Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anastasia #2

Anastasia II: A Tale of Crimson

Rate this book
Kesinambungan dari Anastasia A Tale of Esmeralda, selepas sahaja Edward melarikan diri dari empayar Arlustria, Anastasia ditinggal sendiri tanpa alasan yang nyata. Bagai ditikam sukma tidak berdarah, Anastasia pergi membawa duka.

Peperangan terpecahkan, kini api telah menelan bumi Arlustria. Arlustria telah kehilangan rajanya, Edward dan Anastasia juga telah kehilangan takhtanya.

Anastasia bersama penduduk muslim Evasia mengangkat bilah pedang cuba menuntut kemenangan di medan perang.

Walaupun tanpa seorang suami di sisi, Anastasia yakin dia bisa menuntut bela tanah Arlustria.

Nyawa menjadi taruhan, agama menjadi pegangan. Itulah jalan jihad yang diambil seorang Anastasia, darah yang membasahi bumi menjadi saksi nilai kehambaannya pada Yang Esa.

Mampukah dia memenangi peperangan ini walaupun tanpa seorang Edward yang menemani? Dan ke manakah suaminya itu pergi menghilangkan diri? Siapakah yang telah membelot empayar yang gah ini? Dan… siapakah identiti sebenar si ibu tiri?

Mampukah juga seorang Anastasia menaikkan nama Islam di dalam empayar tidak bertuhan ini? Akankah alunan azan akhirnya bernaung di segenap pelosok bumi yang berpijak di tanah Arlustria, sehingga ucapan takbir tidak lagi kedengaran asing pada indera telinga.

Kisah yang dinukilkan kali ini bukan lagi berkisarkan tentang Cinderella dengan kasut kacanya, bukan juga kisah si puteri yang bertemu dengan cinta sejatinya sehingga dia menemui akhir yang bahagia di penghujung cerita. Klise, bukan?

Karna kisah yang dihikayatkan kali ini berlandaskan kisah jihad seorang hamba yang cuba menuntut bela maruah sebuah agama…

“Andai kisah dongeng Cinderella yang sering kau baca di buku cerita meraih penamat yang ‘bahagia’, kenapa tidak si kakak tiri Anastasia?”

350 pages, Paperback

First published November 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Mellyficent

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (33%)
4 stars
5 (55%)
3 stars
1 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,229 reviews226 followers
December 26, 2024
Semuanya terjawab dalam volume 2

1. Why Anastasia selalu kena dera mental dengan Lady Tremaine

2. Siapa yang aniaya Kaiser's family

3. Kenapa Edward tak ingat Anastasia?

4. Siapakah yang Ella jumpa yang mempunyai mata merah seperti Edward?

5. Siapa Lady Tremaine @ Madonna?

Baca kisah Madonna kesian jugak padanya. Alangkah best kalau Madonna punyai hati yang baik. But sangat cruel bila engagement dia dengan Kaiser diputuskan. If dia baik, takdalah cerita ini penuh dengan cabaran 😁

Auwww F sukalah twisted tales. More ke reality... dari kecil kita dijamukan cerita² happily ever after 😁

Memanglah happy tapi banyak liku² kehidupan. Drizella bukanlah jahat sebenarnya. Cuma dia just follow sikap maknya. But dia tetap ingat adiknya Anastasia.

I hope ada cerita Ella and Prince Henry. Characters yang baik, sweet sangat diaorang.
3 reviews
October 5, 2025
idk how to start this review and I’m not an active book reviewer but this book hooked me till the end. there are so many things running in my mind and I have to spill it out.

on this date, when activists in Sumud Flotilla mission were captured by Israeli Forces, Archneifv people reminds me of Gaza people that are starving and mistreated.

I love royal historical romance since I first read Lord Empero in Wattpad by Elvroseth. It’s hard to find a good book in this genre after Lord Empero but surprisingly this book is crazy!! The world building and the plots arranged neatly and not messy at all. The backstory of each character makes the story alive.

The author’s writing is sooo goooddd and feels so magical. I rarely-to-none found any grammar mistakes in the book which throw me off when I read some other books with simple grammar mistakes💀

I wish there will be more masterpieces and magical stories from the author. please keep writing, your time to shine is waiting <33
Profile Image for Seraphina.
59 reviews
March 2, 2026
Honestly aku prefer cerita ni daripada yang pertama, plot line sangat kemas, tersusun, penuh dengan emosi yang berkecamuk, rasanya macam jantung ni banyak kali kena rentap. Tapi endingnya sangat memuaskan, walaupun sedih juga la apa jadi pada Anastasia…

Buku ni penuh dengan kata-kata keagamaan dan motivasi. Siapa kata cerita dongeng tak boleh jadi versi Muslimah? Buku ni bukti yang tak semua kisah dongeng berakhir dengan “happy ever after” tapi sebenarnya dongeng yang diceritan lebih mendalam dan tragis daripada kisah aslinya. Kita tak tau sebab kita suka yang kisah manis-manis je.

Kesian dekat semua watak dalam ni, memang plot twist betul kisah bonda Anastasia ni. Aku sedih kat part satu tu, sebab aku faham perasaan jadi “anak yang tak dianggap macam keluarga”. And again semuanya sebab SALAH FAHAM dan TAK NAK BERKOMUNIKASI. Kalau korang suka conflict kekeluargaan, Korang bacalah, boleh nangis sama-sama 🥹

Overal memang sangatlah recommend untuk korang semua baca, memang sesuai dengan isu semasa yang jadi sekarang ni… #prayforPalestine
Displaying 1 - 3 of 3 reviews