Jump to ratings and reviews
Rate this book

Antologi Cerpen Cerita Ceriti

Rate this book
CERITA CERITI - 17 orang penulis yang pernah menulis bersama rumah penerbitan Jemari Seni Publishing disatukan kembali di dalam sebuah antologi selepas tujuh tahun. Koleksi cerpen di dalam antologi ini berkisar tentang rasa dan perasaan.

"Ternyata pena mereka masih berbisa." - Noor Suraya (penyunting).

"Kekal dengan identiti penulisan masing-masing, ceritanya penuh rasa." - Mariah Mustapha (pembaca pruf).

773 pages, ebook

First published December 1, 2024

5 people are currently reading
9 people want to read

About the author

Noor Suraya

37 books283 followers
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.

Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.

~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (70%)
4 stars
6 (30%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Mohamad Nasrul.
196 reviews6 followers
December 9, 2024
Sebuah bacaan yang sungguh berbaloi dan menarik setiap satu ceritanya. Ada 18 cerpen daripada penulis Alumni Jemari Seni dengan pelbagai cerita melibatkan rasa dan perasaan.

Setiap satu darinya membawa pembaca meneroka ke serata tempat, juga membawa pembaca menyelam ke sudut emosi paling dalam. Setiap penulis dengan gaya mereka masing-masing, mampu membuatkan pembaca duduk ralit membaca kerana setiap satu karya dalam antologi ini begitu unik dan mempunyai identiti yang tersendiri.

Beberapa cerpen membuatkan aku menangis membacanya kerana terasa begitu akrab di jiwa dan benar-benar menyentuh perasaan. Beberapa cerpen yang lain pula berjaya mengundang tawa, namun semuanya tetap memberi impak dan pengajaran yang tersendiri.

Dengan e-book antologi ini, pembaca lebih mudah mengakses bacaan cerpen ini di mana jua anda berada, di dalam LRT mahupun di sela masa rehat yang ada, cukup sekadar untuk membaca satu atau dua cerpen.

Tuntasnya, jika anda peminat Jemari Seni, saya sarankan anda sungguh-sungguh untuk membeli antologi ini. Untuk setiap cerpen, ada jiwa pada karyanya.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
December 13, 2024
4.5⭐️ sebab aku suka hampir kesemua cerpen dalam ni.

Ada satu perasaan nostalgia bila membaca cerpen-cerpen ini. Perasaan dibawa kembali ke masa lalu bila membaca karya-karya penulis yang kau mendewasa bersama karya mereka.

Cerpen-cerpennya menyentuh isu dan tema yang pelbagai. Ada yang membuat aku berfikir sejenak, ada yang mengubah persepsi, ada yang menjentik hati. Yang sedih, yang manis, yang tragis, semua cukup rasa dan emosi.

Tak tahu nak pilih 5 terbaik untuk antologi kali ni.😁

Apa yang boleh aku katakan, sememangnya otai masih berbisa. Terima kasih kerana telah mengubat rindu!
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
October 24, 2025
Top 3 Cerpen Pilihan Hati :

🥇Peluang Kedua.
✨ Kisah ni berakhir dengan open ending dan aku juga dilema nak sokong Fatin untuk move on atau sokong Zayden untuk diberikan peluang kedua.

🥈Kopi Susu Sepatu Biru 2.
✨ Aku sebenarnya belum baca lagi KSSB yang pertama jadi tak tahu plot cerita tu macam mana tapi aku suka vibe antara FL dengan ML dalam kisah ini tapi sayangnya pendek sangat.

🥉Cinta Empat Segi--Pingu Toha
✨ Ada vibe jdrama Love Shuffle.
Profile Image for Ika.
Author 14 books54 followers
December 9, 2024
Sebagai penyelenggara, bila beri tema Love & Life adalah untuk memudahkan para penulis mengarang cerpen dengan mudah.

Tapi, karya yang dihantar beri kita pelbagai rasa & perasaan waktu membaca. Yang menggembirakan, sedih, sayu, gelihati dan pelbagai emosi.

Semoga para pembaca juga dapat menikmati rasa yang sama, sepuas hati Ika baca 17 cerpen berbeza dan titipan khas dari Kak Noor Suraya :)


Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
December 12, 2024
4.8 bintang.

Kalau rindu akan tulisan daripada penulis-penulis Jemari Seni, naskhah ini dapat mengubat sedikit kerinduan. Hampir kesemuanya datang daripada penulis senior, jadi kau boleh agaklah yang penulisan mereka pun matang. Baik dari segi olahan ayat ataupun plot cerita.

