Jump to ratings and reviews
Rate this book

Soothing The Soul : Wahyu Yang Memujuk

Rate this book
Buku ini untuk insan yang sedang dilanda ujian emosi, terbeban dengan tekanan
hidup dan mencari ketenangan hati.
Konsepnya ringkas. Tiada tajuk, bab dan huraian. Setiap halaman memuatkan
sepotong ayat al-Quran bersama terjemahan. Penuh dengan peringatan, pujukan,
harapan dan teladan.
Kalam Allah adalah pesan kasih sayang buat hamba-Nya. Masih ada waktu untuk
kita kembali kepada wahyu suci ini demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

112 pages, Paperback

Published January 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Amal Hayati

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (85%)
4 stars
3 (14%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 12 books57 followers
January 28, 2025
Ujian untuk kita, tepat untuk kita. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan semampu mana kita boleh lalui ujian dan dugaan tersebut.

Tidak kira hamba yang beriman atau tidak, setiap daripada kita pasti akan melalui ujian dari-Nya. Untuk apakah manusia itu hidup kalau bukan untuk diuji dan itulah maharnya untuk sebuah syurga yang kekal abadi.

Sebagai hamba yang diuji, janganlah pula kita merasakan diri ini hebat diuji berbanding insan lain. Janganlah kita merasakan diri ini istimewa kerana diuji sekian-sekian sehingga kita memandang sinis akan ujian orang lain.

Buat kalian yang sedang diuji, ketahuilah bahawa doa-doa yang kalian panjatkan, Allah swt Maha Mendengar meskipun tidak terucap dengan lisan. Jika belum dikabulkan sekarang, Allah tahu masa yang terbaik untuk Dia tunaikan semuanya. Allah tahu sama ada doa itu baik untuk hidup kalian atau tidak. Jika tidak, Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kalian yang tabah diuji. Sabar itu ibarat bermain dengan api. Maka, hamba yang melaluinya dengan sabar, akan menjumpai kemanisan yang tidak pernah dibayangkan.

Buku ini bukanlah kata-kata “healing” semata-mata. Ia adalah himpunan wahyu-wahyu dalam setiap juzuk dan surah di dalam al-Quran. Wahyu-wahyu inilah yang akan memujuk kita dengan kata-kata yang menyentuh hati. Betapa indahnya bahasa al-Quran dan betapa Allah swt Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya.

Tidak hanya wahyu semata-mata, turut disertakan doa-doa yang boleh kita praktiskan ketika berada dalam keadaan yang tidak nyaman, bahkan kata-kata semangat yang ada di dalam buku ini, benar-benar memujuk. Benar-benar membuatkan kita betapa kerdilnya diri ini, betapa hidup ini aku bergantung harap pada Allah swt dan aku tidak keseorangan!
Profile Image for Far.Zana25.
128 reviews1 follower
March 17, 2026
˖ ݁𖥔┆18 𐙚 5/5 ⭐┆𖥔 ݁˖

- sᴏᴏᴛʜɪɴɢ ᴛʜᴇ sᴏᴜʟ:
ᴡᴀʜʏᴜ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴜᴊᴜᴋ -

ʜɪᴍᴘᴜɴᴀɴ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴘᴏᴛᴏɴɢᴀɴ ᴀʏᴀᴛ ᴀʟ-ǫᴜʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪᴋᴀɴ ᴋɪᴛᴀ ɴᴀsɪʜᴀᴛ & ᴊᴜɢᴀ ʙɪᴍʙɪɴɢᴀɴ.

๑ ᴘᴇʀsᴏɴᴀʟ ʀᴇᴠɪᴇᴡ ๑

ʙᴜᴋᴜ ʏᴀɴɢ sɪᴍᴘʟᴇ ᴛᴀᴘɪ ᴘᴀᴅᴀᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴅᴏᴀ² ʏᴀɴɢ ʙᴀɢᴜs². ᴄᴏɴᴛᴏʜ ᴅᴏᴀ ᴍᴇᴍᴏʜᴏɴ ᴋᴇᴛᴇᴛᴀᴘᴀɴ & ᴋᴇᴛᴇɢᴜʜᴀɴ ʜᴀᴛɪ.. ᴅᴏᴀ ᴛᴀᴡᴀᴋᴀʟ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴀʟʟᴀʜ & sᴇʙᴀɢᴀɪɴʏᴀ.

