Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kau Bicara Tentang Cinta

Rate this book
Sedangkan kita telah hilang arahnya

Kata orang, bahagia itu tidak mampu dibeli walau dengan segunung intan dan selautan permata. Namun, mengapa manusia masih ada rasa tamak menginginkan segalanya?

Sera Nur akur, itu bukan miliknya. Bahagianya cukup dengan mempunyai sekeping hati yang sentiasa reda pada ketetapan Tuhan. Berbeza dengan Bunyamin yang mahu mempertahankan hak. Tapi, adakah hak itu benar-benar miliknya?

“Daddy saya ada beritahu Cik Sera apa-apa?” - Bunyamin

“Kami hanya bersembang kosong.” - Sera Nur

“Tak ada tentang saya? Tentang kita?” – Bunyamin

Ironinya, biarpun harta kekayaan tidak mampu membeli bahagia, Sera Nur cuba membeli kebebasan sendiri dan mustahil untuk Bunyamin berikan.

“You’re my wife, Sera Nur. I’m going to keep you by my side forever…” – Bunyamin

“Walau hanya untuk hidup dengan jasad yang tak ada jiwa?” – Sera Nur

Mereka mahu menuju ke arah bahagia bersama. Sayangnya, cinta antara mereka hilang panduan. Cinta mereka kian menyongsang. Cinta milik mereka sedang karam.

534 pages, Paperback

First published December 1, 2024

10 people are currently reading
61 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,035 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (31%)
4 stars
37 (50%)
3 stars
11 (15%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
December 9, 2024
Best best best! Walaupun aku dah pernah baca full dulu kat blog, tapi version buku ni aku tetap gigih habiskan.

Sukanya segala plot twist dalam cerita ni.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
December 22, 2024
keep feeding myself dengan green flag hero, sekali sekala baca cerita yellow flag hero thrill jugak HAHA dah baca awal tu mcm familiar premise dia and i was like oh no wonder la pernah baca kat blog dulu

this might be one of the best grovel plot ive ever read🫦 grovel scene dia panjang wehh puas gila HAHAHA cara Sera buat Bunyamin begging, crying and kneeling for her forgiveness >>>> hence suka character development Buya. kelakar jugak Buya ni kadang macam loser gila shshhs gaya tak macam businessman pon. cara kerja dia je la samar. effort dia nak dapatkan Sera semula tu patut dipuji👍🏻

fast pace and the plot twist is twisting??!! sampai je twist tu jaw dropped terus sebab OHH SO IT DOES MAKE SENSE LAAA dari awal lagi pelik kenapa mcm tu tak expect sebegitu sekali reasonnya😀 cara karehan lure readers dengan tak feeding semua sekali terus. dia buat kita nak baca lagi dan lagi untuk kita tahu the truth

Sera Nur got into my fav fl list from karehan. matang dan dia tahu apa dia nak. not the kind of woman who easily lets others look down on her and she wont stay quite if people direspect or humilate her OH THIS WOMANN SUCH AN ICON I ADMIRE TO BE LIKE HER

ml dia pulak reminds me to Nel from Sugar honestly bukan sebab sama tapi sebab personality diorang totally opposite HAHA Nel jenis yang pasrah redo sabar, sejenis yang "takpe, takpe". Tapi Buya ni kalau dia nak A, dia akan pastikan dia dapat A takde B takde C. ada halangan ke apa sekalipon dia mana kisah janji dia dapat😭🤏🏻 takleh buat member dengan Nel dia ni wkwkwk

pastu i actually ship Naz-Rizqi huhu badly need friends to lover trope from karehan😔 the potential of having mad confession and denial phase urghhh my ship sinking pulakkkk sedeh

apapon a good read even ending and closure agak rushing sebab kita lurvee fl dia and conflict pon not bad. will be waiting for next book🫶🏻 cerita ni dalam universe yang sama dengan trio Untuk Aku sebab ni kisah kawan Luqman from Anak Perempuan Dato pengarah. might have Huzair's story pulak to complete the trio!
Profile Image for Mslvoe.
2,078 reviews200 followers
January 11, 2025
This time female lead ada strong personality. Buya yang digambarkan keras dingin pada awalnya amat rapuh ibarat biskut semperit bila Sera pergi meninggalkan Buya.

