Jump to ratings and reviews
Rate this book

Submisif

Rate this book
Mikail, seorang penulis muda merangkap pembunuh bersiri telah jatuh cinta dengan Imelda, seorang pelacur misterius di tengah Kota Saktijaya. Dia dihantui bayangan labah-labah setan yang berterusan mendesaknya agar terus membunuh. Hanya hubungannya dengan Imelda yang menjadikan Mikail kekal waras.

Namun krisis politik Republik Trisakti yang kian meruncing tela mengubah segalanya, memaksa Mikail untuk meneroka kembali masa silam.

308 pages, Paperback

First published December 31, 2024

5 people are currently reading
30 people want to read

About the author

Ilham Mazalan

7 books75 followers
An author who wants to write about everything

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (23%)
4 stars
18 (38%)
3 stars
13 (27%)
2 stars
3 (6%)
1 star
2 (4%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Layli Chee.
82 reviews4 followers
June 12, 2025
Kita kena jujur kan kalau memberi komen? Haha.

Buku ni bukan untuk semua, that much is clear. Also, kau kena open-minded untuk buku ni. That being said, budak-budak JANGAN baca pls!

Buku ni memang vibes FIXI. Aku tak nampak kesesuaian buku ni kat tempat lain. Haha.

Aku enjoy baca. Penulisan cerita sempoi even subject matter banyak heavy (banyak ya trigger warnings dalam buku ni). Raw betul ayat, cara penulis describe some scenes dengan detail buat aku meremang weh! Kalau tengok reaction aku baca buku ni HAHAHA sumpah tak rilek!

Tapi it kept me going, it kept me hooked from the beginning till the end. Were some of the plots predictable? Yes. To me la. Aku dah faham plot style ni - I had some figured out. Tapi still… aku tak tahu kenapa aku terkejut jugak haha cam siot je.

Overall, enjoyable!

Cumanya kalaulah kan, cara olahan cerita boleh dikemaskan dan some dialogues boleh cantikkan lagi. Ngam dah. Aku bayangkan buku ni mcm movie, kalau aku rasa dia cam kosong sikit dari segi jalan cerita, aku kena kerahkan otak untuk fikir lebih pulak, jenuh mat. Haha. Jk jk.

Selain itu? Takde apa sangat pun. Enjoy je baca! Aku nak tahu apa jadi kat Mika, so the suspense was there. Had me on edge juga at some parts.

At the end, tipulah kalau aku cakap, aku tak sedih untuk Mika. Sumpah rasa nak sayang dia. Dia betul damaged hero “I didn’t hate the world but the world hated me first” huhuuu jiwa savior complex aku was screaming to hug him and help him in any way I can. I wished hell to some scums in the book too.

Lowkey, aku pun grey area juga untuk benda camni. If the authorities are sleeping, someone has to stay awake to do the job, kan? Aku support. (Tiberrr)

Anyway, tahniah Ilham!

Ikhlas dari saya yang memberi komen dan sentiasa menyokong Ilham untuk terus berkarya! Semoga ada rezeki jumpa lagi ek!
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
February 14, 2025
This book reminds me of how I hate politics and rather be orang yang duduk tepi melihat saja.

This book reminds me of why I choose to see things through a clear white lens, instead of biar ia terhadang dengan shades hitam. How i hate the shades so much and will pijak sampai dia pecah.

It’s so not worth it to live a life like Mikael
Profile Image for Thea (HereTheThea).
54 reviews
June 20, 2025
NOTA: Buku ini dilabel Untuk Pembaca Matang, sekiranya anda bawah umur, jangan baca buku ini! Label ini tidak boleh diendahkan kerana kandungan cerita ini sangat berat dan memang tidak sesuai dengan golongan pembaca bawah umur!

Content warning: this book contains depiction of rape, sexual assault, sexual content, sexual violence, sexual harassment, animal cruelty & death, child abuse & death, gore, gun violence, infidelity, suicidal thoughts, suicide, suicide attempt, torture, toxic relationship, violence, blood, police brutality, kidnapping, death of parent, murder, fire/fire injury, abandonment, war, drug abuse, alcohol. Reader's discretion is advised.

