Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rentas

Rate this book
Hidup Reyzal (bukan nama sebenar) sentiasa kelabu semenjak dia menolak tawaran melanjutkan pelajaran di Perancis, yang langsung memadam harapan kedua-dua orang tuanya. Ayahnya tidak mempedulikannya lagi, dan ibunya tidak semesra dulu. Dan hidupnya saban tahun dirundung penyesalan. Apabila pandemik COVID-19 melanda, masa depannya terus menjadi kelam. Dia hilang pekerjaan. Dia tiada hala tuju.

Ketika dia sudah putus harap, muncul Selena dengan tawaran pekerjaan – menjadi calon uji kaji eksperimen yang dinamakan RENTAS. Apa yang Reyzal (bukan nama sebenar) perlu lakukan adalah mengulangi semula hidupnya pada masa lampau, dengan mengambil jalan yang berbeza. Bunyinya seperti scam, namun Reyzal (bukan nama sebenar) tidak peduli. Yang penting bil bulanannya dapat dibayar (walaupun untuk satu bulan jika benar scam). Syaratnya, dia perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan sebagai perentas masa.

Ini peluangnya untuk menebus kembali kesilapan lalu. Demi mendapatkan kembali kasih sayang ayah dan ibu, dan menjalinkan kembali cinta lama yang terputus, ini peluangnya untuk mengubah takdir!

304 pages, Paperback

First published November 29, 2024

3 people are currently reading
23 people want to read

About the author

S.A. Malik

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (21%)
4 stars
12 (29%)
3 stars
18 (43%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
February 22, 2025
Persoalan what if adalah keinginan terdalam semua manusia.

Kita semua pernah terfikir—bagaimana jika kita pilih A instead of B dalam hidup?

Adakah nasib kita akan lebih baik?

Itulah premis Rentas, kisah tentang Reyzal yang hidup dalam bayang-bayang penyesalan selepas menolak peluang belajar di Perancis.

Dengan hubungan yang retak bersama keluarganya dan masa depan yang makin kabur akibat pandemik, dia ditawarkan peluang kedua—secara literal.

Melalui eksperimen RENTAS, dia boleh kembali ke masa lampau dan memilih jalan berbeza.

Saya suka bagaimana novel ini menggabungkan unsur sains fiksyen dengan dilema realistik seorang manusia yang dihantui keputusan silam.

Pengalaman Reyzal merentas masa bukan sekadar plot fantasi, tetapi juga refleksi tentang pilihan dan akibatnya.

Jika diberi peluang, adakah kita benar-benar dapat mengubah takdir, atau hanya mencipta kesilapan yang baru?

Setahun dua terakhir ini, saya banyak consume karya tentang patah balik ke masa lalu—antaranya filem Imaginur dan Reversi (Beto power dalam dua filem ini) serta novel Dark Matter oleh Blake Crouch.

Menuju penghujung usia 20-an, mungkin ada sebab kenapa saya tertarik dengan cerita sebegini.

Mungkin kerana semakin dewasa, kita semakin sedar bahawa setiap pilihan yang dibuat, sudah tetap.

Kadang-kadang terfikir tentang jalan-jalan yang tidak diambil, Rentas sangat dekat dengan hati saya.

Ia mengingatkan saya bahawa menyesali masa lalu itu mudah; menerima dan terus melangkah ke hadapan adalah pilihan yang lebih susah—tetapi itulah namanya hidup.

Kita buat silap, terjatuh, kemudian kita bangkit dan belajar.

“You cannot change the past, but you may shape your future.”


Dapatkan Rentas >> https://s.shopee.com.my/6AWNRnfwWp
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
May 12, 2025
❝Tapi mereka tidak tahu yang aku telah dikurniakan sesuatu yang tinggi nilainya. Aku diberi peluang untuk mengubah takdir 𖠋 ❞

Kalau kalian diberi peluang untuk menjadi perentas masa - kembali pada masa lampau, mengubah situasi & masa depan. Kalian akan ambil peluang tersebut atau tidak?. Mungkin ada yang akan menolak dengan alasan apa yang sudah terjadi biarlah berlalu pergi.

Tapi tidak bagi Reyzal. Mungkin ada banyak perkara yang boleh dia ubah?.

Semenjak dia menolak offer untuk melanjutkan pelajaran di Perancis. Hubungan dengan kedua-dua ibu bapanya ada jurang. Ketika pandemik Covid 19 melanda. Dia kehilangan kerja tetap & lost. Dalam pencarian kerja lain. Muncul Salena yang menawarkan dia kerja. Kerja apa?. Menjadi calon uji kaji eksperimen Rentas (Rewind Experiment oN Time And Space). Walaupun dia rasa tidak yakin dengan apa yang ditawarkan Salena. Mengenangkan yang dia juga dalam masa yang sama terdesak. Reyzal terima juga. Apa yang akan terjadi seterusnya?

