Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tombiruo #1

Tombiruo

Rate this book
Satu kecelakaan di hutan Keningau, Sabah rupa-rupanya ada kaitan dengan kes pembunuhan di Chow Kit, Kuala Lumpur Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

517 pages, Paperback

First published January 1, 1998

174 people are currently reading
2438 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
859 (55%)
4 stars
437 (28%)
3 stars
178 (11%)
2 stars
43 (2%)
1 star
21 (1%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 7, 2017
Akhirnya, dapat juga mula membaca buku RAM ini. Beli tahun 2015, tahun 2017 sudah ada filemnya. Lambat betul!

Kisah misteri penunggu hutan, digabungkan dengan cerita penyiasatan. Gabungan yang mantap. Memikirkan buku ini diterbitkan pada tahun 1998, saya kira RAM sangat teliti dalam penceritaannya. Ya, pada zaman internet yang masih suam-suam kuku, maklumat yang ada dalam buku ini tentulah diperoleh dengan cara yang agak mencabar.

Kisahnya juga agak baik. Elemen-elemen drama itu ada. Kisah cinta. Kisah dendam. Kisah harta. Cuma pengakhiran Omar rasa saya agak cepat, dan pendedahan kejahatan Omar semasa majlis makan malam sedikit janggal rasanya.

Lain-lain, baik sahaja.

Kita langkau dahulu buku kedua. Tak mahu keseronokan cepat berakhir. Heheheh!
Profile Image for Hairie R.
28 reviews8 followers
December 20, 2014
Lepas dapat tahu novel ini akan diadaptasi ke filem. Terus aku ke perpustakaan mencarinya. Baru habis baca semalam.

Ternyata Tombiruo sebuah karya yang hebat dari Ramlee Awang Murshid. Watak Amiruddin dan Wan Suraya memberi refleksi yang amat kuat terhadap cerita ini.

Dan perkataan Tombiruo yang bermaksud roh atau hantu sesuai dengan cerita ini yang penuh dengan misteri. Makin semangat teruskan bacaan bila ada babak-babak thrill.

Bila selesai dengan Tombiruo. Aku risau jika novel ini jadi filem kelak. Sebab bila jadi filem, kemungkinan besar untuk fail tu tinggi. Apapun aku harap filem Tombiruo nanti lebih baik berbanding filem-filem malaysia lain yang bagaikan bermasturbasi saja.
229 reviews16 followers
November 10, 2017
4*
Karya RAM jarang menghampakan saya. Cuma untuk Tombiruo saya rasa ada sesuatu yang tak klik dengan saya. Saya sepertinya xboleh ngam dengan watak Wan Suraya. Sebab 2 kurang 1*.
Saya suka Ejim. Saya simpati sgt dgn Ejim. Hidup sebatang kara, ditambah dengan wajah yg xseperti manusia. 😢😢

Endingnya? Memang tergantung. Beruntunglah sebab buku nie diterbitkan tahun 1998,jadi sequelnya memang dah ada. Tak seperti Anding Ayangan. Saya xtau berapa lagi kena tunggu untuk buku kedua. 😅
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
January 13, 2011
Wan Suraya & Amiruddin

suka pada 'rasa' yang hadir bila Ejim pandang Wan Suraya

"Amiruddin: Guminavo zou diau.." ewwww ;)
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
December 4, 2022
A decent fast-paced thriller, with clever red herrings & a number of misdirection. Tak rugi baca. My first Ramlee Awang read, by the way. Belum sempat tonton versi filem.
Profile Image for D.
59 reviews2 followers
March 5, 2018
Akhirnya tamat juga pembacaan naskah Tombirou yang sudah mula dibaca sejak Disember tahun lalu. Permulaan yang agak membosankan bagi saya. Saya cuba hadam bahawa buku ini sudah berusia 20 tahun dan merupakan naskah awal tulisan RAM.

Konsep dan latar belakang cerita menarik. Bagaimana seorang manusia dibesarkan di hutan dan menjadi lagenda yang digeruni penduduk tempatan. Bagaimanapun, cerita Ejim atau Tombirou mungkin hanya 25%, selebihnya lebih berfokus kepada Wan Suraya, Amiruddin dan tragedi jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Hanya separuh kedua naskah ini boleh dikatakan menarik kerana 'pace' yang lebih cepat dan kurang isu yang entah apa-apa. Dan penghujung cerita berjaya buatkan saya 'curious' pada naskah-naskah seterusnya dalam siri Tombirou.

