Leila seorang hoarder cleaner. Ketika dia berusia sepuluh tahun, dia sudah menyaksikan kedurjanaan hati manusia dewasa di sekelilingnya. Jadi, apalah sangat kerjayanya mencuci najis dan kekotoran orang lain. Kebahagiaannya hanya satu; menjadi pelindung kepada satu-satunya ahli keluarga yang masih tinggal selepas tragedi yang menimpa mereka.
Menjadi Jane kepada seorang Cassandra.
Dia tidak perlukan pujuk rayu Asmawi mahupun lamaran tidak bererti daripada rakan karibnya, Nik. Dia tidak perlukan kebahagiaan sebegitu. Sehinggalah Hadi muncul dalam hidupnya. Lelaki yang senyumannya boleh mencairkan mentega, tetapi menyimpan seribu satu kedukaan dalam hati.
Bagi Jannah pula, semua pengorbanannya adalah demi satu janji kepada abi yang harus dikotakan. Hidup matinya adalah untuk memastikan janji itu tidak akan dimungkiri. Namun, apabila insan daripada masa lalunya muncul mengancam keselamatan Leila, Jannah sedar bahawa banyak yang dia tidak tahu tentang adik sendiri.
A freelance writer, translator, and former movie reviewer who failed to realise her dream of becoming a political scientist, thus decided to write fiction.
Influenced by the works of Tina Fey, John Mulaney, GRRM, and Jane Austen.
She once sent a three-page essay about "The Frog Prince" when she was eight, despite her teacher only asking for a 180-word paragraph.
Has multiple cats, but hates being called a cat mom.
I tak tahulah ada ke tak buku penulis ni yang I tak suka. Semua I suka even tersangatlah slow paced (biased), tapi kalau sejenis slow paced yang menarik untuk dibaca ni I langsung tak kisah. Sambil-sambil tu boleh tambah ilmu sama. Tapi penulisan tu kenalah menarik :D
Berbalik kepada buku ni bagi I cerita ni boleh dibahagikan kepada dua bahagian.
1) Pertemuan Leila & Hadi the Hottie. Leila yang buat part timer sebagai cleaner hoarder & Hadi sebagai klien. Dari situ memang kita akan disajikan dengan point point seorang hoarder & cara seorang cleaner hoarder menguruskan orang & tempat yang ada masalah hoarder. Sedikit backstory berkenaan Hadi.
Dekat sini I dah macam confius sikit sebab bila bercerita tentang backstory Leila I rasa macam tak tally dari awal bab yang I baca , dalam hati maybe mesti penulis tersilap tulis (impossible) or I ada terlepas pandang. Tapi takpelah trust the process. Kita teruskanlah baca. Sampailah terjadinya satu malapetaka dekat Leila. Tak guna betul Asmawi ni, kesiannya Leila. Lagi kesian sebab Hadi bawak diri lepas kena reject dengan Leila. Ya lah dari klien lepastu naik pangkat jadi kawan sebab saling bertukar cerita mestilah akan tersangkut hati kan. Dan kenalah baca kenapa Leila reject Hadi.
2) Okay dah masuk bahagian kedua ni lebih kepada full backstory cerita Leila dan Jannah. Wehhh I tak sangka ehhhh!! Kenapa Leila jadi seorang Leila yang sekarang! Kenapa Leila lagi pentingkan kebahagian kakaknya si Jannah & sanggup korbankan perasaan sendiri. Terharunyaa I baca. Apalah sangat budak yang berumur macam tu mampu buat kalau berada dalam keadaan macam segila itu. Ada ibu tapi terpedaya & terikut dengan ajaran cult akibat berkahwin kali kedua dengan lelaki yang gila cult (tiberr masa baca ni I teringat Abuya, sebab memang sejibiklah). Dekat sini kita boleh nampak pengorbanan seorang Jannah demi nak selamatkan satu satunya adik dia Leila dari dijahanamkan penganut cult ni (soryylah I lupa nama cult dalam ni, mampu tulis cult cult ja). Aghh I cuba untuk tidak bagi spoilerr.
So, dekat sini persoalan yang I rasa confius kejap rupanya dah terjawab dekat sini. And I rasa buku ni lebih nak ceritakan tentang hubungan adik beradik antara Leila & Jannah (patutlah tajuk macam tu, barulah I faham).
