Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pelacur Kelas Pertama

Rate this book
Shuhada merupakan seorang anak, isteri dan perempuan yang menjadi mangsa dalam setiap keadaan. Setiap mimpi indahnya bertukar gelap dan tidak bercahaya selepas dia dirogol bakal suaminya, Alias. Alias seorang ustaz lepasan Mesir menjadi pilihan ibu bapa Shuhada sedangkan Azam bekas tunang Shuhada ditolak hanya kerana belajar di Malaysia. Kehidupan Shuhada penuh dengan kesakitan. Setelah beberapa kali keguguran Shuhada akhirnya dinasihatkan untuk tidak lagi mengandung. Kesakitan Shuhada bertambah apabila Azam meninggal dunia akibat kemalangan. Sejak hari itu Shuhada sering berada di dalam alamnya sendiri bersama Azam.

“Jika mimpi itu satu kebahagiaan, apa perlu kau bangunkan aku dari lamunan?”
“Aku mencari tuhan pada setiap penjuru ruang dan alam, namun aku gagal. Apakah Tuhan sudah pekak dan bisu sehingga tidak lagi mahu mendengar rintihanku? Atau sebenarnya tuhan sudah mati?”

209 pages, Paperback

First published January 1, 2014

20 people are currently reading
273 people want to read

About the author

Melati Rahim

1 book13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (36%)
4 stars
26 (26%)
3 stars
17 (17%)
2 stars
9 (9%)
1 star
10 (10%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
May 23, 2015
perasaan MB...
rasa nak gila pun ada
apatah lagi si shuhada tu yg sdri hadapi
ini bukan lagi manusia bertopengkan setan biasa2 tapi manusia bertopengkan raja setan..

taniah penulis membongkarkan kisah benar ini.. sakitnya bila baca


tapi
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
September 11, 2014
Saya berpeluang menemubual Melati Rahim di Twitter. 80% dari kisah Shuhada adalah kisah benar. Saya beri 5 bintang terus kerana buku ini punya satu realiti yg mana tak semua mahu terima dan punya sentuhan padu. Terbangkit rasa marah dan emosi yg tak menentu selepas membacanya. Menakutkan saya tentang erti sebuah perkahwinan dan ketaatan.

Seringkali kita berada dalam mode "denial" but what else can we say? Reality bites. Wanita, hentikanlah dibuai kisah gembira. Jadikan kisah ini sebagai sempadan. Read it. Dan fikirlah nilai dirimu wanita sebenarnya teramat tinggi. Jaga diri, hiasi peribadi.

Melati Rahim, teruskan berkarya. Berikan lagi yg realiti.
Profile Image for Adi.
158 reviews19 followers
May 20, 2014
secara keseluruhannya, ini adalah sebuah novel ringan, ringkas dan tak meleret-leret.
Ia boleh dibaca pada bila-bila masa, kecuali di depan ibubapa sendiri.

kulit kovernya aneh, isi ceritanya eksplisit, kadang-kadang kedengaran islamik,pada dasarnya feminis, tetapisangat menggugat dengan fantasi-fantasi seks liar yg tak terkendali.

Porno dan islamik mungkin kombinasi yg canggung, tapi ada sensasi serba baru datang dari ekperimental ni. Bravo. Semoga terus berkarya dan membawa kelainan.

kudos !!
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
November 1, 2014
Aku terasa nak baca novel ni selepas Melati dapat nama atas DAP.

So aku nak lihat bagaimana novel ni. Sebab Melati cakap ketika dia menulis sesetengah part dari novel ni, dia menangis.

Dan aku dapat rasa apa yang dia tulis.