Character-wise, saya agak kurang gemar watak Wan Suraya...lol. Wataknya melulu dan seperti terlalu follow with the flow tanpa berfikir kesan dan akibat cara tingkah lakunya. Tapi rasanya watak ini disengajakan begini, tambah lagi bila dia gagal buat sesi ala detektif Conan & ASP Johari sound baikk punya...rasain loo (eh..apasal tetiba emo ni..kah kah). Dan walaupun ada juga rasa watak Amiruddin tu kurang konsisten, tapi kagum pada kesetiannya dengan cinta pertamanya. Salute.

Overall, ok la buku ni. Not bad, but not the best.
Profile Image for Lea Azleeya.
39 reviews2 followers
April 17, 2017
Novel Tombiruo ni mempunyi jalan cerita yang sangat menarik.. Tak hairan la ramai yang fanatik dengan penulisan Ramlee Awang Murshid.. Cerita lain dari yang lain.. Selain suspen, seram, terselit juga kisah cinta dan kekeluargaan.. Eceli, buku ni lebih kepada penyiasatan.. Memang best.. Tak rugi baca,...

Must read!!
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
May 9, 2011
Peristiwa-peristiwa pembunuhan yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan Sabah (yang melibatkan Tuan Berham dan Salina),rupa-rupanya berkaitan. Ianya dirancang dan dilaksanakan oleh orang yang sama. Seorang yang sadis dan tidak mengenal erti belas kasihan! Kedatangan Wan Suraya,seorang wartawan akhbar Bacaria, ke Sabah pada asalnya hanya untuk membuat liputan mengenai sukan air yang berlangsung di sana. Namun,peristiwa pembunuhan yang melibatkan Ricky Leung dan teman wanitanya,Nancy,telah membuatkan Wan Suraya tertarik untuk menyiasat kejadian tersebut. Cara pembunuhan yang dilakukan adalah sama seperti pembunuhan ke atas dua wanita di Kuala Lumpur (KL).
Selepas kematian Salina,Amiruddin berubah menjadi seorang yang pendiam,suka memendam perasaan dan panas baran. Dia nekad untuk menyiasat punca sebenar kematian Salina dan Tuan Berham,ayah mertuanya. Di dalam usahanya itu,dia juga mengetahui sebuah rahsia mengenai dirinya dan Ejim,seorang lelaki yang memiliki wajah bukan manusia yang tinggal di hutan sebatang kara. Dia juga dikenali sebagai Tombiruo,penunggu hutan di Keningau,Sabah. Apakah rahsia tersebut? Siapakah pembunuh kejam tersebut? Jangan lupa untuk mendapatkan buku ini di pasaran untuk mengetahui jawapannya!
Novel Tombiruo ini mencatatkan beberapa sejarah yang tersendiri. Novel ini merupakan novel tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM) pertama yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Alaf 21. Ia juga novel pertama,selain Bagaikan Puteri yang mempunyai sekuelnya yang tersendiri. Novel ini juga merupakan antara novel terawal yang dihasilkan oleh beliau. Secara peribadi,saya mula menjadi peminat selepas membeli dan membaca novel 9 Nyawa. Oleh itu,saya mengenali beliau melalui karyanya yang lebih baru berbanding dengan Tombiruo ini. Jelas,sekurang-kurangnya pada pendapat saya,terdapat beberapa perbezaan antara gaya penulisan RAM dulu dan sekarang.
Konsep novel ini menarik sebenarnya. Namun,saya dapati beberapa kelemahan atau kekurangan yang wujud di dalamnya. Sebagai contoh,plot dan jalan cerita yang tidak begitu berkembang dan teliti. Terdapat kekosongan atau 'loop holes' yang boleh diisi. Sebagai contoh,apakah kaitan antara watak Afandi Black dan Omar? Apakah hubungan antara mereka berdua? Kenapa Afandi menjadi 'pak sanggup',dengan mengakui melakukan pembunuhan ke atas gadis-gadis di KL? Selain itu,saya juga beranggapan pembinaan hubungan antara watak Amiruddin dan Wan Suraya boleh dikembangkan lagi dengan teliti. Dialog antara watak-watak juga kelihatan agak kurang 'matang'.
Walaupun demikian,saya tidak mengatakan bahawa novel ini merupakan sebuah novel yang teruk. Malah,sebenarnya,saya menyukai novel ini. Konsep dan jalan ceritanya tetap menarik dan unik. Malah,jika saya tidak silap,novel ini berjaya mencetuskan revolusi baru di dalam industri perbukuan negara kita. Buat pertama kalinya,genre saspens-thriller mendapat perhatian peminat-peminat buku. Bermula dengan novel ini juga,semakin ramai orang yang mengenali dan meminati karya-karya RAM.
Profile Image for Zahirah.
469 reviews17 followers
July 17, 2015
kali pertama cuba novel penulis ini. utk novel yg dianggap genre thriller plotnya agak meleret. byk distraction. boleh dikatakan ini tiga cerita dalam satu dgn kisah pembalakan haram, pembunuh bersiri, jejak kasih dan kisah cinta. nampaknya ada 4 cerita. gaya penulisan pun macam flat je. penulis perlu cari perkataan lain utk menggambarkan tubuh wanita selain drpd mungil. terlalu byk penggunaan simile. gambarab aksi yg terlalu detail. contohnya masa dalam kereta. tiga kali dia sebut Ondu berpaling sekejap dan memandang ke depan semula. aduh... tak payah la detail sgt. patut la buku sampai 500 ms. besar kemungkinan takkan baca ramlee awang murshid lagi.
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews4 followers
February 2, 2025
Patut rasa macam pernah tertengok...2017 punya movie..ingatan banyak dah hilang rasanya...tak pe sekarang kita sambung buku seterusnya..bulan ni kita habiskan siri Tombiruo sebab buku no.4 dah nak sampai rumah🤣

