Jump to ratings and reviews
Rate this book

Za ba Dan Melayu

Rate this book
Thoughts of Za°ba, 1895-1973, a Malaysian politician on Malay development.

Paperback

First published January 1, 1998

5 people are currently reading
45 people want to read

About the author

Adnan Hj Nawang

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (46%)
4 stars
5 (38%)
3 stars
1 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (7%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
116 reviews42 followers
December 7, 2017
Derita pembaca yang meneladani buku hadir dalam dua bentuk: satu, penyuntingannya yang rompong; dua, mukasurat-mukasurat utama yang terlalu singkat. Derita kedua paling menyakitkan hati. Aku sudah mencongak: cuma 174 helai sahaja daripada sejumlah 284 muka surat buku ini yang mengandungi penulisan berencana; andai diterjemahkan ke dalam bentuk peratusan, angka itu menyamai 61% sahaja iaitu kurang daripada dua pertiga buku ini!

Namun hakikat tersebut tidak memesongkan hati aku untuk menganugerahkan buku 5 bintang. Isinya memang padat dan terus kepada inti (walau buku ini masih memerlukan kerja penyuntingan yang menyeluruh disebalik terbitan baharu 2009). Setiap mukasurat sarat dengan bibliografi, selayaknya untuk sebuah karya yang lahir daripada tesis PhD. Malah, bibliografi itu digunakan dengan secekapnya oleh penulis bagi melancarkan naratif beliau. Umpamanya, biodata tokoh-tokoh sampingan yang berpengaruh dalam kehidupan Zaaba tidak disebutkan sebaliknya dititipkan sahaja dalam ruang bibliografi. Ini menjadikan pembacaan bibliografi buku ini tidak kurang lumayannya berbanding isi tadi.

Zaaba bersama Goenawan Muhammad penulis prosa yang menjadi objek cemburuanku. Sengat pena mereka memang tulin dan seruan-seruan yang dipalukan mereka nyaring di telinga pembaca - semacam ada sakti dibelakangnya. Zaaba sebagai putera Melayu yang lahir dari bumi yang sama dengan aku tentulah lebih dekat di hati. Bukunya pula, perlu diakui, lebih mudah didapati. Tetapi nikmat buku yang satu ini berlainan dengan nikmat membaca penulisan asli Zaaba.

Zaaba yang terjelma dalam buku ini adalah seorang modenis yang merdeka dan pejuang bahasa yang asli, pengarang prolifik, pengkritik tegar masyarakatnya, pejuang teradil bangsanya.
Beliau telah menetapkan sikapnya pada usia muda lagi untuk menjadi manusia yang berbudi. Pada umur 20-an lagi Zaaba telah menulis artikel-artikel menyengat, merangsang bangsanya untuk mara dari kealpaan mereka. Karangannya tersiar di akhbar dan majalah Lembaga Melayu, Utusan Melayu (sebelum ia berkubur dan dihidupkan semula menjadi Utusan Malaysia); kadang-kadang menghiasi dada akhbar pula.

Pada usia yang begitu rebung, penulisannya memang emotif. Aspek ekonomi sering sirna dalam analisis kemasyarakatannya dan hal itu tentulah berbalik kepada hakikat bahawa itu bukanlah bidangnya. Selalu juga Zaaba terlajak sasaran dalam mengkritik. Itu bukanlah bermakna sasarannya yang diniatkan tidak tepat: kerana British dan Raja-raja Melayu memanglah biang keladi kemunduran Melayu pada eranya. Tapi hal tersebut kerana Zaaba tidak pernah mengalihkan pandangannya daripada kerangka nalar yang melatari fenomena keterbelakangan umat Melayu: iaitu kemiskinan serba-serbi kaumnya pada kefahaman mereka yang fatalis terhadap takdir, pada sikap angguk semata kepada tok-tok lebai, pak-pak Imam yang suruh mereka menumpukan sahaja pada hal dunia dan membiarkan khazanah-khazanah bumi ini dinikmati oleh bangsa dagang, pada kerohanian masyarakat yang malas berbudi pada tanah sebagai taruhan amal dan menyandarkan harapan pada syafaat Nabi sahaja untuk keselamatan di hari terkemudian seolah-olah junjungan mulia ada bersabda menyuruh umatnya berlepas tangan sehinggakan menjadilah umatnya "orang-orang bangsat belaka".

Kerangka itu diikat ketimbang kepercayaan bahawa Islam adalah agama reformis dan buat tempoh yang lama agama ini telah ditokoh-tambah dengan kepercayaan tahyul-mahyul lagi karut-marut sehingga ia perlu dijernihkan semula sanya umat ini hendak kembali kepada tampuk kegemilangannya; untuk itu Zaaba layaklah dilonggokkan bersama golongan modenis yakni Kaum Muda di Tanah Melayu ini yang pada saf-safnya berdiri juga Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hady.