Padan muka Buya. Nak kenakan Sera endup makan diri sendiri. F tepuk tangan.

F dislike character Balqis.. sesuatulah dia tu. Cara dia control abang dia Buya lain macam. Over sangat. Spoil brat sungguh.

Plot twist yang F tak jangka. No wonderlah Buya rapuh.
Profile Image for sooa.
65 reviews4 followers
December 13, 2024
4.5/5

Kisah pasal Sera Nur yang tiba tiba menjadi pewaris harta peninggalan arwah Datuk Bakri dan mendapat hampir separuh dari keseluruhan harta. Bunyamin yang merupakan anak Datuk Bakri mula ingin cuba mendapatkan kembali hak mereka demi si adik. Namun setelah mereka bersua mata beberapa kali, hati Bunyamin yang dipenuhi benci terhadap wanita asing yang dipuja daddynya mula benar benar jatuh tergolek dek penangan seorang Sera Nur.

Aku suka dengan permulaan cerita ni bagi aku agak smooth dan nice. Bermula dengan pelbagai agenda si Buya terhadap Sera, terus jatuh terduduk beliau dengan kekecewaan Sera terhadapnya. Konflik bermula tak sampai sehari diaorang kahwin. Cliche? Tak. Sebab kau akan terus tak sabar nak tahu apa jadi next.

Bunyamin aka Buya; aku boleh kata awal awal Buya ni red flag. Dia approch Sera dengan niat mahu dapatkan balik hak dia sebagai anak. Aku geram gila dengan Buya ni sebab dia punya manipulative tu teringatkan aku dekat Han. (tapi tak seteruk Han la hshs) Hampir nak kena boikot ya mamat ni ish tapi aku suka dengan character dev Buya. I’m rooting for him since he is head over heels for Sera even Sera dah tawar hati lepas dia kena tipu dengan Buya. Tapi kadang tak suka Buya yang cemburu tak bertempat pastu dia jadi baran sikit.

Sera Nur; cantik, independent dan tegas dengan pendirian sendiri. Sera awal awal dia memang tak hadap si Buya ni tambah pulak dengan maksu yang gaya berdendam dengan family Datuk Bakri. Sera jadi mudah termakan dengan kata kata Buya. Tapi faham, kalau aku jadi Sera pun mungkin akan mudah tercair dengan ‘effort’ Buya nak dapatkan dia tu🙂‍↕️ aku suka betapa kerasnya hati Sera nak terima balik Buya even cuma salah faham. if i were her, i’d be disappointed too. Fl karehan kali ni memang keras habis. Aku suka gila watak Sera sebab dia bukan tipikal fl yang lembik even kuasa talak bukan di tangan dia.

Start kat tengah tengah, memang banyak effort Buya nak pujuk Sera je sebab Sera memang dah kecewa gila dengan Buya sampaikan dia guna ‘kuasa’ dia sebagai pemilik harta untuk ugut Buya supaya lepaskan dia. Tapi aku suka jugak dengan Buya yang tak pernah putus asa. Cerita ni memang menguji emosi kau betul ditambah pulak dengan watak annoying Balqish. tapi seronok ah sebab aku suka gaduh gaduh ni jdhdjshs.

And the plot twists? Wowerss bagi aku sangat unexpected tbh hahah. Sebab memang dari awal tak expect langsung sampai la kat hujung hujung dah terexposed semua i was like, what the?? gahahahah but i still love it sebab sangat bertwist ya😌

Scale of pain? For me 3/5 je kut. Dijamin takde la sampai meleleh air mata tapi cerita ni main emosi jela. I love the storyline, plot building and character development isso good. Hee tak lupa juga Lukman-Tiani yang jadi cameo dalam buku ni. Dengarnya beliau dah hampir nak join kelab tak sengaja😂 Lukman ni kawan baik Buya dan Huzair. Next nak demand cerita Huzair-Naz pulak pls baru complete trio baru heheh.

Congrats kak Rehan for ur latest babies. Akan dibeli dan terus membeli karya kak Rehan yang lain Insha Allah🤍
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
December 16, 2024
SUKAAAAAAAAA. Novel ni ada vibe lakorn lama.

