Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bulan Tak Lagi Sama

Rate this book
KEHILANGAN Aluna secara tiba-tiba dan tanpa sebarang petunjuk membingungkan kawan-kawannya. Terdesak untuk mencari jawapan, Sean, Amrin, Burn, dan Tasnim pergi ke Kampung Damai untuk memaklumkan kepada keluarganya, berharap mereka menemukan petunjuk tentang kehilangannya.

Namun, pertemuan mereka dengan Alis—kembar Aluna—hanya menambah persoalan yang belum terjawab. Dengan penuh tekad, mereka mengikut Alis ke Pulau Dingin untuk menjejaki Aluna, tempat yang dikenali sebagai Pulau Puaka, di mana desas-desus gelap dan rahsia tersembunyi di sana. Tetapi perjalanan itu tidak seperti yang mereka jangka, dan pulau tersebut segera berubah menjadi perangkap. Mereka kini terpaksa bertempur dan bertahan dari makhluk-makhluk aneh yang menghuni pulau tersebut, setiap langkah mereka membawa lebih banyak misteri dan bahaya.

Mampukah mereka menyelamatkan Aluna dan keluar dari Pulau Puaka dengan selamat? Atau adakah mereka akan menjadi mangsa seterusnya di pulau itu, di mana sebelum ini tiada seorang pun yang pernah pulang dengan selamat? Rahsia apa yang sebenarnya tersembunyi di pulau yang penuh misteri ini?

448 pages, Paperback

Published November 1, 2024

2 people are currently reading
39 people want to read

About the author

Ema Deesyiaqis

5 books14 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (38%)
4 stars
17 (47%)
3 stars
4 (11%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
December 15, 2024
It's everything that I wanted in a fantasy book! Aku berjaga sampai tengah malam, paksa diri tidur, dan bangun awal pula pagi ni (walhal sepatutnya itu slot masa menulis). Hanya untuk habiskan novel ni. It was damn good!

Buku ni high fantasy, tapi pada masa yang sama, tidak memeningkan kepala. Malah buku ini bagai satu puzzle yang menarik untuk kau rungkaikan. High fantasy disumbat dalam satu buku, dengan world building yang agak pesat, kukira pasti susah nak seimbangkan semuanya. Tapi pada aku, penulis menyeimbangkan semua elemen: watak, misteri yang buat kau nak stay to the end, pembinaan semesta, struktur kerajaan, pembahagian tempat2 dengan cukup baik.

Kau hanya perlu fokus baca cerita ni.
Dan ya, buku ni lagi best untuk kau habiskan di waktu cuti. Di mana, hanya ada kau, buku, dan imaginasi kau.

Buku ini bukanlah sejenis melayan perasaan sangat (assuming itu yang pembaca perempuan suka), tapi ia juga tidaklah dry dan masih ada empatinya. Masih rasa manusiawi. Cuma ia tidak bergayut lama pada perasaan dan lebih realistik.

Aku kira faktor realistik itu yang mungkin akan membuatkan ada orang yang tak berpuas hati dengan buku ni. Sebab ia tak mematuhi 'standard / rules' tulis novel cinta.

Okay, tak nak spoil.

But this book is so worth your time. Aku perasan penulis ni suka gabungkan elemen realistik, manusiawi, dan real-life-situation dalam karya dia. Which, aku suka. Dia tak bawa kau ke awangan sangat dan menunjukkan, this is life.

Banyak situasi sukar di mana kita perlu mengambil langkah yang tidak mengikuti hati dan perasaan. For the sake of, apa yang terbaik untuk semua orang.

Which is reality.

Part 30% terakhir tu memang aku refuse untuk baca novel lain sebab asyik duk teringat novel ni je haha. Begitu kuat penangannya.

Bacalah hampa. Takkan menyesal. Elok sangat beli letak kat rak rumah. Boleh tahan banyak juga aku letak sticky flags ni. Worth buying!
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
December 25, 2024
Novel yang sukar untuk dilepaskan bila sudah mula membaca. Misteri dan fantasi yang banyak mendominasi dalam naskah ini. Namun terima kasih pada penulis kerana setiap ruang penceritaan kita boleh bayangkan apa yang mahu penulis sampaikan. Dan ya, di muka surat awal ada diselitkan struktur kerajaan, pangkat, peta dll yang secara tidak langsung kita mudah untuk faham Kerajaan Ar Rad.

