Akibat dipaksa sekumpulan remaja pembuli, Akil menjejakkan kaki di lorong ‘gelap’, Jalan Chow Kit itu. Di sana dia bertemu dengan Rozita, ‘kupu-kupu malam’ yang sering menjadi perhatian di lorong penuh hamis itu. Kejadian demi kejadian yang menimpa Akil membuatkan dia sering kembali ke lorong itu untuk bertemu dengan Rozita sehingga melahirkan satu rasa asing di hati buat wanita yang jauh lebih berusia darinya itu.
Di lorong itu dia mengenal erti keperitan hidup manusia-manusia terpinggir di sebuah bandaraya besar. Di lorong itu juga dia belajar bahawa kasih dan cinta hanya ucapan semata yang langsung tidak membawa apa-apa makna bagi ‘kupu-kupu malam’ seperti Rozita dan… Nora.
Kejadian yang tidak diduga memisahkan Akil dengan Rozita. Akil kecewa dan Rozita hilang tanpa khabar berita. Kini takdir kembali mempertemukan mereka setelah hampir 20 tahun berlalu di saat segalanya sudah tidak lagi sama.
Budak² jangan sibuk² gatal nak beli or baca. Baca je buku lain okay. Flashback banyak digunakan dalam cerita ini.
Kisah tentang pelacur di lorong² chowkit dan budak muda umur 19 tahun yang keluar dari rumah sebab tak tahan dengan maknya yang asyik kena pukul dengan boyfriend.
So fahamkan kenapa buku ini not suitable for you all to read. Jangan nak tiru ayat F - curiosity killed the cat. I dah tua, so semua buku F boleh baca 🙈🤭🤪
At the beginning, F agak terkejut tau. Penulis memang berani lakarkan cerita tentang life diaorang.
Akil selalu kena buli. Diaorang akan stop buli if Akil pergi lorong tu dan minta benda free. Akil pun pergilah dan dapatkan service tu. Sekali takda duit nak bayar, kenalah halau
Kali ke2 Akil datang lagi bawa duit. Dia masuk bilik Rozita. Dia cakap taknak service, just nak tahu nama. Diaorang berborak je.
Akils selamatkan Kechik, anak Mami Rina kat situ. So kira Akil dapat privilege kalau datang lagi, kasi free je. Disebabkan kebaikan Akil, mak ayam situ suka.
Akil datang balik sebab Nordin, boyfriend pukul maknya dan Akil cuba selamatkan. Akil lari ke lorong chowkit. Rozita ubati luka Akil dan Akil tinggal kat situ.
Ada 1 lagi watak Nora pelacur dekat situ jugak, Akil mesra dengan Nora sebab Nora seorang pendengar yang setia. Rozita cemburu. Akil selalu cakap Rozita tetap pandang Akil as budak while Nora pandang Akil as seorang lelaki.
Akil dah jatuh hati dengan Rozita dari awal lagi. Sebab itu Akil selalu sedih selepas Rozita layan pelanggan. Mereka pernah bersama dan Rozita berubah sikap... dia selalu tak mood nak layan customers. Mami Rina tahu apa yang Rozita rasa. Dia orang lama dia tahulah. Mami Rina pun pening sebab 2 orang anak jagaan dia dua² suka kat Akil.
Akil balik rumah nak tengok maknya tapi nampak maknya kena tikam dengan Nordin. Diaorang menyorok, bila Nordin dah belah, diaorang balik rumah mak Akil tengok semuanya seperti sediakala.
Akil dan Rozita pergi bersembuhyi di rumah Mami Rina. Akil berubah sikap, dia diam je. Rozita buntu. Tapi bila berborak dengan Nora, Akil jadi lebih bersemangat. Rozita cemburu.
Panjang pulak F ya summary. Jap ekk i buat note je lepas ni
Nordin jumpa diaorang, Nordin nak tembak Rozita tapi Akil halang dengan badannya. Akil kena tembak. Rozita buat plan untuk masukkan Akil dalam pusat Asuhan. Future Akil akan lebih terjamin.
Akil sedih...Rozita tiada disisi. Rozita pun struggle jugak sebab dia sayang Akil. Rozita taknak selfish simpan Akil kat situ.
melepaskan seseorang yang sangat bererti di dalam hidup dengan cara baik adalah lebih menyakitkan dari berpisah dengan cara menyakiti.
Akil cari balik Rozita bila dia dah berjaya but Rozita tiada. Mami Rina rahsiakan atas permintaan Rozita.
Akil jumpa Nora, selamatkan Nora... dan diaorang berkahwin. Nora tahu walaupun dia dapat Akil, hati Akil tetap pada Rozita.
Nora ada cancer. Akil terjumpa Rozita. Akil masih marah so dia biarkan Nora je yang berjumpa. Bila Nora meninggal, Rozita tolong kemas rumah Akil. Akil rasa lost bila Nora tiada, yes Nora kawan baik dia yang sentiasa ada dengan Akil. Nora sendiri cakap dia selfish, dia nak Akil. Bila ada peluang dia nak miliki Akil. Even Rozita sendiri pernah cakap kat Nora.
Rozita pun tertekan. Dia buat semua ni untuk Akil. Dia terkejut jugak Akil kahwin dengan Nora tapi dia terima dengan hati yang terbuka.
