Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta: Aspirasi Cinta Dunia Glamor

Rate this book
Cinta

aspirasi cinta dunia glamor yang dalamnya mempunyai 25 kisah kasih. Kisah-kisah ini diinspirasikan daripada perbualan bersama Heliza Helmi, Diana Amir, Siti Nordiana dan Farah Asyikin.

Pada mulanya, kami mahu artis ini menulis sendiri perihal cinta. Biar mereka ceritakan secara jujur pengalaman berkenaan cinta. Kisah-kisah mereka kaya dengan mutiara pengalaman yang dapat menjadi teladan. Namun, akhirnya, kami mengerti. Kisah cinta itu juga ada kisah-kisah silam. Ada yang khuatir, mutiara yang kami mahu paparkan akan tenggelam dengan lumpur gosip yang hanya mengenal sensasi. Akhirnya kami membuat keputusan. Kami hanya mengambil inspirasi kisah, menyaring pengajaran berharga, dan jadikan sebuah kisah fiksyen. Sebuah cerpen yang langsung tidak ada kena-mengena dengan peribadi artis dan kisah mereka yang sejati, selain daripada inspirasi dan hikmahnya. Inilah kisah-kisah yang kami usahakan supaya pada akhir pembacaan, pembaca memperoleh mutiara hikmah cinta. Ini kerana, cinta bukan bermaksud bersendirian, tetapi umpama kelompok-kelompok bunga yang saling melengkapi sebuah keindahan. Sehelai kelopak tidak akan mampu mencipta cinta. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha ini dan kita semua memperole manfaatnya.

160 pages, Paperback

First published January 1, 2014

2 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Bahruddin Bekri

53 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (16%)
4 stars
10 (40%)
3 stars
10 (40%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Nana.
84 reviews7 followers
April 12, 2016
Apa yang menarik tentang konteks dalam buku ini adalah kisah2 pendek dan ringkas yang diinpirasikan daripada pengalaman seseorang yang berhijrah ke arah yang lebih baik dan terus duiji dengan pelbagai dugaan. Jika kita sedar, semua ini hanyalah kerana cinta Allah pada hambaNya. Bagaimana pula kita sebagai hambaNya?
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
September 18, 2020
Kisah dlm bentuk cerita pendek yg diinspirasi dari kisah pengalaman artis2 usrah fitrah. Bukan 100% cerita asal. Ia dicampur dengan fiksyen dan disampaikam dalam nada penulisan novel yg cantik. Setiap cerita diakhiri dengan hikmah di sebalik cerita.

Walau bagaimanapun kalau readers jenis jarang membaca prakata buku, mungkin akan menyangka ini adalah kisah benar😅
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
September 23, 2014
Bahan bacaan yang baik tentang cinta. Kompilasi kisah dari 4 wanita hebat Farah Asyikin, Diana Amir, Heliza Helmi dan Siti Nordiana dan diolah oleh Bahruddin Bekri.

Kisah-kisah pendek di kumpulkan dan di bukukan. Menjadi motivasi buat kita bukan sahaja dalam mencari cinta tapi juga mengekalkan cinta yang ada berlandaskan hukum Allah, bersandarkan sabda Nabi.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
June 9, 2015
Cinta; Inspirasi cinta dunia glamor menghimpunkan 25 kisah cinta yang diinspirasikan daripada perbualan empat artis yang telah berhijrah… Diana Amir, Farah Asyikin, Heliza Helmi dan Siti Nordiana….Banyak pegajaran dan motivasi yang boleh dikutip dari naskah ini…Cara penulis, tidak meletakkan nama artis pada setiap cerita, sangat bagus…kerana ia mungkin boleh mencetuskan fitnah…Cuma satu kisah saja, saya boleh teka..kisah Siti Nordiana…

Saya tertanya-tanya, siapa artis yang dinamakan sebagai ‘Aida’… putus cinta dengan seorang pelakon, kemudian bertemu jodoh dengan seorang lelaki…dan Aida isteri yang taat, selepas berkahwin…dia mengikut suaminya ke luar negara…dan atas kehendak suaminya, meminta dia memutuskan hubungan dengan dunia seni…Jadi, dia tidak menghubungi rakan2 artis dan menjauhkan diri dari e-mail dan facebook.

Antara pengajaran yang saya dapat daripada buku ini :
1. Jaga hubungan dengan Allah, in sha Allah..Dia akan menjaga hubungan kita dengan manusia.
2. Jangan cari pasangan yang sempurna, tapi carilah yang tepat.
3. Letakkan Allah di hadapan dalam apajua keadaan.
4. Banyakkan bersabar dalam mengekalkan hubungan.
5. Redhalah dengan setiap ketentuan.
Profile Image for Nur Haziqah.
53 reviews2 followers
March 17, 2015
Sesuai untuk bacaan ringan. Kisah hidup dunia glamor disampaikan dengan cara yang santai dan boleh memberi pengajaran.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.