Buku ini byk menceritakan tentang kisah-kisah perisikan terutamanya sewaktu pra kedatangan Jepun, sewaktu pemerintahan Jepun, zaman pemberontakan komunis dan zaman konfrontasi Indonesia.
Tugas agensi perisikan seperti Cawangan Khas PDRM dikisahkan dengan baik sekali, tugas dan peranan Bahagian Staff Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan disentuh sepintas lalu.. Agensi seperti Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri langsung tidak disebut (Jika sesiapa berminat tentang agensi ini, boleh baca buku bertajuk Jiwa Seorang Negarawan : Biografi Tun Azizan Zainul Abidin karya Azam Aris) Disamping tugas dan peranan agensi perisikan Jepun semasa era penjajahannya di Tanah Melayu dan Borneo..
Walaupun keseluruhan buku ini baik, setiap fakta ada sumber rujukan, namun isinya boleh diringkaskan supaya kurang meleret dan mengemukakan fakta yg sama berulang kali..
Quite a heavy reading but the book itself is an interesting reading. I hope the writer will consider to simplify it and maybe add few related pictures so that it could reach a wider audience. 5/5 for me.