Jump to ratings and reviews

Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan

Isothymia merupakan istilah yang diperkenalkan oleh saintis politik Amerika Syarikat bernama Francis Fukuyama. Umumnya, Isothymia merujuk kepada keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan yang sama seperti orang lain dan bertindak sebagai antitesis kepada Megalothymia. Pertembungan antara Megalothymia dan Isothymia ini membentuk dua manifestasi keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan.

Dalam konteks politik di Malaysia, Isothymia dikaitkan dengan politik Cina yang merujuk kepada perjuangan politik identiti kaum Cina dalam menuntut agar kesaksamaaan hak dapat dicapai dengan orang Melayu. Sejarah membuktikan bahawa perjuangan kaum Cina di Malaysia sering berasa didiskriminasi dan berada dalam kelompok second class citizen dengan kaum Melayu sebagai The son of the soils. Orang Melayu memegang kuasa politik manakala orang Cina mendominasi kuasa ekonomi. Namun, kedua-dua kumpulan ini berhasrat ingin mendapatkan pengiktirafan dan dipandang lebih unggul.

Polemik politik identiti yang berakar ini menimbulkan persoalan laitu bagaimana untuk mencari titik persamaan dalam membentuk integrasi kaum sekaligus usaha pembentukan negara bangsa Malaysia dapat direalisasikan.

Ikuti penulis dalam menyoroti rentetan perjalanan panjang kaum Cina dalam menuntut kesaksamaan hak dengan kaum Melayu terutamanya dalam menempatkan posisi mereka dalam pentas politik Malaysia sekaligus membawa pembaca menyingkap sejarah politik tanah air melibatkan kepelbagaian kaum di Malaysia.

290 pages, Paperback

Published January 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Firdaus Zainal

17 books12 followers
A passionate bibliophile and author of numerous books, with a keen interest in politics, history, and medieval studies. If you prefer, you can contact me here.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (60%)
4 stars
2 (40%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Akwa Mahzan.
1 review
September 3, 2026
Ini adalah satu karya ilmiah sosiologi sejarah politik yang menarik dibaca. Penulis berjaya menyusun peristiwa penting dengan cermat hal perjuangan politik kaum Cina. Karya ini menjelaskan politik identiti Cina yang ingin mendapatkan pengiktirafan seperti politik Melayu, namun terdapat kekangan yang jelas kerana setiap kaum mempunyai 'ketakutan' dan 'ketidakfahaman' dalam mencari punca kuasa. Isoythmia, satu perkataan yang diterjemahkan sebagai tuntutan untuk dihormati atas dasar sama rata dengan kumpulan lain.

Dari politik identiti, perjuangan kumpulan politik yang terdiri daripada parti politik dan gerakan awam, sehinggalah pertembungan isothymia politik Cina dengan megalothymia (keinginan untuk mendapatkan pengiktirafan lebih tinggi dari orang lain) politik Melayu, menyingkap persoalan adakah integrasi politik boleh tercapai sekiranya pertembungan politik ini diharmonikan?

Salah satu bab buku yang menarik perhatian saya ialah berkaitan pemilikan tanah. Menurut penulis, tanah berkait rapat dengan unsur nasionalisme (cinta terhadap negara). Menariknya, penulis ini berjaya menerangkan dalam alur masa sejarah dari perjuangan Parti Komunis Malaya mengenai pengagihan tanah sehinggalah menyatakan status tanah kekal yang dipertikaikan oleh Menteri Besar Perak kini (2022-2026/2027) dengan Naib Pengerusi DAP.

Bab lain juga memberi pencerahan minda kepada para pembaca mengenai perjuangan politik kaum Cina. Namun, karya ini tidak memukul rata kesemua kaum Cina memandangkan sebahagian daripada mereka ingin berintegrasi dengan kaum Melayu yang menjadi pelindung kepada kaum minoriti. Maka, penulis ini membuka satu persoalan yang menarik, bagaimana pembentukan identiti nasional dan negara bangsa dapat dilakukan dengan tidak menganggap satu budaya menindas budaya lain dalam negara.
Displaying 1 - 1 of 1 review