Terdiam, terkedu, terkilan. Inilah reaksi aku selepas menghabiskan buku ini.

Sejujurnya, sinopsis/blurb yang diberikan itu tidak meyakinkan saya pada mulanya, jadinya aku beli & baca buku ini dengan maklumat yang ada berkaitan buku ini (termasuklah marketing buku ini oleh penulis di media sosial & beberapa ulasan buku yang ada di dalam talian). Selepas aku dah selesai membaca buku ini, wah, aku sangat kagum & geram pada masa yang sama! Topik-topik yang ada di dalam buku ini membuat aku terfikir juga, memang berlaku di dunia nyata.

Ceritanya begini, kita dikenalkan dengan watak lelaki, Mikail (dipendekkan sebagai Mika), seorang penulis dan pembunuh bersiri di Kota Saktijaya berjumpa dengan seorang perempuan pelacur, Imelda (dipendekkan sebagai Mel). Mereka berdua jatuh cinta (hmmm, aku tak percaya hubungan cinta ini). Kenapa Mika ini seorang pembunuh bersiri? Katanya ada labah-labah setan menghantui Mika untuk membunuh. Hmmm, fikiran pertama aku mendengar frasa "dihantui labah-labah setan" ini, adakah Mika sedang mengalami halusinasi atau psikosis? Mungkin kalian di sana ada teori yang lebih bernas daripada aku, entahlah. Selain daripada pembunuhan bersiri yang berlaku di Kota Saktijaya, keadaan politik Republik Trisakti semakin merosot dengan cubaan untuk merampas kedudukan dan pangkat sebagai Bapak Presiden republik tersebut dan ada juga berkaitan masa silam Mika.

Apa yang aku suka dalam cerita ini adalah salah satu bahagian di mana Kadang-kadang aku kesian kepada Mika & Mel lepas dah tahu apa sebab mereka memerlukan sesama mereka tapi pada masa yang sama, dunia yang mereka tinggal bersama orang-orang tidak endahkan kewujudan dan perasaan mereka sebagai seorang manusia agak meyakitkan hati aku. ISH TUMBUK KANG! EEEEEEEE!!!!! Mereka berdua pun ada juga agenda mereka yang perlu lepaskan tetapi konflik berlaku antara Mel dan Mika semasa di pertengahan cerita ini.

Aku pun nak sentuh juga politik yang berlaku di Republik Trisakti (patut dinamakan sebagai Republik TERSAKITI, cis!), Aku suka baca bahagian politik dalam cerita ini, membuatkan aku terfikir betapa benar apa yang berlaku di dalam cerita ini memang ada di dunia nyata.

Pengakhiran cerita ini.... Ya ampun, inilah bahagian di mana aku dah tak tahulah apa nak cakap, apa nak dihuraikan dan sebagainya.

Satu sahaja aku tidak suka tentang cerita ini adalah susunan atau aliran penulisan cerita ini, aku faham penulis nak bagi penjelasan di satu bab ke bab seterusnya. Main melompat ye! Tapi aku okay je, unik juga bagi aku membaca cara penulisan cerita ini.

Buku ini mengandungi topik yang agak berat untuk pembaca tertentu & aku nasihat untuk semak amaran kandungan buku ini sebelum memulakan sesi pembacaan anda. Sekiranya anda sudah bersedia untuk membaca buku ini, aku ucapkan selamat maju jaya untuk menghabiskan cerita ini.
Profile Image for Suha Abdul.
19 reviews
January 29, 2025
novel ke-5 penulis yang saya baca. saya puji usaha penulis yang membawa penulisan yang lebih santai tetapi sampai (kalau dibandingkan dengan karya karya beliau yang sebelumnya). menyentuh tentang eksplorasi diri, cinta, politik dan perjuangan. buku ini banyak menyentuh grey area dalam setiap diri manusia. Mika dan konflik dalamannya. pertemuan dengan Imelda yang membuka ruang kepada masing masing untuk explore diri sendiri. serta usaha mereka untuk mencari arah perjuangan ketika berhadapan dengan krisis politik di Republik Trisakti. sesiapa yang minat baca novel tentang sisi manusia yang agak dark, highly recommended. cerita best. bahasa sedap, mudah faham dan seronok dibaca.
Profile Image for Ilham Mazalan.
Author 7 books75 followers
January 29, 2025
Submisif merupakan novel ke 5 dan percubaan pertama saya menulis sebuah karya yang lebih moden premis dan laras bahasanya.