Tapi best ceritanya, tak seram cuma misteri bagaimana boleh ada yang mati dan siapa si penjahat sebenarnya..

Kadang2 kita tak sedar pembunuh sebenar ada berdekatan dengan kita😫
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
January 28, 2020
Baca versi buku ini lebih memuaskan.. Imaginasi lebih luas dan tak terbatas.. Ejim dan Amiruddin punya ikatan yang luar biasa.. Kerana Wan Suraya mereka bertemu dan menjafi akrab.. Cerita yang ohsem dari penulis yang ohsem..
Profile Image for Ismaliza.
37 reviews
December 28, 2019
Still tak boleh nak kata apa-apa sebab ada lagi 3 sekuel yang tak dibaca..secara amnya jalan cerita yang mendatar..mungkin disebabkan telah membaca kasyaf ain.
Profile Image for Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali.
72 reviews8 followers
January 31, 2018
Tombiruo: Penunggu Rimba. Tombiruo nama samaran bagi Ejim yang diberikan oleh penduduk Keningau. Apa yang dibaca & apa yang tonton sebelum ini totally different. Novel lebih baik dari filem. Ejim dilahirkan kembar bersama Amiruddin. Namun dibesarkan diberlainan tempat. EJim di hutan & Amiruddin di rumah anak yatim.

Tidak banyak cerita tentang TOmbiruo, lebih banyak pasal pembalakan haram oleh Uncle Wong. 1 per 1 kes berjaya diselesaikan dengan bantuan Tombiruo. Tapi tidak disangka ada gunting dalam lipatan dalam keluargan Encik Berham iaitu Omar. Dai sendiri menjadi dalang disebalik pembalakkan haram, kematian Salina & Berham serta kes dadah di hutan.

Omar dipenggal oleh Ejim, lalu dikuburkan di sebelah kubur Pandalou. Wan Suraya yang turut menyiasat kes tersebut mula jatuh cinta dengan Amiruddin. Masihkan cinta itu terus berputik? Sambungannya di Semangat Hutan.

Plot okay, cerita okay, watak okay. Ada memasukkan bahasan Kadazan-Dusun walaupun berbelit nak sebut.
Profile Image for Hana Jimi.
33 reviews8 followers
April 1, 2012
suka gila.................... ini buku pertama y perkenalkan saya pada RAM. dari meminjam library trus membeli ketiga2 novel kemudiannya. tp ni buku pilihan saya berbanding Semangat Hutan dan Tombiruo terakhir.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 24, 2023
Novel Ramlee Awang Murshid keempat aku baca seumur hidupku setelah novel Mikhail , Hatiku Di Harajuku dan Igauan Maut. Aku tahu saudara RAM sangat prolifik dan terkenal. Buat aku berminat membaca karya2 beliau. Tapi apakan daya, kekangan masa & kerjaya menghalang, sebab tu aku selesa baca komik sebab boleh habiskan sekali duduk. Baca novel ke atau buku non-fiksyen, mahu berminggu atau berbulan nak habis.