Mengisahkan Bunyamin yang nak mengahwini Sera Nur atas satu sebab yang pada akhirnya akan menjerat diri sendiri sebab dia baru sedar selama ni dia betul betul cintakan isterinya walaupun dah terlambat. Bunyamin Dato Bakri ni buat plan yang sangat rapi supaya dapat memastikan Sera Nur nak berkahwin dengan dia sedangkan dia ada alasan tersendiri kenapa dia nak sangat Sera Nur ni sebagai isteri.

Sera Nur merupakan pewaris harta Dato Bakri yang paling banyak sedangkan dia cuma lah orang luar dan juga bukan ahli keluarga pun. Aku sejujurnya sangat suka watak FL kak rehan yang ini. Dalam lembut ada tegasnya. Dia tak lembik. Kenapa Sera Nur dapat bahagian harta yang banyak ? Yang tu kena baca sendiri. Yang pasti dalam kisah ni ada plot twist jugak yang memang tak dapat nak expect pun sepanjang penceritaan.

Character development- 10/10. Sumpah cakap ye aku suka gila watak Bunyamin lepas dia menyesal tentang plan yang dia buat. Effort nak menangi balik hati isteri dia tu memang 💯💯💯.

Pain level - 2/5 je. Tak pain mana pun cerita ni tapi cukup la buat rasa rasa gitew.

Side characters semua aku suka kecuali Balqish 😡. Mak su Sera dan sahabat baik Sera yang sentiasa ada untuk Sera. Tak lupa jugak kawan baik Bunyamin yang sentiasa menasihat Buya. Aku suka sebab walaupun mereka ni sahabat baik Buya tapi dorang tak menjadi enabler kepada plan dan perbuatan Buya sekiranya tak betul.

Overall best 4🌟

Peminat Rehan makhtar wajib baca buku ni 🥹
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
January 20, 2025
9/2025

-Kau Bicara Tentang Cinta
-Rehan Makhtar

Walau sekarang terlalu banyak novel baharu dihasilkan dengan bahasa yang tunggang langgang (disebabkan kebanyakan lahir dari Wattpad), saya masih meletakkan sepenuh percaya pada Rehan Makhtar. Membaca novel Rehan Makhtar, seperti membaca sebuah karya yang penuh jiwa. Yang cukup rencah baik dari alur cerita hinggalah lenggok bahasa.

Karya Rehan Makhtar tidak pernah gagal membuatkan emosi saya seperti bermain roller coaster. Sama juga dengan karya ini. Kisah Sera Nur dan Bunyamin. Bermula dari pelan Bunyamin yang menginginkan Sera kerana harta, akhirnya niat memakan diri. Kesemua watak bagi saya berjaya dihasilkan dengan baik. Masing masing memberi warna pada hidup seorang Sera Nur dan Bunyamin.

Satu yang saya suka dengan karya Rehan Makhtar. Baik dialog mahupun ayat deskripsi, pasti akan ada ayat nasihat, pada hampir setiap bab dalam karyanya. Tahniah buat Rehan Makhtar. Semoga mampu terus menghasilkan karya yang berkualiti.
34 reviews
December 29, 2024
mix feeling aku nak tulis review ni.
sejujurnya aku tak blh nak hadam sangat cerita ni.
dia mcm sedap tapi sedap tu x berapa sampai.
boleh lah.
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
January 20, 2025
Gaduh punya gaduh tahu2 dah sampai ending.Paling menyampah dengan Qish,perangai mintak kena siku.
Profile Image for Elurine.
85 reviews2 followers
January 14, 2025
Agak slow paced di awal cerita, cerita yg agak klise tapi best. Semua yg disusun oleh penulis lengkap sempurna penuh dgn emosi. Cuma yg geramnya bila dah masuk mod sedih tetiba jadi kelakar pastu bila masuk mod kelakar jadi sedih lahhh pulakkk sabar jelah.

