TW: contains spoilers
SAYAAA SUKAAA SANGAT BUKU NIIII 😭🫶🏻🫶🏻
Sebab Aileen is so me coded 🤣 sebelum judge, sama tu sebab Aileen ni seorang yg sangat beremosi dan selalu lari dari masalah hahahahaha. Kita sumpah sama Aileen 🫵🏻🫂 sbb tu rasa mcm dekat sgt dgn aileen 🥹 pls nak dpt laki mcm suami aileen gak 🥹
Cerita cinta yg bermula dengan kebetulan, kebetulan muka lelaki yg dilukis oleh eton aka bff aileen muncul depan mata. Mana tak gelabah biawak si aileen tu. Dah lah muncul dpn aunty nora yg sibuk suruh dia pergi blind date 🤣 utk hari tu aileen terselamat tapi aileen terselamat ke dari encik scrumpdillyicous 🤣 nak tak nak terpaksa jugaklah aileen tebalkan muka minta pertolongan dari eim aka abang tiri eton. Permintaan yg dari sehari tiba tiba berubah kepada setiap kali diperlukan. Eim pun okay jelah, ikut jelah dgn otak tingtong si aileen ni. Yelah tetiba dpt gf express lawa, siapa je tak nak kan ☝🏻
Ikutkan buku ni penuh dengan kemanisan sebab kalau tgk tajuk pun dah ada perkataan manis, cover buku pun manis sweet je mata melihat. Jadi sangat wajar keseluruhan buku ni penuh dengan kemanisan. Tapi dalam pada manis, cringe tu byk gak dua org ni tarik tali. Tapi mestilah boleh teka kan siapa yg byk tarik tali tu 🤣 rasa penat gaklah membacanya tapi bagi saya masih realistik.
Antara sebab lain saya suka buku ni ialah buku ni realistik kecuali pertemuan tanpa sengaja diorang tu tapi kalau tahu asbab pertemuan tanpa sengaja tu mmg logik sgt dah. Watak eim yg berumur 34 tahun tu mmg menjadi. Setiap ayat yg keluar dari mulut dia tu nampak dia seorang yg matang walaupun dia byk mengurat dgn aileen tapi dengan cara seorang lelaki yg matang, gentleman! Ketegasan dia pun mmg sesuai sgt dgn umurnya 🥹 dia hanya tegas tapi tak sampai menengking, tak sampai mencarut. Rasanya eim ni tak pernah pun mencarut dalam cerita ni sbb ada lah penulis lain nak buat hero tu hot & sexy letak ayat carutan ish dislike betul tapi eim takde langsung. Plus point utk eim eh utk penulis heheh. Eim ni takyah tanya dah dia mmg husband material, green flag, on top, tip top semua dia boleh buat. Baca aileen dia power ☝🏻😔🫶🏻. Cuma satu lah kurang kenan dgn eim sbb dia suka berahsia. Haih bini tu dah lah overthinker kelas satu tapi sibuk nak berahsia. Tapi tu tak jadi masalah pun sbb dia jadi perahsia di awal perkahwinan mereka, bila eim & aileen dah makin lama hidup bersama, dua dua dah faham perangai masing-masing takde berahsia dan aileen pun cepat je bagitahu apa yg dia rasa, apa yg tersimpan di dada, apa yg dia terasa dan eim pun dgn hati yg terbuka bercerita kpd aileen.
Aileen pulak seorang watak yg happy go lucky mcm takde masalah hidup. Masalah dia hanya satu iaitu mengelak dari blind date aunty nora 🤣 tapi sebaik ada eton si penyelamat bumi hahahahahaah weh tapi sumpah kelakar first met aileen-eim HAHAHAAHAH CEPATLAH KORANG YG BACA REVIEW NI BACA BUKU NIII 🫵🏻 aileen ni ikutkan dia ada trauma dia, trauma nak bercinta, trauma nak berkahwin, dahtu overthinker kelas satu pulak tu 😔 parents aileen pun tak byk watak dalam ni sbb parents dia pun asal jumpa pun gaduh je keje. So aileen byk rapat dgn family aunty nora.
Dahtu aunty nora tu pulak tetiba dah umur berapa tah tak ingat ada lagi muncul seorang anak perempuan iaitu hayla. Hayla ni lah yg rapat dgn aileen. Gi mana mana je nak aileen ikut, nak aileen teman. Pastu hayla pun sibuk nak kenenkan aileen dgn abang dia 🤣
Apapun saya suka semua tentang eimran eh silap tentang semua dalam buku ni, cuma tulah bila dah hujung tu boom semua kejutan muncul. Awal awal cringy, main tarik tali tiba tiba hujung tu konflik tak rilek tapi utk saya yg dah jatuh cinta dgn buku ni rasa best jeeeee, ada lah sikit rasa mcm sinetron tapi pejam mata gaklah sbb still logik. Kalau tak logik mungkin dah dnf 🤣 apapun saya peminat no satu eim. Satu je tak suka pasal eim sbb dia org kelantan 😔 tapi haih sukalah eim niiii, nak satu macam eim 🥹🫶🏻