Misterinya bermula bila pasukan real estate iaitu Aluna dan rakan²nya yang lain menjumpai lukisan seakan gambar pemandangan yang jelas tidak tahu di mana lokasinya. Hanya Aluna dan Sean yang seakan alert bila lukisan itu ada sedikit perubahan. Namun kerana lukisan itulah Aluna hilang. Maka Sean, Burn, Amrin dan juga Tasnim berasa bertanggungjawab untuk mencari Aluna yang hilang.

Namun pencarian mereka diketuai oleh Alis, kembar Aluna. Alis ini tidak seperti manusia yang lain kerana dia banyak keistimewaan. Kerana keistimewaan inilah dia berazam untuk membawa Aluna pulang. Namun dalam perjalanan itu dia berjumpa dengan Alisa, roh tanpa jasad. Melalui Alisa jugalah Alis dan Sean berjaya memasuki satu dunia baru. Yang lain² tidak berjaya masuk dan hanya menunggu di luar.

Dalam pencarian itu bermacam cerita dan misteri terungkai. Mereka juga menjumpai Aluna yang diselamatkan Dilan. Pelbagai suka dan duka mereka alami di Ar Rad. Pergolakan politik dan juga peperangan antara aura unsur juga berlaku kerana mahukan kerajaan bertukar raja. Namun pastilah yang hak akan menang. Dalam kegembiraan akan ada sedihnya.

Ya. Mereka dibawah langit yang sama tetapi bulan tak lagi sama. Perjuangan mereka menuntut sebuah pengorbanan yang sangat besar. Untuk mempertahankan Ar Rad, Alis terpaksa melepaskan perasaannya terhadap Sean, Aluna juga terpaksa pergi tanpa membawa Dilan pulang dan juga Putera Taras terpaksa menolak Alisa pergi kerana dunia mereka tidak sama.

Ermm part ending ni memang sedih. Sedih bila cinta mereka tidak kesampaian. Namun mereka redha kerana itu sebaiknya. Mereka perlu berada di tempat yang sepatutnya untuk mereka. Cinta menuntut sebuah pengorbanan tetapi itulah, sebagai pembaca saya yang ralat. Sampai terfikir² siapakah jodoh buat Alis, Dilan, Putera Taras, Aluna, Alisa dan Sean? Tidak adakah sedikit ruang untuk mereka bersama?😭
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
December 16, 2025
Novel yang penuh dengan elemen misteri dan fantasi. Aku kalau novel fantasi ni take time la membacanya. Bukan apa. Aku banyak membayangkan setiap scene tu. Ditambah pulak dengan mood membaca aku yang turun naik
.

Novel ni tentang sebuah perjalanan. Perjalanan mencari sebuah jawapan untuk setiap persoalan.

Aluna hilang selepas dia Dan kawan - kawannya membawa pulang sebuah gambar daripada sebuah rumah tinggal yang mereka lawati. Hilang secara tiba2. Tiada petunjuk. Niat nak bagitau ibu bapa Aluna. Tapi lain pulak yang jadi. Alis, kembar Aluna seakan tahu tentang kehilangan Aluna. Tujuan mereka ke Pulau Dingin. Pulau yang dikatakan berpuaka. Sesiapa yang pergi kesana, takkan pernah lagi kembali
.

Ar - Rad. Sebuah dunia disebelah sana. Aku expect macam dunia bunian la. Mereka di Ar - Rad mempunyai pelbagai puak. Setiap puak mempunyai kelebihan masing2
.

Macam mana Alis Tau Aluna berada di Ar- Rad. Sebab Alis bukan la kembar Aluna yang sebenar. Dia adalah Adara. Penghuni Ar- Rad. Disebabkan satu ritual, dia bertukar dunia dengan kembar sebenar Aluna. Dia ke dunia manakala Alis ke Ar - Rad
.

Kalau aku nak cerita, rasanya takkan cukup. Sebaiknya korang baca sendiri. Walaupon aku bukanla peminat genre fantasi, tapi naskah ni acceptable. Aku boleh memahami jalan ceritanya. Cuma jangan skip. Kalau tak, akan lost
.

Macam aku kata. Novel ni tentang sebuah perjalanan. Bagaimana nak selamatkan Aluna dan bawa dia kembali ke dunia bersama kembarnya yang sebenar. Aku rekomenkan korang baca novel ni. Terutama korang yang sukakan genre fantasi
.