Karya ini mendapat hadiah saguhati dalam Sayembara Fixi.

Terima kasih atas kesudian anda membaca karya ini.

Sebarang idea penambahbaikan amat saya alu-alukan ❤️😺
Profile Image for Hidayah Azmi.
34 reviews
April 21, 2025
Submisif bermaksud menyerah ataupun tunduk kepada sesuatu perkara atau kejadian, seperti mana maksud perkataan submisif dan begitulah juga kisah yang diceritakan didalam novel ini. Submisf, novel yang mengisahkan tentang seorang anak lelaki yang mengalami masalah gangguan ynag tidak henti-henti menyuruhnya untuk melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan Mika tidak mahu lagi melakukannya. Mika terlalu penat untuk menghadapi gangguan dan mengambil keputusan untuk healing dan mencari jalan untuk keluar dari masalah itu dan tidak disangka ia bertemu dengan seorang gadis iaitu Imelda dan dari situ Imelda dan Mika bersatu hati dan Mika telah bertemu dengan seseorang yang mampu dia berteduh, bertandang dan malah mengambil bert tentang dirinya tetapi ia tidak sangka dengan menjadikan dirinya submisif pda imelda membuat berlaku suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku ( Tidak boleh cerita semua, sila baca ya).

Penulisan yang berbeza dari Ilham dari buku sebelumnya dan saya sangat suka dengan penulisn ilham. 'Fast paced', tidak ada melewah, tidak memasukkan scene-scene yang tidak sepatutnya. Plot twist yang diatur sangat kemas. Sepanjang pembacaan saya, saya tidak dapat memikirkan ending yang bakal berlaku dan kesudahan apa untuk imelda dan mika. Perkara yang paling saya minati adalah, penulis tidak perlu menulis detail pada perkaa yang tidak perlu didetailkan (harap korng memahami apa yang saya cuba sampaikan.)
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
September 2, 2025
Ni buku pertama yang saya baca daripada Ilham. Saya jarang membaca novel terbitan Fixi sebenarnya.

I have nothing much to say for this book. Story line dia mudah difahami walaupun ada babak yang kurang jelas lah bagi saya(I'll explain this later). Bahasa yang digunakan pun seperti tipikal novel Fixi ; mudah difahami, bukan bermadah pujangga. And yes, I do agree with the label 'untuk pembaca matang'. Babak pembunuhan dan penyiksaan dideskripsikan dengan begitu detailed (beberapa kali saya terpaksa mengucap panjang, ngeri!)

Saya suka apabila ada kritikan tentang politik Kota Saktijaya. Korup. Sampaikan saya terfikir sebenarnya benda ini ada kemungkinan untuk terjadi di dunia nyata. Salah guna kuasa, salah laku seksual, mengampu pemerintah,macam-macam lagi lah.

Ada satu babak yang kurang jelas seperti saya nyatakan di atas. Saya tertanya tentang labah-labah setan itu. Saya fikirkan yang dorongan membunuh daripada labah-labah itu sebenarnya cuma halusinasi Mika sahaja. Betulkah? Entahlah, mungkin sebab Mika ada kata dekat Mel yang dia (Mika) lah sebenarnya labah-labah tersebut.

