Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rona Bosphorus

Rate this book
Rona Bosphorus
Hidup, walau di bawah langit mana pun, penuh rona - pedang uji buat menentukan darjah kematangan insan, apatah insan muda remaja.

Afham dan Amal Hayati, dua siswazah Jordan yang tidah pernah bertemu juga sama-sama belum bersedia kembali ke tanah air membawa hati dan tekad ke Turki, sebuah negara dua benua yang dipisahkan oleh selat kecil indah, simbolis - Bosphorus - yang pancarona, terlalu!

Melanjutkan pengajian, menebarkan ilmu di madrasah, bertemu Emine, Ilhan Yakin, Erfan mereka terpanggil mengambil peranan demi mempertahankan prinsip dan tanggungjawab.

Rona Bosphorus - kisah anak Malaysia di perantauan rencam rona rindu dan ceria, rona dura dan bahagia; gemilang rona sejarah, semarak rona insaf.


______________________________
Novel ini telah memenangi tempat KEDUA
Pertandingan Novel Remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2002
Pertama 1515 Faisal Tehrani
Kedua Rona Bosphorus Zaid Akhtar
Ketiga Merdekakan Cinta Ratna Sri Rahayu Mohd Yusop

171 pages, Paperback

First published May 28, 2003

6 people are currently reading
162 people want to read

About the author

Zaid Akhtar

6 books49 followers
Zaid Akhtar atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Abdul Majid lahir di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan menengah di SMK Agama Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Kulliyyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Kini selain mengajar di sekolah lamanya selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya.

Mula menulis pada akhir 1993 dan cerpen sulungnya yang tersiar di majalah Dewan Siswa Januari 1994 berjudul Juara yang Tewas telah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat- DBP 1994. Selain itu, cerpen Mencari Kiblat terpilih untuk memenangi Pertandingan Cerpen Sekolah Menengah Malaysia 1994 (Minda Pelajar-DBP). Dua lagi cerpen beliau telah meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim iaitu Nil Masih Mengalir (HSDT III ? 2001) dan Pendedahan (HSDT V ? 2005). Sementara dua novel beliau iaitu Sesegar Nailofar (2000) dan Rona Bosphorus (2002) telah memenangi tempat ketiga dan kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Kedua-dua novel tersebut turut meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta?zim IV (2003) dan V (2005). Novel bersiri beliau berjudul Salju Sakinah juga tersiar setiap Isnin-Rabu sepanjang 2005 di Ruangan Agama Utusan Malaysia.Pada tahun lalu, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai peserta ke Program Penataran Sastera MASTERA (genre novel) di Bogor, Indonesia. Weblog peribadi beliau boleh dilawati di www.myzaidakhtar.blogspot.com. Terbaru, novel keempat Zaid, Justeru Impian di Jaring telah memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Selain itu, beliau turut dipilih sebagai penerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2007.

http://pts.com.my/index.php/penulis/b...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
39 (31%)
4 stars
52 (41%)
3 stars
29 (23%)
2 stars
3 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews323 followers
August 16, 2025
Ke Istanbul-lah kita bersama Rona Bosphorus.

Aku suka latar eksotik ni.

Istanbul adalah medan pertembungan antara sejarah dan masa kini, antara idealisme dan realiti, antara warisan Islam dan arus sekularisme. Novel ni mengisahkan 2 siswazah Malaysia dari Jordan, Afham dan Amal Hayati, yang memilih untuk menetap di Turki dan bergelut dengan cabaran mempertahankan nilai - nilai Islam dalam sebuah negara yang sedang bergelut dengan identiti pasca - Uthmaniyah masa tu

Afham seorang pelajar sarjana, dan Amal Hayati seorang hafizah yang menjadi guru madrasah, masing-masing membawa idealisme tersendiri yang diuji oleh suasana politik dan sosial yang tak memihak.

Watak Afham dan Amal Hayati dibina dengan niat yang jelas - sebagai lambang generasi muda Islam yang berani mempertahankan prinsip. Tapi dorang ni dibina terlalu idealistik dan tak cukup berlapis. Ini adalah signature karya kelahiran Hadiah Sastera Utusan. Dorang ni lebih berfungsi sebagai penyampai gagasan daripada sebagai individu yang berkembang secara emosi dan intelektual. Hubungan antara watak adalkalanya terasa tergesa - gesa, dan tak cukup mendalam untuk membangkitkan empati yang tulen.

