"I'm your lawyer. Tunku Fatih DhiaulHaq. You can call me Fatih." - TUNKU FATIH
Takdir yang pertemukan mereka berdua. Membawa satu perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati Alanna sehinggakan dia merancang mahu merampas Tunku Fatih dari Rihanna Khadeejah, kakak kandungnya sendiri.
Dan kerana satu perkara, Fatih bersetuju untuk mengikat hubungan mereka.
Tiada siapa yang tahu Alanna Delyanara itu isteri kepada Tunku Fatih DhiaulHaq. Mereka berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa.
Namun, ada rahsia yang Alanna simpan daripada pengetahuan Fatih. Dia tidak akan sesekali membenarkan lelaki itu tahu niat sebenar dirinya.
"You're the greatest risk I've ever taken, Alanna." - TUNKU FATIH
Tunku Fatih tidak peduli sekali pun Alanna mempunyai niat jahat kepada dirinya. Kerana...
Alanna Delyanara tetap akan menjadi milik Tunku Fatih untuk selama-lamanya.
Sangat fast paced yang macam, “Eh? Eh? Apa ni?” 😅🤣🥲
Actually agak 'seram' jugak dengan tajuk dia. Tapi rupanya scandal tu sebab Alanna tu merupakan isteri simpanan/rahsia Fatih. Dia kahwin dengan Fatih pun bersebab. Alanna jadikan Fatih sebagai alat untuk balas dendam kepada kakak kandungnya. Fatih tahu je niat sebenar Alanna tapi dia diam dan follow the flow je. Pastu bila kononnya Alanna dah kantoi, tetiba barulah dia nak marah dan berjauh hati dengan Alanna. Hahahaha... entahlah. 😅🤣