Akil muncul semula selepas beberapa lama hilang. Akil cakap dia pergi jauh mana pun hati dia tetap cinta sayang kat Rozita. Ending of courselah mereka bersama walaupun 2 2 dah tua. 😊
Wow panjang lebar F bercerita. Buku ni more ke slice of life. Baca dengan hati terbuka ya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ni agak lama dalam list DNF aku. Seksa nak habiskan mungkin sebab genre dia not my cup of tea. Buku ni kurang sesuai dibaca dalam bulan Ramadan ye. Skip lagi. Lepas raya sambung baca sebab dah beli kena habiskan juga walaupun tak kena selera.
Jalan cerita dia agak meleret dari awal sampai akhir. Ulang2 la kisah Rozita merajuk-degil tak nak confess perasaan-buat2 marah konon tak suka dengan si Aqil. Fedup aku! Rasa nak flip laju2 part tu. Part Aqil & Nora tu ok. Sedih la juga kat hujung2 kisah si Nora ni. Tapi boleh tak ko imagine lepas 23 tahun Aqil ni masih suka kat Rozita yang dah tua. Aku malas dah nak kira umur dia tapi dah level makcik2 sangat dah.
Kalau yang suka watak perempuan tua bercinta dengan lelaki muda naskah ni sesuai untuk anda.
Hanim kutuk buku orang, angkat buku bestie tapi buku bestie macam ini. HAHAAHAHAHHA Slow gila tetapi Hanim tidak akan menegur apa2 oun sentiasa 5 star. Dengan harapan dapat guna kuasa tiktok, takpelah simpan je. Memandamkan cahaya orang lain dengan harapan dapat menerangkan cahaya sendiri malah diri sendiri dah tersedia malap dan membusuk dengan sendiri. Bila baca lagilah. Tak sabar nak baca buku seramnya pula, mesti lepasni nak burukkan penulis seram lain pula supaya dapat tinggikan kawan yang tulis buat orang tahan marah sahaja hahaahhaahaha
Saya suka cerita ni sebab watak Aqil yang tidak berubah hati pada wanita yang bernama Rozita walaupun masa berlalu begitu pantas. Bukan senang nak temui lelaki yang sangat-sangat setia sebegini walaupun bertemu di alam mimpi (mimpi saya). hehehe
Aku ringkaskan Cerita Kita, aku beli kt Shopee. tengok cover bukunyaa lawa.. mak loveee <3
huhu.. ok buku ni... Kisah tentang Akil yang berkawan dengan Nora dan Rozita yang merupakan pelacur di jalan Chow Kit. dan adalah beberapa perkara berlaku, menyebabkan Rozita menghilangkan diri semasa Akil sambung belajar dalam bidang sastera kalau tak silap
kalau nak tahu full story korang bacalah sendiri. tapi ini sekadar pendapat aku sebagai pembaca...
perjalanan ceritanya slow, banyak sgt babak Rozita dan Akil kat awal cerita lepas tu bila Rozita dah hilangkan diri, banyak pula babak Akil dan Nora dan kontennya berulang2, menyebabkan aku rasa bosan dan menguap beberapa kali ambil masa lebih seminggu juga nak habiskan baca buku ni.
TBH, aku tak pandang rendah pada pelacur sebab siapa kita nak judge orang , kisah manusia / ujian manusia berbeza2... kita tak boleh mudah jatuhkan hukum cuma, bila rozita dan nora dah keluar dari dunia pelacuran, sekurang2nya buatlah dorang bertaubat... ni mcm biasa je. mcm keje tu takde apa. okla kita abaikan yg ni
lepas tu aku jumpa beberapa plot hole dalam cerita contohnya:
1) masa ibu Akil dibunuh Nordin, aku jadi tertanya-tanya semudah itu ke Nordin bunuh? Sudahlah tikam banyak kali, lepas tu dalam beberapa jam boleh settlekan darah yang kalau kita fikir logik darah manusia bila kena tikam ni bukan ke susah gila nak bersihkan? sebab darah manusia pekat likat, tempias darah lagi... takkan semudah tu? Andai kata Nordin berjaya bersihkan, dia bersihkan dengan cara apa smpi sehari je boleh settle?
please explain, aku sebagai pembaca nak tahu.
2) lepas darah dibersihkan pula, takkan takda sapa nampak Nordin angkut mayat ibu Akil tu? sedangkan ibu Akil dibunuh di rumah flat kan? Rumah flat murah patutnya ramai yg boleh jadi saksi.
3) Bila Nordin cakap, dia dah bakar ibu Akil, dan abunya ditabur ke sungai, kenapa tak jelaskan macam mana sebuah jasad itu boleh jadi abu? Setahu aku nak jadikan manusia abu ni susah perlu bakar sampai tinggal tulang putih. tak boleh main bakar, especially guna api biasa bukan api biru.
hmm entahlah, please explain supaya aku boleh fahamkan setiap alasan tu wujud (T_T)
4) masa aku baca part Akil sedih sebab mak dia mati tu, kenapa aku rasa kesedihan dia hilang Nora lebih terkesan berbanding dia hilang mak dia? (mak dia mati kena bunuh. berat tuuu)
5) benda boleh settle dengan laporkan pd polis, sengaja tak nak report.. dengar sangat ckp si rozita tu... again, benda mak hangg yg mati tu. bgtahula jiran2 mntk tlg... ehh entahla..
+ adalah beberapa lgi.. maaf sangat, kita nya kalau membaca sampai jumpa bab yg dah libatkan jenayah susah nk terima secara surface je if tak ada perincian dgn fakta dan logik...
harap penulis boleh tambah baik lg kualiti improve sebaik mungkin saya doakan yang terbaik untuk writer.