Takdir menemukan seorang jejaka bersifat bakhil, Baqi dengan Kekwa, seorang gadis ‘kekwat’, di bumi asing dalam kehidupan yang ralat untuk mereka tempuhi sendiri. Lantas mereka mencipta hubungan aneh yakni sahabat yang saling mempergunakan demi kepentingan diri masing-masing. Baqi hidup bertunjangkan misi untuk membalas dendam terhadap ayah saudaranya, Abu Jalal.
Kekwa pula ada kisah hitam dan dendamnya yang tersendiri terhadap ibu tiri dan ayahnya. Baqi disuruh menggoda adik sepupu Kekwa, Orked untuk menghuru-harakan hubungannya dengan tunangnya, Uwais. Sebagai balasan, Kekwa pula bersetuju berlakon menjadi kekasih Baqi dan mengikutnya pulang ke ladang kelapa sawit untuk berperang dengan Abu Jalal.
Tanpa mereka sedari, dalam misi membalas dendam, mereka saling terjatuh hati antara satu sama lain. Bermulalah adegan gila menafikan gelodak di jiwa masing-masing. Kekwa yang takut untuk kehilangan lagi tidak ampuh menerima Baqi. Baqi pula terjerat antara rasa suka dan misinya. Saat nyawa jadi taruhan, perhubungan mereka terus teruji.
“Gunakan ajelah aku. Lepas tu buang aku. Macam yang orang lain buat. And trust me, Bakhil… Aku akan buat benda yang sama dengan kau.”- Kekwa
“Aku boleh pastikan apa yang kau nak adalah aku, hala tuju kau adalah pangkuan aku dan tempat tinggal kau adalah rumah aku. Tapi boleh tak kau jujur dengan perasaan kau?” – Baqi
CAPTION: Saat si bakhil bertemu dengan gadis kekwat yang menghuru-harakan jiwanya ....
the only thing that off is ending Abu Jalal. rushing and hanya diceritakan dari pov orang lain. what a waste sebab apa dia buat tu deserve satisfying villain's ending
Bakhil and Kekwa chemistry, dynamic and banter are my roman empire aaaaa tak puasss i wish i can read more their after marriage life😔🤍 comel sangat diorang dua ni eiiiiii sorang cold, sorang suka terus terang bagi hint. tarik tali diorang buat saya rooting for their endgame HAHA
bukan sekadar romcom, ada isu kekeluargaan dan perebutan harta yang buatkan Kekwa setuju tolong Bakhil dan vice versa, yasss fake dating trope enthusiast this is for youuu
buku kedua dari kak liza nur saya baca, and she didnt dissappoint me. def one of my best read this year!! hope ada cerita Aloi and Orked, another our city rich girl x kampung boy. Aloi the only man yang boleh humblekan Orked agaga i need their book
Pertama kali kita baca penulisan author nie. And sangat2 tak mengecewakan…🥰😍 • Rating: 🌟🌟🌟🌟 • Apabila si bakhil teamed up together dengan seorang gadis kekwat untuk nak rampas kembali apa yang sepatutnya menjadi haknya. Along the way, both of them started to fall in love…💛💖❤️ Adakah this friendship akan bertukar menjadi hubungan cinta, atau terus kekal hanya menjadi kawan? In the end, dapatkah si bakhil itu mengambil kembali apa yang menjadi haknya? Of course, kalau nak tahu, kenalah baca buku nie…😎 • ML - Ahmad Baqi / Baqi FL gelarkan ML si bakhil. Sebab ML nie memang sangat cermat dalam membelanjakan duitnya. Good looking. Mempunyai seorang kawan baik bernama Aloi. • “𝑯𝒂𝒕𝒊 𝒂𝒌𝒖, 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖, 𝒋𝒊𝒘𝒂 𝒂𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒌𝒂𝒖 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒌𝒂𝒖 𝒏𝒂𝒌. 𝑫𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒖 𝒕𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒕𝒂𝒑𝒂 𝒃𝒂𝒌𝒉𝒊𝒍𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒌𝒖, 𝑲𝒆𝒌. 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒂𝒌𝒖 𝒕𝒂𝒘𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒌𝒖 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒌𝒂𝒖.” 