Sera Nur yg sangat sangat sangat baikkkk 😭😭 nasib baik Buya tu sekejap je buta kalau tak mmg elok kena pelempang dgn semua watak dlm buku ni. Sera yg beria kata benci tapi hakikatnya dia sangat sangat sayangkan suaminya. Mula mula tu rasa macam tak logiklah sbb masa bilanya dia nak suka dgn si Buya yg yellow flag tu. Tapi bila 2/3 kali ulang alasan yg sama, jadinya sangat boleh terima walaupun hakikatnya hati Sera ni dah bias tanpa berjumpa dgn tuannya 🥹 siapa je tak suka kalau hari hari org duk kata si Buya tu baik, serba boleh, bertanggungjawab. Kita pun jatuh suka jugak kalau mcm tu 🥹🫶🏻

Jujur cakap, awal awal cerita ni sumpah geram gila dengan si Buya ni. Ingatkan green flag lah member tu tapi tak ya nak dkt separuh buku tu yellow flag je Buya tu nampak. Bila isteri dah dgr pengakuan tak guna dia tu barulah engko nak terhegeh yg engko dah jatuh cinta. Sorry bro mmg dah terlambat. Grovel scene lama lah jugak tapi tetap tak cukup sbb tak menitis pun air mata 😭😭 saya expect cerita ni pain yg tersangat tapi mcm gigit semut je. Hakikatnya Sera sangat sangat sangat baik, lembut hati. Cuma yg mengenalnya sahaja akan tahu peribadi sebenar Sera 🥹

Untuk kebenaran, plot twist tu pun tak rasa wow sangat sbb expect kejutan yg lagi kebaboom tapi just nice dan logik kenapa daddy Buya buat wasiat mcm tu. Cuma paling geram dgn qish tu. Haih engko ni kalau ada depan mata memang kena lempang dah tak perlu nak bagi mukadimah apa pun sbb sangat menguji kesabaran. Bagi lah abang tu bahagia, kata sayang 😩

Overall bestttt utk bacaan yg realistik dan kesakitan gigit semut. Tapi tetap rasa Buya tu hot HAAHAHAHAHAH
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
June 10, 2025
She fell first, but he fell harder
.

Kata orang, dari mata turun ke hati. Tapi bagi Sera Nur, dari mulut turun ke hati. Sebabnya, dia jatuh cinta pada Bunyamin hanya dengar cerita daripada Datuk Bakri
.

Kematian Datuk Bakri mengubah kehidupan Bunyamin dan adiknya Balqish 100%. Dan juga Sera Nur. Entah kenapa, Datuk Bakri meletakkan nama Sera Nur dalam wasiatnya sebanyak 50%. Bunyamin fikir, Sera Nur ibu tirinya. Begitu jugak Balqish. Tapi sebaliknya bukan. Nama Sera Nur diletakkan dalam wasiat kerana itu memang hak Sera Nur
.

Perkahwinan yang kononnya disebabkan oleh wasiat dan harta . Tapi sebenarnya dalam diri masing sudah bercambah benih cinta. Terutama Sera. Namun pada malam pertama mengubah semuanya. Cerita yang mencoret luka pada hati Sera hingga mengubah rasa terhadap Bunyamin. Ini semua berpunca daripada Balqish
.

Suami isteri hanya pada nama. Luka yang ditoreh oleh Bunyamin terlalu dalam. Sakitnya tidak terperi. Bukan hanya Sera. Bunyamin turut merasainya. Kerana hatinya telah dicuri oleh sang isteri sejak belum menikah. Masing2 memendam rasa. Masing2 merawat luka. Adakah bahagia milik mereka?
.

Aku suka watak Sera. Seorang yang matang. Tak mudah melatah dengan permasalahan yang timbul. Tangani semuanya dengan tenang. Bunyamin pula, jenis lelaki yang tidak meletakkan ego di tangga teratas. Dia meminta maaf atas apa yang telah berlaku demi memiliki kembali hati isterinya
.

Novel RM. Sapa je yang tak kenal pain dia kan. Tak nak cakap banyak. Korang baik beli n baca. Tak sabar nak baca kisah Huzair dengan Nazrina pulak. Btw watak Huzair dan Nazrina adalah ML n FL dalam novel anak teruna tuan peguam, yang juga watak penting dalam naskah ini
.
Profile Image for Balqis Khairi.
14 reviews1 follower
Read
December 13, 2024



❤️KAU BICARA TENTANG CINTA🤍

4/5⭐️

penulis: Rehan Makhtar
penerbit: Karya Seni
page: 534
genre: romance , angst

“𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐩𝐚𝐭𝐚𝐡. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐫𝐮𝐠𝐢. 𝐓𝐚𝐤 𝐮𝐛𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐣𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠.”


