Nama aku Nora Hazalea. Hidup aku tenang saja sehinggalah Mr Crush masa aku tingkatan tiga kembali wujud dalam hidup aku. Sebut sahaja Hazwan bin Ramli, memang boleh buat darah aku naik hingga ke kepala.
Dulu, aku tak tahu di mana silapnya, tiba-tiba saja surat cinta yang aku tulis untuk Hazwan telah tersebar satu sekolah. Bukan setakat dapat malu, sakit pun dapat. Sejak itu, aku anti dengan makhluk Tuhan bernama Hazwan bin Ramli.
“Saya benci awak.” - Nora Hazalea “Bencilah, Lea. Kalau Lea nak benci Wan pun, Wan terima.” - Hazwan
Demi menebus rasa bersalah dan membetulkan kesilapan masa lalu terhadap mak, sekelip mata, status aku bertukar menjadi tunangan Hazwan. Namun, aku tidak henti-henti merangka rancangan supaya ikatan ini terlerai. Aku tetap nak putus tunang dengan Hazwan!
“Lagipun, orang tua selalu pesan. Jangan benci lama-lama, nanti sayang. Kan, sayang?” - Hazwan “Jujur cakap, saya tak nak teruskan pertunangan ni.” - Nora Hazalea
Aku rasa sudah berkali-kali aku beritahu Hazwan yang aku tak suka dia. Hazwan ni memang tak faham bahasa agaknya. Akibat rasa kecewa dengan peristiwa lalu, hati aku begitu sukar untuk terima Hazwan dan cinta Hazwan.
“Hati Wan dah sedia untuk terima Lea. Bukan sebab terpaksa. Tapi, Wan ikhlas nak jadikan Lea sebagai isteri. Walaupun, Wan tahu Wan bukanlah calon yang sesuai untuk Lea, namun Wan cuba untuk jadi yang terbaik buat Lea.” - Hazwan “Awak tak rasa menyesal ke? Saya ni buruk.” - Nora Hazalea
trope(s): arranged engagement, high school crush to hatred to lover, softspoken ml x outspoken fl, entreprenuer couple, first born daughter core, kampung vibe
📜Nora Hazalea dah lama letak Hazwan dalam kategori ‘Jangan Dekat.’ Lea berdendam sebab dulu Hazwan kononnya punca satu sekolah tahu pasal surat cinta yang dia tulis, malu weh! Bertahun berlalu dan disebabkan diskriminasi di tempat kerja, Lea nekad resign dan pulang semula ke kampung. Ingatkan boleh healing tenang-tenang, rupa-rupanya mak dia pula pandai-pandai pinangkan dengan orang yang paling dia benci. Nak putuskan pertunangan? Senang cakap, susah buat. Sebab Hazwan… dia lain daripada yang Lea sangka.
plot — one word, CUTEE!! i tak expect i akan suka cerita ni sebab random je masuk popular and grab lepas baca blurb ada vibe enemies to lover, def my food! it was lightread, tak terlalu berat tapi cukup buat kita tersengih and paling penting fast pace! i suka nilai and persengketaan kekeluargan yang diterapkan dalam cerita ni. cara peleraian dan penyelesaian pon just nice. cuma part konflik dengan Shahril tu je la i rasa could execute better
watak — i find myself sometimes hard to read pov 1 in novel melayu. but Lea pov is relatable. i tak rasa annoying bila baca in fact i suka dengan cara Lea handle every situation. disebabkan ada pov Lea je, teringin nak baca pov Wan mesti inner thoughts and monolog dia menarik HAHA gaya penulisan yang santai and humor yang kena buat i suka baca interaction and dynamic diorang! how they communicate buat i tak stress baca👍🏻
Hazwan anak Ustaz Ramli niii!! kenapa comel sangat bahasakan nama bila sembang dengan Lea??? softspoken guy tapi ada tegasnya and playful side dia bencik tau sebab bukan Lea je tepuk angin bila dia ngusik😤 anak ustaz and kerja kampung🫦 tapi bukan sembarangan kampung sebab Wan usahawan muda yang bantu orang kampung ada peluang pekerjaan. love his determination untuk lembutkan hati Lea terima dia and effort Wan lepas kahwin haihh comelll😭🫶🏻
Dialog and interaction semua watak likable lurveee, side characters cukup untuk buat cerita ni rasa alive. Interaksi domestic sesama keluarga realistik very asian core sebab kampung vibe yang buat cerita lebih dekat dengan in real life.
kalau suka trope arranged engagement + enemies to lovers, i hope you will love this one too! even ada bahagian konflik yang boleh diperhalusi lebih lagi, novel ni for me tetap deliver reading experience yang seronok, penuh feel-good moments, dan boleh buat tersenyum sendiri dari awal sampai habis. def worth the read! it was great to discover schaslee book!