Thumb up penulis untuk naskah yang bagi aku sangat menarik.
75 reviews16 followers
May 27, 2025
Besttt yang amat
Lain dari yang lain

Kurang 1 🌟 sbb terlalu banyak benda nak kne ingat 🤭

Sebelum baca make sure pernah tengok cerita kartun avatar the last airbender, lebih mudah untuk kau bayang dan fahami

Aku rasa macam baca cerita avatar tapi malay version, sebab aku suka cerita kartun tu jadi agak bias la kan bila aku cakap cerita ni best ✌️

Ending dia bukan tipikal ending weyy,
Walaupun kau rasa, alaaa kenapa ending dia macamtu, tapi kau pun kena akui, itulah ending yang terbaik untuk cerita ini.
Profile Image for Starmoon.
5 reviews
November 27, 2025
4.3 /5 🌟

📍first thing first, aku ada satu soalan bila dah habis baca buku ni which is; WHY BUKU NI TAK HYPE??? kenapa tak ramai orang bercakap pasal buku ni???

📍aku bukanlah penggemar novel fantasi sangat. antara novel genre macam ni yang aku pernah baca adalah dua karya dari Ramlee Awang Murshid. tu pun tak ingat dah tajuk apa. and lagi satu novel May, Terpasung di Lorong Waktu, genre fantasi tapi storyline tak sama lah dengan cerita ni sebab May pasal time travel. novel ni lain cuma skop genre sama. then, aku saja beli buku Bulan ni without any expectations. saja nak try genre macam ni lagi. and guess what sangat mind blowing cerita nya 🤯

📍aku rasa buku ni kurang popular sebab kurang marketing dari pihak penerbit atau penulis. aku ada cari di TikTok tentang buku ni, ada marketing dari kedua belah pihak tapi tiada sambutan ramai. sayang sangat sebab buku masterpiece macam ni, tapi ramai yang tak tahu

📍moving on pada storyline pulak. macam aku cakap novel ni genre fantasi. ada dua dunia, kisah persahabatan, perebutan kuasa, tenaga jahat, dan kuasa sakti. sekadar baca sinopsis belakang buku pun, takkan tahu buku ni pasal apa actually. secara ringkas, kisah tentang 4 orang sekawan yang cari kawan diaorang yang hilang, which is Aluna, lepas je dari ambik lukisan dekat rumah banglo lama. and then diaorang jumpa dengan kembar Aluna di kampung dan sama-sama selesaikan masalah tu. dalam masa yg sama Aluna ni sebenarnya dah termasuk dalam dunia lain. macam-macam yang berlaku sepanjang pencarian tu and ada cerita di sebalik cerita. nak tahu? ha kena baca, pi rasa saspens sendiri 😂

📍 cerita takde lah slow atau fast paced pun, okay je. ikut flow and tak buat korang pening, but ada certain part korang akan macam "ehh srs lah", "jap maksudnya", and mesti akan terus teka meneka punya lah 😂 setiap kali selak aku rasa macam "eee apa yg berlaku next? nak tauuu kenapa jadi macam ni" ha gitu lah perasaan sepanjang baca novel ni. cerita dia padat, banyak benda yang kena faham, kena ingat details. untuk yang tak minat genre macam ni maybe kurang suka. but untuk nak try baca, pegi lah try sebab confirm worth it

📍pasal characters pulak, hmmm susah nak cakap. sebab ramai sangat characters. bukan tak bagus ke apa, tapi banyak yg kena tulis dekat sini pasal diaorang. but yeah overall not bad. menarik gilaa semua characters dalam ni cuma kadang pening sebab ramai sangat. waktu awal awal baca, asyik selak depan je sebab nak tengok Lagenda Peta dengan Carta Perkampungan Istana tu sebab tak ingat 😂 but bila dah masuk bab 4 ke atas tu ha ok dah ingat dah hahahahah

📍cuma yang aku kurang puas, ending dia. why takde story how Putera Taras dapatkan kemenangan dia? and lastly pasal Sofea and Azman. ha ni mesti ada sambungan ni tak pun sekuel ke kan?? and shout out to penulis sebab berjaya buat novel fantasi yang sangat detail macam ni. semua benda yang diceritakan dalam ni seolah-olah wujud dan real sebab kita macam dapat bayangkan. apa yang aku boleh cakap imaginasi penulis ni tinggi ke penulis pernah pergi Ar-Rad? hahhaahhaah ok gurauuu. so korang mana yang teringin nak try genre fantasi, beli lah buku ni sebab aku yg kurang suka genre macam ni pun rasa berbaloi beli buku ni heheheh
106 reviews2 followers
October 27, 2025
Boleh dikatakan ini lagi satu genre yang berbeza dibaca & ianya menarik. Kisahnya mudah, iaitu tentang perebutan kuasa tetapi untuk memahami setiap aura, puak & unsur mengambil sedikit masa. Namun tidaklah merencat pengalaman membaca itu sendiri.