Lepastu macam biasalah jangan harap nak dapat epilog panjang berjela sweet sweet, ada tu adalah tapiiii ahhh hahah tak cukup. Tapi disebabkan I dah biasa dengan aksi-sweet-secoet by NS ni memang dah tak kisah (tapi geram) XD. Cukuplah I cakap Leila & Jannah bertemu bahagia dengan insan-insan terpilih.
Btw, dalam ni banyak cameo Sameera & Jamie (Petrichor) & lepastu ada sikit-sikit watak cameo cerita lain, huhh nasib baik I dh baca semua watak cameo yang muncul kalau tak mesti mengelabah nak kena cari buku lama-lama 🤣
ps - dalam ni barulah I rasa Hadi the Hottie tu baru kena sikit panggilan tu, kalau dalam Petrichor I buta mata sedikit nak faham kenapa ‘Hadi the Hottie’.
what a good read tapi sebagai hopeless romantic sumpah tak puas momen Hadi Leila😔😭 i was so happy tahu Hadi the hottie hero cerita niii, been fangirl since Petrichor HAHA
kalau nak baca dengan expectation romance, bukan buku ni. kisah ni lebih tunjuk hubungan adik beradik antara Leila dan kakaknya Jannah hence the reason behind the title of the story. Pengorbanan mereka berdua dalam menjaga antara satu sama lain. how i wish to have a big sis like Jannah and younger sister like Leila'(( boleh dikatakan tema cerita ni woman centric jugak which is one of my fav genre
Nur Leila seorang journalist/wartawan Projek LAKSA merangkap hoarder cleaner berjumpa dengan Eren Hadi Ali sebagai clientnya. Ditugaskan untuk bersama-sama Hadi membersihkan rumah ayah Hadi di tahap keempat. saya sukakan journey mereka berdua bersihkan rumah tu walaupun detail dan banyak info dump, suprisingly tak bosan baca. I love their slowburn and relationship development. love how character Hadi sangat human and not just typical perfect handsome guy in the novel. he got flaws, ada masa saya rasa Hadi ni annoying, ada masa saya tersenyum dengan perangai dia HAHA
semuanya santai sehinggalah kejadian gelap berlaku dalam hidup Leila disebabkan kegilaan seorang manusia di saat Hadi tiada lagi di sisi Lei, barulah tahu backstory kehidupan Leila dan Jannah yang sebenar ketika mereka kecil. how far Jannah went to save her sister is something that not all people can do, fahamlah kenapa Leila bina benteng yang sangat tinggi, rasa tak adil kalau dia cari bahagia sendiri and dia rasa dia kena jaga Jannah sampai bila2. seram dan baran baca tentang 'itu'💀
saya happy bila dua beradik ni jumpa partner masing2 hehe comel!! penulisan dan penyampaian yang teratur buatkan pembacaan lancar dan tak bosan tapi tak puasnya lah baca ending srs i need more Hadi Leila lovey dovey moment😭
* Backstory yang sedih * When I thought it just a layer, but nah... Ternyata banyak lapisan cerita yang jauh lebih menyakitkan dan tidak disangka mengenai apa yang terjadi sebenarnya. 😱Penulis mengupas isu-isu tersebut satu demi satu dengan sungguh berkesan. * Cerita kekeluargaan yang utuh. Hubungan adik kakak Leila dan Jannah sangat meruntun hati, terutama tentang apa yang terjadi pada masa lalu. Syukur, semua keperitan dulu berjaya mereka atasi dengan hubungan kasih sayang menjadi lebih erat ketika mereka dewasa. Pengorbanan kakak serta sifat melindungi adik membuatkan watak mereka berdua memberi impak yang positif pada keseluruhan cerita. * Flaw watak utama yang mencengkam rasa & related somehow * Penerangan serta penceritaan hoarder cleaner diselit dengan bersahaja lewat watak Hadi dan Leila. Kemesraan mereka yang mulai terjalin tatkala melalui proses pembersihan rumah terasa raw dan matang. * Watak percintaan mereka yang berada di hujung cerita sepertinya tak cukup lagi lah. Tapi sumpah best gila penulis portray percintaan depa ni. Dalam suatu momen yang tak terduga, sebuah ikatan mula terpateri, dan hubungan mereka bagai air sungai jernih yang deras mengalir.
