Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kalau Kita Menjadi Kayu

Rate this book
Kumpulan Cerpen, Puisi, Kajian & Rencana Sastera

Cerpen
*Hadiah Utama.
Alkisah Ular... Ular & Ular (Zainal Rashid Ahmad)
Hikayat Naga Gunung Cimayu (Ghazali Lateh)
Psiko (Nazel Hashim Mohamad)
*Hadiah Penghargaan.
Pasir di Bawah Belati (S.M. Zakir)
Cerita-cerita Akhir (Ummi Hani Abu Hassan)
Memaknakan Cinta (Salina Ibrahim)
Retorik (Ramli Abdul Halim)
Orang Berjasa (Mohd. Affandi Hassan)
Kidung Akarku (Tiras R)
Osmosis (Amaruszati Noor Rahim)

Puisi
*Hadiah Utama.
Al-Andalus Menangis (Fahd Razy)
Puisi Buat Umaira di Narathiwat (Wadi Leta S.A.)
Senja Terakhir di Multazam (Nora)
*Hadiah Penghargaan.
Kalau Kita Menjadi Kayu (Abdul Rahim Idris)
Jika Ingin Mencari (Nazim Mohd. Subari)
Sahabatku: Si Nadim Tak Bernama (Zainal Rashid Ahmad)
Di Gerai Masa(Nazim Mohd. Subari)
Akar (Hilmi Rindu)
Nafiri (Kemala)
Catatan Kecil buat Jiran yang Berpindah Jauh (Hilmi Rindu)

Kajian Dan Rencana Sastera.
Rubiah dan Estetika Sastera Melayu (Shukri Matt Ali)
Tunggu Teduh Dulu: Citra Dakwah Islamiah Kontemporari (Nisah Haron)
Bina Bangsa Melalui Sastera(Prof. Madya Dr. Noriah Taslim)
Sasterawan-Tentera: Posisi Baru Perjuangan Penulis Islam(Faisal Tehrani)

254 pages, Paperback

First published July 19, 2006

2 people are currently reading
56 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (15%)
4 stars
17 (43%)
3 stars
15 (38%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
March 11, 2019
Cerpen Kidung Akarmu dan sajak tajuk antologi ni best. Yang lain2 okeylah.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
September 3, 2018
Yang menyebabkan rating saya naik ialah laporan sastera oleh Nisah Haron untuk novel Tunggu Teduh Dulu karya FT. Sangat luar biasa, sangat bikin saya malu kerana review saya untuk novel tersebut begitu cetek. Pemahaman dan apresiasi saya terhadap message tersirat terlalu naif dan daif. Rencana FT 'Sasterawan Tentera - Posisi Baru' juga saya rasa macam nak telan, sebab terlalu hebat bagi saya biarpun ringkas.

Saya baru nak berjinak-jinak to appreciate cerpen dan puisi, jauh lagi perjalanan. Masa baca laporan dan ulasan panel hakim, aduhai, banyak sangat perkataan yang tidak dapat saya faham kalau tak google search. Macam mana nak menulis karya berunsur sastera ni.

Dalam 10 cerpen yang sudah saya baca dalam buku ini, yang mana paling memberi kepuasan membaca? Tak dapat nak identify satu, dan saya tak pandai nak review sangat jadi saya tulis komen pendek saja.

Pasir di bawah belati bagi saya tragik namun mendatangkan kesedaran baru, "ratusan ribu syuhada ditelan ombak agung" termasuk Umar dan isterinya Malahayati.
Hikayat Naga Gunung Cimayu, saya tak dapat nak appreciate. Cerita-cerita akhir, cerita lucu tapi dalam maksudnya oleh Muzammil yang dimulai dengan 'Seorang lelaki pulang dari Kota Astana Idola, sebuah kota yang menghimpunkan orang kaya'. Akhirnya menyedihkan namun disambut tenang dengan 'Alhamdulillah'. Memaknakan Cinta, tema ini saya benci baca namun Salina Ibrahim zahirkan dakwahnya dengan lembut. Retorik, saya tak dapat nak appreciate walaupun setuju dengan Haji Mamat, '...nak jadi cerdik, nak jadi ilmuwan tidak semestinya ada Ph.D, tapi kena sentiasa mengilmukan diri yang dapat diperoleh melalui pelbagai cara'. Alkisah Ular...Ular & Ular, saya suka tajuknya dan kupasan panel hskim tapi saya tak dapat mendalami message tersiratnya, rasanya semua tu tersurat, bagi saya. Psiko, meremang bulu tengkuk juga pula memikirkan jika saya dalam keadaan PTW masa menziarahi jenazah temannya, semua orang pakai kopiah putih dan tudung putih dan bertukar wajah macam nak serang dia... memang menyeramkan. Irang Berjasa, setuju dengan nenek. Kidung Akarku, saya sukalah baca cerita mengenai orang muda yang mengembara mencari akar sysur galur keluarga. Bestnya kalau saya juga dapat buat. Arwah Abah juga keturunannya berasal dari Pulau Jawa tapi entahlah kalau ada antara kami mampu menyusun semula salasilah keluarga beyond atuk-nenek kami. Osmosis, wishful thinking.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
June 27, 2022
Himpunan cerpen-puisi Hadiah Sastera yang agak padu. Dalam banyak-banyak himpunan cerpen-puisi yang diterbitkan, buku Kalau Kita Menjadi Kayu ini memiliki pengkisahan cerpen dan puisi yang lebih mendalam dan sangat banyak mesej tersirat.