Prolog & permulaan cerita sememangnya menarik perhatian. Membuatkan kita terus tertanya-tanya, adakah wujudnya alam lain? Siapa Rahman? Siapakah yang diselamatkan? Dimanakah budak yang hilang itu? Di mana pula Alana?

Bagi saya sinopsis di kulit belakang tidak langsung memberikan gambaran ia adalah satu cerita fantasi, ia nampak seakan misteri. Saya pernah menonton The Last Airbender siri TV. Ia lebih kurang begitu. Adanya Aura Langit & Aura Unsur yang masing-masing dipecahkan dengan beberapa aura lain. Raja asalnya mengahwini Ratu Unsur untuk menguatkan lagi tampuk pemerintahan namun lain yang terjadi. Apabila tamak menguasai diri, ia memberi risiko kepada dunia mereka & dunia manusia. Maka ia menjadi misi untuk Putera Mahkota & penyokongnya menyelamatkan semua. Terpalitlah mereka yang manusia ini dan mereka di dunia sana.

Pendedahan kewujudan dua dunia dirungkaikan awal kerana kisahnya lebih kepada perjalanan bagaimana cara untuk menyelamatkan dua dunia itu. Pembaca dikenalkan dengan watak-watak penting dalam kerajaan Ar-Rad sambil memahami lebih terperinci setiap warna, puak & unsur. Masing-masing mempunyai karakter tersendiri, Mungkin ada yang berasa bosan & sedikit pening untuk memahami tetapi bagi saya itulah keunikan novel 𝗕𝗧𝗟𝗦. Ia membuatkan kita terus peka dengan jalan ceritanya. Bukanlah sekadar cukup syarat untuk tamatkan bacaan. Kisah percintaan diantara Dilan & Alana; Sean & Alis; Putera Taras & Alisa tidaklah menjengkelkan, ianya menyentuh hati saya. Persahabatan antara mereka & watak-watak lain turut memberi kesan.

Bagi saya cerita ini memberi peringatan kepada kita untuk saling menerima kelebihan & kekurangan sesama kita kerana kita memerlukan sesama sendiri. Jauhilah sifat tamak untuk membolot semua kelebihan seorang diri demi menampakkan diri itu hebat di hadapan semua. Selain itu, usia bukanlah penentu seseorang itu layak atau tidak menjadi pemerintah atau pemimpin. Asalkan cukup ilmu di dada, tiada salahnya.

Pengakhirannya realistik tetapi agak menyedihkan saya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 𝙈𝙮 𝙙𝙚𝙚𝙥𝙚𝙨𝙩 𝙨𝙮𝙢𝙥𝙖𝙩𝙝𝙮 𝙩𝙤 𝙎𝙚𝙖𝙣.

Tidak lupa, ada beberapa kesalahan ejaan & format dijumpai membuatkan kurang 1 bintang. Secara tepatnya bintang diberi 3.5, tetapi saya genapkan saja 4 bintang sebab ceritanya tidak klise & kulit buku yang cantik.
Profile Image for Dilla.
30 reviews
December 26, 2024
Tajuk; Bulan Tak Lagi Sama
Penulis: Ema Deesyiaqis
Genre: Fantasi
Tahun Terbitan: Disember 2024
Mukasurat: 423
Penerbit: Prolog Media
ISBN: 978-629-7587-13-4

Bulan Tak Lagi Sama mengisahkan kisah Aluna yang hilang secara tiba-tiba di pejabat membuatkan rakan sekerja mencari di tempat yang mereka sendiri tidak jangkakan. Perjalanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan dialami oleh rakan-rakan dalam usaha mencari Aluna.

Tema:

1. Kasih sayang
Kasih sayang tidak semestinya berpusat kepada cinta-romantik semata-mata. Kasih sayang juga ditonjolkan di antara ahli keluarga dan kenalan. Cinta-romantik hanya disentuh secara asas sahaja dalam buku ini.

2. Persahabatan
Penulis menggambarkan betapa utuh persahabatan Aluna sehingga sanggup meredah marabahaya demi menyelamatkan Aluna.

3. Dendam/Pengkhianatan
Watak antagonis dalam buku ni digambarkan dengan penuh rasa dendam dan kecewa. Konflik yang diwujudkan memberi impak besar kepada jalan cerita yang disusun oleh penulis.

4. Pengorbanan
Bukan semua perkara ditakdirkan mengikut permintaan atau hasrat kita. Kadang-kadang pengorbanan diperlukan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Gaya Penulisan:
Ema mempunyai kebolehan untuk menggambarkan sesuatu dengan baik. Bijak menggunakan maklumat di sekeliling dan memasukkannya dalam penceritaan. Bahasa yang digunakan Ema tidak terlalu mengelirukan. Ema menyediakan peta & maklumat tambahan di muka surat awal buku bagi memudahkan pembaca semak semula (saya la tu) watak, tempat dan kuasa yang ada.