Keep it up Melati.
Profile Image for Ummi Abibah.
12 reviews4 followers
March 20, 2015
‘Never Judge The Book By Its Cover’
Pendapat peribadi aku , perkaitan pepatah di atas dengan buku ni ada dua. Yang pertama bberkenaan tajuk dan ’cover’’ buku tu sendiri dan yg kedua watak dalam kisah ni. Secara ringkasnya naskah tulisan Melati ini hasil gabungan 3 cerita tentang 3 perempuan yang tersepit dengan kemahuan keluarga, kehidupan bersuamikan malaikat bertopeng syaitan dan pemerdagangan orang. Dan kisah ni juga lebih menfokuskan watak Shuhada selepas bberkahwin dengan ustazz lulusan universiti di Mesir.
Melalui karya ni juga aku tertarik dengan kisah wanita dari Kygyrstan, sebuah negara yang punya budaya pelik menculik pengantin.Di sana,kalaupihak lelakisudah berkenan dengan perempuan,maka pihak lelaki tadi hanya perlu menculik bbakal isteri secara paksa dan dinikahkanwalaupun tanpa kerelaan pihak perempuan. Aku kira sebbagai penghinaan dan diskriminasi yang jelas berlaku terhadap kaum wanita. (bayangkan zaman jahiliah dulu)
Sejujurnya, aku agak terkejut bila baca karya ni. Bagaimana kisah penindasan keatas wanita diolah dengan unsur feminis dan islamik juga. Aku juga tertanya-tanya bagaimana si penulis ni boleh olah cerita sebbegini rupa dengan memberi gambaran secara terperinci dan realiti dalam setiap babak yang dimainkan terutamanya tentang penderaan seksualseorang ustaz kepada isterinya. Yang menariknya juga cara penulisan penulis yang berani bereksperimen dengan gabungan islamik + porno hingga terhasil karya jujur dan tak meleret-leret. Orang kata eksplisit.
Buku pertama yang ditulis Melati ni sudah di’’ban’ dan tak dapat dikenalpasti puncanya. Mungkin sahaja kerana pendedahan berani kisah benar yang berlaku secara realiti oleh Melati melalui penulisannya.Di mana selama ini masing-masing memegang prinsip ’tidak mahu menjaga tepi kain orang’, lalu mereka terlepas realiti sesebuah rumahtangga yang diibbaratkan seperti neraka bagi sesetengah individu. Gambaran masyarakat kini yang lebih rela berada dalam situasi ’denial’ dan terus-terusan disogok dengan kisah indah alam bberumahtangga tanpa menyedari tidak semua yang berjaya mengecapi kebbahagiaan itu.
“Aku mencari tuhan pada setiap penjuru ruang dan alam, namun aku gagal. Apakah tuhan sudah pekak dan bisu sehingga tidak lagi mahu mendengar rintihanku? Atau sebenarnya tuhan sudah mati? ”
Sebagaimana Melati menangis masa proses menyiapkan buku ni, aku tak dapat elak untuk mengalami situasi yang serupa. Ini kisah benar yang diceritakan kepada penulis semasa penulis terlibbat sebbagai salah seorang sukarelawan dengan bbadan NGO yang memperjuangkan hak wanita. Buku ini juga ada mengupas mengenai isu-isu ’Domestic Violence Acts’. Pada aku, kisah ini bbukan sekadar cerita tikar dan bantal tetapi sebuah penulisan yang mencelikkan mata yang buta membuka jalan realiti.
*4 ½ bintang
(Sebenarnya ada beberapa watak sampingan yang xkurang hebbatnya peranan dalam cerita ni, tp aku malas nk ulas takut makin meleret). Lepas baca ni korang pasti sedar seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawab dalam memelihara hak wanita bererti mereka tidak sempurna imannya walaupun sudah banyak amalan kebajikanyang dilakukan. Wallahualam.
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
December 31, 2014
untuk buku senipis ini,aku bagi 3.5 bintang.jalan ceritanya ringkas,membaca sinopsis sahaja sudah boleh menangkap maksud cerita.tapi selepas membaca,aku dapat merasai kesakitan yang dialami oleh watak utama apabila didera oleh suaminya berulang kali. semuanya hanya disebabkan oleh dendam.pada aku kalau kau ustaz,kau patut lebih redha dengan ketentuan ilahi,ape yang allah dah bagi.baik atau buruk isteri/jodoh kau tu,tu semua adalah mangsa lampau.jangan lah mudah menghukum.kita bukan tuhan.dahla setiap malam dijadikan bagai hamba seks,walaupun berstatus seorang ustaz,tapi nafsunya dikuasai syaitan.ini mengingatkan pada aku bahawa tak semua yang nampak di mata kasar adalah baik.kita hanya nampak luaran.akibat penderaan mental dan fizikal yang dialami oleh shuhada telah menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan dan akhirnya dia ambil jalan mudah.mungkin masa tu memang mental dia dah tak stabil.teruk kot kena siksa dengan si alias tu.keguguran sampai berkali-kali.dengar-dengarnya kisah ini berdasarkan pada kisah benar,mungkin penulis buat interview dengan mangsa.tabah sungguh mangsa ya.