Actually, kita tak tahu macam mana nak ulas Rentas ini sebaik-baiknya sebab risau terbagi spoiler tanpa sengaja. Tapi for sure, siapa yang minat genre time travel & sci fi. Kalian akan suka dan enjoy baca Rentas. Personally, ika suka macam mana penulis tidak tunggu terlalu lama untuk 'start cerita'. Padahal baru mukasurat 9.Terus hook nak teruskan pembacaan. Kita rasa seronok sebab tak meleret-leret dengan benda tak penting untuk mulakan cerita. Penulisan yang santai & gaya bahasa yang mudah difahami, bersahaja & ada sense of humor.

One word mengenai karakter Reyzal dalam Rentas. Realistik. Bila baca monolog dalaman dia. Dari awal cerita kita boleh nampak yang Reyzal sama macam manusia normal yang lain. Perasaan yang dia ada tu semua valid.
Kita akan nampak perubahan karakter dari masa ke semasa.

Overall, satu percubaan yang baik dari penulis. Banyak perkara yang diceritakan penulis, kita as pembaca dapat imagine. Maknanya, apa yang nak diceritakan penulis itu sampai. 🙌🏻

Rentas ni dalam masa yang sama membawa kita sekali menjelajah dengan watak utama. Rasa macam betul-betul jadi dak dak perantauan. Hshs.
#PXReadsbeyondreality #readsbeyondreality
Profile Image for Elvina Zafril.
716 reviews104 followers
December 12, 2024
Macam mana kalau kita diberi peluang untuk mengubah takdir? Persoalan yang terus buat saya terfikir sepanjang membaca Rentas. Secara peribadi, saya rasa walaupun hidup saya sekarang biasa-biasa je, saya tak nak ubah takdir. Sebab walaupun dulu saya tak cemerlang masa sekolah, ia membawa saya ke jalan yang membuatkan saya berada di tempat kegemaran saya sekarang. Mungkin kalau takdir diubah, saya takkan sampai di sini.

Rentas mengisahkan tentang kehidupan Reyzal (bukan nama sebenar) ni menjadi suram dan kelabu sejak dia tolak tawaran sambung belajar di Perancis. Mak dan ayah dia dah tak semesra macam dulu. Bila pandemik COVID 19 tiba, bertambah suram kehidupan dia. Satu hari dia berjumpa dengan Selena, menawarkan peluang kerja untuk dia iaitu untuk jadi bahan uji kaji eksperimen yang dinamakan RENTAS.

Awal cerita Rentas agak perlahan kalau ikut selera saya. Penulis banyak membina latar dan memberi ruang kepada watak Reyzal (bukan nama sebenar) untuk memancing simpati kita. Tapi selepas separuh buku, rentaknya semakin laju. Plot twist mula muncul dan persoalan-persoalan yang bermain di fikiran akhirnya terjawab dengan cara yang menarik.

Saya suka jalan cerita yang santai tapi penuh pengajaran, dan Rentas berjaya menyajikannya dengan baik. Ada momen yang buat saya teringat cerita-cerita lain yang pernah saya baca atau tonton, terutama dalam elemen perjalanan masa. Tapi Rentas masih ada keunikan tersendiri, terutamanya dengan gaya penceritaan yang sempoi dan disulami lawak santai.

Namun, kisah yang melibatkan perjalanan masa ini memang ada risiko untuk memeningkan kepala. Ada babak-babak yang buat saya sedikit keliru dengan logik masa yang diterapkan. Tapi saya tetap enjoy sebab cerita ini relatable. Reyzal (bukan nama sebenar) bukanlah watak superhero – dia orang biasa je yang membuat pilihan berdasarkan emosi, sama macam kita semua.

Secara keseluruhan, Rentas adalah buku yang menyeronokkan dan mengingatkan kita bahawa setiap pilihan yang kita buat membentuk siapa kita hari ini. Dengan elemen lawak santai, plot yang memancing, dan tema yang dekat di hati, Rentas adalah bacaan yang sesuai untuk sesiapa yang suka fikir tentang "bagaimana kalau?" dan yang menghargai perjalanan hidup mereka sendiri.