Jane Cassandra bukanlah watak utamanya. Ia hanyalah satu nama inspirasi kepada Leila yang menolak perkahwinan demi ingin hidup hanya dengan si kakak yang punya kecacatan. Kecacatan yang dianggap berpunca daripadanya. Jane tu nama penulis, Jane Austine. Yang memiliki kakak yang sangat akrab dengannya. Jadi, Leila yang tahu kisah penulis ini, menganggap dirinya Jane, dan Jannah, si kakak sebagai Cassandra.
Cerita ini boleh dipecahkan kepada dua isu utama yang menggerakkan perjalanan cerita.
1) Isu penyimpan barang-barang lama (hoarder). 2) Isu kumpulan ajaran sesat yang menjadikan agama sebagai alasan untuk menghalalkan perbuatan mengahwini gadis bawah umur dengan paksaan dan deraan (pedophilia).
Cerita ini membawa kita mengenal lima tahap rumah hoarder apabila watak Leila yang membuat kerja sampingan sebagai hoarder cleaner, bercerita tentangnya.
Dia hanya menerima tugasan membersih rumah klien jika rumah tersebut di tahap tiga ke bawah. Padanya, rumah itu masih boleh dibersihkan tanpa melibatkan banyak pihak seperti bomba dan pihak berkuasa tempatan.
Rumah kliennya yang diawal cerita hanya di tahap dua. Hanya ada barang-barang yang menghalang laluan dan kekotorannya pun mudah diurus. Malah, keluasan rumah juga meyakinkan Leila yang dia boleh uruskan kerja-kerja pembersihan itu, seorang diri.
Tetapi, apabila kliennya yang dikenalkan oleh jiran kepada klien awal itu memerlukan khidmatnya, dia terpaksa menolak.
Hadi, anak seorang ternama meminta dia membersihkan banglo tinggal bapanya yang padat dengan barang, najis dan banyak kerosakan.
Kata Leila, rumah bapa Hadi ini di tahap empat. Isu keselamatan menjadi kerisauan Leila. Dan, dia tak mampu melakukannya seorang diri.
Tetapi, akhirnya terpaksa diterima setelah mendapat nasihat si kakak, yang menganggap ia sebagai bantuan kepada klien yang terdesak. Lagipun, Hadi akan membantu.
Perbualan antara Hadi dan Leila, adalah perbincangan yang membuka minda pembaca.
Banyak ilmu yang dikongsikan oleh penulis ini tentang proses pembersihan rumah hoarder. Tentang sifat hoarder dan masalah yang dihadapi oleh hoarder cleaner.
Watak Leila dan kakaknya, Jannah, dibina sebagai watak yang kuat. Mereka matang sebelum waktunya akibat daripada pengalaman hitam berada dalam kelompok pengamal tarekat ajaran sesat.
Bapa tiri yang kejam, ibu yang bagai bodoh lagi diperbodoh sehingga anak sendiri yang masih kanak-kanak, diserah untuk dikahwini oleh lelaki berusia 60 tahun!
Watak-watak ini berakal dan kuat jiwa. Tak tunggu dan berserah melainkan lari dan meminta bantuan kedutaan selepas dibawa ke Bangladesh, tinggal dengan kumpulan manusia sesat iman, kurang akal.
Watak-watak lain yang dibina, banyak menyokong kehidupan dua beradik, Leila dan Jannah.
Watak Nik, bos Leila, sangat bagus. Bukan sekadar bos. Sama juga watak kawan-kawan sepejabat Leila yang lain. Semuanya gila-gila, menjadikan cerita ini seimbang dari segi emosi.
Watak sepasang suami isteri, Jamie dan Sameera juga menghidupkan cerita. Memainkan peranan dalam menilik rahsia hati Hadi dan Leila.
Isu lain, yang boleh dianggap sebagai isu sampingan adalah isu masalah jiwa/mental health. Bagaimana, seorang pesakit jiwa andai tidak dijaga atau mendapat rawatan boleh membahayakan nyawa orang.
