Jump to ratings and reviews
Rate this book

6:20

Rate this book
Sinopsis : 6:20
Sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap memperjuangkan satu gagasan. Mutlak. Ruang Sepi di Kelab WX2 menjadi stesen pertemuan, mengatur agenda. Licik dan bertenaga. Ahlinya adalah yang terpilih, terlatih, malah intelek belaka.

Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu per satu rahsia di sebalik gagasan itu. Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap jam 6:20 membawa penemuan demi penemuan. Tanpa disedari keluarganya terangkul dalam misteri itu.


______________________________
Novel ini telah memenangi tempat KEDUA
Pertandingan Novel Remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2005
Pertama Kembara Amira Amer Hmzah L. Kadir
Kedua 6:20 Siti Jasmina Ibrahim
Ketiga Beraraklah Awan Pilu Abdul Latip Talib

227 pages, Paperback

First published July 19, 2006

5 people are currently reading
47 people want to read

About the author

Siti Jasmina Ibrahim

19 books9 followers
Dilahirkan pada 3 April 1976 di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Saya lahir di rumah. Asal keturunan ibu dan ayah dari negeri yang kaya dengan Adat Perpatih. Saya adalah anak sulung pasangan Tuan Hj.Ibrahim Hj Ismail dengan Puan Hjh.Siti Shabedah Hj Nasir. Saya mempunyai dua orang adik.

Menjadi anak sulung, telah mendidik saya menjadikan disiplin sebagai kemestian di dalam hidup.

Jika mengikut bintang orang Greek, saya di dalam keluarga Aries, jika mengikut tahun Cina, saya dalam tahun naga. Jika ikut saya, itu semua tidak penting. Yang penting adalah keyakinan diri datang dari kekuatan hati yang berisi dengan iman di dada dan ilmu pengetahuan yang luas.

Saya suka pada jiwa yang optimistik. Ketawa dan senyum di wajah dan senyum di hati akan mengubat banyak penyakit jiwa dan fikizal. Saya suka membaca dan makan (walaupun berdiet dan jaga kesihatan, tapi makan tetap makan… yang berpatutan).

Kalau sukan yang saya minat menonton, ialah tennis dan bola sepak. Macam lelakikan? Bila dah kahwin ni, suami saya pun suka dua sukan ini, jadinya ada geng hendak menonton. Kalau saya sendiri hendak bersukan, saya pilih badminton, bowling, bola jaring dan bola tampar.

Saya mengenali dunia persekolahan bermula di usia 6 tahun apabila ayah mendaftarkan saya di sebuah rumah banglo setingkat di Taman Keramat yang diberi nama Sekolah Tadika Manja. Di rumah banglo setingkat itulah saya mengenali dunia baru. Dunia berkawan, berguru dan berilmu. Saya suka belajar. Bukan hendak
membangga diri, tetapi keluarga saya turut akui dan mereka bercerita bahawa saya memang suka belajar, sehinggakan saya demam panas yang teruk pun, saya menangis hendak pergi ke sekolah.

Kemudian saya meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat (1) selama 6 tahun. Bermula tahun 1983 sehingga 1988. Sekolah itu di hadapan rumah saja. Kalau waktu rehat, saya dan kawan-kawan seronok sebab nantinya wan (nenek dalam panggilan orang Negeri Sembilan) akan menghulurkan makanan yang sedap-sedap dari pagar sekolah. Jimat duit belanja.

Saya telah membuktikan minat belajar saya itu apabila ranking keputusan peperiksaan selalunya mesti 5 terbaik. Semasa darjah 1, 3 dan 5, saya dapat nombor satu dan terbaik dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Selalunya hadiah yang ayah dan atuk beri ialah koleksi buku ilmiah dan buku cerita yang bersesuaian dengan usia saya. Waktu itu tak ada play station atau game video lagi, jadi bukulah hiburan dan teman saya. Mujur tak ada semua itu dulu, kalau tidak tentu saya tidak minta membaca.

Sewaktu itu saya masih tidak terfikir akan menjadi seorang penulis profesional. Saya selalu berangan hendak menjadi peguam. Dulu saya sangka jadi peguam senang, sebab perlu bercakap saja. Waktu sekolah rendah juga, sayalah Penolong Ketua Darjah dari darjah 1 hingga 6. Saya pengawas, pustakawan dan aktif di dalam Tunas Puteri sehingga wakil peringkat Daerah Gombak. Saya aplikasikan kemahiran bercakap, maklumlah nak jadi peguam.

