Jump to ratings and reviews
Rate this book

Debu Hiroshima

Rate this book
Anak Melayu terkena bom atom di Hiroshima tetapi selamat! Pada pukul 8.15 pagi, 6 Ogos 1945, Abd. Razak Abd. Hamid berada dibilik kuliah Universiti Hiroshima. Tiba-tiba satu pancaran cahaya yang amat terang membelah cahaya matahari. Sedetik kemudian bangunan universitinya ranap dan Abd. Razak tidak sedarkan diri. Setelah sedar kemudiannya, dia bersama-sama dengan Pangeran Yusof, anak Brunei keluar dari runtuhan itu. Apa yang dilihatnya di luar? Sejauh mata memandang tidak ada apa-apa yang tinggal, melainkan padang jarak padang tekukur. Bangunan menyembah bumi. Manusia hangus di sana sini. Orang yang hidup tidak serupa manusia, kulitnya mengelupas dan dagingnya merah. Jeritan di sana sini meminta tolong dan meminta air. Bermula dari detik ini, Abd. Razak mengalami pengalaman yang pahit, sedih dan dahsyat. Mulalah dia mengumpulkan debu-debu kehidupan teman-teman dan orang yang dikenalinya di samping menolong dan menyelamat mangsa-mangsa yang lain. Inilah suatu kisah dahsyat yang ngeri, sedah, pilu dan penuh linangan air mata. Dalam keadaan inilah anak Melayu ini tegak dan terus hidup dengan tidak ada apa-apa cacat celanya. Sesuatu yang menakjubkan! Inilah kisah yang diabadikan anak Melayu yang terkena bom atom tetapi selamat. Anda perlu membaca buku yang tidak ada seumpamanya di negara kita ini!

First published January 1, 1992

26 people are currently reading
250 people want to read

About the author

Othman Puteh

63 books15 followers
Othman Puteh merupakan seorang penulis Malaysia. Othman Puteh dilahirkan pada 5 Januari 1944 di Kampung Kuala, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Othman Puteh pernah mendapat pendidikan di MPSI, Tanjung Malim 1963 - 1964. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pendidikannya dalam bidang bahasa di Institute Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau aktif menulis dan sering menyumbang dalam majalah bulanan seperti Dewan Pelajar selain mengarang antologi dan novel.

Allahyarham Othman Puteh telah pulang ke rahmatullah pada tanggal 19 Oktober 2003.


Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (49%)
4 stars
35 (33%)
3 stars
10 (9%)
2 stars
7 (6%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
August 7, 2015
Antara bacaan pada zaman remaja saya yang terbaik, novel semi-biografi, Debu Hiroshima tulisan Othman Puteh ini menyorot pengalaman ngeri yang membakar fragmen hidup mangsa tunggal yang terselamat dari Malaysia, Abdul Razak Abdul Hamid dalam tragedi kemanusiaan pengeboman kota Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dengan bom atom yang juga dikenali sebagai Little Boy (tiga hari kemudian, Nagasaki pula menerima nasib yang sama melalui bom atom yang diberikan nama kod Fat Man).

Membaca buku ini barangkali antara percal-percal yang membina kemarahan dan kebencian terhadap Amerika Syarikat (AS) ditambah dengan sikap angkuh dan sombong yang diperbesarkan oleh kuasa besar itu dari dekad ke dekad, dari era Perang Dingin ke era pasca-9/11.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
August 29, 2022
Tepat jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1945 terjadilah peristiwa hitam pengeboman (Little Boy) dahsyat yang berlaku di Hiroshima, diikuti bandar Nagasaki pada 9 Ogos. Cikgu Razak yang ketika itu dihantar oleh Jepun untuk melanjutkan pelajaran di sana antara mangsa yang terselamat daripada bahana kekejaman tentera US ketika itu sekaligus menjadi noktah pengakhiran Perang Dunia Kedua.

Debu Hiroshima merupakan naskah novel sejarah yang mengangkat kisah sebenar pengalaman Cikgu Razak ketika menuntut di Universiti Hiroshima dan semestinya belajar ketika era perang sangatlah sukar dan mencabar, tidak seperti era yang kita nikmati kala ini. Bayangkan sedang berada di kelas, pesawat pejuang berada di langit bersiap sedia untuk melakukan serangan pada bila-bila masa.