Selesai baca novel ni. Puas hati. Kalau kau harapkan cerita cinta manis-manis sampai buta mata, jangan baca novel ni. Ini kisah pengorbanan adik-beradik disulami sesenduk dua kisah cinta. Maka, ceritanya sarat luka dan trauma.
Luaran, Leila dan Jannah nampak macam adik-beradik biasa yang lain. Tapi semakin kau gali kisah mereka, terkeluar semua sejarah hitam mereka dua beradik.
Aku suka watak Hadi. Hadi ialah watak lelaki handsome yang tak tipikal dalam novel-novel cinta. Dia kacak, kaya dan digilai ramai tapi dia pun ada cela. Dan hanya Leila yang nampak cela itu.
Pendek kata, personaliti watak-watak dalam cerita ini bukan dicipta kosong. Ada sebab mereka bertindak begitu dan ia membuat aku nak tahu bagaimana mereka selesaikan masalah-masalah mereka.
Cuma, aku rasa agak draggy bahagian Jannah bercerita kisah silamnya kepada Nik.
Jane & Cassandra karya Nurul Syahida mengisahkan dua beradik, Leila dan Jannah, yang saling bergantung selepas tragedi keluarga. Leila, seorang ‘hoarder cleaner’, bertekad melindungi kakaknya, Jannah, yang merupakan seorang penulis bayangan. Kehadiran Hadi dalam hidup Leila mula mengubah perspektifnya tentang cinta dan kepercayaan, sementara Jannah berusaha menunaikan janji kepada arwah ayah mereka. Namun, kemunculan individu dari masa lalu mengancam keselamatan mereka berdua.  
Pendapat Keseluruhan:
Novel ini menonjolkan tema kekeluargaan dan hubungan adik-beradik yang kuat, disertai elemen romantik dan misteri. Gaya penulisan Nurul Syahida yang santai namun mendalam menjadikan watak-wataknya hidup dan mudah dihayati. Konflik dalaman dan luaran yang dihadapi oleh Leila dan Jannah disampaikan dengan realistik, membuat pembaca terikat dengan perjalanan emosi mereka. Bagi yang mencari bacaan yang menggabungkan kasih sayang keluarga, percintaan, dan ketegangan, Jane & Cassandra adalah pilihan yang tepat.
TERIMA KASIH kepada sahabat-sahabat KRC yang berjaya ‘meracun’ saya untuk baca buku ni. Serius, tak menyesal langsung! Aku tak baca pun sinopsis belakang buku — main redah je sebab kawan-kawan semua kata “kena baca!” Dan ternyata... 10/10, bukan 5/5!
Buku ini sarat dengan informasi, terutamanya tentang istilah cleaner dan hoarder. Banyak juga istilah-istilah yang buat aku terpaksa Google satu-satu. 🤣 Train aku lambat, bila dah faham, gelak sorang-sorang. Tapi semua tu hanya selingan. Fokus sebenar buku ini adalah tentang dua beradik yang saling menjaga kerana luka silam yang sangat menyakitkan.
Serius, aku tak boleh relax baca bahagian ni — emosi betul. Dan bukan setakat babak Mawi si psycho tu je yang buat aku marah 😡, watak macam 'Ummi ' kepada Jannah dan Leila pun rasa nak lempang juga kadang-kadang dengan perangai dia.
Kenapa tajuknya Jane Cassandra? Leila bandingkan hubungan dia dengan Jannah dengan hubungan dua beradik dalam kisah Jane & Cassandra Austen. Kenal ke Jane Austen? Aku baru tahu juga sebenarnya, lepas baca buku ni terus cari pula pasal Jane Cassandra — mudah terjebak 😅
---
Antara isu penting dan pengajaran yang diangkat:
🔹 Isu Pedofilia Ibu bapa sepatutnya jadi pelindung, tapi kadangkala yang merosakkan adalah orang paling dekat. Bab ni betul-betul menyayat hati. 😭😭😭
🔹 Cleaner vs Hoarder Bukan sekadar tentang si pengumpul, tapi juga mereka yang cuba ‘membersihkan’ — secara fizikal dan emosi. Kadangkala kita buang sesuatu sebab tak mahu sakit. Tapi… boleh ke delete semua kenangan semudah itu? Terima kasih Nik sebab buka mata.