Yang tau je tau, adakah saya juga harus mengoyakkan penanda buku ini?
Profile Image for nikillas.
36 reviews4 followers
May 6, 2025
Kalau tengok pada cover, aku memang agak teruja nak baca. Lagi-lagi dia nak cerita pasal time travel. Tapi buku ni bagi aku, cerita pasal time travelnya macam tak berapa nak UMPH. Lebih banyak cerita pasal negara Perancis. Dah nak macam travelog pula.

Sipi-sipi lagi nak DNF tapi digagahkan baca sebab nak tahu apa yang aku nak tahu tapi aku tetap tak tahu sebab akhirnya dia tak beritahu pun ape yang aku nak tahu tu. Faham tak?
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
June 12, 2025
Rentas membawa pembaca menyelami kehidupan seorang (Reyzal bukan nama sebenar) yang terdesak mahu memperbetulkan keputusan yang pernah dilakukan dan memperolehi peluang keemasan untuk memperbetulkannya melalui program RENTAS.

Keputusan yang disesali tersebut dibuat berdasarkan beberapa faktor yang boleh dikira sebagai "tidak matang" tetapi ianya tetap "valid", kerana setiap manusia berhak merasakan apa sahaja. Beliau memang sewajarnya belum lagi matang kerana ketika itu baru menginjak ke alam pengajian tinggi daripada alam persekolahan.

Reyzal boleh dikatakan seorang yang sederhana sahaja keinginan hidupnya, namun yang disangka sederhana itu yang mengheret beliau ke dalam keserabutan program RENTAS.

Cerita dimulakan dengan agak menarik untuk pembaca terus kekal mahu tahu dan tahu lagi apa yang akan dihidangkan dengan elemen "slice of life" berserta "sci-fi", namun setelah beberapa ketika ianya seperti agak lewah dan setelah baca kehujungnya, dapat dirasakan yang lewah itu perlu untuk pembaca alami "slow burn" berkaitan emosi yang dibawa bersama watak utamanya.

Menyelusuri perjalanan Reyzal dalam garis masa baharunya untuk memperbetulkan keputusan masa lalu banyak memberikan kesedaran dan sepertinya mudah benar dikaitkan dengan diri sendiri. Untuk mereka yang pernah menghadapi kegagalan lalu takut untuk berhadapan risiko kembali gagal mungkin akan lebih terkesan dengan cerita ini. Rasa seperti muda kembali dan bersemangat untuk lalui hari seterusnya dengan lebih tenang disamping tidak membataskan diri dengan ketakutan yang telah terbina.

Tambahan pula elemen persahabatan yang diselitkan benar-benar menyentuh hati. Sememangnya perjalanan hidup ketika remaja menuju dewasa banyak dipengaruhi oleh hubungan persahabatan. Ada yang memperoleh manfaat melalui persahabatan ada juga menjadi salah satu asbab kekelaman hidup. Nak tahu persahabatan Reyzal menjadi asbab yang mana, kena la baca.

Manakala elemen sci-fi yang menjadi rangka cerita ini sejujurnya menarik cuma bagi mereka yang barangkali kurang biasa dengan rentas masa akan sedikit keliru tapi tetap boleh menikmati cerita yang disampaikan. Mungkin, untuk lebih faham konsep RENTAS, perlu ada sambungannya ke? mungkin ya. mungkin tidak. Terpulang pada kefahaman masing-masing.

Sebagai penutupnya, untuk menikmati RENTAS ini lebih molek jika meletakkan jangkaan cerita ini lebih kepada SOL dan bukan cerita aksi nescaya ianya mungkin akan menjadi cerita yang boleh memeluk diri.
Profile Image for Yusof Bakar.
2 reviews
January 26, 2025
RENTAS - SA MALIK

Slice of life/Travelogue/Saifai santai!

Itulah yang saya boleh guna untuk menggambarkan novel Rentas karya @simonmalik_116 ni. 'Smooth' saja bacaan saya dari awal hingga akhir. Sekali sekala penulis menyuntik elemen dramatik di beberapa tempat.

Tapi dramatiknya pun tidaklah hingga mencengkam nafas. Cukup untuk membolak-balikkan graf penceritaan.

Sebenarnya tanpa elemen saifai pun novel ni dah boleh berdiri sendiri. Kisah hidup Reyzal di Colmar ralit dibaca. Kita nak tahu bagaimana hidup di perantauan.

Rentas juga sebenarnya bercakap tentang pilihan dalam kehidupan. Suatu peluang yang nampak bagus, belum tentu merupakan pilihan terbaik.

Banyak pancaroba kehidupan yang bakal dilalui atas satu garis masa, yang mungkin tiba² bercabang macam garfu (pinjam ayat penulis).