Gaya bahasa dalam novel ini bersifat retorik dan didaktik, naratifnya tidak mendasari emosi dan pemikiran. It tells a lot. Penggunaan istilah Arab dan Turki menambah warna lokal, tapi juga agak mengganggu kelancaran pembacaan. Aku rasa ia terlalu sarat dengan niat dakwah dan tak cukup subtle sebagai karya sastera.

Novel ini ialah tentang mempertahankan warisan Islam dalam dunia yang semakin terhakis nilainya. Isu - isu yang diangkat cukup berat - tentang isu pengharaman hijab, larangan mempelajari bahasa Arab, dan penutupan madrasah sebagai simbol kepada ancaman sekularisme di Turki. Cuma tema - tema ni disampaikan secara langsung dan tak digali melalui konflik batin atau dilema moral watak - seolah olah ini wacana yang sudah siap, kau bacalah - bukan sebagai proses pemikiran yang boleh berkembang bersama antara penulisan dan pembaca. Jadi ini buat aku rasa novel ini lebih menyerupai teks dakwah daripada karya sastera yang hidup.

Tapi aku harus memberi kredit peada Tuan Zaid Akhtar kerana membawa isu yang jarang disentuh dalam sastera Melayu kontemporari. Dia berani meletakkan latar antarabangsa sebagai medan naratif, memperlihatkan usaha beliau untuk mengangkat suara generasi muda Muslim yang bergelut dengan identiti dan prinsip dalam dunia moden.

Aku melihat Rona Bosphorus sebagai naskhah yang penting untuk dibaca, kerana nilai budaya dan estetikanya, juga penting untuk diulas dari segi execution-nya. Aku akui peranan sastera penting dalam menyampaikan gagasan, dan ada batas antara dakwah dan seni, tapi sastera juga menitikberatkan aspek bagaimana kita membina watak dan naratif yang benar - benar hidup. Itu pendapat aku.

3.8 / 5 stars
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
March 3, 2025
30/2025

-Rona Bosphorus
-Zaid Akhtar
#RamadanReading

Terlebih dahulu terima kasih buat rumah penerbitan Jejak Tarbiah atas usaha menerbitkan karya agung ini. Karya karya terulung pada tahun tahun terdahulu perlu dipergiat untuk diterbitkan semula memandangkan novel novel hari ini terlalu banyak menghidangkan babak syok sendiri.

Berbalik kepada isi novel Rona Bosphorus, saya kira cerita ini tidak perlu ada cerita kompleks. Cukuplah mengetengahkan isu Islam di Turki membuatkan hati kita turut terasa dengan penderitaan umat Islam di sana. Garapan penulis tentang isu isu yang ditayangkan dalam naskhah ini berjaya menjentik hati saya sebagai pembaca untuk mensyukuri nikmat dilahirkan di Malaysia, di mana Islam masih terpelihara walaupun tangan tangah jahat ada di mana mana untuk mengganggu gugat umat Islam.

Watak dan perwatakan dalam buku ini juga bagi saya ditulis dengan baik. Setiap watak memainkan perananan yang cukup baik terutama Afham dan Amal. Usaha mereka dalam mempertahankan Islam di Turki ditulis dengan bagus oleh penulis.

Tahniah penulis dan penerbit untuk usaha ini. Semoga pembaca lain turut dapat membaca membangun jiwa ini!
Profile Image for Mali.
210 reviews
July 6, 2018
Terjumpa buku ni di salah satu rak perpustakaan milik pak cik, yg merupakan seorang kawan kepada penulis. so buku ni ada autograf dia.

mungkin sy akan bg buku ni 5 bintang jika ia dinikmati tanpa gangguan adik2 sepupu saya yg mnybbkn sy kurang khusyuk ketika membaca.

buku ni merupakan buku ketiga drpd penulis yg sy baca slps Salju Sakinah & Sesegar Nailofar. dan buku ini adalah sebuah doa yg dimakbulkan apabila sy brhajat utk mmbaca karya Zaid Akhtar lagi slps habis membaca Sesegar Nailofar.

1. setting buku ini adalah di Turki. dan ketika ini sdg brlaku usaha2 utk menanamkan sekularisme dlm Turki, sehingga mnybbkan pengharaman tudung, bahasa arab dan penghapusan madrasah.