🔹 Pembentukan Sikap & Trauma Attitude seseorang terbentuk dari jalan hidupnya. Tapi setiap plot tunjukkan kita masih boleh buat pilihan. Risiko tetap ada, tapi kita boleh bangkit semula.
🔹 Support System Watak Nik, Nabil, Uncle Lid dan Makcik Melur memang menyentuh hati. Mereka bukti bahawa ada tentera-tentera Allah yang hadir dalam hidup, tepat pada masanya. Tak semua gelap, ada cahaya yang menunggu. Jatuh? Bangkit balik. Lagi dan lagi.
Dan Jannah… watak yang sangat kuat kerana satu janji kepada arwah abinya: "Protect your sister." Ayat ni terngiang-ngiang sampai sekarang.
---
Kesimpulannya? Bacalah buku ini. Salah satu buku terbaik aku pernah baca — setaraf dengan Perhitungan oleh Arman Jazee. Buku ni kenyang. Kenyang sangat. Emosi, ilmu, nilai. Syabas buat penulis @nurulsyahida!
Menyusun fikiran sejak malam tadi, sesudah membaca novel ini. Sampai suatu ketika saya sampai terfikir, 'Ni novel cinta ke?' Tetapi apabila sampai ke hujung, saya kembali pasti. Ya, ini novel cinta.
Selepas membaca "Uncle Bos Mama" dan "Petrichor", saya percaya novel ini adalah eksperimen baharu daripada Nurul Syahida. Karya ini jauh lebih berat daripada novel-novel karya penulis sebelumnya, namun ia eksperimen yang berjaya, pada saya.
Mengapa saya sebutkan kedua-dua judul ini? Sebab ada cameo daripada novel-novel itu dalam J&C. Jamie dan Samee menjadi sahabat yang baik buat Hadi, sekali gus Leyla. Seronok berada dalam universe ini.
Ceritanya bermula sederhana, pembaca diajak mengenali kehidupan Leyla dan kakaknya Jannah. Leyla bekerja di sebagai wartawan a.k.a penulis konten untuk sebuah syarikat media. Dia sangat mandiri, dan pada masa yang sama bekerja separuh masa sebagai tukang cuci barang pengumpul. Hoarder cleaner.
Selepas kenal Leyla dan Jannah, pembaca diajak berkenalan dengan keindahan dan kelucuan seorang Hadi, lelaki kacukan Melayu-Turkiye-Pakistan yang tiba-tiba muncul dalam hidup Leyla, sebab perlukan tukang cuci. Seronok betul bila dia asyik salah istilah sana sini. Selepas peristiwa demi peristiwa, mereka semakin selesa untuk saling bertukar cerita dan perlahan-lahan, akrab di hati.
Namun, ada cerita silam yang menghalang Leyla untuk melangkah. Kisah tragis yang memakannya dari dalam, hingga dia memilih untuk menjadi dirinya yang ini: seorang Leyla yang degil. Bak kata Asmawi, the annoying senior yang dikenali sejak sekolah, "Seketul bergedel untuk perempuan berdegil."
Menyebut tentang hoarder cleaner, sangat banyak ilmu dalam mengasingkan dan membersihkan rumah hoarder dimuatkan di dalamnya. Ilmu-ilmu ini disampaikan secara bersahaja, di celah-celah dialog dan cerita, sampai saya tak terasa seperti dilambakkan dengan info. Good job, Shai! Seronok kutip ilmu. Paling ingat, part gas beracun!
Satu saja saya nak pesan kepada yang belum baca, jangan baca masa makan. Hahaha
5 bintang untuk buku ni. Memang menarik kisah yang diketengahkan oleh penulis.
Buku ini menceritakan mengenai dua orang adik beradik iaitu Jannah dan Leila berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan selepas kematian bapa yang disayangi mereka. Ibu mereka telah berkahwin dengan Abu Usamah yang telah membawa mereka semua ke lembah penderitaan berpanjangan akibat termasuk dalam tarekat ajaran sesat. Tarekat ajaran sesat ini menjadikan kanak-kanak sebagai calon-calon isteri muda yang bakal dikahwinkan dengan imam atau panglima-panglima mereka untuk melahirkan lebih ramai kader-kader agama seperti mereka. Selain itu, mereka ini juga sering didera atau dipukul jika tidak mengikuti arahan. Semuanya, menggunakan agama demi menghalalkan perlakuan mereka.