✨𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐁𝐮𝐧𝐲𝐚𝐦𝐢𝐧✨

💭 Buya is such a yellow flag. Sepatutnya dihindari dari awal. Tak tahu lah nak suka ke tak dia ni haih. Dalam cintanya dia terhadap Sera terselit juga tamaknya. Dalam sayang ada egonya. Dalam baik ada ambil kesempatannya.

💭Kadang kadang geram sungguh lah dengan perangai Buya & also adiknya, Balqish kenapalah u suka merumitkan lagi keadaan💀💀 Betullah Riz kata yang budak terencat ni suka buat masalah😒

💭Ha lagi satu Buya ni kan suka sangat berahsia. Lepas dah terbongkar semua baru lah nak menyesal🤡

“𝐀𝐩𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐣𝐚𝐝𝐢. 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚.. 𝐒𝐞𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠.”

💭 Nasib ada Luk tenang sikit hati ni walaupun sekejap je dia muncul🤣🫶🏻

✨𝐒𝐞𝐫𝐚 𝐍𝐮𝐫✨

🌺 Hidupnya terlalu positif & sifat polosnya memakan diri sampaikan akhirnya melukai diri sendiri💔😭 Terlalu buta sampaikan tenggelam dalam cinta & janji Buya.

🌺 Hanya satu malam, Sera berubah jadi dingin dan tegas. Sera, tak ubah seperti mayat hidup. Bernafas tapi sayang, tidak berjiwa. Segalanya berubah hanya kerana lelaki itu. Dalamnya luka yang Buya pahatkan dalam hati Sera.

“𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐤. 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐤𝐢 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐩𝐮𝐧…”

🌺Mak Su Sairah, sukanya watak dia selalu melindungi Sera Nur. Mak Su pun dah larang tapi Sera yang terlalu berkeras. Haih kamu ini🤏🏻

🌺 Naz & Riz, dua sahabat yang mahu memastikan Sera bahagia. Dua-duanya sanggup mengetepikan bahagia sendiri demi bahagia Sera.

Salah satu benda yang kita belajar dalam novel ni adalah pentingnya komunikasi dalam hubungan. Jangan bila ada salah faham & terus lari tanpa bincang apa-apa. Ingat kawan-kawan komunikasi itu penting✨

p/s: kak rehan proceed la cte huzair pula please please🥹🫣
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
March 3, 2025
Ni pun I dah habis baca lama tapi baru rajin nak update.

I suka cerita kali ni sebab Sera bukan insan lemah yang sentiasa perlu diselamatkan. Lembut tapi tegas. Tak mudah terpujuk bila dipujuk. Cuma bila dia hilangkan diri kali terakhir tu I macam pleaselah belajar pentingkan bahagia (in a good waylah) diri sendiri jugak. Tapi bila tahu sebab disebalik keputusan hilangkan diri tu I macam 'okayy go girll'. Manusa terlebih spoiled brat macam Balqish memang kena diajar sikit. Mesti time kecil tak pernah kena marah or ditegur (tapi kalau I tak kuasalah nak melayan perangai nthpapa Balqish & jadi terlebih baik macam Sera Nur), Baqish ni manusia paling tak sedar diri. Disebabkan pernah ada sejarah dengan penyakit mental sampai serba salah Buya dibuatnya.

Haishh, tapi itulah macam biasa pengakhiran watak RM semua akan baik baik aje. Tapi sekali je sesapa tolonglah backhand kan si Balqish bagi urat otak dia bercantum supaya fikiran jadi dewasa & tak pentingkan diri sendiri.

Lepastu I ada terbaca review katanya Buya ni lebih kurang Han Checkmate . Tapi bagi I Buya ni baik banyakkk lepastu hati Buya ni agak soft (kalau tak Balqish maybe dah jadi insan yang pandai gunakan otak sikit). Lepas dah terkantoi & terjadi salah faham dengan Sera Nur dia punya kejar mengejar tu I suka sangat hahha. Sera Nur bukan wanita lemah yang mudah terpujuk & naif macam awal berkenalan. ohh I rasa banyak banyak hero RM, Buya ni paling banyak nangis kot 😚
Profile Image for Nabilah Izzati.
31 reviews
November 27, 2025
Another story dari kak Rehan yang saya suka sangat. Macam naik roller coaster. Pace laju, jadi saya tak sempat nak rasa bosan. Tanpa baca sinopsis di kulit buku, saya mula membaca. Memang berdebar ja daripada awal hingga ke penghujung.