Karya ni makes me feel stress-free. F happy reading pasal Lea dan Hazwan.
After arguments dengan officemate Lea decided balik kampung. Lea resigned from her company.
Dahlah takut nak balik sebab mak Lea garang. Banyak cute moments dalam Mr Crush. Watak Lea ni comel.
Satu lagi yang best village setting. Asal nama kampung je F memang suka. Rasa comfort
Balik kampung bumped into Mr Crush.. but Lea is annoyed with Hazwan. Yelah dapat surat cakap Lea ugly.
Lea malu sebab surat cinta tu displayed kat school board. Tu yang Lea benci Hazwan.
Ni yang paling interesting twist dalam story diaorang - parents Hazwan merisik Lea. Melenting la Lea, parents dia setuju je. Lea nak tak nak dia terima jugak. Hazwan pun dok cakap demi parents mereka.
Before kahwin tu adalah scene main air kat tasik.. kantoi dengan mak masing². Hazwan ada cakap bukan dia yang beri surat cakap Lea ugly. F rasa sampai sekarang we didnt know who did it.
Bila Hazwan diam diri... Lea dah lain rasa. Dia dok cakap kat sepupu dia Syakila "aku suka hazwan".
Hazwan ni nampak je kerja kat kampung but bukan calang² dia ni. Rajin berkerja, ramai orang rasa comfortable dengan Hazwan. Tu yang Shahril tak boleh accept sampai berdendam dengan Hazwan.
Karya ni about Lea dan Hazwan. Kisah sebelum nak kahwin, selepas kahwin. Kisah surroundings diaorang. Kisah family, kisah kawan².
Congrats penulis buat cerita yang buat F senyum dari awal sampai akhir. 💙
sukanya buku yang berlatarbelakangkan kampung. memang rasa vibe kampung bila baca Mr. Crush ni sebab penulis pandai hidupkan suasana tu esp thru their daily interactions. and how i wish i was there to experience it myself. kerja dekat pekan, kenal hampir semua orang dekat situ HAHA. very Hometown Cha Cha Cha coded😋
anyway buku ni guna POV1, so memang awal awal tu aku rasa macam baca diary Lea sksks tapi tak cringe aku enjoyed baca. this is my first time baca karya penulis and suprisingly penulisan sedap, santai, tak terlalu baku, just nice for a romcom book.
dynamics Lea x Hazwan ni reversed grumpy x sunshine. scene mengusik diorang tu love dooh sukalah tengok diorang bergaduh mulut manja manja🥹
cuma ada few scenes yang aku cringe sikit dengan dialog Hazwan😭 like i'm okay with him referring himself guna nama sendiri cause i found it cute!! tapi bila masuk ayat mengayat tu sksks agak kureng. also since it’s one sided pov rasa tak puas sebab tak dapat tengok Hazwan’s man-in-love pov HAHA🙂↕️
the portrayal of friendship that author brought in pun cukup rencah. mengekek aku dengan gelagat Lea dengan cousin dia, Ila & the whole gang esp si Meon tu😂
as much as i enjoyed this book, ada la few things yang tak berapa catch my interest. ada beberapa benda yang ditutup terlalu cepat, so emosi tu tak sempat rasa/sampai. some scenes between Lea x Hazwan feel a bit plain, prolly because they keep circling around the same issues, so jadi agak bosan.
tapi overall, this is definitely a stress free read. yang nak bacaan santai, ringan, nonexistent heavy plot, pick this up 🏃🏻♀️💨
Kisah cerita cinta yang comel dan ringan antara Hazwan dan Hazalea. It's even cuter bila each other bahasakan diri masing-masing dengan nama sendiri. 😩🤌🏼🦋
Hazwan(Wan) ni dulu crush Hazalea(Lea) masa sekolah menengah dulu. Disebabkan terjadinya satu salah faham antara mereka, Lea jadi benci dengan Wan sampai sanggup pindah sekolah masa nak naik form 4. Berbelas tahun kemudian, diorang berjumpa kembali. Dah alang-alang TERjumpa ni, laju-laju mak ayah Wan datang meminang Lea. Gila Lea nak terima?! Dia dah benci kot dengan Wan. Tapi tulah, mengingatkan mak ayah dia pun nampak beriya nak terima Wan sebagai menantu, dia terpaksalah terima. Adalah ups & down masa tempoh bertunang tu.