Maka yang paling penting, ialah berjalan di atas garisan itu dengan penuh keberanian. Kerana setiap usaha pasti ada ganjarannya. Tak usaha dah gerenti tak dapat.

Patah balik kepada cerita. Antara perkara yang saya suka di dalam novel ini ialah plotnya yang 'fast pace'.

Juga watak² dikembangkan serentak semasa plot bergerak. Jadi masa tidak terbuang memperkenalkan watak melalui 'back story' atau 'flashback'. Dan sampai sudah tak tahu nama sebenar watak², hanya nama panggilan sahaja. 😆

Kerana itu saya kategorikan novel ini 'slice of life'.

Penulis boleh saja menekan minda pembaca dengan memberikan persoalan demi persoalan, serta meruntun emosi kita dengan menghimpit watak dengan pelbagai perasaan.

Tapi tidak, rasa itu santai dan sedang² saja. Sangat sesuai untuk bacaan pelbagai lapisan khususnya 'young adult'.

Jika anda nak bacaan yang rilek² dan dihujung² ada sedikit khatarsis, buku ini sesuai untuk ada.

Lepas baca terus terasa nak melawat Colmar, Perancis.

Bacalah.
Tak baca, tak tahu.
Profile Image for Arifful Baqi.
Author 11 books38 followers
January 19, 2025
Novel bertemakan rentas masa. Keseluruhan cerita tentang kehidupan peribadi watak utama yang diberi peluang mengulang semula zaman mudanya. Konflik utama yang dapat difahami adalah cabaran berbahasa di negara asing. Disebabkan itu, konflik antara 'masa' hanya dianggap sebagai sampingan sahaja. Naratifnya amat mendalam. Satu kelebihan kerana dapat menerangkan setiap inci sesuatu rupa, objek, keadaan, situasi secara terperinci. Walaupun kesannya membuatkan jalan cerita bergerak perlahan, namun itu dapat membantu pembaca menyelam perasaan watak yang agak kacau emosinya serta bersikap pemerhati. Akhirnya, penting untuk reda dengan takdir. Hati yang lapang akan membantu diri menghadapi kehidupan dengan lebih tenang.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
January 15, 2026
Reyzal menerima tawaran Selena untuk menjadi calon uji kaji eksperimen merentas masa. Apa yang perlu dilakukannya hanyalah membuat keputusan yang berlainan dengan yang pernah diambil olehnya sebelum ini.

Keterpaksaan untuk membuat keputusan walaupun kecil membantu Reyzal yang mempunyai ketakutan untuk membuat pilihan. Dahulu, dia sering mengelak untuk membuat sebarang keputusan tetapi semasa merentas masa tanpa dia sedar dia sering membuat keputusan-keputusan kecil. Kita seringkali menyesali keputusan yang telah kita pilih. Namun, apakah jika kita memilih pilihan yang lain penyesalan itu tidak akan berlaku?

Ada perkara yang sedikit mengelirukan dan kurang SH fahami di beberapa bahagian buku ini. Namun secara keseluruhannya SH suka dengan idea merentas masa ini. Kita sering dengar ungkapan andai masa boleh ku putar. Namun jika itu benar-benar boleh dilakukan berapa ramai yang sanggup menghadapi risiko daripada pilihan tersebut.

Sebagai manusia kita harus menerima apa sahaja akibat daripada pilihan/tindakan kita. Belajar daripada kesilapan tidak bermakna kita perlu mengulangi masa tersebut untuk membuat pilihan yang lain. Mungkin kita hanya perlu berusaha agar tidak mengulanginya dan menjadikan kesilapan itu sebagai satu pelajaran hidup.

Reyzal sedar dia telah mengecewakan hati kedua ibu bapanya. Namun, tiada tindakan yang benar-benar dilakukannya untuk mengambil kembali hati mereka. Dia malah memilih menjauhkan diri. Lepas itu pandai pula salahkan diri. Geram juga SH dengan perangai Reyzal ini. Walhal banyak yang boleh cuba diusahakannya untuk mengambil kembali hati kedua orang tuanya.
7 reviews
Currently reading
September 16, 2025
DNF ( Did Not Finish) - Tak habis baca

TERLALU MEMBOSANKAN - BORING

Buku berharga RM39 ni saya tertarik dengan 'cover' dan 'design' nya, selain jalan ceritanya tentang rentas masa.

