Di sebalik setiap senyuman, ada luka yang tak terlihat, di sebalik setiap jiwa, ada beban yang ingin dilepaskan. Namun, setiap keresahan ada penawarnya, dan setiap kedukaan ada cahaya penyembuhnya. Melalui Soothing The Soul: Hadis Yang Menyembuh, temui hadis-hadis sahih yang bukan sahaja dapat mengubat hati, malah mengembalikan semula ketenangan yang hilang. Kata-kata Rasulullah SAW ini membawa ekpada kekuatan, harapan, dan kedamaian bagi jiwa yang mencari.
Hadis Yang Menyembuh bukan buku healing semata-mata TETAPI ia adalah himpunan hadis-hadis SAHIH yang mengembalikan ketenangan yang hilang.
Dalam dunia ini, perkara yang sukar kita perolehi adalah KETENANGAN. Maka, setiap kekuatan yang cuba kita sembunyikan di sebalik senyuman, himpunan hadis-hadis inilah penawarnya. Ia datang tepat pada saatnya kita memerlukan kata-kata pujukan.
Setiap kata-kata pujukan di dalam buku ini membawa makna yang tersendiri. Terkadang, apabila diri ini disakiti… diam bukanlah bererti kita mengalah. Diam juga bukanlah bererti kita sudah memaafkan bak kata oranf matang. Sedangkan, hak memaafkan itu biarlah diberikan sepenuhnya kepada empunya diri yang teraniaya. Bukan tugas kita untuk memaksa empunya diri memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya dirinya. Memilih untuk diam itu bererti memilih untuk berada dalam ketenangan daripada perkara menyakitkan.
Di dalam hadis ini juga, ada mengajar kita bagaimana mengurus emosi negatif. Setiap daripada kita, ada sisi toksik dan negatif. Bukanlah kita ini hamba yang tiada cela dan noda. Maka, sebagai hamba yang mempunyai kekurangan, mengurus emosi sangat penting dalam meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba. Apalagi saatnya kita sedang marah. Mudah sahaja kita mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menyinggung perasaan orang lain dan mudah sahaja kita memberi kata putus tanpa memikirkan kesan dan akibat. Jadi, ketika bermain dengan api kesabaran, segeralah kita istighfar untuk memberi ruang jiwa yang sedang bergolak. Jangankan emosi amarah itu merampas kedamaian kita dalam sekelip mata.
Saya sarankan buku ini WAJIB dibaca bagi sesiapa sahaja yang mencari ketenangan dan sedang dalam menghadapi badai. Percayalah, hadis-hadis di dalam buku ini mampu mengubati kekecewaan, sekaligus penawar dalam mencari ketenteram hidup dan jiwa.
Buku yang memuatkan hadis sahih yang terdiri daripada 7 tajuk utama: 1. Iman 2. Cinta 3. Ujian Kehidupan 4. Kekuatan Menghadapi Tekanan Hidup 5. Mengurus Emosi Negatif 6. Doa dan Pengharapan 7. Hidup Selepas Mati
Setiap hadis mencerminkan penawar bagi dugaan kita dalam kehidupan. Sebuah buku yang pendek, namun besar manfaat buat setiap pembaca.
Saya agak terkedu dan speechless sebenarnya masa baca buku ni. Sebab expectation saya ketika membeli hanya disebabkan cover dan tajuk menarik berserta harga promosi.
Tapi sebaik sahaja halaman diselak satu persatu, saya banyak berhenti dan berfikir untuk setiap ayat. Sangat on point dengan setiap situasi yang kita akan atau dah lalui dalam kehidupan dunia yang penuh fana ini.
Buku ini mengandungi tema-tema yang sangat menarik dan hadis disusun berdasarkan tema tersebut. Antara tema yang ada dalam buku ni ialah ; - Iman - Cinta - Ujian kehidupan - Kekuatan Menghadapi Tekanan Hidup - Mengurus Emosi Negatif - Doa dan Pengharapan - Hidup Selepas Mati
Memang saya rasa siri Soothing The Soul ni antara buku yang kita perlu simpan dalam rak buku kita, untuk menjadi rujukan tidak kira apa situasi dan ujian yang melanda kita sekalipun.
