad mangsa sebelum mereka mati dibunuh.

Di dunia dongeng, Pa'tua bersama Yungku Kelangar perlu berhadapan dengan Raja Daulah. Mereka ingin merampas kembali kerajaan dan mencari Furqan Ayyubi sebagai raja sebenar.

Banyak sekali misteri yang belum lagi terjawab dalam hikayat 1 ini. Peperangan bakal tercetus di dunia dongengan. Apakah rancangan Mutajassad di dunia nyata.

Cerita yang membuatkan kita berfikir tentang kuasa, niat dan akibat setiap tindakan yang diambil.
Bagaimana agaknya kisah ini akan berakhir?
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
January 29, 2024
Akhirnya selesai baca buku ni.
Saya terpaksa mengaku, sukar nak habiskan pembacaan siri Anding Anyangan ini. Sejak buku yang pertama lagi. Plotnya bersimpang-siur dan terlalu banyak, lebih banyak daripada karya RAM yang lain. Tak masuk dia punya slow burn. Ini baru AA III Hikayat 1. Selepas ini saya perlu berehat sebentar sebelum memulakan Hikayat 2.
Sepatutnya Hikayat 2 akan lebih pantas dan penuh aksi. Harapnyalah. Jadi maaf kepada Tuan RAM kerana saya hanya mampu berikan dua bintang untuk naskhah ini. Terima kasih kerana masih terus menulis. Saya akan tetap membaca meskipun sukar hehe.
21 reviews
February 22, 2022
Dah lama aku tunggu Anding Ayangan 3 ni keluar. Agak lama la sambungan dia ni. Dah lupa jugak la beberapa scene dan karakter tapi main characters tu aku ingat la.

Kisah ni macam biasa ada 3 zaman yang berbeza.
1. Zaman Anding yang dulu
2. Zaman sekarang
3. Zaman Anding yang sekarang.

Aku suka cerita macam ni sebab ia bukannya tumpu satu zaman je. Kita kena berada dalam 3 zaman dan kena relate kisah setiap zaman tu. Ada diselitkan penyiasatan untuk naikkan lagi thrill pembaca bila ada pembunuhan kejam. Aku sendiri pun berteka-teki siapa yang Mutajassad tu masuk.

Ada pulak Dr. Irfan yang bagi aku sangat misteri bila time stop, dia sorg je yang boleh bergerak dan tau pasal Furqan Ayyubi dan Pak Hashim.

Zaman flashback pun best, macam mana Pangeran Bolhassan menghadapi ancaman dari Mutajassad dan Raja Suing Sang Ekong atau Rolou.

Ada pulak kemunculan Kalimambang dan Laksamana Sunan. Aku mula2 macam, alamak, ada jugak karakter ni muncul. Tapi biarlah, dah karakter tu dari cerita penulis jugak. Suka hati dia la nak masukkan karakter dari kisah dia atau tak. Haha!

Aku suka gaya penulisan tuan RAM. Walaupun islamik tapi tak terlalu ekstrem sampaikan nak kena mention surah mana. Nak terlalu menitik beratkan sesuatu ayat. Cukup dia cerita karakter tu ucap syukur, apa amalan dia yang kita mudah nak ikut. Kalau dia mention karakter tu berzikir, dia tak pun nak mention potongan ayat Quran yang mana.

Bagi aku, cukuplah dia mention sikit sebanyak. Pembaca tak sakit kepala. Dia fokus kepada jalan cerita dan karakter yang bagi peranan dalam cerita tu. Sebab tu aku tak pernah bosan dengan karya RAM. Semua kisah dia ada questions dalam kepala aku sampai aku seronok meneka apa yang akan berlaku dan apa ending dia.