𝑩𝒂𝒒𝒊 𝒕𝒐 𝑲𝒆𝒌𝒘𝒂. • Ayat lamaran ML, bukan setakat boleh buat F yang cair. Dengan kita sekali yang cair…🫠🥰😍 • FL - Kekwa / Kek ML gelarkan FL gadis kekwat. Sebab FL seorang gadis yang dingin…❄️ Muka expressionless all the time. Tak percaya dengan kaum Adam. Cantik. Dan sangat2 kaya…💵💰 • The first chapter terus hooked kita untuk nak baca buku nie…🤩 Which is rare for me, sebab selalunya I need to read the first 50 pages or more untuk betul2 nak hooked with the book…😅😂 • Buku ini bertemakan sifat tamak haloba. And sifat ini, bukan hanya ada pada yang miskin, malah yang kaya pun ada sifat tamak haloba ini. Be it duit, harta melimpah ruah, kasih sayang, perhatian dan macam2 lagi. Bila dah rasa sedikit, nak lagi, dan lagi. Sampai tak pernah nak merasa puas. Sampai kena aniaya orang lain demi rasa tamak haloba tue…🥺😢 • Both ML & FL ada kisah silam masing2, yang menyebabkan mereka berdua simpan dendam. ML, yang berdendam dengan bapa saudaranya, Abu Jalal, kerana merampas harta2 yang sepatutnya jadi milik ML. FL pula menyimpan dendam kepada bapanya sendiri dan ibu tirinya. And these 2, work together untuk melunaskan dendam masing2…😎🤨 • Of course, bila dah bekerjasama, dah duduk di bawah satu bumbung sekali, akan timbul perasaan suka dan cinta…😏 While ML cuba meraih cinta dari FL, FL memang terang2 menolak perasaan cinta itu. Padahal dalam hati, dah bergetar, dah dup dap dup dap, dah terjatuh bergolek dah…🫠🥰 Kita suka sungguh baca the banters between both of them nie. Masing2 tak nak kalah bila berkomunikasi. Lagi2, bila ML dah mula jatuh cinta. ML mula lah bagi ayat2 manis yang tak berapa nak romantik…🤣 And seperti biasa, FL akan bagi ayat2 yang agak pedas / pedih untuk menangkis segala ayat2 manis ML. You definitely can feel the sexual tensions, the angst between them. Rasa nak cakap kat these 2, sudah2 la tue. Just get together will you?! 🙂↕️😤 • Kita juga suka baca strategi mereka berdua dalam nak melunaskan dendam2 mereka. Especially apabila mereka cuba nak rampas kembali tanah2 yang Abu Jalal ambil macam tue jer. While ML dah set the base from the beginning, FL pula meneruskan sahaja rancangan mereka dengan come out with ideas untuk nak kalahkan Abu Jalal. Basically, these 2 memang bijak dalam memanipulasikan orang2 sekeliling mereka. ML guna FL, FL guna ML. Ha gitew…😂 Elok sungguh lah mereka berdua nie…😎 • Cuma, kita rasa, towards the ending tue, macam a bit rushing. Everything was wrapped up in 70++ pages macam tue. Kita memang tak puas hati ending Abu Jalal habis macam tue. Scene FL selamatkan ML tue memang chef’s kiss 👨🏻🍳😘 Cuma, macam kita cakap, it happened too fast membuatkan kita rasa agak tak puas hati bahagian ending nie…😅 I would like the scene be a bit more dramatic…🥲 • Watak yang kita agak suka (walaupun agak annoyed in the beginning of the book) is watak Iris. Like wehh, the moment she rides the motorcycle sambil bawa parang bagai nak selamatkan ML, memang badass betul minah nie…😎 Walaupun awal2 tue, macam lembik, selalu rasa macam wanita yang tersakiti, lemah, malang bagai. I don’t know why, but in my twisted mind, I would love for her to end up together with Uwais…😈 Macam kena pula kalau mereka berdua berpasangan hahaha…🤣😂 Mesti kacau bilau pasangan nir kalau menjadi…😈 • I definitely hava a huge crush on this FL. Like, gurlll, FL adalah perempuan paling sombong, paling angkuh, paling tak bother with anything. Tapi at the same time, dia lah gadis paling premium. Tak suka didekati oleh kaum Adam. And she’s kaya nak mampus…😳 I truly 💖❤️💛 her character so much. Paling kita suka, when she slowly starts ada rasa sayang pada