Tapi, bila buku dah sampai separuh, saya tak dapat habiskan baca sebab kisah meleret2 pasal dia punya paket minuman Vico, tak reti masak nasi, dan pasal lidah dia tergeliat nak cakap Bahasa Perancis. Buku dah separuh dah, tapi pasal benda2 bodoh ni je. Ditambah lagi dengan lambakan karakter classmate dia yang merapu dan menyesakkan.

Jadi saya buat keputusan untuk hentikan pembacaan ketika berada di separuh buku.
Profile Image for Nas.
17 reviews
March 11, 2025
I love time travel themed books, so when I saw RENTAS, I knew I had to read it. My thoughts? Solid! The story is fast-paced, full of surprises, and seriously hard to put down.

In short, Reyzal loses his job during the pandemic. Out of nowhere, he gets an offer to join the RENTAS experiment from Selena. And with the crazy good pay, there’s no reason to say no, especially when he’s already jobless. When we think about time travel, we usually imagine fixing past mistakes, right? But RENTAS is different. Reyzal has to make choices that are the total opposite of what he originally picked. If he made the right choice before, now he has to go back and do the wrong one. And that’s where his journey starts. Want to know what happens? Read it yourself!

I love how the book uses a lot of internal monologue. It really felt like I was Reyzal. The scenes in France were great too, like I was struggling alongside him as a student. The best part? The way the author plays with reality and dreams. It had me thinking, is this real or just in his head? Plus, there are so many takeaways from the story.

And the funniest part? I finished the whole book and still don’t know Reyzal’s real name!

One thing that threw me off, page 93. The sentence just cuts off, no full stop. I kept wondering, Was this a printing error? Because when I turned the page, it jumped straight to a new chapter. Even by the end, I still had no clue what was in the box Reyzal was carrying.

Final verdict: 5/5 stars! Actually, let’s make it 5.5/5 because this book is just that good. A must read!
Profile Image for Simon Malik.
Author 5 books17 followers
May 12, 2025
Aman Dengan Masa Lalu - ini ayat pendek untuk menggambarkan keseluruahan cerita.

Novel ini siap tahun 2018 namun 2024 barulah hati saya rela untuk lepaskan dan publish. Menulis Rentas sangat personal.

Jadi saya sangat hargai pembaca dan pemberi review novel Rentas di sini. Terima kasih sangat-sangat.

Saya ingin hubungi kamu semua agar interaksi antara penulis dan pembaca lebih rapat. Nak mesej korang tapi GR tak bagi atau profile korang lock.

Inbox saya terbuka untuk sebarang pertanyaan bahkan luahan tidak puas hati. =)

Terima kasih sekali lagi.
Profile Image for MZ.
15 reviews
July 9, 2025
Cerita ni dia macam lebih sesuai sebagai travelog. Kalau ada gambar, rasanya lebih seronok sebab banyak maklumat tentang tempat-tempat di situ.

Dari segi merentas masa, rasanya perlu dilebihkan cerita pasal kenapa eksperimen tu wujud? Ada dinyatakan tapi tak berapa jelas. Sipi-sipi.

Ada kejadian watak utama bertemu wataknya versi lain. Tapi, macam tak ada impak sangat. Sekejap sangat. Sebab, pembaca lebih dihidangkan kepada pengalaman watak utama di masa lalu. Menarik cuma, bukan sebagai novel merentas masa. Lebih kepada travelog.

Profile Image for Lalla Hasna.
34 reviews
June 29, 2025
Lama betul ambil masa nak habiskan. I pernah baca tweet dari penulis, bila baca rentas baru i boleh relate dengan tweet tersebut. Bagi i, buku ini lebih kepada perjalanan hidup penulis di France, rentas itu hanyalah sampingan. Pandai penulis memanipulasikan perjalanan hidup dia menjadi fiction rentas. Anyway good book to read. Tapi nak baca versi merentas masa ni, banyak lagi buku yang bagus di luar sana.
Profile Image for arianaaaaaaa_.
4 reviews1 follower
February 26, 2025
Half of the book meleret. I rasa buku ni kalau buat POV 3 lagi better.

Dia macam travelog pun ada, kisah kehidupan nak survive di negara orang. I tak rasa intrigued nak baca. Konsep RENTAS pun I am still confused about it. Salute for this book ialah cover yang lawa dan editing bagus. Dari segi plot dan penceritaan boleh diperkemas lagi.
Profile Image for Ain Atila.
83 reviews2 followers
June 1, 2025
Khatam-ed this book in four sitting ✅ My first read from PBAKL haul; a book with tags #scific #timetravel #sliceoflife #travelogue but needs to improve more. 3.5/5 ⭐️
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.