Buku ini mungkin bukan untuk saya. Tapi, apa yang boleh saya katakan, saya suka isu yang dikupas dalam ini. Mungkin cara penulisan yang terlalu straightforward dan pacing yang agak laju buat saya 'kureng'. Adakah saya akan terus membaca karya Ilham yang lain? Tentulah!
Profile Image for Hannani.
20 reviews1 follower
June 1, 2025
“After all, dumb, stupid people are often the happiest”.

“Kadang kadang, we fly too close to a fire thinking it will warm us up. So close that we forgot how painful it is to get burnt”

Trigger warning : extreme gore, nudity, sexual harrasement, suicide, pedophile. (Apa yang Ilham warning kat Twitter tu, please take it serious. It is that serious especially if ada expectation dari CTDLM dan MMB)

//

Ini kisah seketul Mikail atau Mika; apparently he’s too vulnerable and fragile for such cruel world. Ini kisah dia melawan the dark thought of his head sambil mencari erti kebahagian dan ruang dia di dalam dunia.

Ayat dan rangkap bersahaja tapi sungguh raw (i flinch a lot bila lalu part gore) tak banyak dapat tab quote macam buku buku dia yang lain, certain plot is kinda predictable but honestly i think chapter 37 should be the main ending - the rest kind of full of plot and tk berapa makes sense. Tapi ending sekarang is a bit happy so i accept that 🤣.

Apapun end of the story, rasa mcm peluk peluk je Mika ni. Such a roller coaster life. Disebabkan Ilham mention siri Hannibal antara jadi inspiration dia, terbayang Hugh Dancy as Mika 😔
Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
October 14, 2025
Kalau nak baca buku yang buat anda berfikir, bacalah buku tulisan Ilham.
Aku baca buku sebelum tidur (masa ni je lah yang ada nak membaca), dan buku ni bukanlah buku untuk buat tidur 😂.
Habis baca buku ni dalam kurang 24 jam, dalam kesakitan membayang kesadisan, kekejaman, kengerian yang diceritakan.
Kasihan kepada pesakit mental yang tidak tahu dia sakit mental dan tidak mendapat bantuan sepatutnya atas kekurangan kesedaran, kekangan infrastruktur dan keluarga yang bersifat tidak peduli.


Moral of the story, kalau tak reti nak jaga anak, rasa anak menyusahkan, kerja tak semenggah, ambik bahan terlarang, lepas tu sibuk nak beranak banyak, lepas tu semua hidup susah sebab bapak tak guna, jangan buat anak, terima kasih.
Tapi itulah, orang-orang tak guna macam ni mana baca buku.
Profile Image for nilam°.ೃ࿐ .*.
38 reviews1 follower
March 5, 2025
3.5 bintang. aku suka perbahasan tentang politik, tentang kejahatan dan kebaikan, tentang seksualiti (eventho aku rasa perbualan pasal mika as not straight ni terlalu berulang LIKE YES I GET IT HES QUEER). suka dengan latar tempat dan masanya. this book gives you something that can never be found in other books and im grateful ilham mazalan is brave enough to write it. sejujurnya aku sangat enjoy permulaannya, but towards the ending aku rasa macam banyak scene yang boleh je dibuang sebab tak memberi apa apa perubahan kepada plot(?) definitely a good read.
Profile Image for airyn.
10 reviews
June 5, 2025
If “Are you open-minded?” were a book, this would be it. Fixi really took their “Untuk Pembaca Matang” label to the next level. Seriously, if you’re not over 18, DO NOT read this book. I mean it—don’t. Memang buku ni kena sangat dengan vibe Fixi, I honestly can’t imagine this being published under any other label.

Submisif as the title? Sangat ngam dengan jalan cerita. Masa mula-mula baca tajuk and synopsis, I thought it was about Mika being submissive to Imelda—he did everything she asked, and kalau dia refuse, Imelda would just leave him. But wow, I was so wrong.

I genuinely enjoyed reading this book. Penulisan dia memang gempak, sangat senang nak faham. Ayat yang digunakan pun sangat raw, tak bertapis langsung. The content? Heavy gila—from the issues raised, politics, sampai ke vivid descriptions of killings. I’m amazed, seriously.