Mak Icha, and the moment she lowered her ego and minta tolong bapanya. Like, I can imagine the scene memang epik wehh…👏🏻👍🏻 • And ML…🫠 Cair kita dengan ML nie. Dalam buku nie tak banyak scenes romantik. Cuma, memang nampak ML nie memang suka pada FL sejak dulu lagi. Sebab banyak benda dia buat dalam diam2 jer untuk FL. And he definitely knows how to buat perasaan FL kacau bilau…🤣😅 • Penulisan author nie, sedap dibaca. Ada beberapa kesalahan ejaan dan tertukar nama watak…🥲 Tapi, tak mengganggu pembacaan pun. And please, the cover, memang cantik yer. Sedap dipegang. The artwork and tekstur cover nie memang macam ala2 English novel. Tapi, walaupun cover buku nie nampak comel, isi dalam tak lah secomel cover nya…😂😅 • This is my first time reading this author’s work. One thing about authors yang dah lama berkecimpung dalam dunia penulisan, they do not need to write hot ML / FL with detailed descriptions bagai. Macam dada bidang, tangan kekar semua tue. Bila baca buku nie, you can feel that these 2 characters memang hot nak mampus…🥰😍 Walaupun bergelumang dalam ladang kelapa sawit…😆😂 Itulah kelebihan authors2 yang dah agak veteran dalam dunia penulisan nie. • Apa2 pun, kalau you all cuba nak baca a romance story yang tak berapa cliche, definitely grab this one. I’m glad I gave this book a chance. Memang enjoy sangat baca dari the first page sampai lah ke penghujung. Untuk author, semoga sentiasa diberi kemudahan untuk terus berkarya. All the best, author…👏🏻👍🏻
but nvm … cerita menarik. ok lah the angst ada, romance dia pun sikit sikit sajo. more focusing to the plot, okaylah bolelah cuma tulah i was expecting more lah i mean i AM EXPECTING MORE but a good one
I thought kan cerita ni fully romcom disebabkan tajuk & cover yang nampak macam bright (beli tanpa baca sinopsisi sebab I suka penulis ni). Tapi tidak yee, cerita ni lebih kepada bercerita tentang kekeluargaan, persahabatan, pengkhianatan, dendam, kemaafan & banyak info dumping berkenaan perniagaan kelapa sawit. Nak rasa ada bebunga cinta tu bolehlah ada secoet dekat hujung-hujung nak habis tu.
Kisahnya Kekwa dan Baqi ni saling pergunakan diri memasing untuk nak capai matlamat masing-masing balik ke Malaysia. Baqi demi dendam terhadap Abu Jahal & Kekwa dipujuk Baqi untuk menyamar jadi kekasih. Sehinggalah tersedar ada rasa hati yang singgah. Tapi takdalah penulis fokuskan sangat dengan perasaan bunga-bunga cinta yang tengah kembang mekar, bolehlah buat rasa-rasa. Plus Kekwa Bunganya si Bakhil ni pulak sejenis wanita ego yang maha sombong tanak kalah tapi pandai memanipulasi keadaan & orang sekeliling. Berkawan dengan si Bakhil kedekut & pentingkan diri sendiri pastu suka mengusik ni memang bagai anjing dengan kucing.
Cumanya satu je yang I tak puas hati, pengakhiran Abu Jahal tak diceritakan dengan lebih terperinci. I geram ehh jahatnya disebabkan harta & sifat tamak habis hilang sifat kemanusiaan.
personal rating; 4.5🌟 genre(s) — comedy, romance, slice of life trope(s) — frenemies to lovers, fate dating, slow-burn romance, family/wealth issues, “i can do it by myself” fl x “i know but let me do it for you” ml, grumpy-coldhearted fl x playful-sarcastic ml, chaotic couple, rich girl x village boy, “touch him and you die” fl x “i’ll protect you” ml
✍🏻 Abu Jalal yang ingin merampas tanah yang diwarisi Baqi menyebabkan Baqi mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air. Bukan bersendirian, tetapi dengan bunganya, Kekwa. Ada misi yang mereka perlu selesaikan dan lantaran itu, status ‘kawan’ mereka senyap-senyap diubah kepada status bakal suami dan isteri.