ʙᴜᴋᴜ ɴɪ sᴇsᴜᴀɪ ɴᴀᴋ ʙᴀᴄᴀ & ʙᴏʟᴇʜ sɪᴍᴘᴀɴ ᴘᴀsᴛᴜ ɴᴀɴᴛɪ ɴᴀᴋ ʙᴜᴀᴛ ʀᴜᴊᴜᴋᴀɴ ᴅᴏᴀ ᴍᴀɴᴀ ᴀᴘᴀ sᴇᴍᴜᴀ.. ᴄᴀʀɪ ᴊᴇ ᴅᴇᴋᴀᴛ sɪɴɪ.

ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴᴀʀɪᴋɴʏᴀ ʟᴀɢɪ, ʙᴀᴡᴀʜ ᴛᴜ ᴀᴅᴀ ᴘᴇsᴀɴᴀɴ ᴅᴀʀɪ ᴘᴇɴᴜʟɪs.. ᴄᴏɴᴛᴏʜ ᴅᴏᴀ ᴛᴀᴡᴀᴋᴀʟ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴀʟʟᴀʜ.. ᴘᴇɴᴜʟɪs ᴄᴀᴋᴀᴘ ʙᴏʟᴇʜ ʙᴀᴄᴀ ᴅᴏᴀ ɴɪ 7 ᴋᴀʟɪ sᴇʟᴇᴘᴀs sᴜʙᴜʜ & ᴀsᴀʀ. ᴋᴇᴍᴜᴅɪᴀɴ ᴅɪᴀ ᴀᴋᴀɴ sɪᴍᴘᴜʟᴋᴀɴ sᴇᴅɪᴋɪᴛ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ᴅᴏᴀ ɴɪ ʏᴀɴɢ ʙᴇʀʙᴜɴʏɪ ᴀʟʟᴀʜ sᴡᴛ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴᴄᴜᴋᴜᴘᴋᴀɴ ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴋᴇʜᴇɴᴅᴀᴋɪ ᴅɪ ᴅᴜɴɪᴀ & ᴀᴋʜɪʀᴀᴛ.

sᴇʀᴏɴᴏᴋ ᴋᴀɴ ʙᴜᴋᴜ ᴍᴀᴄᴀᴍ ɴɪ? ᴛᴀᴘɪ ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ʟᴇᴛᴀᴋ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴛɪɴɢɢɪ sʙʙ ᴀᴅᴀ ᴀʏᴀᴛ ᴀʟ-ǫᴜʀᴀɴ.

ᴛʙʜ ᴀᴅᴀ ʜɪᴋᴍᴀʜ ᴊᴜɢᴀ ʙɪʟᴀ ᴋᴀʀᴀɴɢᴋʀᴀғ ʙᴜᴀᴛ ᴍɪɴɪ ᴄʜᴀʟʟᴇɴɢᴇ ɴɪ. sᴇᴄᴀʀᴀ ᴛᴀᴋ ʟᴀɴɢsᴜɴɢ.. ᴀǫ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴊᴜᴍᴘᴀ ʙᴜᴋᴜ² ᴍᴀᴄᴀᴍ ɴɪ & ʙᴏʟᴇʜ ʙᴀᴄᴀ & ᴛᴀʜᴜ ᴋᴇʙᴀɪᴋᴀɴ ᴅɪ sᴇʙᴀʟɪᴋ ʙᴇʙᴇʀᴀᴘᴀ ᴘᴏᴛᴏɴɢᴀɴ ᴀʏᴀᴛ.

ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ sᴀɴɢᴀᴛ².

#soothingthesoulwahyuyangmemujuk #amalhayati #krc2026 #farzreads #bookreview
Profile Image for Mohamad Nasrul.
224 reviews7 followers
November 25, 2025
Buku ini memuatkan 100 potongan ayat al-Quran yang sungguh menjentik emosi dan memujuk jiwa. Potongan ayat yang dikongsi beserta kata-kata ringkas tetapi padat yang terdapat di bawahnya, benar-benar menyentak tangkai jiwa, menambah rasa untuk sentiasa melakukan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Seperti tajuknya, nyata kalam Tuhan yang dikongsi dalam buku ini mampu memujuk pembaca dari segi spiritual dan emosional. Sekurang-kurangnya untuk diri saya sendiri.

Bacalah, hayatilah, insyaAllah kan beroleh manfaat yang mendalam. 🤲
Profile Image for Bella Harun.
15 reviews2 followers
February 4, 2026
Buku ini apabila dibelek mungkin kelihatan agak ringkas. Namun jika dibaca dengan hati yang mendalam dan akal yang ingin mencari jawapan kepada masalah, buku ini boleh membantu untuk meringankan segala beban di hati.