Aku beli buku ni sebab aku nak tonton filem Tombiruo pada tahun 2017 (jadi buku ni dah 7 tahun tersadai kat almari!!!) . Tapi sebab berjuta2 sebab, aku masih tak tonton filem tersebut sebab prinsip aku kalau ada filem adaptasi, baca novelnya dulu (kecuali novel2 hollywood, malas aku nak rujuk2 kamus). Hari tu aku tonton filem Imam di pawagam tanpa membaca novelnya terlebih dahulu, hmm banyak perkara aku kurang faham. Jadi lepas ni boleh tonton filem Tombiruo. Dan aku bolehlah faham kenapa ramai peminat RAM tak suka filem tersebut hehe.

Novel ni aku sebenarnya boleh kasi 5 bintang sebab aku suka jalan ceritanya yang sedap. Cuma macam kes Harajuku, pengakhirannya agak meleret-leret. Mungkin nak cukupkan mukasurat sebab dengar cerita persyaratan untuk novel2 alaf 21 banyak patah perkataannya. Jadi penulis perlu tambah2 untuk cukupkan syarat. Apa2 pun novel yang mantap dan boleh dijadikan panduan untuk penulis2 baru dalam merangka struktur cerita yang boleh buat pembaca tak boleh berhenti meyelak mukasurat (aku terpaksa berhenti menyelak sebab kekangan masa & kerja haha).
Profile Image for Edziani Nabila.
57 reviews10 followers
February 8, 2025
"Ejim, anakku! Suatu hari nanti apabila kau telah cukup dewasa, kau akan menjadi raja di hutan ini."

Ejim, seorang lelaki Pagan, berlindung di sebalik topeng ukiran kayu - digelar Tombiruo (semangat hutan). Dialah raja hutan menjalankan wasiat bapanya, Pandolou, supaya melindungi hutan daripada ratahan rakus pembalak haram atau individu yang berniat jahat terhadap hutan yang didiaminya.

Pertemuan dengan Amiruddin, renjer hutan, membongkar rahsia siapa diri Ejim yang sebenarnya. Malah, Ejim turut menyelamatkan Wan Suraya, pemberita dari KL yang hampir diragut kegadisannya oleh manusia syaitan - nama kelima yang telah disingkirkan daripada surat wasiat Tuan Berham.

Penulis RAM bijak menimbulkan rasa curiga pada watak Ondu apabila Ondu berjalan terhincut-hincut dengan alasan terseliuh bermain bola sepak. Walhal, Ondu itu si kaki bangku!
(Ejim sempat memberitahu Wan Suraya, dia memanah kaki individu ke tiga - dalang disebalik penculikan Wan Suraya.)

Sebenarnya, terbit rasa geram pada watak Bonda, isteri kepada Tuan Berham yang selalu mengutamakan Omar, sepupunya melebihi anak sendiri. Sikit-sikit Omar, Omar banyak pengalaman menguruskan balak hingga Baizura kecewa pandangannya tidak dipedulikan.

Konflik yang berlaku dalam keluarga Tuan Berham turut terpalit dengan dua kes rogol dan pembunuhan di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Ada tiga sebab korang perlu baca novel Tombiruo ni:
✨️ Jalan cerita ada gabungan elemen mistik dan isu sosial
✨️ Watak kompleks dan beremosi - setiap individu ada rahsia masing-masing.
✨️ Plot mendebarkan dan penuh tanda tanya - buat kalian akan meneruskan bacaan hingga tamat.
Profile Image for Shahrill Ramli.
36 reviews2 followers
May 18, 2017
This is my 1st attempt and 1st RAM's book after hearing rave reviews from my colleagues. They said RAM's books are not the cliche, romantic "nauseated" typical novels, and I truly agree with that. RAM is definitely a writer who writes with knowledge. He infuses romantic subplots and embroidered that with Islamic elements and a few knots and notches of Scientific facts, delivered in casual ways but definitely reflect his charismatic style.

The essence of the book was the 'thriller' plot, a serial sadistic rapist rampaging at KL and Keningau, Sabah. I like the female protagonist's character, Wan Suraya who is a feisty and go-getter reporter but I was frustrated that the character Tombiruo, the guardian of the jungle dubbed as the phantom by the local with his "inhuman face" was simply illustrated as Wan Suraya's saviour. RAM was focusing more on Wan Suraya-Amiruddin's chemistry which I don't think is necessary. In my opinion, RAM could have developed some chemistry between Tombiruo and Wan Suraya, instead. It would be more melodramatic.