Untuk konflik pun very light je. Buat penambah perisa cerita. Suka dengan sifat Wan yang selalu tenang je. Memang elok sangat dengan Lea kadang boleh naik ribut taufan. Watak-watak sampingan lain pun sama. Very cutie dengan dengan perangai masing-masing. 😆
Genre– fluffy cute romance, small town Trope– high school friends to crush to frienemy to lovers
Ini sebuah kisah Lea sebagai anak sulung yg terpaksa meletak jawatan dan pulang ke kampung tup tup ada orang masuk meminang. Dah lah dengan orang yg dia benci pulak tu, act dia dah lupa muka Hazwan tu 😭 tapi Lea redah jela sebab dia ingat dia boleh batalkan pertunangan tu tapi tak terjadi sebab Hazwan tu berkeras nak kawin dgn Lea. Nak tak nak Lea hadap je dan ada satu kebenaran yg buatkan Lea buka pintu hatinya dan makin hari makin jatuh bergolek golek dekat Hazwan. Tulah awal sangat kata benci tu kan dah jatuh sayang 🤣😆
Hazwan ni the greenest among the green flag man! Baik tutur, baik akhlak, baik agama. Senang cerita semua yg baik baik ada dkt Hazwan, almost perfectly fine! Dan dia sangat okay dengan arrangement marriages 😭 sangat rare ya! Hazwan ni bila cakap dgn Lea nampak dia sangat reda dengan aturan keluarga tapi sebenarnya member tu suka dkt Lea tapi sebab nak cover macho terpaksalah menipu sikit ek Hazwan 🤣 Hazwan ni apa apa dia akan cakap dengan Lea, dia takkan biarkan Lea overthinking. Kadang Lea tak tanya pun tapi dia dah explain. Lurveee betul dengan Hazwan ni 🧎🏻♀️ satu lagi siapa yg menyakitkan hati Lea terus mendapat akibat dari Hazwan, dia takkan membenarkan sesiapapun menyakitkan Lea 🔛🔝
Act waktu diorang dalam tempoh pertunangan tu agak boring sebab mungkin Hazwan terlalu baik, dia ni soft spoken betul! Pastu saya baca buku ni sebab ingatkan ml kuat ngusik tapi 40% je dia ngusik Lea, itu pun lepas dah kawin makin menjadi jadi ngusik tu HAHAHAHAAH tapi haih takleh cakap byk sbb memang lurvee dgn Hazwan ni!
Paling suka MC lepas dah kawin, sebab barulah yg membaca ni rasa selesa diorang ni manis bersemut lepas kawin. Manis diorang dua ni tak buat main yek, kemain lagi 😔 epilog pun best comellll jeee 4 beranak niii eeeee sukerrrr! Eh jap ending dia best sebab semua dah berpasangan dan bahagia. Paling tak sangka fakhri tulah, tercapai jugak hasrat member aka sadboy tu kan 🤣
Silalah baca korang kalau mencari bacaan santai, konflik ringan dan comel!
Cerita santai antara Lea dan Wan.. crush dri sekolah.. si Lea bgi surat cinta kt Wan.. kawan Wan pegi letak surat tu kt sekolah bgi org lain baca.. mmg lame si Lea nie dendam n benci kt Wan.. Wan pun tk tau sape yg letak tu.. padahal Wan malu sbenar nye.. tak sangka org yg die suke pun ade perasaan yg same mcm die.. sy suke vibes² kt kg nie.. tkde konflik sgt.. best..
- Lea yang pulang semula ke kampung halaman setelah berhenti bekerja dan kemudian berjumpa semula dengan Mr Crush tapi sayangnya Lea dah tak suka dengan Encik Crush setelah sesuatu berlaku masa zaman sekolah. - Hazwan, Encik Crush Lea ni green forest dah la soft spoken, tiada rahsia antara dia dengan Lea (he would explain everything supaya Lea tak overthinking) also siapa yang sakiti Lea akan mendapat dengan Si Hazwan. - tbh for me cerita ni slow, konar sana sini 😭🤏🏻 (mungkin banyak sangat nama yang wujud serta kisahnya). - After kahwin lagi suka interaction dorang very sweet and cute 🥺🤏🏻
Another rom-com novel from the author. Aku sangat menyukai jalan ceritanya. Santai dan relax sahaja. Pembacaan pun smooth je. Straight to the point. Overall worth my money.
Kisah Hazwan & Hazalea yang comel🫶🏻. Disebabkan satu insiden, daripada status crush terus bertukar jadi orang yang paling Lea benci. Lepas bertahun berlalu, tiba2 kena paksa tunang. Hazwan tersangatlah green flag😌💚 Fluffy romance 🫰🏻.