Buku ini mengumpulkan 100 ayat Al-Quran yang pendek serta nota ringkas untuk lakukan sedikit refleksi dalam kehidupan kita. Apabila kita sentiasa berpandukan Al-Quran untuk setiap aspek kehidupan kita.

Plus point untuk buku ini : sangat ringan dan nipis, sesuai untuk dibawa ke mana-mana dan jadikan panduan sentiasa semoga hidup kita lebih tenang dan tersusun inshaAllah.
Profile Image for nishaismail.
17 reviews1 follower
February 28, 2026
📖 𝗦𝗼𝗼𝘁𝗵𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗵𝗲 𝗦𝗼𝘂𝗹 : 𝗪𝗮𝗵𝘆𝘂 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗺𝘂𝗷𝘂𝗸 | 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻: 𝗔𝗺𝗮𝗹 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁𝗶 | 𝟭𝟭𝟬 𝗺𝘀. | 𝟱/𝟱 ★ | karyabestari

"𝓚𝓮𝓽𝓲𝓴𝓪 𝓭𝓾𝓷𝓲𝓪 𝓽𝓮𝓻𝓪𝓼𝓪 𝓫𝓮𝓻𝓪𝓽, 𝓼𝓪𝓪𝓽 𝓭𝓲𝓻𝓲 𝓻𝓪𝓼𝓪 𝓽𝓮𝓻𝓽𝓮𝓴𝓪𝓷... 𝓘𝓷𝓰𝓪𝓽𝓵𝓪𝓱 𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓴𝓮𝓶𝓫𝓪𝓵𝓲 𝓴𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 𝓪𝓵-𝓠𝓾𝓻𝓪𝓷."


𝙂𝙚𝙣𝙧𝙚 & 𝙏𝙚𝙢𝙖 🌙
▪️Bukan Fiksyen
▪️Himpunan ayat-ayat Al-Quran
▪️Buku Agama, Penyembuhan Diri & Spiritual


𝙍𝙪𝙢𝙪𝙨𝙖𝙣 📝
▪️Buku Wahyu yang Memujuk ini menghimpunkan 100 ayat suci al-Quran. Bertemakan self-healing atau penyembuhan diri, ayat-ayat ringkas ini disusun & dikumpulkan dengan baik, sesuai untuk mereka yang sedang berhadapan dengan ujian serta tercari-cari penawar untuk memujuk hati. Sesuai dengan judulnya, wahyu Allah diturunkan bagi menjawab setiap persoalan hamba-Nya. Tiada yang mustahil untuk dihadapi di dunia ini sekiranya kita berpegang teguh kepada wahyu Allah.


𝙍𝙚𝙛𝙡𝙚𝙠𝙨𝙞 ✨
Buku ini antara buku yang berada di dalam senarai buku yang ingin saya baca, cuma tidak berkesempatan membeli sendiri. Suka untuk saya kongsikan beberapa potong ayat yang dekat dengan situasi diri, antaranya:

▪️"...Cukuplah Allah (menjadi Penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik Pelindung."
- (Ali 'Imran : ayat 173)
Sepotong ayat yang pendek, namun tinggi rasa tawakal saat dilafazkan. Saya sering melihat ayat ini dilaungkan oleh saudara-saudara kita di Palestin & sentiasa berasa kagum akan kecekalan hati mereka yang berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Betapa detinggi mana pun cabaran hidup, hati yang bersandar kepada Allah akan tetap menemukan ketenangan & harapan.