Allow me to scream my lungs out for a second. I DISCOVERED ANOTHER PAGE TURNER BOOK!!! Ya Allah tak menyesal beli time masuk Popular Aeon hari tu. Kita beli sebab cover memang cantik + Karangkraf market vibe k-drama QoT I AM SOLD!!! THIS BOOK SUITS MY CRITERIA AS SOMEONE YANG MEMERLUKAN ROMCOM😭🫶🏻
The banter the bickering the dynamic the chemistry MEMANG SANGAT SANGAT IMMACULATE i don’t even know how to put in words but if i were to have a relationship (friends to lovers trope) i for sure YEARNS FOR SOMETHING LIKE THEIR DYNAMIC HHAHAHA
Baqi and Kekwa ni a duo a never knew i needed sebab Baqi walaupun dia sengal tapi sumpah hot wehhh something i couldn’t resist sebab walaupun humour dia mintak pelempang I SUKA LELAKI LAWAK SO HE’S NOW ADDED IN MY MOST FAV HERO😭🤚🏻🤚🏻he notices every detail of Kekwa. Kekwa takut tidur seorang, dia bentang toto depan bilik Kekwa sebab nak teman (BENCI LAH SANGAT😤) tapi one thing pasal Baqi ni is he can confess but he didn’t step up the game lepastu mula la main tarik tali yihh🤏🏻🤏🏻
Kekwa pula, i see her as Ko Mun Yeong + Hong Hae In + Kang Bit Na. Her energy her spirit SANGAT BOLD but at the same time she’s cold. Keras sangat mengalahkan ais batu. Ais batu cair masa musim kemarau tapi Kekwa tak. But i see where she came from. Her past explains everything. Dia takut untuk percayakan orang sebab tak nak dikhianati lagi. Valid ya apa dia rasa, how her character berubah 180 darjah after what she’d been through during her childhood phase🥹 Kek tahu apa yang dia nak dalam hidup but that doesn’t mean she doesn’t need anybody. Ada masa, Kek rapuh jugak. She doesn’t know what’s her weakness UNTIL SOMEONE TOUCHES BAQI! 😩
I see the imperfections in Kekwa, dan Baqi ada untuk lengkapkan kekurangan tu. To quote Mr. Baqi here— “dia sempurnakan aku.” *hentak kaki aggressively* kematangan Kekwa ni level tenang tapi dia diam2 ubi berisi, like you don’t know her next step but know know she’s one step ahead from youu! she’s the worst manipulator and gaslighter too. But the way she handles thing tu—i sangat salute. Kekwa sangat berani ambil risiko AND WE LOVE WOMAN EMPOWERMENT!!! That’s my queen—there she is! I dah jadi #walakekwa 🙂↔️
Dalam ni pun banyak sangat quotes best best yang sangat kena dengan realiti kehidupan zaman sekarang— one of my favourites is when Kekwa nasihatkan Aunty Nisa pasal ‘girl support girl’ it hits ya🥹🫶🏻 furthermore, as someone yang cepat kesiankan orang (walaupun mereka sekadar watak atas kertas) i hate this story for making me feel this way! 😭 kak liza tunjuk pov semua watak and the fact that yang nampak jahat di luaran ni sebenarnya banyak kisah yang tak terungkap (except for Abu Jalal he deserves that punishment)🥺 i love how Orked ends her relationship with Uwais. Orked needs a hug too okayyy after all the misunderstoods. Memang sesuai sangat dengan Aloi he can humble her HHAHAH i shipp!
Bond between Mak Icha and Kekwa reminds me of Haein and her mother in law since dia dah lama tak rasa betapa hangat kasih sayang seorang ibu. Hidup seorang dan berdikari sendiri since she was a kid dan kena bertahan bila no one was there during her mother’s funeral💔 kan i cakap cerita ni ketengahkan banyak pov, masa ayah kekwa cakap “siapa buat anak aku menangis?” pun i boleh berair mata😭 Ending up in a proper way will throw all the grudges that we hold that’s what i interpret in this story🤍 suka sangattt pengakhiran kisah setiap watak dalam cerita nii.
Now i feel like reading it all over from the start BaqiKekwa my baby my shayla🥹🪽💐 walaupun ada scenes yang kita rasa draggy (sebab ditulis by chapter and maybe because i didn’t finish it in one seat) it’s a good book if you need a light read! Highly recommended💯🌟
Kepulangan Baqi dan Kekwa ke Malaysia dari Scotland sebenarnya ada misi yang mereka ingin lunaskan. Dendam untuk mendapatkan kembali hak mereka dan menjauhkan sesuatu yang bukan pada tempatnya.
Usai segala hal Kekwa di Kuala Lumpur, dia mengikut Baqi ke kampungnya, di sebuah ladang kelapa sawit di Pahang. Saat dendam semakin terlunas, kasih di antara mereka mula bertunas. Akan tumbuh mekarkah cinta bunga dengan si bakhil?