Tapi...kisah ni ada sambungan. Itu yang tak best. Kenalah tunggu lagi. Ngee!!
Profile Image for faryna syaza.
76 reviews14 followers
January 15, 2022
Tamatlah sudah pembacaan Anding Ayangan III- Hikayat 1.
Macam biasa,karya Tuan RAM tidak pernah mengecewakan kita semua. Tetapi,untuk karya yang satu ini saya berikan 3.5/5⭐️ kerana jalan ceritanya agak slow. Akhir-akhir tu baru keluar konflik yang sebenarnya. Ceritanya tidak selaju Anding Ayangan I dan Anding Ayangan II. Apa-apapun harap Tuan RAM dapat menyiapkan manuskrip Hikayat 2 dengan maju jaya !
Profile Image for Su Zainudi.
148 reviews
June 23, 2024
Pengembaraan bersambung di sini tapi.......

Pengembaraan tak habis di sini😭😭😭. I need Hikayat 2 as soon as possible. Terlampau banyak teka-teki yang masih tak tak terjawab ni. Kemana pergi Dang Bisai, Kenapa Raja Suir Sang Ekong hanya menjadi pemerhati bagi peperangan dan baaaaanyakkkkkk lagi.

Overall kalau nak compare siri Anding Ayangan dengan siri Tombiruo, Anding Ayangan agak kurang umphhhh tapi masih ada auranya. Kalau tidak masakan saya meminta Hikayat 2 secepatnya😁.
Profile Image for izzatie.
38 reviews6 followers
February 7, 2022
sepanjang pembacaan anding III ni mmg kena study balik buku 1&2..

pa'tua yg handal berjurus angin..dah boleh agak siapa gerangannya... Rindunya dkt sunan😁

Tak sabar nk tggu sambungan hikayat ii..


Terima kasih Tuan RAM
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hamidah Effendi.
365 reviews1 follower
March 17, 2025
Alhamdulillah siri ke-3 lebih kepada semangat kebangkitan yang ditimbulkan kepada mereka yang berada dijalan kebenaran. Furqan Ayubi is back everyone dan dia tidak gila😅

Apa menarik buku kali ini :
✅️Dunia dongeng so makhluk halus, time travel, syaitan, manusia disumpah dan zombi semua masuk.

✅️Kulit buku baru best sedap dan selesa pegang.

✅️Manusia adalah musuh yang paling bahaya bila melakukan kerosakan.

✅️Aksi, thriller dan adventure banyak.

✅️Isu semasa banyak diselit seperti p@l3$t|□-I2r@3/, kepimpinan yang rapuh, rasuah, kuasa, tamak, agama disalahguna untuk meraih simpati dan populariti dan al-Quran tiada usaha untuk difahami isinya hanya mengejar khatam atau dilupakan.

✅️Cinta-cintun kurang sebagai supporter sahaja (horeiii😆- baru syok baca)

✅️2 watak baru masuk - puan & pak polisi.

Kesimpulan akhir :
📌Dr Irfan ada apa dengan dia sebenarnya?

🔎Pintu masuk ke dunia dongeng siapa yang boleh bawa sebenarnya?

💡Asbab dan Mushabab adalah siapa?

🔦Al-Quran isu ~ bila tinggal 1, ramai yang cuba memahami isinya & ada juga pihak cuba memusnahkannya. APABila ada banyak printed(mudah excess) pula, semua melupakannya malah ada yang tidak usaha untuk memahaminya(Target khatam only) dan lebih kepada perhiasaan semata2.

🏁Dunia sementara dan tipu daya syaitan yang cuba menghasut dan menambahkan lagi kerosakan dilakukan.

🙄Kita diberi akal untuk memilih yang baik dan buruk so pilih gunakan akal yang diberikan dan bukan nafsu semata2.

😒Ego yang merosakkan diri sehingga tak nampak jalan kebaikan.

Apa tunggu lagi pilah beli siri Anding Ayangan best wei...rugi tak baca🤣🤣🤣 saya antara orang yang berjaya diracun.
Profile Image for Mira.
46 reviews2 followers
April 12, 2025
Sangatlah mengasyikkan kisah Anding Ayangan, Hikayat 1 ni. Terleka-leka saya untuk menyudahi cerita ini demi ingin mengetahui apa yang berlaku seterunya.

Dalam buku ni diceritakan dari mana asal muasal Raja Suir Sang Ekong dan peradiannya Mutajassad dari planet tempat mereka tinggal sehinggalah dimusnahkn dan sampai ke bumi. Sifat mereka yang mendewakan diri dan mahu berkuasa menyebabkan mereka terutamanya Mutajassad menyarungi tubuh manusia dan transit dari satu tubuh ke tubuh yang lain demi untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh.