▪️Doa Nabi Ibrahim Agar Keluarga Taat Solat
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
- (Ibrahim : ayat 40)
Semoga buku comel ini dapat menemui lebih ramai lagi pembaca, terutamanya yang sedang mencari cara menyembuhkan diri. Semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah SWT. ❤️
Profile Image for Ieyda Hidayah.
69 reviews4 followers
April 24, 2026
Hati manusia sentiasa berubah-rubah,sentiasa ada keluh kesahnya kadang-kala perlukan bahu untuk meluahkan apa yang sedang terbuku tapi tiada yang sudi ataupun kita sendiri takut menyusahkan orang dengan masalah kita.Solat kita diakhiri dengan linangan air mata,perasaan sedih,duka dan pelbagai lagi perasaan diluahkan hanya pada-Nya.Tapi mungkin kita terlupa,solat adalah interaksi kita dengan Pencipta dan Al-Quran interaksi Pencipta dengan kita,hamba-Nya.
.
Dalam kalam yang menyembuhkan ini terdapat penyembuh untuk pelbagai penyakit,Dia pujuk kita dengan kata-kata yang menyedarkan bahawa kita tidak sendiri.Dia ajar kita erti kehidupan dengan kisah-kisah ibrah dari para Nabi.Perjalanan kita di dunia tak pernah sendiri,manusia mungkin akan bosan jika selalu menjadi pendengar tapi Allah As-Sami' semtiasa mendengar keluhan hamba-Nya dan penyelesaian kepada segala masalah terdapat pada kalam-Nya.
Profile Image for Shahin&Buku.
21 reviews1 follower
February 13, 2026
Tidak terlambat untuk kita sebagai seorang Muslim untuk mula menghafal ayat-ayat Al-Quran. Jika kita tidak mampu menghafal keseluruhan surah-surah tertentu, mungkin kita boleh mula dengan menghafal potongan ayat-ayat tertentu yang mudah kita fahami dan dihayati maknanya.

Terdapat 100 ayat pilihan dalam buku ini yang dapat mengurangkan resah gelisah jiwa kita sekaligus menambahkan rasa semangat untuk terus berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik daripada yang sebelumnya.

Sambil kita jadikan ia sebagai bahan bacaan ilmiah, kita juga dapat pahala membaca ayat-ayat Al-Quran. Buku ini sangat bagus jika dijadikan teman seharian untuk kita recharge diri apabila lelah terhadap dunia yang fana ini dan merindukan akhirat yang abadi.
31 reviews
Want to Read
February 27, 2025
Allah sebaik-baik perancang akan kehidupan kita. Dalam hidup berbagai rasa, suka duka, gembira sedih bersilih ganti. Dalam gembira dan suka diaturkan nikmat olehNya. Dalam duka dan sedih diberikan penawarNya.

Buku ini sangat membantu untuk insan yang sedang dilanda dengan ujian, terbeban dengan tekanan hidup dan sedang mencari ketenangan dalam hati yang paling dalam. Kadang jika membaca untuk memenangkan jiwa, selepas pembacaan jiwa akan bertambah kusut. Tapi buku ini insyallah tidak. Ini kerana penulisanyang sangat ringkas dan setiap halaman terdapat ayat al-Quran bersama terjemahan. n dengan tekanan
hidup dan mencari ketenangan hati.

Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
March 20, 2025
33/2025

-Soothing The Soul: Wahyu Yang Memujuk
-Amal Hayati
#RamadanReading

Alhamdulillah dapat juga tamatkan karya ini dalam kesibukan berkerja. Buku ini sebenarnya nipis sahaja. Mengandungi 100 potongan ayat Al-Quran yang boleh kita jadikan panduan dalam mencari makna kehidupan. Kamu sedang bersedih? Sedang dalam kebuntuan? Sedang mencari di mana jalan pulang? Semua jawapan kepada permasalahan boleh dijumpai dalam buku ini. Tenanglah... Hidup ini kalau kita berpayung Tuhan... Segalanya pasti tenang.
Profile Image for Afiqah.
46 reviews
February 20, 2026
Buku ini lebih kurang sama dengan buku hadis yang menyembuh tapi ayat-ayat Al quran berbeza tapi intipatinya Sama macam mana untuk kita uruskan emosi dengan baik. Saiz buku yang mudah untuk dibawa ke mana-mana and boleh dibaca di mana sahaja. Penulis kumpulkan ayat quran yang pendek Dan terjemahan yang santai tidak terlalu complicated supaya mudah dibaca and difahami. tentang ujian kehidupan, kekuatan menghadapi tekanan hidup, mengurus emosi negatif, doa dan pengharapan, which is sangat related dengan kehidupan kita sekarang ini yang penuh dengan ujian Dan dugaan hidup.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
February 5, 2025
Dulu saya memang idamkan memiliki naskhah yang mengandungi bait-bait ayat al-Quran yang membolehkan kita baca dalam beberapa saat tetapi dapat mendamaikan keresahan. Alhamdulillah akhirnya Karya Bestari selenggarakan naskhah sebegini.