Setelah mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR, saya meneruskan menimba ilmu di Sekolah Menengah Taman Keramat. Sebelah sekolah rendah. Setelah mendapat keputusan SRP yang agak baik juga, saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Asrama Penuh Mara Education Foundation College di Bangi. (ia MRSM yang diswastakan). Di sana saya belajar bersama dengan ramai anak-anak tokoh sastera terkenal tanah air, anak-anak menteri dan kerabat diraja di ketika itu. Satu cabaran juga kerana saya perlu bersaingan dengan pemikiran, budaya hidup dan kualiti akademik yang diharapkan oleh kolej. Alhamdulillah di sana saya banyak belajar bukan saja di dalam kuliah, tetapi juga di dalam hidup. Di sana saya mula berminat dalam penulisan apabila karangan saya selalu menjadi pilihan cikgu BM untuk dipamerkan dan dipilih sebagai karangan yang baik, tetapi cita-cita saya untuk menjadi peguam masih menebal walupun saya tahu, bukan sekadar bercakap saja baru boleh menjadi peguam. Saya mengambil jurusan Sains Tulen semasa SPM.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (33%)
4 stars
11 (20%)
3 stars
18 (33%)
2 stars
3 (5%)
1 star
3 (5%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
November 23, 2022
Mendebarkan juga novel ni. Terlalu banyak unsur suspens yang saya memang tak dapat hendak jangkakan. Ditambah pula watak Sukma, selaku anak kepada wakil rakyat, sering melihat beberapa sosok tubuh yang tidak dikenali muncul di setiap pukul 6.20 pagi di hadapan pintu pagar rumahnya. Sosok tersebut seorang nenek, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki berbusana putih. Saya hampir percaya bahawa keluarga wakil rakyat ini sedang diganggu makhluk halus, tetapi plot cerita menjadi bertambah suspens apabila Sukma menjumpai satu kelab bernama WX2. Dia secara tidak sengaja menemui kelab malam itu ketika dia mengetahui bahawa rakannya juga ada di situ.

Watak Sukma agak degil, tetapi kedegilannya hanya demi ingin mencari jawapan. Banyak cara dia mahu tahu apakah yang ada di dalam kelab itu hingga rakannya asyik menempel di situ. Perkataan "Kumpulan Ruang Sepi" membuatkan Sukma mula mendesak ayahnya untuk mengetahui apakah masalah remaja yang melanda dalam daerahnya kala ini. Ayahnya yang wakil rakyat itu tiada jawapan, yang membuatkan Sukma mencarinya sendiri.

Apa-apapun, sudah terjawab siapakah sosok-sosok tubuh yang hadir di rumahnya setiap 6.20 pagi dan kenapa ibu Sukma juga sering keluar rumah setiap 6.20 pagi. Barulah saya lega ini bukan cerita mistik. Hahaha.

Cuma penghujung ceritanya sudah diputar belitkan. Memang pengakhirannya tidak disangka-sangka. Sukma hanya mengambil masa seminggu mengenal pasti kelab WX2 itu.

Benarlah kata orang, para remaja terlalu inginkan kekebasan, tetapi mereka tidak tahu apakah erti kebebasan yang mereka mahukan. Mereka jiwa yang masih belum terbentuk, jadi tidak mustahil mereka sangat mudah terjerumus ke kancah kegelapan.

Seronok baca novel ni. Terima kasih penulis!
Profile Image for Hanis.
35 reviews
May 29, 2020
Novel yang memenangi tempat kedua bagi Pertandingan Novel Remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, 2005; karya Siti Jasmina Ibrahim.
.
Novel ni mmg penuh suspen...macam tgk crita Munafik part 1...haa gituwww... (macam over jaaa, hahaha, tapi serius bestttt👍)
.
Garapan yang cukup menarik, dan boleh dikatakan pengarang berjaya dalam menyuntik unsur misteri dan suspen kpd aii sebagai pembaca...bukan saja pengarang berjaya membuatkan aii tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti akan ending cerita, tapi turut membuatkan aii merasakan debaran dan kecamukan emosi 🎭bagi setiap watak2 yg ditonjolkan...
.
6:20 pagi, ada rahsia yang T.E.R.S.E.M.B.U.N.Y.I.....pastikan hampa tidak terlepas utk mendapatkan satu karya ini, bagi mengetahui apakah sebenarnya jawapan kepada misteri yang berlegar dalam 6:20 ni👍🏼
.
Apa2 pun....novel Siti Jasmina Ibrahim ni mmg Daebakkkk!
#bukubuku
#bacalah
Profile Image for أنيس.
13 reviews
May 1, 2021
Bismillah | 5/5⭐

Saya sedang mencari jawapan tentang kebuntuan saya, Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan buku ni dan akhirnya menyelamatkan saya daripada fahaman yang hampir memakan diri.