Selain itu watak Raja Suir Sang Ekong, yang mempunyai magisnya sendiri iatu dapat membawa watak-watak lain beralih ke dunia dongeng dan dunia sekarang seperti konsep time travel membuatkan buku ini menjadi bertambah menarik.

Yang penting dalam buku ni ada watak cameo, Saifudin Jalis iaitu Laksamana Sunan dari Acheh! Bacalah, memang buku ini lain dari yang lain jalan penceritaannya sehinggalah membuatkan seperti kita juga berada dalam dunia Anding Ayangan.
Profile Image for _nadiasw303.
60 reviews1 follower
November 29, 2025
Buku ke-3 dalam siri Anding Ayangan kali ini adalah yang paling tebal daripada 4 buku yang lain🫢 Bila baca tinta penulis RAM, kita akan dapat tahu sikit lah hint tentang pergerakan cerita.

Secara ringkas, buku ni ada 3 lapisan jalur masa yang diketengahkan. Kena baca dengan fokus dan penuh penghayatan supaya dapat ikut perkembangan cerita dengan baik.
Ketika pembacaan, saya faham kenapa perlu lapisan jalur masa ni. Kita akan nampak banyak persoalan yang mula atau hampir terbongkar daripada buku sebelum nya🫣

Pergerakan cerita agak perlahan dan tenang, tapi bila teruskan bacaan, rentak jalan cerita kian menarik.

Di sini, kita akan jumpa dengan Dr Irfan, yang ada kaitan dengan Furqan Ayyubi bersama Pak Hashim di Hospital Bahagia. Adakah mereka berjaya memburu Mutajassad?
Kemudian, penceritaan bagaimana magisnya kuasa Raja Sang Ekong di abad ke-18 tanpa beliau sendiri sedari, dan membawa plot twist yang tak dijangka.

Kesemua watak sangat memainkan peranan penting dalam jalan cerita dan diceritakan dengan baik! Konsep jalan cerita pun sangat bagus & menarik🤩

4.7/5⭐️
Profile Image for Hani~.
142 reviews3 followers
February 28, 2025
4.5⭐. Nota rawak sepanjang bacaan:

▪️Buku ni paling menarik setakat ini berbanding dua buku sebelumnya. Bergilir tiga latar cerita - dunia dongeng Anding Ayangan, dunia nyata masa kini dan era awal pembukaan Anding oleh pangeran 2 beradik.

▪️Gaya bahasa lebih baik berbanding buku kedua.

▪️Konflik dunia politik juga lebih banyak kali ni.

▪️Dalam ketegangan membanteras kejahatan, saya terhibur apabila penulis selit babak lucu melibatkan '3 sekawan' - Buntak, Pak Hashim & Furqan.

▪️Paling best bila penulis reveal siapa sebenarnya Pa'tua (bangga juga sebab dah dapat teka berpuluh-puluh page lebih awal).😊

▪️Saya kurang gemar penggunaan perkataan "assassin" apatah lagi ketika bukan dalam latar moden. "Pembunuh upahan" lebih sesuai bagi saya.

▪️Saya lebih suka watak Rolou @ Raja Suir berbanding watak utama (Furqan Ayyubi). Saya rasa wataknya lebih berkembang dan menarik untuk diikuti. Malah kepimpinan Furqan Ayyubi juga kerapkali tenggelam dek karisma Pa'tua.

▪️Watak Yungku Kalangar agak tidak konsisten bagi saya. Dalam buku 1, dia digambarkan kejam, kemudian penulis beritahu berulangkali bahawa dia baik dalam memerintah. Tapi apa yang pembaca nampak adalah sifat baran dan kurang bijak merancang. Tak seperti ciri seorang pemerintah kerajaan besar.