Teringat satu hadis daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”
Profile Image for Bunga Anim.
3 reviews
April 17, 2025
Jiwa yang berkelana terlalu lama pastinya penat dan lelah. Ujian yang singgah dan menujah pula pastinya tidak mudah. Ada masanya manusia lemah seperti aku ini akan melatah dan hanya menunggu masa untuk rebah. Namun hati kecil ini enggan mengalah. Hati kecil ini masih ingin melangkah. Soalnya bagaimana? Begitulah Wahyu Yang Memujuk ini menjauhkan gundah. Kalam dari Tuhan ini sememangnya sangat indah.
Profile Image for Vida Ariff.
140 reviews
November 14, 2025
Sebagaimana tajuknya, bait-bait kata dalam buku ini sesungguhnya benar memujuk.

Kalam Allah sesungguhnya penuh magis yang tiada tandingan. Walau hanya sepotong ayat, ia mampu menerbitkan rasa yang berbagai.

Walau sekuat mana ujian melanda, tiada kata yang mampu menenangkan selain firman Allah.

Buku yang berkonsep ringkas namun penuh hikmah. Harus dibaca berulang kali, kerana kata-kata Allah itu menyentuh dengan berbagai cara pada waktu yang berbeza.
8 reviews2 followers
February 4, 2026
Buku ini saya sudahkan dengan satu rasa yang paling menyentuh dalam jiwa.

Wahyu yang memujuk bukan sahaja tentang mengubat jiwa yang kehilangan,tetapi buku ini membuatkan saya rasa inilah ayat ayat yang mampu menunjukkan kita arah jalan pulang ke negeri abadi.

Seawal pengenalan Surah Al Fatihah saya diberi panduan,inilah ayat Allah yang mampu memimpin supaya kita menjadi kuat,dan sentiasa berserah kepadanya.

Bukan sahaja disusun baik,ia boleh dibaca berulang ulang kali.

Selamat membaca
Profile Image for Najwa Azrin.
67 reviews1 follower
April 20, 2026
Habis membaca buku ini dalam masa 20 minit kerana petikan ayat yang sangat mudah dihadam iaitu ayat al-Quran yang terpilih dan sedikit ibrah ringkas yang tercatat di bawahnya.

Buku ini boleh dijadikan langkah awal untuk mula belajar tadabbur kerana ada ruang untuk lakukan anotasi dan setiap muka surat hanya ada 1 ayat.

Dikongsikan juga beberapa doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian yang bersumberkan al-Quran al-Karim, jadi statusnya doa yang ma’thur.
Profile Image for Moon.
12 reviews1 follower
March 7, 2026
Buku ini merangkumi 100 potongan ayat-ayat Al-Quran yang penuh dengan teladan dan panduan hidup. Sesiapa yang sedang diuji dengan ujian emosi, hati yang tidak tenang amatlah disarankan membaca buku ini. Setiap ayat disusun cantik dengan huraian memujuk hati dan ketenangan jiwa. Walau nipis tetapi isinya amat padat dan senang untuk dibawa kemana-mana.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
196 reviews6 followers
April 7, 2025
Salah satu bacaan Ramadan saya. Memang sesuai sangat kerana semuanya ayat Al-Quran, kata-kata dari Allah untuk kita yang hatinya dalam keadaan berbolak balik sentiasa. Hati yang senantiasa juga mahukan pujukan dan dorongan. Tak perlu cari jauh, tak perlu validation manusia, semuanya sudah tersedia dalam Al-Quran. Tinggal saja kita mencarinya.

Saya akan syorkan buku yang ringkas tapi padat ni pada sesiapa pun. Sama ada kita sedar atau tidak, kita semua perlu ayat-ayat menenangkan hati dari pencipta kita sendiri. Harganya pun berpatutan sangat-sangat, boleh beli, baca dan simpan untuk rujukan yang akan kita capai bila perlu.
Profile Image for Starlit Stories by S.
102 reviews1 follower
December 30, 2025
Al-quran merupakan kalam Allah. Tatkala dunia terasa berat, saat diri rasa tertekan, kalam Allah dapat menyembuh. Dalam setiap surah, ada harapan dan ketenangan. Kalimah yang menyentuh hati dan meringankan beban.

Ok aku nak share a few of my favorite pieces:

"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah bersama-sama orang yang sabar" - Al-Baqarah, 153.

"Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan" - Ad-Duha, 7-8.

Rasulullah bersabda: Aku takjub dengan doa iftitah ini, sesungguhnya pintu langit terbuka disebabkan bacaan ini" Riwayat Muslim.

"Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan" - An-Nahl, 19
Displaying 1 - 19 of 19 reviews