Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kapten Zulu Amri

Rate this book
“Maaf terpaksa tinggalkan kau pada malam pertama kita. Kerana sumpah setiaku pada negara, memerlukan aku tika ini. I will back, in one week.” – Kapten Zulu Amri.

“Faham. Jaga diri. Jangan sampai I jadi janda dalam masa seminggu.” – Iris Sakura ‘

Tak pernah terfikir yang dia akan ditinggalkan pada malam pertama mereka. Tapi, itulah pengorbanan yang harus dia lakukan bila bergelar isteri kepada seorang tentera. Namun, tiada rasa pilu di hatinya kerana mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Perginya Zulu, langsung tak memberi apa apa kesan. Kerana yang lebih menyakitkan hati, adalah keluarga sendiri. Hidup dengan keluarga toksik, benar benar buat Iris hilang sabar.

Hari pertama bergelar isteri, dia dijemput pulang ke rumah gara-gara duit hantaran!

“Mana duit hantaran tu? Duit tu milik ayah. Ayah nak.” Kak Mila.

Tak cukup dengan itu, segala perbelanjaan di dalam rumah, bil api dan air, serta duit shopping kak ipar, dia juga yang menanggung! Mereka ibarat lintah yang suka menghisap darah orang! Lantas, keputusan mendadak dia pilih. Buang keluarga kandung dan hidup bersama Zulu Amri. Namun, disaat mereka mengecapi bahagia, ada satu kejadian tak diduga, sedang meragut nyawanya.

“Kapten Zulu code sign Night Ghost. Kamu dikecualikan dari operasi ni."

"Aku akan pergi. With team, or without team! She's my wife! I will save her no matter what happened! Safe and sound! Thats how she will live in this life." - Zulu Amri

Demi Iris, nyawa rela dikorbankan walaupun mereka tak pernah bercinta kerana tanggungjawab mendahului cinta.

Dan apabila mereka bercinta, Iris pula yang pening kepala kerana setiap masa si suami perlukan charge.

“I need charge untuk kekalkan tenaga demi memastikan you hidup dengan aman. Tugas I, jaga negara. Tugas you, jaga I.” – Kapten Zulu Amri

Dalam mengelak, Iris menyerah. Bawa ego, tak sedar hati dah tersungkur. Kalau musuh pun tak mampu kalahkan aura Zulu Amri, inikan pula dia seorang wanita yang kalah dengan belaian. Bukan setakat tersungkur, tapi jatuh tergolek golek.

540 pages, Hardcover

Published December 1, 2024

2 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Hash Aulia

102 books305 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (63%)
4 stars
6 (20%)
3 stars
4 (13%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,080 reviews201 followers
May 9, 2025
Bacaan matang sebab ada scene untuk org yg berkahwin

Kisah ini santai².. direct to the point. Takda nak pening² kepala.

F need more kisah family Iris yang bermasalah itu. Rasa tak puas apa yang diaorang kena.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
March 20, 2025
Alahai. Patut baca Kapten Zulu Amri dulu. Baru Leftenan Umar Akif! Ini terbalik. Tapi tak apa sebab kedua² cerita best. Dua² berlainan watak. Watak Zulu lebih dominan dan tegas. Sesuai la dengan jawatan Kapten tu kan. Akif pula lebih romantik, mengada dan manja.

Perkahwinan atas aturan keluarga. Permulaan agak sukar untuk Zulu menerima tetapi bila melihat Iris dengan gembiranya apabila dia reject untuk berkahwin dengan Iris, Zulu seakan terasa tercabar pula. Terus tak sampai sebulan Zulu mahu dinikahkan dengan Iris.

Malam pertama dia dah ditinggalkan oleh Zulu kerana tugas pada negara tetapi Iris ok je. Tak ada masalah buat dia. Yang jadi masalah bila ayahnya membawa dia pulang ke rumah keluarganya semula sehingga kepulangan Zulu. Iris dibuli dan didera mentalnya. Diarah buat itu ini dan didesak untuk mengeluarkan belanja untuk seisi rumah.

Kemuncaknya bila Iris tak tahan lagi dipergunakan. Along, Kak Ayu dan Kak Mila masing² mendapat balasan dari Iris. Yang tak sangka, Kapten yang ditakuti oleh musuh tu pun tenang² kena scam dengan Iris🤣🤣 Siapa Iris yang sebenarnya? Kenapa Iris begitu penting untuk negara?

Ok nexttt...Part 2

# Paling kelakar part di mana Zulu ajak team Yodha skodeng rumah mertuanya waktu malam. Aduii tak ada kerja betul si Zulu!

