Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tombiruo #2

Semangat Hutan

Rate this book
Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.

Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

521 pages

First published January 1, 2001

50 people are currently reading
888 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
383 (54%)
4 stars
212 (30%)
3 stars
85 (12%)
2 stars
11 (1%)
1 star
11 (1%)
Displaying 1 - 30 of 40 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 7, 2017
Bersungguh-sungguh baca dan menamatkan dalam tempoh dua hari!

Selepas tujuh tahun, hutan Keningau kembali bermandi darah. Onar yang muncul akibat dendam dan mengikut ajaran terlarang. Watak-watak baru diperkenalkan, di samping beberapa watak yang baru. Kali ini, lebih misteri, lebih aksi. Dan kesudahan yang mengejut buat Amirudin. Pandai RAM menjalin cerita. Buat saya "tazabar" mahu membaca buku yang ketiga.

Tunggulah. Saya tidak mahu segera hilang rasa mahu tahu kesudahannya. Saya baca buku yang lain dahulu.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
November 6, 2017
Baca kali kedua, sebab nak ingat balik jalan cerita sebelum baca Tumbiruo terakhir (belum pernah baca). Rasa sedih sangat bila watak Amir dimatikan, dan sebab tu lah..Tumbiruo Terakhir ‘pending’ bertahun-tahun. Bersemangat nak baca semula bila tengok wayang dan dengar Tuan Ram berkata lebih kurang begini, ketika temubual di Tv1 (tengok di Youtube) “Saya tak takut mematikan sesuatu watak kerana mati itu pasti.” Makanya, ku terima kematian watak Amiruddin dengan redha. hehe.. :)
14 reviews
January 27, 2021
Pada awalnya jalan cerita agak perlahan. Lama kelamaan baru laju rentak cerita. Karya yang sangat bagus oleh penulis bagus. Genre thrill disulam cinta sedikit sebagai penyedap rasa.

Kagum dengan watak Amiruddin dan Ejim. Mereka cuba mengamalkan ajaran agama semampu boleh. Ejim baru tujuh tahun memeluk agama Islam dan dia menggarapi makna qada' dan qadar, meredai bentuk muka sebagai satu ujian.

Hubungan erat Ejim dan hutan juga sangat luar biasa. Bau, arah angin, ubatan dan cara hidup di hutan sudah sebati dalam hidupnya.

Siapa sangka semata-mata untuk membebaskan Abdullah Wu, mereka terhempas, terperangkap, dibunuh di hutan belantara Keningau. Ini semua kegagalan rancangan penjahat untuk menawan Tan Sri.

Makhluk Ragon yang lapar daging manusia akibat dosanya yang lampau. Dendam kesumat yang tidak berpenghujung akhirnya memakan diri sendiri.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
May 20, 2011
Kegembiraan Wan Suraya untuk bertemu dengan Amiruddin di Keningau bertukar menjadi peristiwa yang mendebarkan kepadanya. Akibat cubaan menculik yang gagal,kapal terbang yang dinaikinya terhempas di antara sempadan hutan Sandakan-Keningau. Bersama-sama dengan Tan Sri Nasir,Dr. Haslia dan Siti Nurhaliz,mereka cuba mencari jalan keluar daripada hutan tersebut. Amiruddin dan abangnya,Ejim berusaha untuk menyelamatkan mereka. Namun begitu,terdapat makhluk yang bernama Rogon mengancam nyawa mereka!
Semangat Hutan merupakan novel sekuel kepada novel Tombiruo. Secara peribadi,novel kali ini lebih matang dari segi plot dan jalan cerita berbanding novel yang sebelumnya. Perkembangan dan jalinan antara watak-watak lebih menyerlah dan jelas. Begitu juga dengan babak-babak yang terdapat di dalam novel kali ini. Ianya lebih jelas dan teliti ketika dipersembahkan.
Tambah menarik,terdapatnya 'cross over' yang melibatkan watak-watak dari novel Ranggau iaitu Ursula Gimbang dan Normila di dalam bab 2 novel ini. Malangnya,watak-watak tersebut tidak memainkan peranan yang penting di dalam novel tersebut.
Profile Image for M.Zairie.
1 review
January 12, 2012
Novel pertama yang saya baca yang membuatkan saya tak baca cerita2 dari novel penulis selain RAM. Cerita ni jugak saye bagi member pinjan,
dalam masa seminggu dia khatam..Hehehe..Sampai sekarang aku x miss bace novel beliau. Watak ejim adalah terbaik selain Laksamana Sunan.
Profile Image for Lea Azleeya.
39 reviews2 followers
April 17, 2017
Semangat Hutan ni sambungan daripada novel Tombiruo... Walaupun bersambung tapi kisahnya berbeza dan bukan sambungan kisah terdahulu.. Watak masih sama.. Yelah nama lagik sambungankan.. Cuma cerita aje dah kisah lain pula.. Tetap tentang penyiasatan.. Tapi bagi aku novel Tombiruo lagi best kisahnya.. Namun begitu, semangat hutan ni ada keistimewaannya tersendiri dari perjalanan penceritaannya.. Tak sabar nak teruskan dengan sambungan novel seterusnya iaitu tombiruo terakhir... Nak tahu pengakhiran ceritanya..
Profile Image for Mu'az.
22 reviews7 followers
February 1, 2011
satu kisah thriller yang cukup menyentuh hati. Perubahan mengenal Allah nyata tidak mengenal sesiapa. Hati yang bersih dipujuk agar hidup terus tenang sentiasa.
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews3 followers
February 6, 2025
Best betul buku no.2 ni...banyak scene tak boleh nak dibayangkan...high cost ni klu buat movie..paling tak boleh terima and tak sanggup nak ditengok manusia dimakan hidup2😫 kena serang tu part paling menakutkan..yang pasti ejim tak jahat manusia lain yang jahat..dendam punya pasal memakan diri sendiri🧐