Suasana ladang kelapa sawit terlakar dengan baik. Cara kerja mereka di ladang turut dihuraikan dengan menarik.
Baqi dan Kekwa yang mulanya bersahabat begitu terbuka dalam percakapan mereka, penuh sinis dan perlian. Siapa sangka kedua-duanya menyimpan luka lama di hati yang membentuk perwatakan mereka ketika dewasa. Terutama tentang bagaimana mereka berinteraksi dengan orang sekeliling. Sekurang-kurangnya Baqi masih mempunyai Aloi dan Marisa yang sangat dipercayainya. Aku suka dengan hangat mesranya watak Marisa terhadap Kekwa yang beku pada mulanya.
Watak-watak di sekeliling mereka menjadi watak penting dalam membentuk cerita yang menarik sehingga ke akhirnya. Iris yang gilakan Baqi namun diperguna orang lain, Abu Jalal yang tamakkan harta, bapa Kekwa yang ego namun sayangnya tetap pada Kekwa, Orked yang naif, dan lain-lain yang berfungsi dalam perkembangan cerita.
Menuju ke penghujung, cerita ini agak mendebarkan dengan apa yang terjadi pada Baqi, namun semuanya tersusun molek sehinggalah ke titik penamat.
Ini kisah tentang hati yang tamak, dendam dan kemaafan dalam keluarga. Kisah Kekwa dan Baqi yang saling mempergunakan diri mereka demi untuk mencapai matlamat dendam masing-masing. Dalam pada mereka berpura-pura berlakon sebagai sepasang kekasih dan menidakkan rasa hati akhirnya mereka rasa sayang betul-betul dan mengaku dengan perasaan kasih dan sayang yang telah lama hadir dalam hati mereka.
Biasa tak dengar kata orang tua-tua dahulu, 'jangan benci sangat nanti jadi sayang'. Haa kan dah kata... Tapi, biasalah orang muda ni mana nak mengaku kan, ego masing-masing tinggi melangit betul.
Cuma aku kurang puas hati dengan ending kisah diorang ni sebab tak diceritakan apa yang terjadi pada Abu Jalal yang jahat tuu...
Buku ni sangat sempurna jalan penceritaanya, cara pengenalan wataknya, kisah suka, kisah sedih, kisah kelakar semuanya tersusun cantik sempurna!
Trope(s): Friends with benefit, he fell first but both fell harder, grumpy x sunshine, small town, bickering couples, love-hate relationship, mutual pining, denial of feelings
Baqi yg bertemu dengan Kekwa di Scotland ketika menyambung pengajian, perlahan lahan menjadi kawan yg sering bertikam lidah tanpa meninggalkan kesan di hati antara satu sama lain. Satu hari, baqi si bakhil mengajak bunganya yg kekwat utk pulang ke malaysia utk melunaskan misi & dendam mereka. Ikutkan misi dan dendam baqi je tapi rupanya kekwa pun ada misi dan dendam 😂
Baqi ni kan on top betullah! Dia ni kan dari awal tu nampak sangat dah sukakan kekwa tapi sebab mungkin dia malu dgn kekwa yg asyik menunjukkan muka kekwat, muka takde perasaan, jadi baqi pun terpaksa telan semua yg dia rasa, terpaksa jadikan humor tu untuk menutup apa yg dia rasa 🥹 bukan sekali baqi confess tapi tak terkira sbb byk kali dia confess tapi kekwa duk alih topik. Dari raut wajah, baqi mmg nampak tak kisah tapi dia sangat kisah sejak mereka makan sekali, membuat plan sekali. Baqi ni senang cerita perfect, husband material 🥹🫶🏻 tak nampak pun sisi bakhil dia tu, yg paling obvious sikap dia yg manipulatif 😭 apa yg kekwa cakap ada je balasan si baqi ni, byk betul idea dia ni ya 😔
Kekwa seorang anak gadis yg dilahirkan kaya tapi kurang dari kasih sayang keluarga yg akhirnya menjadikan diri kekwa yg sangat keras. Bukan setakat keras luaran, dalaman dia pun keras juga 😭 nak mengaku dia lemah, tak reti memang dia tak akan mengaku. Yang dia tahu, kalau orang cabar, dia akan sahut dan buat sehingga berjaya. Perasaan sendiri pun dia sentiasa nafikan sebab trauma yg dia hadapi dari kecik 🥹 tapi kekwa ni mmg strong woman, slay queen, bijak, cantik. Dia ni pun sama perfect macam baqi 🫵🏻
MC mempunyai background yg sama, ada trauma dari kecil cuma mestilah tetap ada perbezaan 🥹 baqi still ada yg sayangkan dia, baqi still ada org yg dia boleh percaya tapi kekwa sebaliknya, dia punyai keluarga tapi dia hidup ibarat seorang diri dia atas muka bumi 🥹 masa baqi pertikaikan tentang ‘trust’ tu rasa nak marah baqi sbb engko tak berada dalam kasut dia pastu semudah itu kau nak judge 😤 tapi nasib baiklah baqi ni pandai tukar topik dgn lawak bodo dia tu.