Apa pun, sebuah bacaan yang memuaskan.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews42 followers
June 28, 2025
Furqan Ayubbi dan juga Pak Hashim akhirnya berjaya menyeberang ke dunia dongeng dek penangan Sang Ekong. Namun Damit masih lagi terperangkap di dunia dongeng. Mutajassad semakin bermaharajalela. Makin ramai yang menjadi mangsa pembunuhannya.

Semakin banyak misteri dan rahsia mula terungkai tapi masih belum ada kesudahannya. Masih ada juga lagi persoalan yang belum terjawab dalam naskah ini.

Keadaan dua dunia semakin kacau. Nyian masih dalam usaha memburu Yungku Kelangar dan lain-lain. Mungkin takut pemerintahannya diambil semula. Di dunia nyata pula pembunuhan semakin berleluasa. Pening pihak polis menyiasat kes pelik. Tambahan pula teori makhluk asing oleh Dr Irfan tidak mampu ditelan akal pihak polis yang menyiasat.

Ada pula muncul cameo dari buku RAM yang lain dalam naskah ini. Merata-rata dia pergi. Seberang dunia, seberang masa, mana sahajalah tak pernah dia alami.

Babak azan berkumandang di Anding tu sebenarnya agak menyentuh hati SH. Maklumlah lama tanah tersebut sunyi daripada laungan azan, tiba-tiba seruan kembali berbunyi. Dan ramai pula yang menyahutnya.

Cumanya menuju ke akhir naskah, ceritanya macam agak terburu-buru. SH rasa macam ada banyak yang eh kenapa macam ni di hujung cerita.
Profile Image for Azura Chan.
526 reviews7 followers
June 3, 2022
🖤 Mula membaca buku ini pada tarikh 29 Januari 2022. Akhirnya, selama lima bulan baru dapat habiskan pembacaan. Bukan kerana jalan cerita nya membosankan, tetapi kerana cerita pada kali ini memerlukan 100% konsentrasi dan pemahaman yang kuat. Terdapat tiga "timelines" yang perlu diberi perhatian disini. Jika pembaca terlepas pandang, maka kita tidak akan dapat memahami jalan cerita dan "connection" di antara "timelines" tersebut.
.
.
🖤 Tak disangka-sangka, kita juga akan menemui watak cameo Saifudin @ Laksamana Sunan di dalam buku ini. Ingatkan cuma "snippets", tapi watak Saifudin adalah antara watak penggerak yang penting dan sedikit sebanyak terubat rindu dengan Laksamana Sunan.
.
.
🖤 Pengakhiran buku ini masih belum mendapat konklusi. Masih terdapat persoalan-persoalan yang belum terungkai jawapannya. Seperti biasa, aku akan menyukai watak "villain" dalam sesuatu cerita.Dalam buku ni, aku lebih menyukai salah satu watak villain iaitu Raja Suir Sang Ekong dan tanpa disedari, dia adalah penggerak utama kepada transisi masa dan dua dunia berbeza.
Profile Image for Faiz • فائز.
360 reviews3 followers
September 8, 2022
Membaca karya tuan penulis kali ini seolah-olah memberi nafas baru berbanding karya-karya sebelumnya. Cuma gaya bahasa sedikit berat; memerlukan untuk menyelak dan mencari takrif bagi setiap perkataan baharu yang dijumpai, maka pembacaan sedikit tergendala (khilaf diri sendiri).

Takjub dengan susunan pengisahan yang kemas dan sarat dengan elemen kejutan. Tiada ruang untuk berhenti membaca kerana keterujaan itu sentiasa hadir dalam setiap bab dan perenggan.

Berkenaan watak dan tema, setiap watak dilihat seolah-olah seimbang walau Buntak yang timbul-tenggelam wataknya, tapi masih berperanan besar dalam pengisahan. Furqan Ayyubi, Pangeran Haji Bolhassan dan Pa’tua, semoga lebih ramai manusia seperti mereka. Secara keseluruhan, sebuah lagi karya agung tuan Ramlee Awang Murshid, tidak boleh dinafikan.

Oh, dan ingin sekali dikongsikan sebuah baris dalam novel ini, telah berkata Chahaya, “katakanlah padanya, aku tetap setia menunggu di sini sampai umurku habis."