2. ada sisipan fakta berkenaan Mustafa Kemal Ataturk yg beberapa tahun dahulu pernah menjadikan Turki sebuah negara sekular.

3. secara tidak langsung mengajar pembaca tentang Yahudi Dunmah, pura2 masuk Islam dgn niat utk memporak-perandakan Islam dri dlm.

4. Dalam novel ni ada 3 penulis; Ilhan, Afham & Wajdi. serta ada cerita sikit psl penulisan sehingga mmbuatkn sy berminat dgn bidang penulisan.

5. Menceritakan sikit ttg sejarah Sultan Muhammad al-Fatih bila Afham berangan.

6. Ending yg agak tragis di mana Yahudi menyalahkan Muslimin yg tidak bersalah dgn tuduhan terorisme serta beberapa Muslimin ditahan dlm usaha mempertahankan Islam.

7. Beberapa perkataan Bahasa Turki digunakan, so boleh belajar Turki sikit.

Namun jauh di sudut hatinya dia percaya Yahudi tidak pernah insaf dan belajar daripada sejarah. Mereka sentiasa bersikap zalim dan tidak pernah berlaku adil sesama umat manusia. Dunia akan kiamat sekiranya perangai Yahudi berubah.
Profile Image for aliaareadstoo.
248 reviews6 followers
May 2, 2025
My first book from this author and I really love it! Will try his other books in the future, insyaAllah 💕
Profile Image for Edziani Nabila.
57 reviews10 followers
January 14, 2025
Saya meminjam buku Rona Bosphorus di perpustakaan milik DBP Kota Kinabalu.

Kebetulan ternampak hantaran FB milik CEO Jejak Tarbiah tentang bakal menerbit semula buku berlatar negara Turki ini dalam masa terdekat. Tambahan lagi, novel ini diadaptasi menjadi drama bagi TV RTM.

Hampir dua minggu, saya selesai membaca buku ini. Tergendala sedikit rentak membaca saya kerana hampir lebih 20 perkataan yang saya kurang arif maknanya.

Jujurnya, usai membaca Rona Bosphorus saya seolah terikut mengembara sekali sepanjang tempoh pembacaan. Saya turut cemas dengan konflik yang berlaku di Turki.

Tidak sangka sama sekali gambaran keindahan Istanbul bersulam derita terutama pengharaman hijab, hasad dengki yahudi yang tak berkesudahan.

Paling menyentak hati saya tentang siku plot insiden gempa bumi yang meragut impian indah seorang penulis Turki.

Keindahan naratif yang disampaikan oleh penulis terutama kisah penaklukan kota Konstantinopel oleh Muhammad Al Fateh berjaya membuat saya merenung erti perjuangan dan pentingnya menghargai nikmat Islam yang dianugerahi buat umat masa kini.

Rona Bosphorus bukan sekadar sebuah kisah fiksyen berlatar negara Turki, tetapi ia menghidupkan semangat kecekalan dan pengorbanan dalam pelbagai bentuk.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
August 28, 2016
Rona Bosphorus adalah novel ketiga penulis yang saya nikmati selepas Salju Sakinah dan Justeru Impian Di Jaring.

RB menarik bagi saya kerana penulis menggarap dengan kemas cabaran dan krisis yang dihadapi umat Islam di Turki dalam menongkah arus sekularisasi pasca kejatuhan Daulah Turki Uthmaniyah.

Rakaman peristiwa seperti pengharaman hijab, demonstrasi, rancangan jahat Yahudi terhadap Madrasah, dan kemelesetan ekonomi Turki yang turut digelar The Sick Man of Europe menghadirkan rasa debar pembaca. Peristiwa demi peristiwa dilukiskan dengan baik menyebabkan kita seolah-olah merasai suasana tersebut.

Selain itu, rencah elemen cinta turut dimuatkan menerusi watak Afham dan Amal Hayati. Sudah pasti para remaja yang masih hangat dalam mengenali cinta akan semangat mengikuti babak-babak "sweet" mereka. Namun, cinta bukanlah fokus utama RB, sekadar suntikan agar novel ini sedap dibaca. Begitu banyak pengajaran yang disampaikan kepada golongan remaja dan mahasiswa. Watak-watak di dalam RB kebanyakannya adalah golongan pelajar Malaysia yang sedang meneruskan pencarian ilmu mereka di peringkat Sarjana di Turki.