tahniah melati.cerita yang menarik.
Profile Image for NORAZILAH RAPLIS.
10 reviews2 followers
February 19, 2015
Tisu mana tisu...? Sedih!
Done baca bku sis Melati Rahim. beberapa jam abis baca. Best jln ceritanya. Sng fhm n sng hadam n x meleret2. Gila watak Alias ni... psiko.ada 1 m/s tu ak x sggup baca. Dont judge Alias by its serban ok. suka dgn unsur feminis yg diketengahkan..btpa tggi nilai wanita..ok then. Peace yo.mau kasi berapa bintang yaaa.. 5★★★★★.. Cover cun+bahasa+logik cerita yg dibawa
+konflik+ending story(seperti yg aku harapkn)

Jaga maruah dan hati.. keep it up kpd penulis!
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
May 27, 2015
Tragisnya hidup Shuhada.. simpati saya pada hidupnya bersuamikan orang yang dipandang mulia pada masyarakat tapi hakikatnya berhati seperti bukan manusia.. hingga sanggup membunuh anak yang dikandung oleh isteri..

Tidak mustahil ianya realiti dlm kehidupan dan sekeliling kita
Profile Image for mummy bulut.
8 reviews5 followers
May 21, 2015
ptt dari awal laki xguna tu mati stress aku
Profile Image for Munirah Mn.
67 reviews
January 27, 2019
The depiction of an abusive marriage is definitely an eye-opener. Tapi mungkin gaya bahasa dan cara penyampaian, plus the ending rasa macam tak memuaskan.
5 reviews
August 25, 2021
Biarpun agak lewat sya baca buku ini, tapi ya ampun jalan cerita, mampu membuat kan mood anda berubah2,
Profile Image for Bloodycat.
19 reviews3 followers
October 5, 2016
Mari mulakan dengan watak-wataknya. Tiada satu pun watak-watak dalam buku ini yang boleh disukai, termasuk si mangsa yang merupakan watak utamanya. Kerapuhan watak utama hanya ditunjuk bila perlu dan selain daripada itu dia berkelakuan agak teruk. Sebagai contoh kepada jirannya yang mahu membantunya. Watak si pendera pula seakan-akan dipaksa paparan sikap kemanusiaannya dan aku tak boleh tahan daripada mengeluh je baca babak-babak ini.

Watak si mangsa yang boleh melarikan diri ke Indonesia tak boleh melarikan diri dari situasi yang akan menyusahkannya. Daripada dengan sukarela jatuh ke tangan si pendera sehinggalah sebab dia bertahan dengan rumah tangganya yang menyeksakan. Setiap monolog ala sinetron sekadar mahu menunjukkan yang si mangsa ini terseksa dan pembaca perlu simpati.

Secara jujurnya, baca buku ini macam baca novel Babi sekali lagi. Dan itu bukan perkara yang baik. Buku ini adalah macam mana kalau Cerekarama dan Sinetron disatukan dan seterusnya dinovelkan. Segala babak memaksa pembaca untuk rasa apa yang mereka patut rasa. Mangsa ini didera, jadi perlulah letak entah berapa banyak babak dia diseksa. Pergelutan emosi dan psikologi mangsa ataupun pendera tak perlu sama sekali.

Secara keseluruhannya, pembacaan yang amat memenatkan bagi buku yang agak nipis.
Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
December 15, 2014
Tak dapat dibayangkan bagaimana si Shuhada ini hidup dalam perkahwinan yang penuh tragis.

Untuk kisah yang ditulis dari kisah benar maka aku beri 4 bintang.


26 reviews1 follower
May 11, 2015
Apa yang bole saya katakan syabas pada writer
berani merungkai kisah kejam seorang Ustad.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
July 27, 2015
Aku tertanya-tanya apa motif watak Raudhah dan Zahara di dalam novel ini, kerana kedua watak ini ada muncul sekejap dan kemudian mati begitu sahaja.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.