Menarik dalam Semangat Hutan - Tombiruo #2 :
✅️ Scene fight - horror tu banyak.

✅️ Banyak main dengan darah dan tulang2 manusia yang diratah dalam cerita kali ni. Krak-kruck-krak😫😫😫

✅️ Most scene lawan dalam hutan belantara yang tebal. Spoiler : Human vs Human sahaja. KESIAN Pak Belang and Encik seringala kena kencam. So kena baca sampai habis.🤨🤨🤨

✅️ Prasangka dan Dendam jadi asas kepada jalan cerita. Baik dari sudut percintaan dan kuasa.

✅️ Kekeluargaan ada juga baik dari pihak yang baik or jahat.

Pengajaran :

Dalam al-Quran kerap kali menekankan, sombong dan ego, adalah 'Raja' yang sedikit demi sedikit membawa kepada kejatuhan terhadap kita. Akhirnya membawa kepada tamak dan dendam yang akhirnya akan membunuh jiwa kita sendiri. Sama2 kita ambil pengajaran dan bersegeralah beristighfar, dunia sementara akhirat selamanya.

Ajal dan Maut ditangan Allah SWT, bagaimana kita berusaha pun, kalau Allah kata bukan. Bukanlah tu. Tanpa menidakkan usaha kita, berusaha itu penting tapi kita juga kena ingat untuk belajar bertawakal dan redha dalam menjalani kehidupan. Antara part yang aku perlu belajar berdamai😔

Aku perasaan belakang cover buku ni ada ditunjukkan graf apa elemen paling banyak dalam buku ni. Siap habis baca so boleh bayangkan kat mana point yang dihighlight tu😊

Sampai berjumpa dibuku ke 3 & 4😁
Profile Image for Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali.
72 reviews8 followers
January 31, 2018
Semangat Hutan. Sambungan dari Penunggu Rimba. Terbaik & mendebarkan penceritaanya. Malah, kalau jenis bukan kaki jungle tracking, dah boleh membayangkan keadaan hutan tebal tu macam mana. Saya mengambil masa 12 jam untuk selesaikan sebuah novel.

Mengishkan cinta Amiruddin & Wan Suraya yang berputik tetapi terdapat salah faham antara mereka. Wan Suraya kembali ke Keningau bersama Dr. Haslia & Tan Sri Nasir. Malangnya, jet peribadi Tan Sri telah dihijack oleh Danny lalu terhempas ke Hutan Keningau-Sandakan. Tan Sri, Doktor, Wan Suraya, pramugari, Lucy, Din & Danny selamat keluar dari jet sebelum terhempas.

Malang menimpa, terdapat pula Rogon (Hantu yang lebih kejam dari Tombiruo) mengganggu Hutan Keningau pemakan manusia. Tapi Ejim berjaya membunuh Rogon seeta perlu membayar dengan harga yang tinggi akibat kematian Amiruddin.

Ejim diculik oleh Dr. Haslia & Dr. Rashid untuk membuat pembedahan plastik terhadap mukanya. Adakah berjaya? Sambungan di Tombiruo Terakhir.

Buku best. Mendebarkan. Galau. Sedih pun ada. Tertekan pun ya. Apa-apa pun terbaik. Plot okay, penceritaan okay, watak okay.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
February 11, 2022
Walaupun novel ini merupakan sambungan namun masih lagi okay untuk dibaca secara stand alone.. Menariknya cerita kali ini bila berlaku di dalam hutan.. Gamabaran yang penulis berikan tentang keadaan semasa berjaya membuatkan kita sebagai pembaca merasai apa yang dirasakan watak.. Keinginan Wan Suraya untuk memulihkan salah faham antara dirinya dan Amiruddin berubah menjadi tragedi bila jet peribadi milik Tan Sri yang dinaikinya terhempas di dalam hutan.. Lebih malang bila mereka terpaksa berdepan dengan Rogon yang tengah mengganas di dalam hutan.. Memang menarik..
Profile Image for Fatina MD (bibliowander).
43 reviews2 followers
October 30, 2019
Master thriller hits it again with this one. I understand how he's struggle trying to bring this character that's so mystical to the audience who may not come from the same cultural background as he is. Hence, how he puts the plot trying to relate one another is one of his beautiful masterpiece in bringing out the best and unique thing about his writings. Love, friendship, revenge and avenge - all in one of this novel. Going to read the next two novels of this sequel.
8 reviews
July 23, 2024
Hutan Keningau menerima ancaman baru iaitu munculnya seekor makhluk pemangsa bernama Rogon yang memakan daging manusia. Pesawat yang dinaiki oleh Wan Suraya pula terlibat dalam nahas kemalangan dan terhempas di tengah-tengah hutan Keningau di mana di situlah makhluk Rogon berada. Amiruddin yang terdengar berita tentang nahas terbabit bertindak mencari dan menyelamat Wan Suraya yang terperangkap dalam hutan Keningau dengan bantuan Tombiruo tanpa menyedari bahaya yang tersembunyi.