Kalau baca cerpen, jangan kita harap yang semuanya perlu happy ending. Dalam cerpenlah para penulis akan bereksperimen dan bermain dengan plot cerita. Begitu jugalah dengan kisah-kisah dalam antologi cerpen ini. Bagai roller-coaster. Puas hati baca.
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
January 21, 2025
Boleh dikatakan kalau nak mencari bahan bacaan yang ada manis tapi manis tu bukan dengan kata-kata manisssss, penulis daripada Jemari Seni laaa yang saya suggest kan 😍

Macam mana nak describe manis tu ? Awak baca dan awak sendiri auto tersenyum atau tidak 🙈

Untuk semua 17 cerpen dalam antologi ni, saya sukakan semua 🥰 walaupun ada ending yang buatkn saya tertanya tanya tapi saya menerima dengan baik. Saya suka apabila setiap cerpen ada tema yang tersendiri. Macam kehidupan kita, ada manis pahit dan berbagai rencah rasa yang dikombinasi bersama. Dan sepatutnya kita berlapang dada dengan apa yang direncana oleh Dia kepada kita ☺️
Profile Image for Pudz.
25 reviews
August 5, 2025
Semua cerpen best tapi ni top 3 cerpen favourite saya
1. Mencari Khadeeja - Ika Madera
2. Kopi Susu Sepatu Biru II - Ruby Hazri
3. Rasa Sayang - Ainul Farihah
Profile Image for lobakbiru.
1 review
December 11, 2024
Saya nak resensi dulu cerpen bonus istiwewa 'Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati...?', cerpen daripada Noor Suraya, editor Antologi Cerpen Cerita Ceriti ini.

Untuk pengenalan, cerpen ini pernah diterbitkan dalam Antologi Laman Cerpen Opah (DBP) dan pernah memenangi Hadiah Penghargaan Cerpen Kanak-Kanak Mobil - DBP 1998.

Tak perlu cerita yang banyak konflik, cuma dengan sebuah penulisan yang dirindui, bergenang air mata ini apabila usai membacanya…

Sayu. Sedih. Dan rindu. Itu perasaan saya selepas membaca ‘Burung Kenek-kenek Warna Merah Hati…?’ Tak perlu untuk kenalkan penulis hebat ini. Naskah daripada Noor Suraya ini, telah buat hati rasa sebak setelah larut dengan perasaan si kecil yang bernama Husna.

Ya Husna. Si kecil yang tiba-tiba terdampar dan terikat di rumah besar neneknya yang kaya setelah kematian ayahnya. Nenek yang tidak mengalukan kedatangan Husna, emak dan kakaknya. Itu yang Husna rasa. Dia rasa terpinggir. Rasa tidak disayangi. Rasa jauh.

Si kecil yang berumur 12 tahun yang telah mengerti, yang neneknya sedikit pun tidak sayangkannya berbanding kasih sayang nenek yang tidak berbelah bagi untuk anak-anak Pak Long.
Seperti petikan cerpen ini:

‘Kalau hendak menyuruh semua Husna. Kalau hendak disayangi, tentulah anak-anak perempuan Pak Long.’

Sedihkan, jadi cucu nenek? Setiap hari nenek akan berleter kepada Husna. Selain menyuruh Husna itu dan ini, Husna tu, kadang-kadang dipanggil hoi saja. Begitu layanan seorang nenek kepada cucunya. Sedih betul…

Tapi Husna selalu memujuk hati, sebesar mana marahnya dia kepada nenek, dia tetap nenek Husna. Seperti emak yang selalu memujuknya agar bersikap baik dengan nenek.

Namun, dia tetaplah si kecil yang punya perasaan apabila menerima layanan teruk daripada neneknya, sampaikan untuk menggembirakan hatinya, Husna dan kakaknya mencipta pantun secara diam-diam untuk mengejek neneknya dengan rangkap pantun burung kenek-kenek…
Rangkap pantun yang mudah, tapi apabila seorang anak kecil mencipta pantun begitu, rasa perit di hati apabila membacanya….

Sehinggalah pada suatu ketika… tiba-tiba semuanya jadi berubah….

Saya hendak menulis lagi. Tapi kalau terus menulis lagi, seperti dah bercerita seluruh cerpen kaksu ini.

Namun begitulah apabila usai membaca sebuah naskah yang istimewa ini. Cerpen yang dulu… tapi tulisan itu tetap berbekas di hati. Bagi yang mengenali penulisan Noor Suraya, saya percaya rata-rata daripada kita belum pernah membaca cerpen yang telah berusia 26 tahun ini. Rasa rindu pada penulisan Noor Suraya akan terhenti seketika…
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.