Saiz buku yang mudah untuk dibawa ke mana-mana and boleh dibaca di mana sahaja. Penulis kumpulkan hadis-hadis yang pendek Dan terjemahan yang santai tidak terlalu complicated supaya mudah dibaca and difahami. Hadis tentang Iman, cinta, ujian kehidupan, kekuatan menghadapi tekanan hidup, mengurus emosi negatif, doa dan pengharapan, hidup selepas mati which is sangat related dengan kehidupan kita sekarang ini yang penuh dengan ujian Dan dugaan hidup lagi-lagi kerana faktor ekonomi yang kurang stabil sekarang ini.
Menarik sebab ada hadis yang jarang didengari. Saya rasa setiap rumah kena ada buku siri Soothing The Soul ni. Bilamana rasa dunia tak berpihak pada diri sendiri, capai saja buku ni dan bacalah. Memang beri kelegaan hati buat sementara.
Nasihat yang memujuk adalah hal yang paling diperlukan ketika hati merasa terpuruk. Perkongsian hadis sahih sememangnya sangat membantu untuk pemulihan emosi dalam diri. Aku suka naskah yang merawat jiwa seperti ini. Ianya mengingatkan aku yang aku ini adalah seorang hamba.
Bagaimana ia tidak menyembuh apabila kata-kata ini datangnya daripada insan yang kita rindui; Rasulullah saw?
Susun letak atur buku ini pada aku kelihatan minimalis namun padat isinya. Setiap mukasurat dicetak 1 hadis berserta pengertiannya. Ada huraian ringkas di bahagian bawah, agar lebih mudah difahami dan diaplikasi dalam kehidupan seharian.
101 hadis kesemuanya, yang menyentuh tentang topik yang dekat di hati seperti iman, cinta, tekanan, emosi dan banyak lagi.
Semoga dengan penghayatan kita terhadap kata-kata Rasulullah saw yang disampaikan dalam bentuk buku ini, memberi ilham untuk mencari jalan keluar daripada setiap permasalahan.
Atau sekurang-kurangnya, ia memberi satu pujukan yang menenangkan hati kita yang tidak pernah sunyi daripada ujian.
siri yang lagi satu. Saya rasa tak akan pernah rugi kalau kita invest dan belanja duit untuk buku-buku yang mengingatkan kita tentang Allah.
Pada saya, banyak sekali buku-buku dan penulis yang membincangkan dan beri panduan tentang bagaimana untuk kita mengaplikasikan ayat Al-Quran sebagai ejen ‘healing’ dan menenangkan hati. Tetapi masih kurang buku (yang saya pernah jumpa) yang menjadikan hadis sebagai ayat menyembuh dan memujuk hati.
Saya suka sangat semua hadis yang dikongsikan. Tentunya naskhah ini boleh diulang belek bila keadaan memerlukan.
Haritu saja tengok tengok karya bestari, cari mana-mana buku yang berkenan. Tapi dua kombo ni memang sekali tgk rasa nak beli, cover dia pun soothing je tgk. Buku ni memang memujuk jiwa. Jiwa yang patah dan lara memerlukan hadis yang menyembuh.
Hadis yang Menyembuh merangkumi hadis-hadis nabi dalam beberapa aspek kehidupan antaranya tentang iman, cinta, kekuatan menghadapi tekanan, mengurus emosi negatif, doa dan pengharapan.
Aku share a few hadis favorite aku:
"Sesunggunya Allah mencintai apabila salah seorang antara kamu melakukan suatu pekerjaan, dia melakukannya dengan sebaik-baiknya" - Riwayat al-Tabarani.
"Tidaklah seorang mukmin ditimpa kepayahan atau sakit melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya" - Riwayat Bukhari.
"Takdir tidak dapat diubah kecuali dengan doa" - Riwayat Tirmizi.