Cuma saya memang betul tak expect konflik hujung tu 😭 tapi kalau takde konflik tu agaknya sampai ke sudah lah kekwa duk menjunjung ego tak nak mengaku perasaan sendiri. Nasib baik baqi pun memang ingat apa yg dia pernah tawarkan. Tapi mestilah member tu ingat sebab dia byk kali try kekwa tapi asyik kecewa 😭 baqi seorang yg tak pernah kenal erti putus asa dan sangat penyabar je mampu utk bergandingan dgn bunganya 🫵🏻🌷
Watak watak lain dalam ni pun okay je takde masalah, semua terlerai dengan sangat baik. Yang jahat memang mendapat akibat. Yang baik pun elok bahagia. Cuma tulah hubungan kekwa dengan ayahnya jelah mcm kenapa ek macam tu. Tapi mungkin penulis nak sampaikan yg tak semua hubungan kekeluargaan tu akan sama seperti yg kita bayangkan 🥹
Baqi—Kekwa kisah yg semua orang patut baca sebab lengkap semuanya dalam senaskhah ini 🥹🫶🏻✨
Si Bakhil dan Bunganya karya Liza Nur adalah sebuah novel yang sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai kehidupan, dibalut dengan gaya penceritaan yang sederhana tetapi penuh kesan. Melalui watak-wataknya, Liza Nur mengetengahkan isu-isu kemanusiaan seperti sifat tamak, kasih sayang, dan kepentingan bersyukur.
Cerita ini berkisar tentang seorang lelaki bernama Bakhil, yang sesuai dengan namanya, hidup dengan sifat kedekut dan mementingkan diri. Hidupnya berubah apabila dia berjumpa dengan seorang wanita misteri yang membawa bersamanya "bunga"—bukan sekadar bunga fizikal, tetapi lambang harapan, keinsafan, dan cinta. Bunga ini menjadi simbol penting dalam cerita, yang bukan sahaja mengubah Bakhil, tetapi juga memberi pelajaran kepada pembaca.
Liza Nur berjaya menggambarkan perkembangan watak Bakhil dengan sangat baik. Dari seorang lelaki yang sombong dan materialistik, dia perlahan-lahan belajar bahawa kebahagiaan tidak terletak pada kekayaan tetapi pada keikhlasan hati dan memberi tanpa mengharapkan balasan. Ini menjadikan pembaca berfikir tentang sikap kita terhadap orang lain dan dunia di sekeliling kita.
Gaya penulisan Liza Nur yang santai tetapi penuh dengan metafora membuatkan buku ini mudah diikuti tetapi tetap meninggalkan kesan mendalam. Penulis bijak menyelitkan dialog dan monolog yang membuat pembaca merenung dan menghargai nilai-nilai kehidupan.
Walau bagaimanapun, ada beberapa bahagian cerita yang terasa agak klise, terutamanya dalam menggambarkan konflik dan penyelesaiannya. Namun, kekuatan mesej moral dan emosi cerita berjaya mengimbangi kekurangan ini.
Secara keseluruhan, Si Bakhil dan Bunganya adalah sebuah karya yang sesuai untuk pembaca pelbagai peringkat umur. Ia mengingatkan kita bahawa perubahan itu sentiasa mungkin, dan hati yang keras sekalipun boleh dilembutkan dengan kasih sayang dan kebaikan.
Masa pegang buku tu tengok font kecik, ada la 3-4 kali pikir nak baca ke tak dan YES, tak menyesal teruskan niat nak baca cerita ni.