Kali ini seronok bila tengok watak Sera Nur yang kuat pegangannya. Bagi saya nampak tak lemah langsung walaupun diperbodohkan oleh Buya pada awalnya. But kudos tu Sera, seronok tengok dia kuat dan tabah dalam kisahnya. Tak mudah melatah dan pandai mengatur ikut caranya sendiri.

Awalnya saya menyangka watak Bunyamin dalam ni watak green forest mcm siri Untuk Aku..tetapi sangkaan itu terpesong. Boleh tahan ya si Buya ni..untuk separuh pertama, agak kuning-kuning merah perangai si Buya ni. Pada malam pertama tu, aku mcm nak je Luk panggil the Trio datang dan humban Buya jauh dalam laut. Biar dia hilang tanpa jejak. Sakit gila hati aku melihat perangai Buya ni.

Dan macam biasa, sudah terhantuk baru terngadah, dah Sera lari baru nak sedar diri yang dirinya dah jatuh cinta. Hahahha...padan muka dengan Buya ni. Puas hati bila tengok kedegilan Sera ni layan Buya.

Baru nak rasa bahagia sikit, datang pula sorang lagi si Qish buat masalah. Yang ni kan memang saya tak puas hati betul. Sepatutnya, dia ni kena makan penampar baru betul. Adoii...sampaikan si Sera ni "berkorban" sekali lagi untuk sedarkan si Qish tak guna ni. Nasib la pengorbanan tak sia2. Tapi kenapa endingnya laju sangat......baru nak rasa manis2 buah, dah jumpa TAMAT.
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
May 11, 2025
Hmm, susahnya nak terima adik angkat yg bukan susuan ujian Sera ! Ya Allah hugs Sera !!! Andai boleh jadi Naz 2.0, bukan adik tu je aku tampor.. dengan abg yg tak reti jadi suami pun aku belasah 🤬

Sangatlah tinggi kesabaran nak habiskan, best je sebenarnya. Cuma jadi kurang bila terfikir family buya ni biar je budak tak matang tu duduk serumah even lepas baligh. Ke ada terlepas pandang diorg beradik susuan??

Buya langsung tak main peranan sbg suami. Dah kahwin, bawa la duduk rumah lain kalau dah terang lg bersuluh si adik angkat tu tak sebulu dgn Sera?! Tidur ke dlm kursus kahwin?? After everything pun, laju je maafkan without letting her face the consequences. Andai ada org ungkit dia nak travel tu sbg consequence dia, mmg bagi saya tak cukup lepas hampir retak masjid org 🙃

Justice for Sera !!! Bidadari saya 🫂
21 reviews
September 8, 2025
Emotional rollercoaster. One word; female rage.

Perempuan paling lembut naik amuk is the best!!!

"Jangan berbicara lagi tentang cinta, Bunyamin!" oh chef's kiss 🤌

Tak tau lah nak kata Bunyamin ni. Awal-awal red flag, lepas tu yellow flag (tak cukup beige flag) akhirnya alhamdulillah insaf jadi green flag.

Plot twist buat rasa nak gila. Siapa sangka, plot twist tu muncul berpunca bukan daripada Sera atau Buya?

Paling berat sebenarnya pada Buya, Sera mangsanya. Watak-watak sampingan dalam buku ni mesti penat. Mujurlah watak rekaan saja 😮‍💨

Lukman (kameo daripada buku Anak Perempuan Dato' Pengarah) watak paling bijak sekali! Huzair tu lepas kena 'basuh' baru elok sikit.