Buku ini juga menceritakan juga tentang Hadi, seorang client kepada Leila yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh hati sesama sendiri dek luahan masalah masing-masing tetapi menyebabkan Leila ingin menarik diri dari terjerumus dalam perhubungan percintaan kerana dia telah berjanji dengan diri sendiri supaya tidak berkahwin dan menjaga kakaknya, Jannah seumur hidupnya. Hal ini kerana dia menganggap Jannah telah banyak berkorban diri demi dia seperi kisah penulis Jane Austin dan kakaknya Cassandra.
Selain itu, isu hoarder barang-barang sehinggalah rumah menjadi tidak seperti rumah juga sangat menarik dalam buku ini. Rupanya bukan mudah ya, sebagai cleaner nak kemaskan rumah yang dah termasuk kategori empat. Silap-silap banyak bahaya yang boleh dijumpai semasa aktiviti pembersihan dilakukan.
Kisah dua beradik Jannah dan Leila. Jannah si kakak, seorang ghost writer yang membesarkan sendiri adiknya Leila. Leila seorang jurnalist dan hoarder cleaner, telah berjanji pada diri untuk tidak berkahwin sampai bila-bila. Persoalannya, kenapa?
Persoalan-persoalan di awal seperti kenapa hanya mereka berdua? Di mana ahli keluarga yang lain? Apa yang telah berlaku? Siapa Abu Umar, Abu Annas? dicerita satu per satu dengan baik, dimasukkan dalam sususan plot dengan sangat bagus. Ada sedikit unsur saspen dan twist. Bersifat informatif dan ada juga unsur lawak yang bersahaja. Ada kematangan dan kebijaksanaan.
Slow burn romance, ada adab dan tertibnya. Ada trigger dan solusinya. Saya suka bagaimana dinamika setiap watak menjadi pelengkap antara satu sama lain. Unik sebenarnya bila fikir balik setiap orang yang kita jumpa pasti ada diselitnya pengajaran hidup untuk kita.
Novel yang boleh dihabiskan dengan sekali duduk. Well done!
Tak terasa seperti membaca novel cinta. Seringkali rasa tersentak dengan kisah hidup Leila dan Jannah yang misteri dan menyakitkan. Kisah masa kecil yang jauh dari norma kehidupan biasa.
Pekerjaan sampingan Leila sebagai hoarder cleaner turut memberi perspektif baharu bagi saya mengenali pekerjaan ini. Hoarder pun ada tahapnya dan tahap 4 ke atas sudah pasti menggerunkan.
Ada isu kesihatan mental dipaparkan, ada kisah kecekalan jiwa anak-anak yang membesar 'sendirian' tanpa sentuhan langsung ibu ayah, ada kisah trauma masa kecil yang menjadikan seseorang itu membina sikap dan personaliti sendiri, ada kisah persahabatan dan sudah tentu suasana 'ribut' dalam cerita diredakan dengan pertolongan orang yang baik-baik di sekeliling watak utama.
Buku pertama Nurul Syahida yang saya baca. Thumbs up!
Penulisan NS sangat matang. You know something that I can go "may these kind of love and maturity reach me"
NS never fails to deliver slice of life fictions. And this one definitely falls in trauma is definitely traumatizing.
No words can actually describe my love for her leads especially female characters.
It is so easy to fall in love with her characters. Especially when Leila reached Hadi; "Awak perlukan masa ke?" such a calming presence. I would fall in love too if I were Hadi.
Or when Hadi frantically messaged Leila about merapi and he went "sorry I'll wait" Oh I love his considerate and healthy communicator side.
awalnya keluarga mereka bahagia. tapi mungkin silap si ibu yang 'tidak dapat berdikari' hingga menjadi punca keluarga mereka berakhir tragis. si along yang dihalau, si angah dan adik yang bakal dijual. si anak yang terpaksa dewasa sebelum usianya. broken home. broken family. cinta yang kian mekar, tapi dipagari duri supaya ia terkawal dan terbatas. trauma masa silam yang menjadikan adik-beradik paranoid dan terlalu positive dengan sekeliling. its all about jannah & leila. adik-beradik yang akan jaga dan saling menjaga.