Cerita ni mengisahkan Baqi, yang kena balik Malaysia sebab nak selamatkan harta pusaka daripada Abu Jalal, pak sedara dia dan tentang Kekwa, yang kalau boleh nak duduk Scotland je, tak nak jumpa family dah.
Baqi ni boleh kata head over heels dengan Kekwa tu tapi dia pandai sorokkan dengan perangai dia sebagai seorang yang bakhil. Ada ke ajak Kekwa date dekat coffee shop lepas tu boleh dia cakap aku tak belanja kopi ni, kau kena bayar pulak next week. haaa itulah Baqi.
Dalam kepala Baqi ni selalu bergerak dan berfikir apa yang perlu dia buat untuk 2/3 langkah ke hadapan daripada lawan dia, dari segi kewangan dan juga permainan. Semuanya demi ambil balik harta tanah pusaka milik ayah dia.
Kisah Kekwa pula, ayah dia kahwin baru tapi dengan sepupu arwah mak dia. Dia yang hanya budak 10 tahun, selalu bermain dengan sepupu umur 7 tahun tiba-tiba sepupu tu jadi adik tiri dia, mana tak rasa janggal. Kekwa rasa marah, dendam dan benci dekat mak tiri dia dan ayah dia sebab boleh move on dengan begitu cepat lepas arwah mak dia meninggal.
Baqi panggil Kekwa ni kekwat sebab ekspresi muka Kekwa ni poker face. Dia jawab soalan simple pun dengan nada sama je, takde senyum-senyum.
Plot dalam cerita ni best, bergerak dengan kemas. Watak antagonis ada 4/5, dan semuanya ada kesudahan dia. Cuma ralat sikit dengan kesudahan Abu Jalal tu sebab tak cerita lengkap kecuali dari keratan akhbar sahaja.
Watak Mak Icha sweet ya, selalu ada masa Baqi dan Kekwa perlukan bantuan. Mak Icha la selalu manjakan diorang dua, kalau takde Mak Icha, tak best jadinya.
Buku karya Liza Nur yang pertama saya baca dan saya nak baca yang lain pulak.
basically buku ni banyak cerita pasal kekeluargaan. sebak sebenarnya bila kenangkan masa silam yg baqi and kekwa pernah lalui. mcm mne baqi gigih nak dpatkan semuanya semula. sedih sgt. sbbkan masa lalu yg pahit dan gelaplah yg membentuk baqi jadi si bakhil dan kekwa jdi si kekwat😂 tpi i suka cara baqi try tryy kekwa HAHAHAH so cute, tak paksa² tpi sbb dia tahu apa yg dia nak so he go for it💓
jujur i taktau buku ni dh diadaptasi jadi drama, lepas dh beli baru tau and tgk la sket² sedutan dia kat tiktok. for me yes, watak baqi tu dpat and smpai dkat i tapi alya iman tak cukup kekwat🥹😂 im sorry i bayangkan kekwa ni seorang yg sgt kaya, sgt strong, sgt bijak, cantik gila tanpa perlu banyak effort, vass vavavoomm lawo, jual mahal, and berlagak gila tapi bila i tgk sedutan² tu, nmpak mcm dialog alya iman ni tak cukup berlagak and tak cukup kuat nak bawak watak ni, i hope she's more powerful😭 sbb kekwa mmg bijak mmg berlagak but she's worth it HAHAHAHAAH and sbb dia worth tu la i rse dia sesuai berlagak tu. and dia mcm tu pun sebenarnya to protect herself dri terluka.
and yes, kau dpat bljar banyak from this novel yang simpan dendam takkan buat kau aman and bila dendam tu terlunas takkan buat you bahagia. so, overall love this book so much! but please, alya iman im sorry you need to be more kekwatt more berlagak sbb tak smpai la lakonan you😭
lastly, aloi and orked please! nextttt hahahahahahah
Sinopsis Ringkas: Si Bakhil dengan Bunganya mengisahkan Baqi, seorang lelaki kedekut, dan Kekwa, gadis yang sombong, yang bertemu di bumi asing dengan misi membalas dendam masing-masing. Baqi ingin menentang bapa saudaranya, Abu Jalal, manakala Kekwa mahu memusnahkan hubungan tunang sepupunya, Orked. Mereka berpakat untuk saling membantu, tetapi tanpa disangka, perasaan mula tumbuh di antara mereka. Dalam permainan ego dan dendam, mampukah mereka menerima hakikat sebenar di hati masing-masing?
