Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bila Sena Kembali Berbunga

Rate this book
Biar mereka menikmati keindahannya

Bersama sena yang masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dalam pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan…merealisasikan sebuah impian, untuk melihat sena kembali berbunga...

Aku cuba membahagiakan semua orang, tapi aku tak mahu orang lain bahagia di atas penderitaanku

288 pages

First published January 1, 1995

8 people are currently reading
116 people want to read

About the author

Amaruszati Noor Rahim

11 books7 followers
Novelis, cerpenis , penulis skrip drama dan penyair. Menghasilkan 10 buah novel:

- Keranamu Aku Menangis
- Sindiket Pengemis Cilik
- Camar Terbang Senja
- Siti Johanna
- Bila Sena Kembali Berbunga
- Bila Sena Kembali Berbunga 2
- Hidayah Si Gadis Cilik
- Kasih Sedingin Salju
- Dulu Satu Kini Dua
- Episod Cinta Di Tanah Hijrah.

Pernah memenangi Hadiah Cerpen Utusan Melayu 1992, Hadiah Cerpen Perpaduan 1995, Hadiah Puisi Esso Gapena 1995, Hadiah Cerpen Utusan 2004, 2005, 2007. Hadiah Sastera Perdana 2003. Hadiah sayembara menulis novel sempena 50 tahun merdeka. Menerima Anugerah Karyawan Pahang 2004.

Menggondol beberapa kejayaan dalam dunia deklamasi Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Negeri Terengganu tahun 97 dan 98. Johan Negeri Terengganu 1999. Naib Johan Negeri Pahang 2000, 2001. Johan Negeri Pahang 2002, 2003. Naib Johan sayembara deklamasi puisi bahasa 2002. Johan Peringkat Kebangsaan 2003. Tempat ketiga sayembara deklamasi puisi Exxon Mobil. Beberapa kali mewakili Malaysia sebagai deklamator ke Indonesia dan Thailand.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (45%)
4 stars
27 (32%)
3 stars
14 (16%)
2 stars
2 (2%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 28, 2020
ada kisah dengan novel ini. pada awal baca Bila Sena Kembali Berbunga adalah dalam bentuk cerpen yang disiar dalam Dewan Pelajar kalau tak silap. sangat suka dengan cerpen tersebut dan memang ulangkali baca.

bila CESB menerbitkan karya puan Amaruszati Noor Rahim ini dalam bentuk novel, memang tak lepas peluang beli. cumanya yang dalam koleksi ini rasanya pembelian kali ketiga. dipinjam tak pulang. dan dipinjam rosak so tak nak buku tu.

menariknya kisah ini ialah ayat-ayat sama ada dalam naratif atau dialog semuanya indah susunan. itu tak termasuk madah yang banyak diselitkan.

afikah, watak yang pada permukaan kelihatan sangat lemah, cengeng, suka merungut tapi dia seorang yang cekal. walaupun gagal dalam spm digagahkan juga diri untuk ulang kembali dan teruskan semangat menimba ilmu hingga ke peringkat tertinggi. walaupun hatinya pernah kecewa, dia bangkit. bangkit perjuangkan apa yang perlu untuk dirinya.

zek atau zakri. seorang yang sangat tenang. punya ciri idaman. walaupun perjuangannya mempertahankan cinta sangat payah namun dia tidak gelabah. akal sentiasa diletak di hadapan perasaan. lelaki. seharusnya begini, kan?

halangan terbesar mereka, darjat dan harta. menjadi anak orang kaya atau miskin bukanlah pilihan. tapi cara kehidupan dengan mensyukuri apa yang dikurniakan itulah yang sangat penting.

yang menikmati indah saja yang dapat merasa.

rasa?

ya. rasa cinta yang dikurnia Ilahi.
Profile Image for Aziah.
19 reviews
January 31, 2025
Sangat nostalgia baca kisah Zek dan Fika ni.Pernah baca buku ni time sekolah dulu sampai terikut-ikut lah masuk sekolah teknik jugak.Haha.
Bila melayari kembali ternyata emosi masih terbuai-buai.cewah..

Cerita cinta 2 darjat antara Zek dan Fika ni memang klise.tapi alunan bahasa dalam buku ni membuatkan kisah ni indah walaupun penuh duka.

Perkenalan bermula bila Fika tertingal Bofa set di kelas lukisan kejuteraan lalu Zek telah menjumpainya.Fika yang lemah subjek tersebut lalu menerima pelawaan Zek untuk menjadi gurunya.Setiap petang mereka ulangkaji di bawah pohon sena sehingga Fika terror subject tersebut.Dan disaat Fika gembira berkawan dengan Zek,parents Zek pula pindahkan ke sekolah lain.Sejak itu bermulalah kisah duka seorang Fika.Bila berpisah mereka selalulah berutus surat.
Antara ayat-ayat Zek:

Fika yang baik,
Bilakah mataku yang berlumur sejutu rindu dapat menatap matamu yang berlumur sejuta cinta?
😘
2 reviews
November 24, 2009
Saya jatuh cinta dengan buku ni..gaya bahasanya begitu berkesan di hati saya..ungkapan yang digunakan sangat sesuai dengan situasi cerita dan gambaran watak yang wujud..tahniah buat penulisnya!
3 reviews
July 18, 2016
"Jika hati nak terbang, tiada siapa yang rela merangkak."
1 review
December 4, 2025
Dibaca semasa tingkatan 5. Sekarang 40 tahun usia, masih segar kesan buku ini di ingatan saya. Terima kasih kerana menulis karya bermutu, menemani waktu remaja saya di asrama dulu.
Profile Image for Aimuni.
29 reviews15 followers
September 15, 2016
I think one of the most regretful things i've done this year was listen to dead leaves by bangtan while reading this.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.