Tersebutlah kisah, sebuah tanah sedang berkecamuk dengan pertumpahan darah. Indera Kayangan menjajah, Semutar Putih menentang gagah. Di tengah kemelut memuncak, muncul seorang pendekar berpencak.
Tidak bernama, berparut di muka. Handal bertarung, tapi santun orangnya. Ramai menyangka dia ada sakti tetapi dia memulangkan puja & puji hannya kepada Ilahi. Sedang nama sebenarnya termangga, jelata mula menggelarnya sebagai Nirnama.
Menyebelahi Semutar Putih, Nirnama mengorak langkah merdeka. Menyertai perlawanan, menentang wakil Indera Kayangan. Ratu Mergastua kepala ancaman, Naga Tasik Chini perlu ditundukkan. Semua konco-konconya ditentang, mahu Tanah Semenanjung mendapat tenang.
Dari buah mulut rakyat, Masyurlah susuk tubuh Nirnama, Maka bermulalah sebuah hikayat, Hikayat Pendekar Tanpa Nama.
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Komik Abe Nir yang kedua merupakan urutan peristiwa Abe Nir menumpaskan Naga Tasik Chini sebelum berlangsungnya peristiwa2 dalam novel Nirnama jilid 1.
Peristiwa Naga Tasik Chini ini ada disebut dalam novel Nirnama tapi tidak secara terperinci. Rasanya kisah ini tiada dalam bentuk novel, jadi sebagai peminat dunia Abe Nir, mestilah kena kumpul naskah ni juga.
Projek komik Nirnama seterusnya adalah sambungan kepada komik ini dan juga merupakan adaptasi langsung dari novel Nirnama jilid 1. Soalannya, adakah kisah dalam Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung akan diadaptasikan ke komik juga? Sebolehnya, adaptasi semua kisah Nirnama ke bentuk komik sebab saya agak malas nak baca novel, lagi gemar baca komik sebab boleh melihat jalan cerita dengan jelas.
Ulasan pasal lukisan pula, saya rasa kebanyakkan muka watak agak sama dan riak muka pun macam sama. Baik protagonis, antagonis dan rakyat jelata, kebanyakkannya kacak dan cantik tapi rupa mereka sama, tiada kepelbagaian. Anatomi dan pergerakkan badan mantap dah.
Apapun saya tetap bagi ☆☆☆☆☆ sebab cerita Abe Nir yang bagus, pesan2 agama yang bagus dan yang paling penting, saya suka tengok jejaka 2D yang kacak... 😍
for someone yang baru nak berjinak dengan nirnama, I think this komik is a good start for you. bagi panas enjin dulu ek sebab once kau baca novel nirnama yang tebal seinci tu, dia dah tak panaskan enjin dah. on enjin terus drift merodok hatimu! get ready! mental kena prepare guys!
btw,
the naga sangat comel!!!! dia baik je naga tu tapi disebabkan makcik tua tu dia terpaksa jadi pak sanggup. dah kata dah, dalam dunia ni, manusia yang paling kejam walaupun Allah kurniakan akal.
lukisan cantik and kemas. setiap riak wajah tu memainkan peranan and disampaikan dengan baik + mudah saya tahu apa yang watak tu rasa.
and yes.... tak sabar nak baca komik second pula!! hehehe
WAAA SUKAAAA, TAK SABAR NAK TUNGGU BAHAGIAN 2 NANTII
btw tak pernah lagi baca mana-mana siri nirnama, so this is consider a good start untuk cuba baca novel nirnama pulak lepas ni! lukisan cantikk sangatt, jalan cerita menariks. overall, chefs kiss 🤌🏻
(saje nak tambahh, saya sebenarnya dah lamaa tak baca buku and this is my first read for this yearr sbb reading slump so bila baca komik gini rasa bestt sangatt 🥹)
best!! benda aku suka komik ni ada introduction setiap watak dekat awal buku so tak de lah macam confuse kan tu siapa ni siapa. lukisan-lukisan semua jangan cakaplah cantik gila, detail, and continuity setiap babak tu nice la kau boleh imagine macam mana action antara watak watak tu, pembacaan yang santai tapi still ada nasihat nasihat yang tersirat. tak sabar nak baca bahagian seterusnya sebab ada Nadim hehe
Lukisan Myle Ismail memang terbaikkk. Cantik sangat-sangat. Selak muka surat pertama terus rasa terpegun dgn lukisan myle ismail. Details dlm komik ni dilukis dgn sgt teliti. Suka tenung details utk busana, atap bangunan, daun pokok dll. Pelukis sgt sabar dan teliti dlm karya beliau.
Best best. Tak sabar nak kumpul semua komik utk siri ni. Semoga tuan Hilal Asyraf dan Myle Ismail di berikan kemudahan utk terbitkan semua komik dlm siri ini.
baru berkesempatan untuk baca komik ni serious lgi terbaikkk memang padu jalan cerita dia..yg xboleh bla ada watak seakan mama ghufron..hehe... rakyat malaysia yg dahagakn dgn komik aksi keluaran tempatan wajib beli!
Best baca komik ni sebab dapat lebih ilustrasi tentang Nirnama dan aksi2nya. Ilustrasi dari Myle Ismail nampak kemas dan lebih hidup! Memang serius lebih faham ceritanya dgn komik. Tak sabar nak tunggu bahagian lain!
Sebagai pembaca novel, karya yang dikomikkan ini memang sangat menarik. Dapat meliha ekspresi karekter dan lukisan Myle Ismail sangat cantik dan kemas.
Jalan cerita mudah difahami. Walau tebal, rasa sekejap sangat bila baca.