For me, RAM is not as good as HAMKA's "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" but he is sure one of good writer and his strength is in creating suspense, although I was quite disheartened by the pale ending. In short, RAM's writing differs him from other Malaysian writers. Kudos!
Profile Image for Long Seven.
13 reviews
November 25, 2023
Sad ending, dapat rasakan kekecewaan yg dirasai oleh karakter2 dlm cerita ni, kesian hanya kerana malu berterus terang tentang perasaan masing2, akhirnya kedua pihak menanggung kekecewaan. Bak pepatah malu bertanya sesat jalan, begitulah yg dialami oleh Amiruddin dan Wan Suraya. But ini cuma siri pertama masih ada siri kesinambungan yg seterusnya btw tk sabar rasanya nk baca siri Tumbiruo #2. For Ramlee Awang, Thankyou for making this story, mudah mudahan Ramlee Awang akan terus membuat karya2 yang bagus bahkan lebih bagus daripada karya2nya yg sebelum ini. Akhir kalam, cerita ni bagus dan memuaskan, penuh suspen dan teka teki seperti baca sebuah novel detektif, untuk anda yg membaca review saya ini, saya sarangkan anda dapatkan novel ini sekiranya anda masih belum baca novel ini. Terima kasih kepada anda yang membaca tulisan saya, sampai jumpa di review selanjutnya, bye.
Profile Image for Alfian Hashim.
12 reviews1 follower
January 8, 2020
Done & dusted tepat pukul 2:30pagi tadi - tak sampai seminggu teman baca - menarik & tak sabor nak habis kan, cuma kat hujung tu, anti climax lak - konflik yg menarik tapi boleh agak sapa org jahatnye, ingat kan ada hantu, seram gak teman - overall teman bagi 3.8⭐ tahniah chor. Dengo dah buat filem, ada peluang teman tonton...

"Guminavo zou diau" satu2 nya bahasa kadazan dusun yg teman belajor 🤣🤣🤣

Masih cuba menyontohi idola teman dlm bab membaca ni Marlina Marzuki 🤣🤣🤣 next book please...

#kepada yg berminat membaca & memiliki buku ini - PM teman - teman nak infaq - semoga ilmu ini berpanjangan & dimanafaatkan sebaek mungkin.

Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
October 27, 2017
Secara keseluruhannya lebih seronok membaca novel ini berbanding menonton filemnya.Antara mengagumkan saya adalah latar tempatnya di tanah borneo.Memerlukan pengalaman sebenar berada di tanah itu.Seperti Kepercayaan dan budaya orang sabah.Tema kemanusiaannya dan cinta alam juga bagi saya berjaya disampaikan dengan baik.Cuma tidak berkenan pada babak pencintaan yang agak klise (walaupun babak itu minima dalam novel ini).
8 reviews
July 21, 2024
Okla. Best jugak novel ni. Idea dan latar cerita yang menarik. Mengisahkan manusia yang digelar tombiruo di hutan borneo dan digeruni masyarakat sekeliling. Kecelakaan di hutan keningau, kes pembunuhan di Chow Kit, Kuala Lumpur dan sejarah hidup Tombiruo serta kaitannya dengan watak Amiiruddin. Muncul pulak watak Wan Suraya dan kemudian mereka sama-sama merungkai misteri di sebalik siri kes pembunuhan yang berlaku.

Overall jalan cerita best, elemen saspens dan thriller padu, plot twist pun boleh tahan dengan nilai-nilai agama yang diterapkan. Cuma yang kurangnya mungkin awal cerita yang agak slow,bosan dan banyak scene flashback yang tak perlu pun. Dah masuk second half cerita baru nampak lebih laju dan best.
10 reviews
December 28, 2025
Tombiruo jalan cerita yang menarik, sebab tu dijadikan filem tu. Yang kurangnya adalah saya tengok cerita filem dulu baru berjodoh baca novelnya. Hahaha cerita filem lebih menarik bagi saya, rasa dan dengan versinya.

Apa-apa pun saya menantikan cerita yang lagi gempak dari RAM. Wownya moga terus digilap.
1 review1 follower
October 14, 2017
best thriller!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
October 23, 2017
Buku pertama RAM yang aku baca. Hmm 3 bintang. Terlampau tinggi expectation tak bagus jugak.
Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.