Bab awal novel, saya rasa susah nak 'hook' tapi apabila meneruskan bacaan, saya mula rasakan naskhah ini sangat menarik. Saya kagum ďengan perkongsian ilmu melalui penceritaan fiksyen begini, terasa bertambah pengetahuan walaupun sedang baca bukan yang 'ringan' bukan artikel akhbar majalah ataupun jurnal.
Tema-tema yang dibawa dalam buku juga diverse, menjadikan cerita tidak klise. Gabung jalin tema kekeluargaan, ajaran sesat, pekerjaan 'hoarder cleaner' dan pencintaan 'antara 2 darjat' dalam novel ini harmoni. Saya suka babak-babak real adik-beradik dan rakan-rakan seperti gurauan yang biasa kita buat, terhibur! 😂
another masterpiece from my #1 favourite author. even though unlike others Syahida's story, the male lead is actually predictable (and i want it to be). I love how the novel was basically divided into two parts for each sister's backstory (very tragic). and now I have to read petrichor next because I'm curious samee and Jamie
This entire review has been hidden because of spoilers.
Auww, karya NS tak pernah mengecewakan. Kali ini pasal hoarder cleaner. Refreshing, bagi lain sikit pekerjaan FL tu. And the plot twist is twisting (?).
Buku ini dibaca ketika berada di kampung menjadikan kesan emosi itu lebih kuat. Perihal adik beradik, hubungan anak dan ibu bapa serta pertemuan dek misi mengemas rumah yang dihuni oleh seorang hoarder.
Misi Leyla & Hadi itu cukup membuatkan aku rasa nak hubungi si Leyla untuk tolong kemas rumah sendiri haha. Apa yang saya suka dengan kedua-dua watak utama ini adalah topik perbualan mereka. Insightful dan memberi saya ilmu baharu.
Buat yang ingin membaca novel cinta tak klise dan ilmu tentang hoarding disorder + cara kemas rumah + perihal pretty privilege, buku ini untuk anda!
Benar, kisah 'Hadi the hottie' dari novel Petrichor, walau munculnya sekejap cuma, dia memberi kesan yang melekat di ingatan.
Mahunya tak teruja aku apabila menyedari novel ini adalah kisah tentang dirinya yang penuh pesona, namun ada luka yang menyedihkan yang mungkin tiada siapa menyangka dialami oleh seorang pemilik wajah tampan dan mencairkan.
Ini juga kisah Leila dan Jannah. Kisah mereka lebih daripada sekadar adik-beradik. Ada sejarah yang gelap dan penuh trauma - memberi kesan mendalam hingga usia dewasa terutamanya Leila yang berikrar menjaga Jannah hingga hujung nyawa.
Luar biasanya hasil tulisan Nurul Syahida, ia selalu berjaya membuat aku senyum sendiri terutama part 'dialog'nya yang bersahaja. Elemen cinta tidaklah 'manis melecaih', tapi tak tahulah... Ia buat aku tergolek, tergelak malah meluruhkan hati.
Novel yang sarat juga dengan ilmu. Kalian bacalah, benar buku ini penuh 'berisi' dan tidak rugi dimiliki.
Tertarik nak baca buku Jane & Cassandra ni sebab... cover dia cantik! Seriously, itu first thing yang tarik perhatian masa tengah window shopping buku dekat Popular. Tambah pula, saya memang dah lama tahu pasal penulis ni — ramai recommend karya beliau. Tapi Jane & Cassandra ni adalah first book saya dari beliau. Yang lain semua masih duduk manis dalam TBR list 😎😅
- Cerita ini mengisahkan dua beradik, Jannah dan Leila, yang terpaksa mengharungi masa kecil mereka dengan pengalaman yang pahit dan penuh trauma. Masa silam mereka menyakitkan — dan itulah yang membentuk siapa mereka hari ini. Leila, sebagai adik, sangat bertekad nak jaga kakaknya yang pernah berkorban demi selamatkan dia. Hubungan mereka ni sangat kuat, dan penulis kaitkan dengan Jane & Cassandra Austen (yes, the Jane Austen dari era Regency). Lepas baca, terus saya Google pasal kisah sebenar dua beradik Austen ni. Menarik betul!