Watak:
Watak utama dikembangkan dengan baik. Sedikit demi sedikit karater ditonjolkan kepada pembaca. Watak yang lain turut dikembangkan dan disesuaikan dengan cerita.

Kekuatan dan Apa yang boleh ditambah lagi:
Antara kekuatan penulisan ini adalah kebolehan penulis mewujudkan rasa cemas dan tekanan ketika konflik berlaku. Aksi lawan-lawan tu saya boleh gambarkan sebab suka tengok cerita kungfu. Hehe. Cuma saya lebih harapkan watak putera kedua lebih dikembangkan. Tambahkan lagi emosi kepada watak-watak supaya pembaca dapat merasai betapa dalamnya perasaan yang digambarkan.

Kesimpulan:
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan apa yang saya baca. Pembaca boleh merasai perasan cemas, tertekan, rasa kehilangan, pengorbanan, cinta tidak kesampaian dan macam-macam lagi. Teruskan menulis!

Rating: 4/5
Profile Image for Liya71.
111 reviews13 followers
December 20, 2024
Kisah yang bermula dengan misteri, di mana satu pasukan syarikat 'real estate', yang mencari rumah busuk below market price, dan membelinya lalu memperbaiki rumah tersebut hingga jadi double or triple dari harga beli. So, bermula dengan team Aluna ni jumpa satu rumah, dan mencari owner rumah, lalu berjaya membeli dgn harga sekitar 50k. Bila diorang masuk untuk cuci dan ambil barang2 keluar dari rumah tu, adalah satu potret yang sangat menarik, gambar hutan renek ada lalang2, pokok sikit dan bukit sikit......

Diorang pun bawa balik ofis, pastu Aluna dan Sean berebut nak ambil bawa balik, tapi akhirnya diorang setuju gantung kat ofis, tapi masa gantung tu Aluna perasan yang lukisan tu dah jadi lain sebab sebelum tu tak de jambatan ke arah bukit tu, tetiba ada pulak, dia cakap kat Sean, tapi Sean kata ilusi mata dia je kot sebab dalam hati dia kata mana boleh lukisan berubah pulak kan...?

Pastu in a few minutes later, kawan Alluna buatkan kopi untuk dia, pastu, tak sampai 20 minit, kawan dia panggil la Aluna... ooo Aluna... senyap tak jawab. Then dia tengok tempat duduk Aluna, dia tak de, hp ada je atas meja, so diorang ingat Aluna gi toilet. Sampailah dah setengah jam, diorang g toilet cari, tak de, bila dah panggil2, tak de, beg ada, hp ada, semua benda tak berusik, diorang tengok kat cctv pintu keluar masuk, tak de pun Aluna tu keluar ofis....... jeng jeng jeng...

Rupa2nya Aluna dah hanyut masuk dlam dunia potret tu... bermula la kisah di alam lain yang sangat menyeronokkan....

Please korang yang minat misteri2 dan fantasi2 dan aura2 dan perang2 dan kuasa sihir gelap hitam semua, p lah baca buku ni. Saya baca in a day, sebab tak sabar nak tau ending dia, full of action, setiap helai mukasurat tu membuatkan kita nak tau apa next, apa next.....

Sekian. tQ
Profile Image for Noor.
21 reviews
January 10, 2025
Buku ini bukan fantasi tipikal. Setiap dialog memberi petunjuk kepada misteri yang tak terungkai. Cerita tentang Aluna yang hilang secara misteri hingga kawan- kawannya mencari Aluna di kampung. Ada antara mereka yang mengaitkan kehilangan Aluna dengan sebuah lukisan yang diletakkan di pejabat mereka. Cerita yang menarik dengan world building yang impressive
Profile Image for Elurine.
77 reviews2 followers
January 22, 2025
Buku fantasi bukan untuk saya. Siapa yg sukakan buku fantasi. Sila baca buku ini! Tapi ending buku ni sedih, baru faham tajuk buku 🥹

Personal rating: 3.8/5 sbb pening nak hadam fantasinya. Kitanya suka cerita realistik
5 reviews
March 15, 2025
My toughest read among novel published by prolog media. I am sorry, but this novel is not my cup of tea. Fantasy-themed book. Too many characters, places, powers/auras to remember. Almost DNF. Took almost 2 weeks to finish reading this book.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.