Sesungguhnya peperangan membawa kemusnahan dan keburukan yang lebih besar sehinggakan bom atom yang dilepaskan turut memberi kesan kepada mangsa yang terselamat selain daripada kematian.
Profile Image for Aizuddin Khalid.
138 reviews5 followers
October 15, 2022
This book is an everlasting record of the late Datuk Abdul Razak Abdul Hamid's experience as a Malayan survivor of the Hiroshima atomic bomb attack. The book sufficely captures the events and build through that period of time which led to Abdul Razak's departure & life to further his studies in Japan. I believe it has also done justice in depicting Abdul Razak's life moments, expressions and his feeling through each event.

The grotesque particulars of what Abdul Razak had observed in the immediate aftermath of the atomic bombing may have traumatized him for life. But what is really apparent was his strength, which is his faith in God and his love for his family & friends. His noble heart kept him going and patience brought him back to his family. We can also learn of his keenness towards knowledge is exemplary and consistent through hard times.

War is war. But the extreme inhumane measures taken by the Americans on Japan can never be forgiven nor forgotten. This book also provides some details of the war and facts of the Hiroshima bombing. Such act of terrorism is never justified and etched a black mark in world history.

Thank you for this wonderful book. God forgive & bless the late Datuk Abdul Razak Abdul Hamid.
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
September 11, 2018
mungkin razak sangat naif tentang perang,apa yang penting dia mahu jadi cikgu. Beginilah semangat yang kita perlu. membaca buku ini bercampur baur perasaannya. Antara marah dan benci pada tentera Jepun, terselit juga rasa kasihan pada rakyatnya yang menjadi korban kerana ketamakan kuasa raja jepun tu. asia untuk asia lah konon kan..hmmm. Ada satu ketika selepas kejadian pengeboman, bila Razak berjumpa dengan tentera jepun yang tak setuju untuk menyerah kalah. Dia bilang, kami akan bangkit kembali dalam masa 20 tahun lagi menjadi bangsa yang kuat dan bermaruah selepas kejadian yang memalukan itu. Dan yang pastinya, mereka berjaya buktikan pada dunia. Berharap sangat bangsa kita pun mempunyai azam yang begitu!
Profile Image for Bidasari.
315 reviews
December 19, 2024
Penulis merakamkan pengalaman gurunya iaitu Abdul Razak Abdul Hamid yang sedang belajar Program Bahasa Jepun di Universiti Hiroshima apabila bom atom digugurkan di Hiroshima pada 6 Ogos 1945.

Abdul Razak cedera tetapi selamat dan tidak menerima kesan radiasi tetapi pengalaman kehilangan kawan-kawan seperjuangan, melihat kesengsaraan orang awam yang merintih kesakitan, melihat kematian orang awam yang berturutan, kecederaan orang awam akibat ledakan bom atom tersebut, mati serta merta selepas minum air dari sungai, mati lemas di dalam sungai, etc sememangnya menjadi satu perkara yang tidak akan dilupakan oleh beliau.

Pengguguran bom atom di Hiroshima (6 Ogos 1945) dan Nagasaki (9 Ogos 1945) membawa kepada Jepun menyerah kalah di dalam Perang Dunia Kedua pada 2 September 1945. Di akhir buku ini, Abdul Razak tertanya-tanya sekiranya bom atom tidak digugurkan dan Jepun tidak menyerah kalah, adakah Jepun akan terus menjajah Tanah Melayu.
Profile Image for Ismim Putera.
116 reviews5 followers
March 7, 2021
This is a very interesting historical novel. I have read the translated version "The Ashes of Hiroshima" published by IIUM Press. It was an untold version of Hiroshima bombing whereby the author had weaved a story from another perspective. Razak was the main character in the story. During the Japanese occupation, he won a scholarship to further his studies in Japan and faced difficulties when Hiroshima was bombed in World War II. The story is profoundly simple and light. Suitable for juvenile readers. The only mistake in the English version was glaring spelling and punctuation errors (see page 65-66) for example, and some paragraphs were not properly indented. I hope the editor/ translator would be more vigilant in translating any literary masterpieces.
Profile Image for Saudagar.
15 reviews
August 9, 2022
Novel semi-biografi ini menggambarkan sedikit tentang momen-momen keadaan perang di Jepun sepanjang perang baik sebelum pengeboman nuklear sehinggalah kekalahan Jepun. Ia sedikit sebanyak menampakkan kesan bom nuklear kepada kemanusiaan dan hiruk-pikuk yang berlaku waktu itu.

