Perlukah ditanya pada hati ini tentang harga sebuah kesetiaan? Serasanya dia sudah menjadi Tissar yang terbaik untuk lelaki yang bernama Amirul itu. Lalu sukarkah menjadi suami yang baik, kalaupun tidak mampu menjadi yang terbaik?
Konflik jiwa. Seram juga kalau diingatkan kerana kita tidak tahu siapa dikalangan kita yg inferior. Boleh jadi penyakit ini ada diantara sahabat, saudara mara atau diri sendiri?
Intissar dan Nadia berkawan rapat semenjak kecil. Kedua-duanya mempunyai watak yg berbeza dan taraf hidup yg berbeza. Walaupun Tissar anak orang kaya, tetapi dia menghormati orang lain dan disayangi ramai. berbeza dengan Nadia anak tukang gaji dan tukang kebun keluarga Tissar , Nadia seperti terlebih sudu daripada kuah. Semenjak kecil Nadia cemburukan Tissar kerana orang lain sering memuji akhlak Tissar . Berkawan dengan Tissar hanya untuk menikmati kemewahan kerana apa yang dimintanya pasti ditunaikan Tissar. Tissar pula masih tidak nampak keburukan Nadia walaupun ramai yang telah memberitahunya sehinggalah haknya dirampas baru dia sedar.
Setelah 5 tahun berkahwin dengan Amirul, mereka masih belum dikurniakan anak. Dengan alasan sibuk dan Tissar tidak dapat melahirkan anak, Amirul berkahwin secara rahsia dengan Nadia. Walau bagaimanapun rahsia mereka terbongkar semasa Tissar ke rumah Nadia untuk berkongsi kegembiraannya yang telah berbadan dua. Tissar ingat nak kongsi kegembiraannya dengan Nadia tapi rupa-rupanya turut berkongsi suami. Luluh hatinya melihat suami dipeluk kawan sendiri.
Nadia~ Kau buat aku menderita. Aku selalu rendah diri bila dibandingkan dengan kau. Ayah mak aku cuma seorang pemandu dan orang gaji. Kau dapat apa yang kau inginkan, malah setiap orang yang aku kenal memuji kau. Kau anak orang kaya. Kau tak perlu susah payah pasal duit. Emak dan ayah aku sendiri selalu mengagungkan kau. Bagi mereka kau macam dewi. Kau terlalu baik. Kau mendengar kata. Tapi bagi mereka aku ni jahat. Anak tak mendengar kata. Aku sakit hati Tissar. Sekarang baru aku puas hati. Baru kau tahu bagaimana rasanya hati yang sakit. Baru padan dengan muka kau!
Nadia tersenyum kemenangan. Tapi senyumannya tak lama, pertemuannya semula dgn Tissar meresahkan jiwanya. Tissar tenang, tidak melutut dan merayu padanya seperti angannya. Yes! Rasa nak tepuk tangan bila Tissar turut ikut rentak Nadia. Dia gunakan semula kemewahan, kedudukan dan orang2 yang sayangkannya termasuk kelemahan Amirul untuk menyedarkan Nadia.
Satu sahaja yang Cik Pah kurang berkenan. Walaupun marah dengan tindakan Amirul berkahwin dengan Nadia, emak Tissar Siti Baiduri tidak patut memintanya menceraikan Tissar selepas bersalin. Amirul masih sayangkan Tissar dan sedar kesilapannya. Dengan alasan menyelamatkan Tissar daripada diserang Nadia yang semakin mengganas, talak terpaksa dilafazkan. Tapi perhitungan Siti Baiduri meleset. Amirul turut menjatuhkan talak 3 kepada Nadia sehingga Nadia makin bertindak ganas dan akhirnya mencederakan Amirul. Akhirnya Nadia menerima balasannya akibat mengikut kata hati. Menemui ajal setelah mengalami tekanan jiwa dan tidak dapat diubati seperti yang berlaku macam madu Siti Baiduri.
Who loses money loses much; Who loses a friend, loses more; Who loses faith, loses all.
Selepas baca kali kedua, saya rasa lebih terbuka menilai pengajaran yang diketengahkan penulis. Manusia terlalu banyak kelemahannya. Cinta, cemburu biasa sangat jadi pencetus konflik. Sebelum ini, saya rate tiga saja sebab tidak puas hati ... dengan siapa entah. Saya memang ego sebenarnya. Konon saya tak akan beri peluang atau terjebak bodoh dalam jerat orang seperti Nadia, Amirul, Badrul. Konon saya lebih cerdik dari Siti dan anaknya. Kali ini saya lebih sedar... saya pun sebenarnya amat prone kepada keadaan terjebak... ■■■■
Style penulisan Norhayati Berahim yang biasa bagi saya, watak utama wanita-wanitanya kuat semangat dan garang. Dilambung ombak derita dan duka dek nafsu, ketidak-setiaan dan kelalaian lelaki, biarpun sayang masih kukuh di hati, hidup mesti diteruskan. Hati yang lara boleh diubati sendiri, yang penting, jangan mengalah kepada tekanan, ketepikan bisikan jahat mereka yang sengaja mahu menjatuhkan semangat kita, kalau ada yang mengada-ngada nak rampas suami kita dan suami kita mengada-ngada mudah tergoda, tinggalkan saja lelaki tu. Kumbang bukan seekor hahaha.
Nadia, tewas kepada dengki, cemburu dan amarah, tidak puas hati dengan segalanya, tak mahu menerima hakikat. Peluang hidup bahagia bersama kawan dan keluarga yang menyayangi, disia-siakan demi dendam dan iri yang bersekam di hati.
Derita seorang ibu yang diduakan suami dan dicemburui madu muda, boleh diwarisi oleh anaknya. Apa pengajaran dari kisah ini?