Sejujurnya lebih menyukai karya yang ini kerana elemen saspens dan thriller lebih mendebarkan dari siri tombiruo yang pertama. Bagaimana Amiruddin, Wan suraya dan penumpang pesawat yang terhempas berusaha untuk keluar dari hutan dan dalam masa yang sama berhadapan dengan Rogon yang memburu mereka. Kemudian menyingkap rahsia di sebalik kewujudan Rogon dan akhirnya plot twist yang mengejutkan di akhir cerita.
Profile Image for Kataklicik.
938 reviews18 followers
November 15, 2017
Waiiit. He dies? Noooooooo..!!! Cepat! Mana buku seterusnya?!
Profile Image for faryna syaza.
75 reviews13 followers
June 24, 2021
I tak baca lagi buku yang first terus langkau ke buku no 2. Tapi tak susah pun nak faham jalan cerita. Tak sabar nak tunggu buku no 3 (Tombiruo Terakhir) sampai. 💯💯
23 reviews
October 5, 2024
Boleh tahan..belum baca lagi yang tombiruo siri pertama tapi dah paham sikit2 bila baca yang ini..best sangat..sayangnya amiruddin mati
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
February 11, 2017
Semangat Hutan merupakan novel kedua Trilogi Tombiruo sambungan daripada novel "Penunggu Rimba,Tombiruo". Untuk review kali ini saya tidak akan ceritakan sinopsis novel tersebut kerana ianya akan mematikan keghairahan para pembaca untuk menelusuri kisahnya. Novel trilogi Tombiruo yang kedua ini memainkan emosi pembaca di kesudahannya. Penulis juga berjaya membuat pembaca berdebar di setiap situasi yang berlaku ke atas mangsa tragedi nahas kapal terbang yang berlaku di sekitar Hutan Keningau dan juga Hutan Sandakan. Banyak teknik imbas kembali digunakan dalam karya trilogi yang kedua ini. Pembaca juga tidak usah bimbang jika tidak membaca novel yang pertama kerana teknik imbas kembali yang digunakan membolehkan pembaca mengenali watak-watak dan juga kisah silam yang berlaku 7 tahun yang lalu. Terima Kasih RAM untuk karya trilogi kedua ini yang membuatkan emosi pembaca tidak tentu arah.

-NAZ-
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
May 8, 2016
Satu lagi buku karya novelist terkenal Malaysia siap ku baca. Semangat Hutan tulisan Ramlee Awang Murshid....dapat kufaham mengapa ia menjadi antara buku bestseller pada zaman kegemilangannya...(watak utama seorang penulis untuk akhbar BACARIA)

RAM sememangnya seorang penulis yang bukan main-main. Bukunya tergolong dalam genre fiction thriller tetapi kisah nukilannya sangat "realistic" dan watak-watak yang dibangunkan juga membawa sifat, naluri dan perasaan manusia biasa yang bukan sempurna atau persis malaikat. My impression on his work after this read, kalau nak baca cerita bungax2, nak dibuai dengan kisah yg membawa happy ending siap pula disimpulkan dengan episod kurang logik, jangan baca buku RAM

Lepas ni nak baca pula Tombiruo Terakhir.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
February 4, 2013
tombiruo ini lebih baik dr tombiruo1 kerana saspens dan aksi thriller lg hebat dan mendalam..babak2 di hutan mmg btul2 mnarik..cuma aksi melawan semangat hutan ini sgt mudah..kurang saspen..hehe..
nway..terbaekk...
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 25, 2016
As much as I luv character Amiruddin ni..I also fall in love with the 'beast'. How I wished Wan Suraya tu boleh layan Ejim ngan baik bukan acuh tak acuh. Bukanlah layan sampai tahap nak bercinta tapi sebagai teman yg berkali selamatkan nyawa kita.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
January 13, 2011
Amiruddin, Wan Suraya, Ejim..

Wan Suraya.. wajah yang pernah mengusik perasaan lelakinya tujuh tahun lalu..
Displaying 1 - 30 of 40 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.