Another thing I absolutely love is how banyak gila ayat yang relatable and hit deep. Rasa macam setiap page you selak, it’s like a punch in the face. And as an overthinker myself, this book made me overthink even more—no joke.

Now, the characters.

Mika (my shayla TT)—I swear I just wanted to teleport into the book and give him the biggest hug. My heart couldn’t take it. I legit cried reading his backstory. He didn’t deserve any of that.

Imelda—dang girl. Yandere gila, psychotic, and a little unhinged. But after reading her “clarifications” (if we can call it that?), baru faham kenapa she acted the way she did. Even so, still ada a few chapters that made me straight up hate her.

And Dave—he’s my favourite, no debate. He always sees the good in people. His friendship with Mika made me bawl my eyes out.

Overall, this book was a rollercoaster of emotions. Fixi did not come to play with this one.
Profile Image for arianaaaaaaa_.
4 reviews1 follower
February 10, 2025
I enjoyed the writing here and there, but the plot kurang visible for me. It didn't really work for me. It is a character-driven novel and the setting like Gotham atau macam dunia fiksyen gelap. Satu benda sama dalam karya penulis selalu ada unsur politik, kalau cerita ni discover more about the killing spree, I rasa akan best jugak. In this one, dia macam focused towards relationship, sexuality, and political drama. Also ada kadang confused dialogue sebab tak ada tulis siapa cakap, kena baca balik dari atas.

Some relationships or representative of lgbt society rasa a bit forced jugak. I faham when author cuba cakap cheating can happen even with the same gender, so jangan terkejut if partner korang ter-cheat dengan jantina sama. Author discovered about r*pe victim & the trauma behind it. We should acknowledge gejala r*g*l yang tak kira lelaki atau perempuan boleh jadi mangsa. I also liked the first few chapters, which made me going - it gets heavy over page (not an issue) just at times i feel lost cite ni gerak ke mana.

decent attempt! I berharap readers lain akan enjoy this piece of work!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Edi Rozaidi.
132 reviews
July 18, 2025
Ceritanya pada konsep awal memang menarik. Tapi pada pertengahan ada konflik tidak tahu mana nak difokuskan sama ada pada pembunuhan, pada perhubungan, masalah mental atau pada politik.

Jika dapat dikemaskan lagi menarik. Hanya dapat rasa karekter utama sahaja, karekter sekeliling rasa sedikit kurang. Tapi penulis memang nampak nak ketengahkan hubungan antara lelaki dengan lebih dari yang lain.

Ending nya juga agak sedikit confuse dan paid off nya kurang umph bagi saya. Tapi, apa-apa pun, bacaan yang menarik.
5 reviews1 follower
May 25, 2025
Seriusly aku pun xminat politic tapi sbb buku ni tak tekan kan sngt hal politic ada genre psychologi thriler+psiko+vigilante approved(fixi sila ambik genre ni lagi)....perjalanan plot ni buat kita berfikir apa mengapa benda tu terjadi korg kena simpulkan sendiri...watak hero ni rasanya jiwa dia sngt rapuh dlm diri dia
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mal.
35 reviews1 follower
May 30, 2025
I truly enjoy the reading journey of this book. Sebabkan dah baca novel Ilham yang lain sebelum ni, terkejut juga bila baca penulisan dalam Submisif ni. Memang rasa Fixi lah tempat untuk Ilham ber-eksperimentasi dengan karya yang sebegini.

Tak reti ulas panjang, tapi kat hujung hujung tu kalau the worst of the worst thing Mika buat dekat perogol dia tu aku rasa akan lagi puas kot. Sebab from my POV, dia lah punca utama Mika menjalani hidup sedemikian rupa.
Profile Image for sebijinanas.
52 reviews6 followers
March 20, 2025
antara buku melayu yang paling lama aku nak habiskan. to be honest ceritanya sangat slow dan memeningkan. faham je the storyline cuma slow sangat sampai rasa payah nak habiskan
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.