Sebagai orang yang agak akrab dengan Turki, dek kerana wacana berkenaan Turki sedang hangat dibicarakan dewasa ini, malah pernah dahulu memasang impian untuk bergelar mahasiswa jurusan sejarah di sana, secara peribadinya novel ini sedikit sebanyak mampu melunaskan kerinduan dan keghairahan yang terbuku di hati mengenai tanah Turki, negara kelahiran pejuang tersohor Islam, Sultan Muhammad Al Fatih.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
January 8, 2017
Saya sudah selesai baca buku Rona Bosphorus karya Zaid Akhtar. Kisah suka duka perit jerih yang dilalui, serta rahmat yang digamit beberapa orang anak Malaysia di Istanbul. "Rencam rona rindu dan ceria, rona duka dan bahagia, gemilang rona sejarah, semarak rona insaf".

Walaupun singkat, perkongsian penulis mengenai sejarah Turki, kebangkitan dan kemenangan Islam melalui kepahlawanan Sultan Muhammad Al Fatih, kesetanan Yahudi Junmah dan malang rakyat Turki yang ditekan dengan pelbagai cara seperti azan tidak boleh dalam bahasa Arab, pengharaman berhijab dan penutupan madrasah, tidak langsung terasa siap ku baca dalam masa beberapa jam.... Sangat bersyukur dapat menghirup seteguk ilmu yang baik.

Rasa terpanggil pula untuk mendalami kisah Turki dengan membaca nanti; sejarah Turki, buku Muhammad Al Fateh, Kamal Ataturk, Turki Modern vs Konstantinopel
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
August 20, 2013
Novel Zaid Akhtar keempat saya baca selepas Sesegar Nailofar, Salju Sakinah dan Justeru Impian di Jaring.

Penulis cekap memancing minat remaja dengan sedikit memasukkan elemen cinta, tapi itu bukanlah perkara pokok perbincangan. Cabaran umat Islam dalam persekitaran sekular di Turki lebih menggamit dan mendebarkan. Pengharaman hijab, lokasi madrasah yang dicabuli dan sebagainya. Latar Turki terutamanya istanbul digarap baik oleh pengarang.

Dalam keasyikan mengikuti kesudahan hubungan Amal Hayati dan Afham, pembaca secara tidak sedar terpancing memahami isu-isu penting yang cuba dibawa oleh penulis!

- buku ini dipinjam dari Perpustakaan Kangar, Perlis.
230 reviews4 followers
October 19, 2008
Inilah buku yang membuka mindaku tentang isu sejarah dan perkembangan masa kini di negera Turki. Buku ini jugalah yang membuat aku minat untuk terus mengikuti perkembangan negera yang begitu kaya dengan sejarah Islam. Yang paling aku gemari tentang penulis ini ialah keupayaannya menulis dengan gaya yang santai dan fokus yang mantap, bukan mengupas terlalu banyak isu dalam satu novel, yang akhirnya membuat pembaca keliru, seperti beberapa penulis lain.
Profile Image for Faizah Azaman.
4 reviews1 follower
August 23, 2010
Afham dan Amal Hayati. Punya keazaman dan impian yang murni. Disebalik tabir sekular yang menutup mata dan hati khalayak, masih ada yang mahu berjuang! Latar Turki yang nyaman, Zaid Akhtar memberi kelainan dengan ilmu bantu Tarikh Muhammad al-Fatih yang agung. Keunikan selat Bosphorus dan kedudukan Turki di antara Barat dan Timur. Budaya dan fikrah mereka turut bertembung. Rona Bosphorus, rencam dan pelbagai!
Profile Image for Raihan M.
33 reviews2 followers
January 18, 2015
membacanya membuatkan jiwa merasa apa yang dirasa tatkala itu. seakan diri berada di sana menyaksikan apa yang berlaku. dulu. tahun tahun yang panjang derita itu.
Profile Image for Nurul Ain.
19 reviews
April 6, 2025
Membaca kembali novel setelah 20 tahun.

Kali pertama membaca ketika zaman SPM 2005.

Setelah 20 tahun kembali membaca, masih teringat pengakhiran cerita walaupun masih samar-samar.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.