- Jalan ceritanya sangat menarik — buat kita tak sabar nak tahu apa akan jadi seterusnya. Pada awalnya, kisah ini digarap secara santai melalui cerita-cerita kecil yang Leila kongsi bersama rakan-rakan sekerja di Projek LAKSA. Tapi makin lama, lapisan demi lapisan cerita mula terbuka—sampai klimaks, barulah semua ‘puzzle’ tersusun. Barulah kita faham betapa peritnya masa silam mereka, yang pernah hidup dalam sebuah cult. Jujurnya, bila sampai part ni terus teringat beberapa drama TV tempatan yang berkisarkan ajaran sesat. Iykyk 😅
- Bab cinta, it's more like a slow burn, tapi cukup manis untuk buat kita senyum sorang-sorang. Leila dan Hadi, mula-mula cuma kenal sebagai cleaner hoarder dan client. Tapi sepanjang proses membersihkan rumah ayah Hadi, mula la bibit cinta tu muncul. Tapi biasalah, Leila jenis yang guarded sebab trauma masa lalu. So hubungan mereka tak terus jadi — sehinggalah satu insiden berlaku, dan Jannah dapat tahu semuanya dari sepucuk surat. Shoutout to Jannah, the ultimate wingwoman 😭❤️
- Saya suka cara penulis selitkan pelbagai info dalam cerita. Tak rasa macam tengah belajar, tapi somehow kita dapat knowledge baru — contohnya pasal hoarder (dengan stage-stage dia), ajaran sesat, dan of course, Jane dan Cassandra Austen. Serius, lepas baca, terus rasa nak tahu lebih lagi pasal semua ni.
- Walaupun watak tak ramai, semua ada peranan tersendiri. Setiap satu dikembangkan dengan baik. Tapi... watak yang paling buat darah naik? Asmawi. Dari first moment dia muncul balik dalam hidup Leila, terus rasa nak baling buku. Geram betul 😂
Highly recommend! Kalau korang belum baca, please add to cart cepat-cepat 😍📚
Jane & Cassandra merupakan novel ke-7 yang saya baca dari karya penulis Nurul Syahida. Boleh dikatakan antara yang paling saya suka setakat ini. (Yang lain pun suka juga 🤭)
Bukan sekadar menyajikan cerita cinta atau konflik keluarga yang biasa, ia menggabungkan banyak perkara baru dan perspektif segar yang mungkin jarang diketengahkan. Antaranya:
1. PROFESSION YANG JARANG DIPAPARKAN: "HOARDER CLEANER". * Penulis membuka mata pembaca terhadap isu hoarder yang tidak selalu difahami oleh masyarakat dan bagaimana ia terkait dengan faktor psikologi. * Pembaca juga didedahkan dengan proses kerja, cabaran dan stigma pekerjaan ini. Rupanya kerja ni lebih dari sekadar pilih, kemas, cuci, buang barang.
2. ISU TRAUMA AKIBAT AJARAN SESAT/"CULT" * Kisah silam Leila dan kakaknya Jannah memperlihatkan akibat daripada kepercayaan sesat - akhirnya merosakkan struktur keluarga. Perit membaca kisah mereka. * Kita dapat lihat bagaimana kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran toksik boleh membawa luka itu hingga dewasa tanpa mereka sendiri sedar. * Turut dijelaskan 4 kategori ajaran sesat. Satu jenis pun dah cukup menakutkan, apatah lagi jika kesemuanya wujud sekaligus dalam satu kumpulan.
(Point 3-5 boleh dibaca di Instagram: @hani.zulia_)
Kesimpulannya Jane & Cassandra bukan sekadar kisah cinta biasa. la membawa mesej penting tentang kekuatan hubungan adik-beradik, pengorbanan, trauma, dan cinta sejati yang datang dalam cara yang tak dijangka.
Kisah yang memberi inspirasi dan hiburan dalam masa yang sama.