Sejujurnya, aku dah lama baca buku ini. Aku masih lagi teringat-ingat perasaan sewaktu membaca karya penulis terkenal tanahair. Emosi yang digarap semulajadi dalam Inferior benar-benar membuatkan aku jatuh hati, jatuh suka pada penulis Norhayati Berahim sebelum lama-kelamaan, dia kehilangan seni sentuh yang menyebabkan karyanya agung. Sebab itu, karya-karya baru NB aku macam pandang sepi saja, sebab dah boleh agak jalan cerita macam mana, dan lenggok tulisan bagaimana pula.
Tapi Inferior... Memang fuh!
Aku baca semasa sekolah, pinjam buku arwah ibu. Nama Intissar memang terpahat kukuh di minda, nama yang unik dan indah.
Antara babak yang paling aku ingat adalah sewaktu watak perempuan antagonis meluahkan rasa marahnya. Semasa pembacaan, boleh rasa meremang sebab rasa dahsyat sangat amarah yang dilepaskan. Mungkin aku masih budak, dan masih pra-matang, so terasa wow sangat emosi yang ditonjolkan.
Inipun aku menulis review sebab entah kenapa, tiba-tiba aku teringat buku ini. Rasa macam nak baca balik pula. Agaknya, ada lagi tak karya yang tidak stereotaip macam Inferior di pasaran kini? Kalau ada, bolehlah cadangkan :)
A very challenging topic. Tapi ia banyak timbulkan rasa tak puas hati. Banyak 'vicious cycle'nya... Rupanya ada nama untuk penyakit ini. Pernah jumpa orang yang macam ini tapi nasib baik tak rapat. Menakutkan... Intissar telah berkahwin dengan Amirul selama lima tahun, tapi mereka belum dikurniakan anak lagi... Suatu hari, dia dapat tahu bahawa dirinya mengandung. Bila Amirul tidak dapat di hubungi, Intissar pergi ke rumah Nadia mahu berkongsi berita gembira itu, namun hatinya hancur bila dapat tahu bahawa Amirul telah berkahwin dengan Nadia. Berita itu di pendamkan sahaja dari pengetahuan Amirul. Selepas itu, Amirul jarang pulang ke rumah atas pujukan Nadia. Nadia memang sudah lama rasa iri dengan Intissar dan berdendam dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Intissar di sayangi oleh semua yang mengenalinya kerana sifatnya yang lembut dan hatinya yang ikhlas. Dia tidak pernah berprasangka pada sesiapa sehingga tidak menjangka suami dan sahabat baiknya telah mengkhianati dirinya. Bila Amirul dapat tahu Intissar mengandung, dia cuba meluangkan lebih masa dengan Intissar. Nadia mula berang dan berkasar dan mengugut Amirul. Bila sering ditinggalkan oleh Amirul, Nadia kemabali menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga dia mengandung. Dia mahu mengikat Amirul kepada dirinya supaya hati Intissar dapat di sakiti. Amirul kata dia menyayangi Intissar, tapi tidak mahu melepaskan Nadia. Amirul takut akan kehilangan jawatan serta kesenangan yang dia ada sekarang jika dia melepaskan Intissar atau bila ibu mertuanya tahu akan perkahwinan keduanya. Sementara itu, marah Nadia semakin menggila. Nadia menyerang Intissar dengan kayu sehingga Intissar masuk hospital. Melihat keadaan semakin memburuk, ibu Intissar mencadangkan agar Amirul dan Intissar bercerai. Dia tidak mahu Nadia bertindak lebih ganas lagi pada Intissar. Selepas Intissar melahirkan, Amirul terus melafazkan cerai pada Intissar. Nadia semakin hilang pertimbangan. Dia diceraikan oleh Amirul dengan talak tiga. Nadia berang lalu Amirul diserang sehingga koma. Intissar merawatnya sehingga sembuh tetapi dia belum yakin untuk hidup dengan Amirul lagi. Dia inginkan ketenangan. Amirul sedar bahawa Intissar mungkin tidak akan kembali kepadanya lagi. Dia telah banyak melukakan hati Intissar. Rupanya ibu Intissar juga pernah melalui perkara yang sama suatu waktu dulu. Dia pernah dikhianati oleh suami dan teman baiknya. Sebab itu dia mempertahankan Intissar dan cuba untuk melindungi anaknya dari disakiti terlalu lama oleh Amirul dan Nadia.
Wah, stress baca kisah ni. Boleh dikatakan ini percubaan berani daripada NB. Minta simpanglah ada kawan yg jenis tikam belakang ni. Dengan mulut murah sangat mencarut, memang matikan saja orang macam ni. NB tetap terbaik dengan penulisannya
Salah satu novel melayu terawal pernah aku baca selepas Lagenda Anak Setan. Konflik yg berkualiti. Rindu karya mcm ni sbb sekarang semua terlalu angan2 dan manis belaka..
Kali ke-3 membaca inferior. Novel lama (cetakan pertama 2001). Karya otai. Tak jemu ulang-ulang baca. Inferior. Rasa rendah diri yang melampau sehingga mengakibatkan konflik jiwa. 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ untuk naskhah sehebat ini. Karya yang penuh dengan emosi. Tahniah kak NB.
Terbaikkkkkkkk!! Perasaan rendah diri dalam diri sehingga membuatkan seseorang itu mempunyai hasad dengki yang tinggi terhadap orang lain.
Aku puas hatiiii!!! Padan muka kau Nadia, sebab mengikut sangat kata hati. 'MATI'. Amirul sebab nafsu, kau rosakkan rumah tangga kau sendiri. Padan muka!!!!!
Tak rugi beli. Sila HUNTING kawan kawan semuaaaaaa!!!