Razak sangat naif dalam cerita ini, hanya bercita-cita menjadi guru walau apapun yang berlaku kepada negara dan masyarakatnya sendiri waktu itu. Mungkin ia langkah paling selamat pada tahun buku ini diterbitkan dengan status Razak sebagai wakil perhubungan Malaysia-Jepun supaya tak ‘mengguris’ Jepun.
Profile Image for Roslina Roslan.
66 reviews
November 25, 2020
Teringat tentang buku ni bila ada orang naikkan cerita tragedi di Hiroshima, tak ingat tahun bila baca buku ni, tapi buku ni melekat di hati, kisah pengalaman anak Malaysia yang menjadi saksi kejadian tragedi tersebut. Bersama-sama 3 orang sahabat dari Malaysia, cuma dia yang terselamat. Allahyarham Datuk Abdul Razak Abdul Hamid.
1 review
July 13, 2025
I was expecting better from this book. The model (Mr Razak)’s experience should be told over generations but the author didn’t do the justice. Story telling was quite superficial, there are too many misspelling in both Japanese and English. It could have given such a strong message about nuclear, war, humanity but instead the author justified the brutal act of nuclear weapon in a way at the end.
1 review
September 9, 2015
Ketika saya membaca bahan output Majalah Muslim Teen Ogos 2015 #42, saya tertarik dengan ruangan khas merdeka.
Lantas saya berniat untuk membaca buku tentang Hiroshima, sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun ini dengan lebih 'detail' berbanding 4 muka surat di majalah

Kak Robiah, teman office mencadangkan & meminjam sebuah buku lamanya, kisah besar orang kita yang merasai sendiri pengalaman berada di Hiroshima ketika bom atom digugurkan.

Saya kagum dengan semangat Haji Abdul Razak dalam mendalami ilmu pengetahuan. Selain itu, saya kagum bagaimana sekumpulan pelajar perempuan memasuki kawasan yang musnah, hanya untuk membersihkan kawasan sekitarnya, seakan-akan ianya rutin biasa walhal bom atom yang merosakkan segalanya. Tahulah saya yang Jepun ada sistemnya tersendiri.

Profile Image for Ummu Auni.
666 reviews
August 14, 2020
Read the translated version. It was an easy read with simple vocabulary despite the grammar mistakes. I was wishing it has more flair since I am so into fiction. However, the translator needs to stay true to the original work. A good read for someone who wanted to view someone's harrowing experience surviving the atomic bomb. I like how Razak didn't lose hope despite everything
Profile Image for Asrul Samat.
2 reviews58 followers
November 19, 2016
Antara bahan bacaan 'tebal' yang terawal dibaca, seingat saya semasa berada di darjah 5 sekolah rendah, di perpustakaan sekolah. Ianya dipersembahkan dengan baik oleh penulis, hidup dan imiginatif penyampainnya, berdasarkan pengalaman sebenar beliau.
Profile Image for Mira.
13 reviews6 followers
January 10, 2013
Ini antara novel-novel awal yang Mak bagi semasa aku sekolah rendah, yang membuatkan aku jadi taksub dengan buku.
Profile Image for Muhammad Zaini.
14 reviews
February 28, 2013
Kali pertama baca buku ini ketika tahun 92 di perpustakaan sekolah.

Lepas lebih 20 tahun baru dapat cari balik buku ini.

Satu perkataan, hebat!
Profile Image for Marini Azahri.
Author 13 books7 followers
Read
November 12, 2017
Mengimbau nostalgia membaca buku ini ketika zaman kanak-kanak. Waktu kecil, tragedi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera Berikat ini terlebih dahulu saya baca melalui kaca mata pengalaman Pangeran Yusof, anak kelahiran Brunei yang menjadi sahabat baik Abdul Razak yang diceritakan dalam buku ini. Malangnya saya sudah lupa tajuk buku tersebut. Dan kemudian barulah buku Debu Hiroshima yang menceritakan pengalaman dari kaca mata Abdul Razak ini saya temui dan tekuni. Kedua-dua pengkisahan tersebut terlalu meruntun, meletus-letus rasa benci kepada semua manusia yang suka memilih perang sebagai pemuas rasa berkuasa. Perang itu derita. Perang itu sengsara. Menjauhlah dan carilah damai sedaya upaya.

Buku ini nipis, namun hebat. Sepertimana saya merasai kehebatan buku ini waktu kecil, semoga anak-anak kecil zaman ini juga menjadikan buku ini salah satu teman baik mereka.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.