Ketika berusia enam tahun, Sarah berubah menjadi genius selepas seorang lelaki asing masuk ke biliknya pada satu malam di St. Petersburg, Rusia. Dari seorang gadis kecil yang tidak pandai membaca, Sarah tiba-tiba mampu menulis kod-kod program komputer dan menghalang serangan hacker di syarikat tempat ibu bapanya bekeria. Semuanya kerana program ciptaan lelaki tersebut yang dimasukkannya ke dalam otak Sarah.
20 tahun kemudian, gadis itu kini seorang doktor di sebuah hospital di ibu kota. Sebuah kejadian letupan di dewan bedah tempat Sarah bekerja menyebabkan dia tiba-tiba dijadikan suspek. Berbekal kepintarannya, Sarah bertekad untuk mencari dalang di sebalik kejadian itu. Perjalanan itu akhirnya membawanya kembali ke Rusia. Tanpa disangka, ada bahava yang sedang menantinya di sana.
Buku ni agak slow paced, tapi aku suka. This is a complex story yang buat kau rasa nak kena tanda sticky flags untuk setiap plot point.
Kali pertama baca aku lost. Ni, kali kedua baru aku attempt baca semula dari awal & track peristiwa dgn sticky flags. Bahasa dia sedap. Cumanya, terlalu banyak telling, which tak fit dengan reading preferences aku la. Bila banyak telling, cerita yg sepatutnya thrill dah kurang elemen suspense. Aku juga mengharapkan buku ni character driven tapi bukan itu angle yang author pilih, which is okay.
Bayangkan movie Lucy + Mission Impossible. Macam tu la gambaran ceritanya.
Oh my God. Pada mulanya aku sangkakan ini kisah tentang seorang penulis. Rupanya jauh tersasar — cerita ini berkisar tentang seorang kanak-kanak bernama Sarah yang bertemu dengan seorang mafia bernama Nikolaj.
Pertemuan itulah yang mengubah hidupnya. Sarah tiba-tiba menjadi seorang genius luar biasa, tahap pemikirannya melangkaui komputer dan teknologi sedia ada.
Watak hero pula ialah Azdrin, seorang pembunuh upahan yang menyimpan kisah silam yang tragis dan penuh trauma. Konflik utama cerita melibatkan kumpulan mafia, perebutan kuasa, serta konspirasi dunia yang berbahaya.
Novel ini membawa mesej yang kuat — berhati-hati dengan apa yang kita makan, lihat dan dengar, kerana semua itu mempengaruhi siapa diri kita. Aksi ada, tetapi yang lebih menyerlah ialah bagaimana Sarah beradaptasi dengan perubahan drastik yang berlaku dalam dirinya.
Paling menyentuh, Sarah mempunyai ibu bapa yang memahami keistimewaan anak mereka dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk melindungi, bukan mengeksploitasi. Kita turut dibawa menyelami sisi gelap dunia Azdrin — trauma masa kecil, kesedihan yang dipendam, dan konflik emosi seorang pembunuh upahan yang sebenarnya rapuh.
Watak Karasev pula menjadi simbol niat yang kononnya murni — mahukan dunia tanpa kesakitan dan penderitaan. Namun akhirnya, niat itu hanya mencetuskan huru-hara dan kemusnahan global.
Persoalannya, adakah ini benar-benar dunia yang diinginkan? Apabila keseimbangan hilang, yang terhasil bukan kebaikan, tetapi senjata yang menghancurkan dunia.
Sedikit lagi terasa seperti dunia akan dipenuhi zombi — kalau tiada Sarah, mungkin dunia sudah pun tamat. Misi Kamal dan Azdrin untuk mendapatkan Sarah menjadi penentu antara kehancuran dan harapan.
Kesimpulan: Ini bukan sekadar novel aksi atau konspirasi. Vasilisa adalah kisah tentang kuasa ilmu, trauma manusia, dan bahaya apabila manusia bermain sebagai Tuhan tanpa keseimbangan.
Buku pertama di tahun 2026. Buku fixi - buku yang berjaya keluarkan aku daripada reading slump.
Vasilisa mengisahkan tentang Sarah, kanak² berumur 6 tahun yang tiba² berubah menjadi genius selepas seorang lelaki asing bernama Nikolaj masuk ke biliknya. Pada umur 6 tahun Sarah kalau ikutkan tak pandai membaca pun lagi. Tapi bermula dari malam tu, Sarah siap pandai tulis kod-kod programming. Lalu je sebelah siapa², Sarah siap boleh scan orang ni nama, umur dan ceritanya. Sarah boleh jawab soalan² yang sepatutnya di umur 6 tahun memang mustahil la untuk budak² tahu. dan Di umur 6 tahun jugak Sarah berjaya halang serangan hacker di syarikat ibu bapanya bekerja. Besar sikit Sarah menyamar pulak jadi doktor kat sebuah hospital, dia siap masuk bilik bedah, bedah orang ye. Tanpa ada certificate dr. Tapi semua pembedahan tu berjaya. Why? Sebab dia ni bukan lagi dah the genius je, tapi dah jadi superhuman.
Walaupun buku ni banyak imbas kembali ataupun pov. Tapi every dot connected well. Every back history kenapa sesuatu tu terjadi semua di jelaskan dengan baik. Cuma yang tak di explain dengan lebih terperinci kenapa Sarah tiba² jadi suspek utama dalam kes pengeboman hospital tu. Aku faham konsep, tapi patut dijelaskan dengan lebih rapi. Sebab part tu nampak rushing, tiba² Sarah jadi suspek utama dalam satu kes jenayah.
Buku ni tema mafia - serangan zombie - pembunuh bersiri upahan kerajaan, ala² cerita Sheriff watak Syafiq Kyle bawak tu. Dia bunuh orang² kerajaan yang bersalah yang terlepas dari undang² dunia sebab sogokan duit dan sebagainya. Maka "meth killer" atau dalam cerita ni dibawa oleh watak nama Adzrin Hamdani menjalankan tugasnya dengan rapi untuk membunuh si pesalah yang menyalah gunakan kuasa mereka.
Terlalu banyak jump scenes dari satu masa ke satu masa dan setiap scenes pula quite pendek yang sekadar A berjumpa B, B berjumpa A. Seperti tak cukup lagi nak buat saya hooked. Dan watak-watak juga tiada personaliti which membuatkan diolog mereka agak bosan untuk dibaca. Konsep yang menarik but the story is not for me.
overall best cumanya nama nama watak je tak best, tak sedap langsung and susah nak sebut. ik their names from rusia but you can do better with that name so reader easy to read😭