Profile Image for Fredx Sahadan.
39 reviews1 follower
February 25, 2023
Dari AA1 - AA3 perjalanan terasa pnjang.

Mmg menguji otak utk cek semula timeline dr mana2 cerita yg terlibat…
Dr cetakan pertama AA1/2 kisah Hj Bolhassan seperadian dlm lingkungan abad ke-19. Tapi Dlm AA3 RAM mention ia dlm abad ke-18.

Ada satu watak yg kalau ikut cerita lain, beliau meninggal di abad ke 15. Tp dlm AA3, beliau masih hidup masa abad ke-18. Aku anggap ianya typo je semata nak selarikan timeline mengikut mudah aku nak hadam. Aku anggap sepatutnya is ditulis - abad ke-14. Sebab konflik kerajaan ‘tersebut’ pada abad ke-14 kalau hamba tak silap. Hahaha!

Mungkin cuma aku yg tak dpt nak focus aluran masa sbb cuba nak sync dgn cerita ‘yg satu’ lg.

Ada beberapa perkara yg masih x selari atau masih belum dirungkaikan dlm hikayat ni. Mungkin di next AA4?

Apa pun, ia perjalanan yang sangat pnjang.. AA3 ni lambat sikit nak habiskan.. x tau knp.. mudah ngantuk pula di pertengahan muka surat. Dah hujung2 br bikin kabak2.. 😆

X sabar menunggu sambungan…
Profile Image for Mariani Mukadis.
7 reviews
June 15, 2022
Novel yang saya memang tunggu-tunggu selepas Anding Ayangan II release. Tahap keterujaan yang tinggi. Saya tertanya-tanya siapakah Pak Tua coz ilmu silat dan tahap kesabarannya cukup tinggi. Setahu saya dalam banyak-banyak novel RAM, hanya satu watak ja yang mempunyai ciri-ciri macam tu.

Dan at the end, tersenyum saya. Kan betul tekaan saya. Siapa? Kawan-kawan baca lah sendiri. Hahahahaah...mana best saya bagi tahu. Bagi saya, dalam novel RAM..tiada yang mustahil.

Saya menanti kehadiran next novel RAM untuk Anding Ayang the Series. Adios
Profile Image for Al-Kubrawiyyah.
76 reviews1 follower
January 15, 2022
Walaupun novel RAM tidak pernah menghampakan, namun kali ini membaca novel ini bukan lagi suatu yang santai. Bahkan ianya memerlukan tumpuan serta pemikiran yang jelas bagi memahami jalan cerita. Ditambah lagi gaya bahasa yang tidak lagi menjadi santai pembacaannya.
Profile Image for Ainurfarina.
4 reviews
April 1, 2022
intro yang agak mengejutkan, stop baca sebulan. dah sambung baca tapi tak boleh berhenti sebab excited sangat nak tau apa yang akan terjadi. banyak plot twist yang tak dijangka. banyak tekaan saya yang tidak berjaya. masih menunggu sambungannye 🧎🏻‍♀️❤️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fuad Syauqi.
1 review
January 1, 2024
Satu lagi karya berkualiti dari Penulis kegemaran, Ramlee Awang Murshid. Sambungan kepada trilogi pengisahan Anding Ayangan dan masih disajikan dengan "plot twist" yang sangat memberi makna dan elemen kejutan. Karya RAM sentiasa membuat pembaca ternanti-nanti jalur penceritaannya.
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
November 1, 2022
Simply the best!!! Terubat rindu untuk "bertemu" dengan Laksamana Sunan. Menanti Hikayat ke 2....
Profile Image for Aimi Nadiah.
53 reviews1 follower
May 4, 2023
543 muka surat.

Penuh dengan aksi..
Tapi sedikit tak puasa hati, eh.. ada sambungan la pulak..
Profile Image for Nur Ainn.
68 reviews1 follower
June 21, 2023
Novel RAM mmg sentiasa ada kelainan,bila dah mula baca susah nk berhenti,bila dh jumpa penamat tak sabar tunggu sambungan seterusnya yg entah bila akan terbit,tak sabarrrr tunggu hikayat 2...
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.