Bagi yang cuba sedaya upaya memahami maksud di sebalik karya ni, kalian mungkin akan dapat jawapannya juga. Isu ni berlaku harini, sedar atau tidak.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari segala jalan kesesatan. Terima kasih penulis :)
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
September 9, 2018
Novel remaja, mungkin bertema misteri atau ada sedikit elemen thriller? Entah mengapa bila baca tajuk dan tengok gambar kulit buku, saya andaikan buku ini sebuah karya sains fiksyen atau bertema pengembaraan ke masa hadapan atau time travel seorang remaja ke zaman dahulu kala. Selepas dilepaskan sfora keanehan perubahan sikap dan buah kata ibu Sukma, saya fikir beliau sudah bertukar menjadi seorang yang konvensional, mungkin taksub kepada kepercayaan tahyul termasuk yang berkait dengan bomoh dan mantera... rupanya bukan. Saya fikir Iskandar, Jerry, Reny dan Abang Aim adalah kumpulan penentang ibu Sukma, rupanya bukan juga. Saya agak confuse dengan plot cerita ini. Siapa faham apa significance detik waktu 6:20 kepada semua kejadian aneh yang berlaku dalam minggu Sukma?
Profile Image for SF Tiew.
3 reviews1 follower
December 17, 2021
Novel paling teruk yg saya pernah baca. Cerita tak logik, paranoid dan menggalakkan pemikiran sempit. Penggunaan perkataan yg klise dan tak jelas spt "ruang sepi", "fahaman baru", "pengaruh barat", dan "kebebasan mutlak", macam bodoh ja. Sesuai untuk pencacai politik konservatif yang sekadar duduk dalam zon selesa, tidak suka berfikir dan bencikan perubahan.
Profile Image for Jannatun.
9 reviews20 followers
October 3, 2021
Interesting crime mystery. Cumanya masih ada beberapa persoalan - apa perkaitan nenek Aim dan ibu Sukma?
1 review
Read
October 29, 2021
Terima kasih atas novel yang memberikan pengajaran dan iktibar yang literal. Khususnya anak muda . Semoga bermanfaat dan perbanyakkan buku seperti ini di dalam silibus antologi.
Profile Image for NUR.
7 reviews1 follower
February 14, 2022
Novel komsas tingkatan 3 tahun 2015. Tak menyesal masa baca. Habiskan selama 3 hari. Jalan cerita memang best dan penuh dengan plot twists 👍🏼👍🏼👍🏼
Profile Image for Xara_fatima.
9 reviews2 followers
April 22, 2009
6:20 berkisah seorang pelajar universiti bernama Sukma yang didatangi tetamu aneh selama empat hari berturut-turut pada waktu yang sama iaitu 6.20 pagi. Berdasarkan sifat ingin tahu yang sangat tinggi, Sukma cuba menyiasat perkara tersebut.

Dalam tempoh yang sama, Sukma juga menyedari perubahan sikap rakannya Jerry dan Iskandar serta perkaitan mereka dengan sebuah kelab hiburan. Ibunya yang selama ini bersifat lemah-lembut juga semakin berubah menjadi lebih skeptikal dan paranoid manakala orang di sekeliling seakan menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

Bantuan daripada rakan sekuliahnya Teja dan Rafiq membolehkan Sukma merungkai satu-persatu misteri dan akhirnya menemukan mereka dengan sebuah rahsia besar yang sangat mengejutkan.

Kisah ini ditulis dengan menggunakan pandangan watak utama sahaja dan membawa pembaca mengikuti perjalanannya mencari kebenaran. Pembaca akan diberitahu apa yang dilihat oleh watak utama, apa yang didengari serta apa yang dialaminya. Klimaks cerita ini tidak dinarasikan kerana watak utamanya Sukma tidak terlibat dalam peristiwa tersebut.
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
May 18, 2010
Karya yang agak mengecewakan berbanding Ombak Sfera Lotus. Walaupun penulis berjaya menghidupkan unsur misteri dan membangkitkan rasa ingin tahu dalam novel ini, rungkaiannya tidak sepadan klimaks yang dibina sepanjang cerita.

Update April 2010: Already released under BookCrossing.
Profile Image for Alya Atiera.
308 reviews17 followers
May 10, 2016
3.9 stars

I still remember how some of my friends were complaining of how boring this story was haha. I read it and it's not that bad. It's interesting for me because well, it's full of mystery.

230 reviews4 followers
May 14, 2008
Ceritanya menarik tetapi aku sebenarnya kurang pasti mesej apa yang hendak disampaikan.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.