Aspek itu merupakan satu dapatan yang baru ditanggapi sebenarnya. Telah lama sekali Zaaba disinonimkan dengan peranannya sebagai pelopor nahu Melayu baharu dan itulah selalunya apa yang dimaksudkan oleh cikgu-cikgu bahasa bilamana mereka mengungkapkan aspirasi untuk melahirkan "Zaaba kedua". Aku khuatir Zaaba yang sebenar pun tidak sanggup mengaku keturunan terhadap "Zaaba kedua" itu yang sering dibayangkan oleh cikgu-cikgu muluk itu sebagai seorang budiman, patuh pada adat, setia pada raja dan orang-orang bangsawan.

Kerana Zaaba sebenar sang empunya tubuh memang tidak teragak-agak untuk menghunus kerisnya sebaik gendang perang dipalukan. Polemik antara beliau bersama Abdul Majid Zainuddin (1887-1943) dipenuhi dengan panggilan-panggilan yang boleh disifatkan sebagai kurang ajar - betapa Abdul Majid itulah yang berjasa menghidupkan semula kerjaya Zaaba malah memberi tumpang rumahnya pula buat berteduh sewaktu Zaaba bertugas di ibu kota, berjauhan dari keluarganya. Amarah Zaaba pada adat resam nan usang yang menyekat masyarakat Melayu mendepani "kebaharuan Alam" juga bukan lagi suatu berita baharu; begitu juga dendam Zaaba terhadap golongan raja dan bangsawan, rakan subahat Inggeris dalam memastikan kemunduran orang Melayu bergulir.

Kisah Zaaba contoh terbaik bagaimana usaha pemurnian sejarah (whitewash) yang dilakukan orang-orang terkemudian telah menghilangkan langsung pesona tokoh ini yang merupakan putera zamannya. Zaaba adalah aktor aktif dalam perdebatan Kaum Muda vs Kaum Tua. Hubungan rapat beliau dengan lapisan pertama Kaum Muda begitu akrab (Zaaba berguru dengan Syeikh Tahir dalam Bahasa Arab; dan dibawah syarikat penerbitan Syed Syeikh al-Hady Zaaba menerbitkan majalah-majalahnya) sehingga andai bolehlah diwujudkan istilah 'lapisan kedua' untuk gerakan Kaum Muda maka Zaaba sudah tentulah tergolong dalamnya. Gagasan Alam Melayu yang diutarakan Zaaba juga terkesan dengan fahaman revivalisme tersebut, malah lebih terkehadapan pula berbanding gagasan Melayu Raya golongan kiri apatah lagi gagasan Persekutuan Tanah Melayu milik UMNO. Kedegilan Zaaba untuk memaknai erti Melayu dengan Islam telah melorongnya untuk menggolongkan Melayu dagang -yakni bukan Melayu jati anak Tanah Malaya- sebagai Melayu jua sekaligus merungkaikan debat samada DKA (darah keturunan Arab) dan DKI (darah keturunan India) itu bangsanya Melayu atau tidak. Latar sosio-budaya ini seringkali tercicir sewaktu kita menelusuri sejarah bangsa Melayu dalam era moden; pendek cerita, sebelum kedatangan British, tiada idea Melayu sebagai bangsa pun apatah pula Melayu sebagai warganegara sebaliknya yang ada adalah Melayu pada takrif kenegerian seperti Melayu Perak, Melayu Selangor (idea kebangsaan Melayu adalah kesan tidak terniatkan daripada fenomena kolonialisasi).

Kesedaran atau fahaman tadi itu jualah yang membuahkan kesungguhan Zaaba untuk memajukan bangsanya; dan pertama-tamanya, bahasa bangsanya yang telah lama terbiar lagi terbuang - sangat kearaban pada nahunya, dan sangat miskin pada rupa karangnya. Perihal inilah yang seharusnya membenamkan kepada fahaman kita akan pujian Hamka betapa Zaaba ini "derma termahal yang diberikan oleh Islam ke dalam Kesusasteraan Melayu Moden"!
14 reviews
February 3, 2021
Kenyang. Perkataan yang paling sesuai untuk gambarkan selepas pembacaan.

Sumbangan Za'ba begitu besar dalam bidang bahasa, bangsa Melayu, agama dan ekonomi. Cara beliau mencorakkan pemikiran atau menjentik persoalan tentang kemunduran orang Melayu sangat jelas dan konsisten.

Dengan penubuhan Sahabat Pena, persatuan guru-guru Melayu dan lain-lain adalah antara pencetus semangat untuk merdeka.

Za'ba yang berpendidikan Inggeris mampu menganalisa keadaan.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.