Sera lembut, kental, malangnya seorang yang tak berfikir panjang. Balqish? Macam tak fikir langsung. Buya... fikir-fikirlah.
Profile Image for Booku Puspita.
44 reviews
September 16, 2025
Love dooh watak Sera! 💖 Bukan typical FL yang lemah senang di pijak, tapi dia memang tahu apa yang dia nak & berani bertindak. Bunyamin buat sikit je kat dia, tapi Sera balas balik sampai Buya tu terus tak jadi orang. Jangan main-main dengan ketulusan hati seorang perempuan sekali dikhianati, memang habis lah…

Bunyamin pula antara ML kategori yellow flag. Kita sendiri macam 50/50 je dengan dia. Kadang geram dengan ego & kedegilan dia nak teruskan planning yang entah apa-apa tu. Tapi dalam masa yang sama, bila Sera ‘menghukum’ Buya, rasa puas hati sangat… walaupun ada sikit kesian juga.

Dan serius tak sangka plot twist dia gila weh! 😱 Memang takleh agak langsung. Duk fikir punya fikir kenapa dia jadi macam tu… sekali bila terbongkar sebab sebenar, terus mind blown. Scene tu memang betul-betul main dengan mental & emosi watak & kita sendiri.

Profile Image for Az3an.
172 reviews4 followers
June 25, 2025
First, tak gemar la nama hero kali ni..BUYA? Silap baca macam BUAYA!

Cerita ni starting macam best tapi towards the end agak bosan sedikit. Buya ni perangai dia agak tak semengah. Mula-mula kemain ala-ala gangster, last-last jadi selemah-lemah lelaki yang menangis kat bucu katil. Sera pula jenis melayan perasaan sangat. Aku suka Sera dengan Riz yang lebih menghargai, yang dah lama tunggu dia tapi ye la kalau Sera dengan Riz mesti novel ni sampai bab 5 aje kot :P

Dalam hal ni 'benda' yang paling banyak ditolak-tarik ialah harta wasiat berjuta tu sebenarnya. Penat nak hadap sekejap harta tu kat Sera, sekejap bagi balik kat Buya dan Qish. Tiba-tiba nak tukar semua bagi kat Qish pula. Dia pusing-pusing macam tu je la sampai habis cerita. Penat!

Profile Image for aya read.
7 reviews
August 31, 2025
The real definition of a strong woman. Sera nur takkan bagi orang pijak dia. I love how dia terus tinggalkan buya bila dia tahu rahsia tu. tak fikir dua tiga kali Ahahhahaahha padan muka kau buya. Bunyamin? Yellow flag. Not quite red tapi hampir red bila dia dah mula mengugut untuk sera stay dgn dia. Like what man kau fikir kau siapa. Balqis mmh perangai setan sikit asik tak sedar diri and the ploy twist about her quite hurmm not bad lah. Tapi rizai huhu dia yellow flag juga but better than bayu kot. Maybe akan ada cerita pasal dia. Naz and huzair tho..hehehehenehh aya nk tahu pasal diorang ni kenapa naz benci sgt ke zair ni. Overall a good story walaupun quite cliche.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
March 2, 2025
I would say novel tkde elemen 'wow' sgt dan jangan risau tak pain sgt pun secebis mcm tu je. Rasanya paling best Dia Untuk Aku. Cerita ni ok la tk berapa sweet, awal-awal tu je byk manis gtu sikit" , tp diorang * the main character romantik dgn cara sendiri. Konflik tk berat sgt sikit je, ada main tipu-tipu sikit lepas tu dum mcm biasa terjatuh jugak dgn sendirinya. Love ada cameo Luqman dlm ni, walaupun sekejap je ada dia mcm besar jugak impak kpd Bunyamin ni. Sera, watak yg baik sangat sangat, nak bukak buku baru so on tu, yeah dia seorang pemaaf. Cuma terkejut sedikit dgn adik Bunya, Balqis ni. Mcm what, abang kau kot walaupun.. Hm, I got ick sikit part dia tu. Overall not bad la
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ainsolehah.
14 reviews
October 21, 2025
Kali ni RM bawak watak perempuan yang agak tegas like Sera Nur. Rasa macam puas hati pulak bila ada watak macam sera nur ni 😆

