Macam speechless sebab banyak juga aku terkesima dan terkesan dengan beberapa cerpen di dalam buku ni. penulis menulis dengan penuh jiwa, banyak elemen personafikasi dan metafora di dalam cerita. ada beberapa cerpen aku kena baca balik sebab aku selowww bab nak faham benda tersirat ni. memang menjadi la cerita tu kalau ada yang sampai buat aku termenung dan berfikir. buku ni boleh dikatakan, siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya haa gituuuu. short but hurts.
Kumpulan cerpen ini karya Airul Affendi Ali, penerima Anugerah Tunas Sastera PENAMA (Persatuan Penulis Negeri Melaka). Ia menambah koleksi karya sastera Malaysia yang dihasilkan oleh pengarang berkerjaya dalam bidang kejuruteraan.
Ada 14 cerpen yang termuat dalamnya. Ada panjang, ada pendek. Sebahagiannya telah diterbitkan dalam media arus perdana.
Airul wajar dianggap antara penulis paling prolifik dalam genre puisi, namun siapa sangka kumpulan cerpennya terbit lebih awal berbanding kumpulan puisi.
Beberapa cerpen berlatar kampung termasuk di Chenor, Pahang. Walaupun berasal dari Melaka, tak ditemui latar Melaka secara eksplisit... hehe.
Sehubungan itu, sekurang-kurangnya ada dua cerpen termuat impian budak kampung yang ingin hidup senang di bandar. Saya lihat penulis mahu sampaikan bahawa wajar ada impian besar namun wajar dinilai baik buruk dan implikasinya.
Beberapa cerpen guna istilah saintifik seperti dysthymia dan endosulfan serta dialog bahasa Inggeris barangkali gambarkan penulis berpendidikan tinggi daripada sains dan teknikal.
Nampaknya Airul sukar dipisahkan daripada isu alam sekitar. Endosulfan misalnya berkaitan isu penggunaan racun terlarang dalam industri tani, di samping isu pencemaran sungai.
Kedua-dua pencemaran tersebut memberi kesan buruk kepada alam malah memudaratkan manusia daripada segi penyakit dan menjejaskan pendapatan. Bagi pengarang, penguatkuasaan undang-undang amat penting bagi menanganinya.
Ada satu cerpen tentang kopi. Barangkali juga pengarang peminat kopi. Itu lah ‘risiko’ kumpulan karya sastera, membuka fail demi fail pemikiran dan keperibadian sang pengarang. Apa pun tahniah Airul.
Tajuk: Bingit Kota Raya di dalam Tubuh Pemuda Penulis: Airul Affendi Ali Penerbit: The Biblio Press Cetakan Pertama: 2024 Ketebalan: 81 muka surat Genre: Cerpen Harga: RM 22.00
Alhamdulillah.
Usai membaca buku keenam untuk tahun ini. Tidak seperti buku-buku lain yang sama ada dibeli atau dipinjam daripada perpustakaan, buku ini adalah hadiah daripada seorang sahabat, Airul Affendi Ali, atau juga dikenali di whatsapp group dengan AAA. Anak kelahiran Pahang ini adalah antara penulis yang (agak) muda yang meningkat naik dan telah mengharumkan namanya di ranah sastera bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Indonesia, Singapura dan Brunei.
**spoiler di hadapan**
Saya lebih banyak membaca karya-karya puisi beliau yang saban hari bersiaran di akhbar-akhbar arus perdana dan juga site seperti Tukang Puisi dan Eksentrika. Namun saya kurang mengenali cerpen-cerpen beliau walaupun banyak juga yang tersiar di media cetak dan elektronik. Inilah kali pertama saya membaca 14 cerpen beliau secara back-to-back.
Airul suka bereksperiman dalam berkarya. Maka, cerpen dengan 800 ke 1200 patah kata adalah ruang yang lebih luas untuk beliau bereksperimen berbanding di lembaran puisi. Yang paling ketara, daripada 14 cerpen yang dimuatkan, hanya 5 cerpen dari genre realisma, dan baki 9 cerpen terdiri dari kalangan realisma-magis dan avant-garde.
Walaupun saya sendiri cenderung ke arah realisma-magis, namun sekiranya terlalu banyak cerpen seperti ini dalam kumpulan cerpen, agak letih juga membacanya. Ini adalah kerana otak kita dipaksa bekerja keras untuk memahamkan plot-plot dan watak-watak yang luar dari kebiasaan, sedangkan niat kita membaca adalah untuk bersantai-santai sambil mencicip kopi di pagi hari di kedai mamak di tebing Sungai Gombak, misalnya.
Airul juga mewakili kumpulan penulis yang lahir di luar rahim sastera semasa pengajian tinggi. Beliau, seorang teknologis sains persekitaran dan kelestarian tenaga, dengan pangkal nama Ts di hadapan, telah menggunakan kepakarannya untuk menyentuh isu-isu alam sekitar seperti kemarau, pembalakan haram, pencemaran sungai dan penggunaan racun terlarang dalam aktiviti perladangan. Tema-tema ini digarap dengan baik dan kita sebagai pembaca turut mendapat manfaat dan ilmu darinya.
Akhirul kalam, kumpulan cerpen "Bingit Kota Raya di dalam Tubuh Pemuda" adalah satu naskhah kumcer yang luar daripada kebiasaan dengan isu-isu alam sekitar dan genre Avant-Garde. Sebagai aising di atas kek, sebagai penyajak separuh masa, cerpen-cerpen Airul turut dihiasi bait-bait puitis yang kita boleh jadikan modal menulis puisi kita yang seterusnya.
Ini bukan resensi bersifat analitikal, tapi datangnya dari sudut pandangan kotak mata pembaca.
Saya telah berjaya menghabiskan pembacaan karya sulung Airul ini dengan hati yang cukup senang.
Senang kerana terdapat beberapa cerpen beliau begitu mengesankan. Walaubagaimanapun, ada juga beberapa cerpen yang saya rasakan begitu " hambar". Mungkin hambar saja pada saya tapi bukan pada pembaca lain. Ianya subjektif.
Cuma apa yang saya boleh simpulkan: Airul hebat dalam penceritaan berbentuk "thriller/crimes". Penulisan dalam genre sedemikian bersifar sadistik dan jijik ! Saya kira inilah elemen utama Airul.
A friend recommended this read to me during my short stay in Msia and I must say this is a good read. Stops me in my tracks loads of times as I walked through the book. The short stories are easily digestible. I feel as though these are easily thoughts anyone would at some point of their life; encounter.