Pendapat Keseluruhan: Novel ini menyajikan kisah romantik yang segar, penuh dengan humor dan konflik keluarga yang menarik. Liza Nur berjaya menghidupkan watak-watak dengan dialog yang tajam, situasi lucu, dan perkembangan emosi yang realistik. Gabungan elemen romantik dan komedi menjadikan novel ini sebuah bacaan yang menghiburkan dan ringan, tetapi tetap menyentuh hati. Jika anda mencari novel yang mampu membuat anda ketawa dan tersentuh dalam masa yang sama, Si Bakhil dengan Bunganya adalah pilihan yang sempurna!
Cerita ini mengisahkan dua sahabat yang saling menggunakan satu sama lain — seorang kedekut, seorang lagi diva dan sombong. Namun, kerana mereka saling memahami, hubungan itu berkembang menjadi persahabatan rapat sejak zaman belajar di Scotland.
Kisah mereka bertambah menarik apabila si hero membawa si heroin pulang ke kampung untuk berlakon sebagai tunang tersayang. Hero sebenarnya ada misi: menyelamatkan tanah pusaka arwah atuknya yang hampir tergadai akibat ketamakan bapa saudaranya.
Heroin pula ikut serta dengan misi berbeza — dia mahu memutuskan pertunangan adik tirinya, dan di sinilah ‘khidmat’ si hero diperlukan.
Apa yang menyatukan mereka ialah persamaan status: dua-duanya kaya, tetapi orang luar hanya nampak harta dan mahu mengambil kesempatan.
Dalam masa yang sama, bibit cinta mula tumbuh, tetapi dipendam oleh kedua-duanya. Kalau ikut perjalanan cerita, aku rasa lebih tepat trope mereka ialah “he falls first but she falls harder.”
Jalan ceritanya menarik, penuh komedi, terutama bila Cik Bunga mula ‘mengila’ dengan perangai diva dia.
Warning: jangan tengok versi drama di TV. Bukunya jauh lebih best. Watak Cik Bunga dalam novel ini memang ada queen vibe ala Hong Hae-in dalam Queen of Tears (lakonan Kim Ji-won). Baru kena!
Kalau lihat pada cover buku, saya ingatkan ini kisah manis-manis dan comel dengan latar bumi Scotland pada musim sejuk. Tapi jangkaan tersasar. Kita akan dibawa pulang ke Malaysia dan mengisi masa di sebuah ladang kelapa sawit di Pahang.
Rupa-rupanya ada pengalaman perit di sebalik dua watak utamanya —Baqi & Kekwa. Mereka adalah mangsa khianat ahli keluarga sendiri. Kejadian-kejadian tersebut disampaikan dengan baik oleh penulis melalui babak-babak imbas kembali.
Pengkhianatan itulah yang membentuk karakter mereka yang kita kenali sekarang. Baqi yang bakhil dan Kekwa yang kekwat.
Suka watak Marisa & Aloi, pekerja keluarga Baqi. Mereka "orang luar" yang beri rasa tenteram dan selamat kepada Baqi dan Kekwa, lebih dari yang mereka dapat dari ahli keluarga sendiri.
Dan seperti pembaca lain juga, saya nak lanjutan kisah Orked & Aloi 😊
novel ni mengisahkan tentang Baki yang sejenis berjimat cermat dan kekwa yang berpewatakan sombong. maka baki digelar si bakhil dan kekwa digelar kekwat.
mereka membuat perjanjian membantu satu sama lain dalam menyelesaikan masalah keluarga masing-masing tapi tanpa disedari, mereka saling jatuh cinta.
cuma keegoan yang membuat mereka menafikan perasaan sendiri. novel ni bertemakan romantik komedi tapi saya tak rasa kelakar pun. maklumlah watak sombong nak masukkan elemen kelakar memerlukan watak yang kelakar. bukan sombong.
this book might be the reason I start to read more Malay Novels again! Love the writing - sangat bersahaja. kadang tersenyum, tsrsengeh, tersentuh jiwa.. semuanya ada. tolonglah baca buku ni!
Cerita dia best dan sangat kelakar. Ibarat friends with benefit tapi ending terjantuh cinta antara Ken dan Qi. Ada unsur kekeluargaan dan balas dendam sikit.
Suka! Suka! Suka! Slay betul watak Kekwat & Bakhil. Jarang jumpa perangai hero & heroin yang macam 2 ketul ni. Jalan cerita pun best. Cover novel pun cute. Sila baca guys!