Cerpen "Pasir di Bawah Belati" bagai sedang memujuk pembaca yang memiliki tekanan perihal perjuangan. Kebenaran dan amanah yang ditanggung oleh watak Umar telah membuatkan dirinya dianggap penderhaka bangsa hampir bertahun-tahun lamanya. Boleh rasa penderitaan Umar dalam cerpen ini biarpun wataknya tidak muncul sebagai satu susuk tubuh, tetapi hanya muncul bak bebayang lisan sahabatnya yang sedang menyambung amanah Umar.

Cerpen "Hikayat Naga Gunung Cimayu", bagi aku, merupakan cerpen berunsur fiktif tetapi masih ada mesej tersirat yang hendak disampaikan. Kemunculan naga bagai suatu simbolik kepada kritikan bangsa. Amatlah aneh tatkala naga yang bengis secara tiba-tiba menjadi jinak di hadapan hulubalang tua. Kejinakan naga telah melalaikan rakyat jelata yang tidak menyedari bahawa naga itu telah menceroboh hak mereka di tanah Anjung Makmur. Serius, ini satu kritikan sosial supaya kita sentiasa berhati-hati dengan manusia yang kita tidak tahu hati budinya.

Aku terkedu betul waktu membaca cerpen "Cerita-cerita Akhir". Kritikannya sangat kena dengan zaman kini. Tanpa sedar, kita terlalu memuja selebriti, orang-orang ternama dan 'tokoh' yang telah menyuapkan "kemewahan" kepada kita, hingga terlupa bahawa segala harta itu datangnya dari Sang Pencipta. Kita lebih menghargai manusia berbanding Tuhan, lebih mengucapkan syukur memiliki manusia berbanding mengucapkan syukur kepada Tuhan, lebih gemar menyebut hal manusia berbanding menyebut hal agama dan Tuhan. Sumpah, cerpen ini berjaya memukul-mukul akal aku. Ah.....terima kasih kerana mengingatkan fitrah.

Cerpen "Memaknakan Cinta" sangat menyayat hati. Kesan psikologi kanak-kanak dalam cerpen ini berjaya disampaikan sebaik-baiknya. Tidak mustahil bahawa isu bapa merogol anak perempuan kandung sendiri itu masih berleluasa hingga ke zaman sekarang. Kerakusan dan kebodohan bapa dalam cerpen ini jelas menyampaikan sarkastik bahawa institusi kekeluargaan akan sekelip mata menjadi punah jika lelaki bergelar suami/bapa itu tidak petah menjadi pelindung kepada bakal anaknya.

Cerpen "Retorik" antara cerpen yang aku suka. Penulis benar-benar melepaskan segala isu masyarakat dalam cerpen ini. Memang akui bahawa masyarakat sangat gemar menghamburkan segala pendapat mereka terhadap isu semasa tanpa sedikitpun hendak selidik secara mendalam apakah punca dan fokus utama penyelesaian masalah. Mereka hanya tahu: kecam, kecam, kecam. Kecam isu kecil hingga terlupa ada isu besar yang sedang dibutakan akal, iaitu kekayaan yang datang dari sumber haram. Wah, tersenyum betul waktu membaca cerpen ni! Tak tahu kenapa. Hahaha.

Ah....cukuplah kongsikan beberapa cerpen. Selebihnya nanti bolehlah terus cari buku ini dan baca. Puisi-puisi dalam buku ini juga boleh tahan hebatnya. Segala-galanya kekal mengangkat kesan psikologi yang sememangnya sangat dekat di jiwa kita.

Terima kasih para penulis dan penyelenggara buku!
Profile Image for Miem’s.
313 reviews2 followers
February 6, 2024
Favorite cerpen - Kidung Akarmu.

Favorite Kajian dan Rencana Sastera - Ulasan oleh Nisah Haron. Mantap! Macam ni rupanya ya bila orang yang pakar mengulas buku. Hampir setiap sisi dan ceruk buku dititipnya dan dibedah. Sangat mengagumkan.
Profile Image for joan.
32 reviews
September 22, 2024
Bahasa dan pemahamanku terlalu cetek untuk menyedari maksud-maksud tersirat. Yang baiknya, koleksi cerpen and puisi dalam buku ini telah menggalakkanku untuk meneroka sastera Melayu dengan lebih mendalam lagi.
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
April 22, 2016
Benarlah, penulis itu adalah perakam budaya,pencerita masyarakat yang dekat dan prihatin dengan situasi sekeliling. Dengan renungan dan fikiran yang tajam dan mendalam, memikirkan nasib, untung dan rugi manusia. Jelas tanggungjawab mereka juga besar dalam memimpin dan menyedar masyarakat dari tidur yang lena akan kesilapan dan kelemahan mereka ke arah melahirkan masyarakat yang baik, dan ini semua saya dapati daripada keseluruhan karya yang terdapat di dalam buku ini.
Profile Image for Hasmora.
4 reviews2 followers
August 18, 2011
nampaknya kena baca lagi sekali buku ni.. puisi Rahimin Idris yang menjadi tajuk buku ini cukup ringkas tetapi padat.. seorang penyair berjiwa besar yang tidak membesar-besarkan dirinya :)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.