# Zulu ni kalau ada kat rumah macam tak ada benda lain eh nak dibuat? Sentiasa onzz🤦‍♀️
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
May 18, 2025
Best cerita nie.. sy baca balik.. kisah ttg seorang askar berkahwin dgn pilihan mak nye.. mula² kata tk mau.. skali bile Iris cakap ‘thank god.. okay bye’ haa baru laaa die setuju dan paksa Iris kawin ngn die.. die tertarik ngn Iris sbb die rasa mcm pernah nampak.. famly Iris buat Iris mcm org yg kene tanggung semua org dlm rumah tu..

Lepas kahwin, ingat kan family Iris berubah.. ehh tak.. lgi teruk dorg buat.. Iris geram, die decide utk benti keje..

Zulu pulak mula² tak tau bole jdi tahu lepas die saksi kemarahan Iris bile kad debit die di guna.. mmg lepas tu Iris balas balik ape yg dorg penah buat.. haa padan muka.. 👏🏻

Iris dan Zulu ni nnt happy aje.. terbongkar nnt kerja lalu Iris kt Zulu.. mmg die terkejut.. paling sadis, Zulu kene scam 3k dgn Iris.. hehehe..
Profile Image for Balqissyamsul19.
33 reviews
November 4, 2025
Memang aku bagi 5/5.. Ini dari side aku. lain orang lain genre dan penghayatan dy.. sebab aku suka jalan cerita dy.. plot Dy.. masalah dalam novel ni pun tak berat.. banyak part2 kelakar.. memang zulu ni antara yang Tergreen flag.ada part penyondol.. HAHAHAHAHA aku rasa bangga dengan iris.(nak tahu kena bacalah) dan ini baru setia.. sipi mata pun tak pandang penyondol.. gabungan kapten + hacker.. buku ni buat aku nak Kawen ja.. hahahahah sebab kalau part sweet tu auchhh memang aku terguling2 atas katil.. tersengih-sengih (tipikal perempuan yang kaki novel)
Bagi aku.. lengkaplah. ada part cinta lepas Kawen, tentang persahabatan antara zulu dan team Dy, ada part buli2 masalah kerja,ada part penyondol ex lama datang balik,ada part isteri kena culik,part Dy keluar team dan berlaku krisis, tentang nilai kekeluargaan.. itu ja.. yang lain baca dulu... yang aku tekankan..
AKU SUKA GENRE NI.. LAIN ORANG LAIN PANDANGAN
Profile Image for chelsannereads.
181 reviews3 followers
January 21, 2025
BESTT SANGAT² sesuai untuk bacaan ringan.. siapa nak bca utk plot yg berat² and nak mengkritik baik tak payah... Sebab buku ni untuk org yg nak bca bacaan ringan je sweet² cute² dalam masa yg sama ada scene serious, action and sedih a little bit... Semua cukup rencah untuk i yg bukan fussy reader ni... Good job Kak hash aulia saya suka sangat dengan karya² Kak hash.. mungkin ada satu Komen untuk Kak hash perbaiki lagi... Dari segi pertuturan watak dalam bahasa English mungkin boleh diperbaiki lagi.. sebab bnyk saya jumpa error bhsa english dlm novel atau ebook Kak hash.. harap boleh diperbaiki... Tapi overall besttt sangat²😍
Profile Image for kay ♡.
307 reviews
November 18, 2025
TW: bacaan untuk 18+

First time baca buku dimana heronya seorang beruniform. Selalunya I avoid if novel tu ada watak macam tu sebab I'm not as imaginative as I thought I would be hahaha. But thank god I found this book as my first step into books yang ada watak beruniform.

Ceritanya tak ada banyak ayat bunga-bunga, just straight to the point without wasting any time. Cuma watak keluarga Iris ni memang menyakitkan hatilah, nasib baik she got her revenge. Puas hati! And also si Zulu ni walaupun beku gatal jugak ye. Also, Iris! Wow girl, tak sangka pula (nak tahu bacalah buku ni)

I baca dari eBook, I nak beli physical books!
Profile Image for Zarr.
8 reviews
August 18, 2025
SERIOUS BAGI SAYA BEST GILA CERITA NI !! . alur cerita yang tak bosan bagi saya . ada masa Scene lawan lawan , scene sweet , scene bergurau kelakar , macam macam la . bila baca langsung tak bosan . selalu tertunggu apa jadi next , haha . suka dgn yodha team yg selalu bersama ! paling sedih waktu zulu keluar team tu 🥲 sampai kita pun menangis 🥲 . tapi kelakarnya semua takut dengan iris sebab takut duit hilang 😬 . syabas kak hash !
Profile Image for Amutha.
776 reviews6 followers
March 30, 2025
Sweet je cerita. Tak perlu pening - pening kepala fikir plot ke mana. Direct je storyline. Cuma rasa tak perlu sampai 500+ pages kot. Ada storyline diulang. Ada storyline yang tak perlu pun.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.