Dia lembut, tapi ada ketagasan dalam diri dia. Nampak menarik. Bunyamin pulak, awal ii jee beria. Hujung ii cengeng 🤣 geram! Padan laaa muka. Ingat duit tu boleh beli kebahagian kee hah? Daa kena sekali dengan sera nur, tahu pun serik hahaha puas tiba tiba.
1 review
December 9, 2024
First impression, best and nice 👍 . Satu perkataan yg mgambarkan ML, persis seperti watak Han dalam novel Checkmate. Even red flag tapi sayeee sukerrr 🥲 . Jalan cerita best 👍
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
January 2, 2025
Got so much to say tapi nanti la. Takde mood nak rant
Profile Image for Lyana.
4 reviews
June 9, 2025
best! another book by Rehan Makhtar yang tidak mengecewakan.
watak hero yang terus mengejar cinta heroin yang terluka dek ego dan kisah silam keluarga mereka.
ada plot twist yang buat saya tak mampu berhenti dari meneruskan bacaan sehingga akhir muka surat.
Profile Image for Zafrishasy.
24 reviews3 followers
November 15, 2025
📚 𝖪𝖺𝗎 𝖡𝗂𝖼𝖺𝗋𝖺 𝖳𝖾𝗇𝗍𝖺𝗇𝗀 𝖢𝗂𝗇𝗍𝖺
🖋️ 𝖱𝖾𝗁𝖺𝗇 𝖬𝖺𝗄𝗁𝗍𝖺𝗋


Kerana sebuah wasiat dari Datuk Bakri, Sera Nur dan Bunyamin bertemu. Disangkakan sebuah pertemuan yang baik-baik sahaja, namun siapa sangka ada yang tersirat dalam segalanya.

“𝙔𝙤𝙪’𝙧𝙚 𝙢𝙮 𝙬𝙞𝙛𝙚, 𝙎𝙚𝙧𝙖 𝙉𝙪𝙧. 𝙄’𝙢 𝙜𝙤𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙤 𝙠𝙚𝙚𝙥 𝙮𝙤𝙪 𝙗𝙮 𝙢𝙮 𝙨𝙞𝙙𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙚𝙫𝙚𝙧.”

“𝙒𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙟𝙖𝙨𝙖𝙙 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖 𝙟𝙞𝙬𝙖?”

-

Disangkakan baca kali ini agak santai, tetapi sebaik sahaja sampai di bahagian konfliknya, air mata laju sahaja menitis. Kak Rehan sangat bijak memainkan perasaan pembaca dalam setiap karya beliau, dan buku ini adalah salah satunya.

Dari awal, kita dibawa menyelusuri kisah Buya, Bunyamin yang kehilangan bapanya, seterusnya kepada wasiat yang ditinggalkan. Pelbagai persoalan bermain yang membuatkan pembaca semakin ingin tahu apa yang terjadi. Konflik yang ditulis, sangat baik. Bukan sesuatu cliche. Malah, the plot twist is twistinggggg☹️😭apatah lagi segalanya terbongkar pada malam pertama mereka😀

Buya. Agak sedikit geram dengan dia dari awal sebab agak 🚩bila dia teruskan niat jahat dia dekat Sera Nur. Tapi, kitonyo lemah bila dia merayu, memujuk walaupun Sera Nur dah angkat bendera putih lepas tahu kebenarannya. Cuma, bolehlah letak cemburu buta tu ke tepi sikit🙄

Sera. Sera Nur punya karakter ni memang nampak polos, innocent gila, tapi ada ketegasan dan pendirian dia sendiri. Tapi, satu jelah, I penat sangat bila dia tak bagi Buya explain everything, and bila Sera ni asyik fikirkan orang lain dan bukannya diri dia🙃Yes, i have to admit dia ada prinsip dan berani melawan bila ditindas, but sedikit geram jugalah

I suka gila the grovel partttt😗panjang dan saya suka gila bila kak rehan tulis segala jenis cara yang ada untuk Buya pujuk Sera. Begging, crying and even kneeling cuma untuk dapatkan kemaafan Sera dan hati isteri dia balikkkkk🥰luckily, Buya punya watak memang nampak improvement dari awal hinggalah akhir.

Overall, this book is so gooooood. Bijak memainkan emosi, plot twist yang betul-betul twisting, cameo Lukman dan Tiani yang buat saya rindu APDP, a few karakter yang saya rasa perlukan cerita mereka sendiri.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.